Happy New Year guysss! Tahun baru, azam baru tapi tahun ni tak rangka apa-apa azam pun. Nak kata recycle yang lepas pun susah jugak sebab half dari azam tahun lepas dah berjaya dah. Lagi half dah lupa apa benda, azam pun dah hilang. Tahun ni mungkin chill & relaks tengok je lah apa jadi.
Speaking of my blog performance, bulan Disember takde banyak mana pun perubahan dengan yang sebelum ni. Lagi teruk lagi ada lah. Tak sempat pun nak belek hari-hari sejak kerja baru ni. Nak pulak tahun baru ni dah tukar department HR, lagi banyak benda nak buat. Makin bertambah busy lah cerita dia. Sebab tu malas nak buat azam sebab tak ada masa. Harapan tinggal harapan je nanti.
1) PV
Sama je macam sebelum ni tak cecah pun target nak naikkan 40k sebulan balik or goal tahun lepas nak cecah 50k sebulan. Sekali je dapat lepastu merudum je kerjanya. Anyway, bahagia jugak lah pernah capai tahap tu. Tahun ni sebab tak nak expect tinggi sangat maka kita chill je tengok statistik tahun ni.
Bulan lepas cakap nak cecah 350k stats and yupp dah cecah. Tahun ni nak target cecah half million so kita try okay?
2) Post
Tak pernah jatuh lirik lagu One Avenue Band ni, but anyway dua post bulan ni berjaya dapat stats tinggi bulan Disember nak pulak ada movie review Bollywood so yeayyyy!
Untuk popular post, dah nak cecah 15k. Tahun ni boleh tengok lah review cecah 10k tapi untuk yang bahagian atas je lah. Yang bawah tu entah bila nak menginjak naik keluar dari kepopmpong seribu tu entah.
So far yang ni je lah best tengok sebab yang lain tak ada perubahan pun. Tak buka pun Alexa sebab taknak murung. Dah tahu dah ke mana hala tuju dia so tak perlu tambah garam di luka ye dak?
Anyway tahun 2018 boleh tengok turun naik jadi blogger. Yang tak best bila datang mood malas nak blogwalking ataupun update entry. Lagi syahdu bila tak ada masa nak update sebab busy dengan kerja hakiki. But still usaha berbaloi bila tengok ada yang buat sumber rujukan dari blog ni. Of course lah lagi best bila ada sumber ka-ching dari sini jugak. Its totally worth it.
Harapan untuk 2019 haruslah nak usahakan lebih lagi dengan blog ni but one can only hope sebab I tak jumpa masa yang sesuai nak fokus sangat tanpa gagal. Ni nampak macam alasan untuk si gagalis but I'll try my best. Happy New Year people, semoga 2019 create new memories dalam hidup kita. Baik atau buruk sesuatu kenangan tu tetap bawa makna kan? Have a blessed year and take care :)
Divya Bharti antara top actress pada awal zaman 90-an di
Btown. Divya debut dalam movie Tamil dan Telugu pada penghujung tahun 80-an
masa berumur 16 tahun kemudian debut dalam movie Hindi, Vishwatma tahun 1992.
Masa berlakon dengan Govinda dalam movie Shola Aur Shabnam, Sajid datang untuk jumpa Govinda tapi ternampak Divya & jatuh cinta. Sajid Nadiadwala dan Divya berkahwin dalam majlis tertutup kemudian Divya tukar nama kepada Sana Sajidwala lepas masuk Islam.
8
bulan selepas perkahwinan diorang pada 5 April 1993, Btown dikejutkan dengan
berita kematian Divya pada jam 11 malam dan diklasifikasikan sebagai kematian
bukan semulajadi oleh Inspektor J G Jadhav yang mengetuai kes dan koroner Cooper
Hospital.
Malam kejadian Divya ada discussion dengan Neeta Lulla,
kawan designer dan suami dia, Shyam Lulla untuk set kostum dalam movie baru di bawah
production Sajid Nadiadwala jam 10 malam. Sepatutnya esok pagi Divya pergi ke Hyderabad untuk shoot movie lain tapi dia minta tangguh sebab dia tak ada mood lepas bergaduh besar dengan Sajid pasal rumah yang dia baru beli untuk Kunal tapi peliknya rumah yang Divya beli tu tak didaftarkan di bawah nama Divya tapi Sajid.
Adik Divya, Kunal pun ada bagitahu yang Divya stress sangat masa tu. Mungkin dia sempat halang kalau dia tak tinggalkan kakak dia malam tu. Umur 19 & baru start nak naik dalam karier tapi lain pula yang jadi.
Orang gaji merangkap pengasuh Divya sejak kecil, si Amrita
pun ada di rumah malam tu sebab dia yang hidangkan arak dan snacks kepada
tetamu yang datang. Amrita kata dia baru je menyembang dengan Divya dari dapur
tapi sekelip mata je Divya dah jatuh dari tingkap rumah. Dia tak tahu macam
mana Divya boleh jatuh. Sebulan lepas kematian Divya, Amrita pun mati disebabkan
jantung gagal berfungsi bila kemurungan teruk. Walaupun Amrita saksi utama tapi dia tak jumpa polis untuk siasatan lanjut pun.
Sama macam Neeta dan Shyam, walaupun mereka berdua saksi
utama tapi dua-dua tak tahu macam mana Divya boleh jatuh dari tingkat 5
apartmen Tulsi di Mumbai tu sebab diorang tengah leka tengok TV. Diorang
tersedar bila terdengar bunyi hentakan kuat sangat. Rupanya Divya dah terlantar
di bawah penuh dengan darah. Divya disahkan mati dalam perjalanan ke hospital
disebabkan tengkorak kepala pecah, tulang pinggul kiri retak dan patah tulang
rusuk.
Malam kejadian memang tak ada saksi lain dekat area apartmen
tu selain mereka bertiga walaupun apartmen Divya di tengah bandar Mumbai yang
sibuk. Sepatutnya kawasan parking lot penuh dengan kereta tapi malam tu satu
kereta pun tak ada.
Kematian Divya antara yang mengejutkan tapi Btown tak rasa
kehilangan pun even co-star or bekas co-star Divya tak buat apa-apa statement
siap ada yang pergi berparti area berdekatan dengan rumah Divya. Tahun 1998 kes
Divya ditutup oleh polis sebab kekurangan bukti tapi tak ada pun statement
Divya mati disebabkan kemalangan, dibunuh ataupun bunuh diri.
Ada fans Divya yang tuduh Sajid yang bunuh sebab Divya tak
suka Sajid berkawan rapat dengan Dawood Ibrahim, don terkenal di India. Ada
yang kata Divya tahu Sajid terlibat dengan Mumbai Blast 1993 sama macam Sanjay
Dutt.
Misteri kematian Divya sampai sekarang tak ada yang boleh
jawab walaupun banyak perkara yang timbulkan persoalan nak pula bila Neeta
dengan husband dia datang rumah Divya tapi tengok TV sedangkan nak sembang
pasal kostum movie baru. Tak pelik ke Divya tak jerit langsung masa terjatuh
dari tingkap rumah dia tapi diorang perasan bila terdengar hentakan masa Divya
jatuh?
Bukan takat tu je, dekat hospital pun keluarga Sajid & keluarga Divya bertekak sebab tak tahu nak kebumi cara Islam ataupun bakar mayat Divya ikut upacara Hindu. Disebabkan Sajid ialah husband Divya, polis dan doktor tunggu keputusan dia & Sajid nak Divya dikebumi. Tapi tak lama lepastu dia ubah fikiran lepas berbincang dengan family dia dan bagitahu polis dan doktor yang dia tak kahwin pun dengan Divya even sijil nikah pun tak ada.
Kata ayah Sajid, perkahwinan diorang berdua tak sah pun tapi akan kahwin dalam masa 3 bulan lagi sepatutnya. Kecewa dengan perangai Sajid dan keluarga, parents Divya putuskan untuk bakar mayat Divya. Masa upacara terakhir, Divya dipakaikan pakaian pengantin dan juga mangalsutra. Sajid dan keluarga ataupun wakil dari Nadiadwala tak datang pun ke upacara terakhir Divya sudahnya Kunal yang nyalakan api.
Ada fans SRK kata SRK dengan Farah Khan teamed up buat movie
Om Shanti Om based on kisah Divya Bharti sebab kisah Shantipriya dengan Mukesh
sama sangat dengan kes Divya-Sajid. Siapa yang selalu layan OSO mesti boleh
teka.
Nama penuh Divya Bharti ialah Divya Om Prakash Bharti sama
dengan nama watak SRK dalam OSO = Om Prakash. Nama watak kelahiran semula SRK
ialah Om Kapoor sebab dia kata dia nak lahir dalam keturunan yang famous dan
kaya supaya boleh tidur atas katil bulat bla bla bla.
Surprisingly movie debut SRK ialah movie Deewana tahun 1992
bersama Divya Bharti & Rishi Kapoor. Kapoor Khandaan antara keluarga yang
penuh dengan film producer, actor, director dari generasi ke generasi sehingga
lah sekarang. Nama Sandhya/Sandy dalam
movie OSO pula sama dengan nama hair stylist Divya yang datang masa upacara
perkahwinan Divya dengan Sajid. Jeng!
Dalam movie OSO, Om pertama kali berlakon dengan Shanti
& nama Shanti masa tu tengah top. Sama dengan SRK bila dia dapat debut
dengan Divya masa Divya antara promising star di Btown. Dalam movie OSO Shanti
start berlakon pada usia 16 tahun which is exactly the same age of Divya. Lepas
kematian Shanti, Om antara nama besar di Btown macam SRK in real life – King
Khan of Bollywood. Divya pernah bagitahu SRK ‘You are an institution of
acting.’
Ada scene Om dapat tahu yang Shanti sebenarnya dah berkahwin dengan
Mukesh bila terdengar perbualan diorang dalam bilik. Sama macam Divya yang dah
kahwin senyap2 dengan Sajid dan convert ke Islam kemudian tukar nama kepada
Sana Nadiadwala. Bila dia dah meninggal baru orang tahu dia bini Sajid. Kalau
Shanti dalam OSO mengandungkan anak Mukesh, Divya pun mengandungkan anak Sajid
tapi Sajid tak ready lagi untuk ada anak.
Dalam movie OSO, Shanti nak berhenti berlakon tapi Mukesh
pujuk dia pastu bawa pergi ke set yang Mukesh buat untuk movie baru under
production dia. Well bukan ke Neeta dengan husband dia datang rumah Divya malam
tu nak discuss pasal costume Divya untuk movie Andolan bawah production house
Sajid?
Lepas kebakaran set tu Shanti belum mati pun tapi Mukesh
datang balik dan tanam dia, sama macam Divya yang tak mati pun lepas jatuh dari
tingkat 5 tapi mati dalam perjalanan ke hospital. But who knows what happened
sementara tunggu ambulans sampai kan? Malam Shanti kena bunuh pun studio tu
kosong tak ada orang, sama macam keadaan apartment Divya pada malam 5 April tu.
Movie last Shanti yang tak sempat habis shoot sebab Shanti
dah meninggal terbakar dalam set tu sudahnya Sandy di kelahiran semula yang
lakonkan balik. Sama dengan movie terakhir Divya bertajuk Laadla yang dah siap
shoot 80% sudahnya digantikan dengan SriDevi sebab muka diorang dua sama. Masa
tu ramai yang kata Divya akan replace tempat SriDevi dalam industry tapi Divya
pergi dulu.
Masa shoot movie Laadla, SriDevi pun terpaksa retake scene sebab
tergagap dekat line yang sama macam Divya. Raveena Tandon kata SriDevi kena kacau dengan roh Divya masa shooting movie Laadla sampai pengarah terpaksa panggil tok sami baca mantra supaya tak kena kacau. Lepas pecahkan kelapa di tempat shooting baru diorang boleh berlakon balik macam Om suruh Mukesh pecahkan kelapa dekat set dalam Om Shanti Om tu.
Kebetulan kisah hidup diorang pun
lebih kurang sama, disyaki dibunuh oleh suami sendiri – producer film. Even
cara kes ditutup pun sama bila upacara pengebumian sehari selepas tragedi pastu
terus bakar tanpa post-mortem. SriDevi meninggal pada 24 February 2018 kebetulan dekat dengan tarikh kelahiran Divya Bharti pada 25 February.
Dalam lagu Dastaan-E-OSO, Om setup set yang sama & cerita kejadian malam Shanti dibunuh untuk refresh ingatan Mukesh sebab dia tak ada bukti Mukesh bunuh Shanti. Sama macam jalan cerita movie OSO mungkin untuk refresh ingatan Sajid tentang tragedi Divya?
Kes Divya pun ditutup sebab tiada bukti kuat untuk kes pembunuhan ataupun bunuh diri. Lagipun SRK dah kata yang movie OSO remake dari movie Karz – kelahiran semula untuk balas dendam. A little update from SRK fans, dalam lagu Deewangi Deewangi tu kalau perasan guest star yang datang parti OK tu semua artis/co-star yang pernah berlakon dengan Divya era awal 90-an.
SRK/Om Kapoor ada persamaan juga bila diorang berdua yang jadi
producer dan berlakon dalam movie tu. Cuma bezanya Mike dalam movie tu cuma producer kedua tapi Red Chillies Entertainment sole producer untuk movie Om Shanti Om and boleh imagine lah berapa tinggi chances untuk SRK edit jalan cerita movie ni.
Fun fact, SRK banyak kali je kena kacau dengan underworld so mungkin dia tak berani even dia tahu something. Mungkin Amrita ada bagitahu dia apa yang jadi malam tu or maybe Farah Khan yang tahu since she’s quite close with Sajid.
Keluarga Divya dah terima hakikat Divya dah pergi dan hidup happy dengan anak-anak Kunal. Ayah Divya kata cucu perempuan dia ada iras muka Divya even perangai pun sama so rindu dia terubat bila layan cucu dia.
Isteri Sajid, Warda Nadiadwala pun selalu datang melawat keluarga Divya. Warda kata even sampai sekarang Sajid simpan gambar Divya dalam wallet dia. Entah betul entah tidak, Warda dengan Sajid je lah tahu.
Anyway, entri ni cuma my collection of wild theories yang dikutip dekat internet pastu tambah sikit bila korek lebih sikit dengan bantuan adik so nak percaya percaya, tak nak percaya just anggap seperti angin berlalu je. Thanks for reading.
Production Company : Viacom 18 Motion Pictures, Matchbox
Pictures
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, Panorama Studios,
Paramount Pictures, Zee Studios, Eros International
Genre : Black comedy/ Crime/ Thriller
Running Time : 138 minutes
Release Date : 5th October 2018
Trailer :
Lepas movie Shubh Mangal Shavdhan, Aayushman berlakon dalam
Andhadhun yang mengisahkan tentang si buta jadi saksi kepada pembunuhan selebriti
terkenal. Macam mana si buta boleh jadi saksi? Simple je jawapannya, sebab dia
tak buta pun. Akash (Ayushmann Khurrana) berlakon jadi buta sebab sewa rumah
kebajikan jauh lebih murah untuk hidup di bandar.
Tapi sebab utama dia berlakon jadi buta sebab dia nak bereksperimen
dengan seni. Bila dia berlakon jadi buta, telinga dia akan fokus dengan nada
piano yang dia main. Yes of course Akash sangat berbakat sebagai pemain piano
tapi dia nak create masterpiece. Dari awal movie sampai habis you guys akan
tengok betapa hebatnya Akash sebagai pianist.
Rutin biasa Akash setiap pagi akan keluar kerja lepastu
sarapan dan ajar piano tapi satu hari dia kena langgar dengan Sofie (Radhika
Apte). Disebabkan pertemuan tu Akash diambil bekerja sebagai pianist di
restoran ayah Sofie. Langkah kanan untuk Akash bila selebriti Pramod Sinha (Anil
Dhawan) suka dengan talent dia dan book Akash untuk main piano masa anniversary
di rumah dia.
Bila Akash sampai ke rumah Pramod, isteri dia, Simi (Tabu)
cuba halang Akash dari masuk tapi disebabkan jiran dia dah intai, dia biar je
Akash masuk sebab dia percaya Akash buta dan takkan nampak mayat Pramod
terbaring di lantai mati dibunuh oleh kekasih gelap Simi.
Cuak jugak Akash bila nampak mayat Pramod dengan kesan
tembak di kepala tapi dia kena tenang main piano sampai Simi suruh dia keluar
dari rumah. Akash tekad nak buat laporan polis walaupun nampak mengarut sebab
dia buta tapi plan dia hancur bila kekasih gelap Simi rupanya pegawai polis.
Satu hal Akash nak kena cover dia buta dan tarik balik laporan polis.
Masa majlis pengebumian Pramod, Simi upah Akash untuk datang
mainkan lagu kegemaran Pramod sampai habis majlis. Menyampah dengan ucapan Simi
kepada Pramod, jiran dia bagitahu polis dekat situ yang Simi sebenarnya bunuh
Pramod sebab dia nampak ada lelaki lain datang sebelum Akash. Dia boleh bantu
polis untuk pengecaman muka.
Esoknya bila Akash datang lagi sekali ke apartmen Pramod
untuk ajar Dhani, anak tunggal Pramod, Akash nampak Simi tolak jiran dia dari
tingkat atas. Makin bertambah cuak Akash dengan Simi. Nak tutup mulut untuk
satu kes bunuh pun dia dah tak mampu inikan pula dua kes. Simi syak Akash tak
buta so dia pergi ke rumah Akash untuk butakan Akash dan misi dia berjaya. Apa
jadi lepas tu kena la tengok sendiri sebab ni semua dalam first half je.
Kalau first half dah bermacam kejadian, imagine second half
macam mana! Plot Andhadhun ni memang unpredictable and even you guys dah sampai
ending pun akan tertanya-tanya apa dan kenapa atau mungkin lagi banyak soalan
yang akan keluar hanya disebabkan tin.
Lakonan semua cast memang terbaik lah baik dari leading cast
mahupun supporting dan disebabkan watak Akash ni Ayushman dah boleh dilabelkan
sebagai pelakon yang versatile di Bollywood. 2 tahun berturut movie dia hit di
Box Office and I really hope he can win Best Actor for this year or Critics
Award for his performance.
Movie Andhadhun cuma ambil masa selama 44 hari je untuk siap
sebab location dia tak banyak pun. Dalam rumah Akash, restoran Sofie, rumah
Simi, klinik lama dan beberapa tempat lain. Selain dari jalan cerita, you guys
kena perhati jugak dialog yang boleh bagi hint untuk persoalan besar dalam
movie ni. Banyak juga teori yang muncul untuk explain jalan cerita Andhadhun ni
tapi ikut lah kreativiti masing-masing sebab jawapan ada dalam movie tu cuma
kena pandai cari. Kenapa director buat ending tergantung macam tu? Bak kata Sofie :
Some things are better unfinished
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Distributor : Asia Releasing (USA), CatchPlay (Taiwan), Golden Village Pictures (Singapore), Suraya Filem Production & Distribution (Malaysia), Tongren Cultural Film Group (China), Westec Media Limited (Cambodia), GDH 559 (Thailand)
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 125 minutes
Release Date : 10th May 2018
Trailer :
Dah lama tunggu movie BOTY ni lepas tengok trailer dengan tweet yang recommend movie ni. Nak pulak si Sunny yang berlakon (he's one of my fav now!)
Mengisahkan tentang Chut (Sunny) yang menyampah dengan adik perempuan dia Jane (Urassaya Sperbund) sejak kecil lagi. Berbeza karakter, berbeza perosnaliti antara sebab dua beradik ni selalu bergaduh. Chut yang pemalas dan lemah dalam pelajaran selalu dipandang rendah oleh parents dia berbeza dengan Jane, top student di sekolah sampai dapat belajar di luar negara.
4 tahun tanpa Jane buat hidup Chut aman sebab tak ada orang yang akan membebel apa yang dia buat dalam rumah tu sampai rumah tu bersepah teruk. Bila Jane balik memang dia kena buli dengan abang dia kemaskan semua benda. Makin bertambah menyampah Jane dengan Chut.
Lagi parah bila Jane dapat bekerja satu company dengan abang dia dan jatuh cinta dengan Moji (Nickhun), marketing manager yang berdarah kacukan Thailand-Jepun. At first memang Jane sorok relationship dia sebab taknak Chut rosakkan macam Chut buat sebelum ni sampai banyak relationship Jane terkubur. Nampak macam geram dengan Chut tapi dia cuma nak jaga adik dia.
Sorok macam mana pun kantoi jugak dengan Chut so Jane terpaksa berterus terang je hubungan dia dengan Moji siap ajak Chut jumpa dengan mak Moji sebagai wakil ayah diorang yang dah meninggal. Disebabkan menyampah dengan hubungan Jane-Moji, Chut sengaja rosakkan pertemuan tu sampai Jane malu dan kecewa.
Truth is Chut takut Jane kahwin dengan Moji sebab Jane kena pindah ke Jepun lepas kahwin. Boleh ke adik dia hidup dekat tempat orang tanpa family? Merantau masa belajar dengan menetap terus berbeza. Chut nak Jane stay di Thailand dan cari local je sebagai suami tapi Jane tetap dengan keputusan dia untuk kahwin dengan Moji even dia pun risau sama macam Chut.
First half memang nampak kenapa Jane menyampah dengan Chut ni tapi second half boleh nampak kenapa karakter Chut jadi macam tu. Dia sayang je dengan Jane tapi Jane pun annoying jugak sebagai seorang adik. Tapi cara sayang dia bercampur dengan geram sebab Chut nak adik lelaki tapi dapat adik perempuan.
Momentum second half agak flat bila genre komedi bertukar kepada drama lepas Chut dapat tahu apa yang Jane dah buat dengan kerja dia. Salah faham kecil je tapi disebabkan ego, benda yang kecil jadi besar sampai makan tahun untuk pulih balik. Yang ada siblings for sure faham bila bergaduh adik-beradik, benda paling mudah ialah minta maaf because our blood bond works that way. Gaduh besar macam mana pun small act of kindness will mend everything.
Untuk watak abang yang annoying ni bukan benda yang susah pun untuk Sunny lakonkan, sama juga dengan watak comel Moji yang dilakonkan Nickhun. Both looks cool and great on camera. Sama juga dengan Urassaya yang debut dengan movie ni tapi nampak bagus lakonan dan chemistry dengan Sunny sebagai abang dan adik memang menjadi.
Walaupun movie Brother Of The Year datang dari production house yang sama dengan Bad Genius tapi garapan berbeza buatkan rasa kecewa lepas layan movie ni. Hampa juga dengan second half sebab kurang emosi antara dua beradik ni. Mungkin kalau pengarah Witthaya tambahkan scene adik-beradik ni, scene di hujung jadi lebih bermakna.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.5/10
Release Date : 30 August 2018 (United Arab Emirates), 31
August 2018 (India)
Trailer :
Movie Stree mengangkat kisah
mitos legenda di sebuah kampung bilamana setiap tahun roh Stree akan datang
untuk buru lelaki yang keluar berkeliaran pada waktu malam. Stree akan panggil
nama mangsa dia sebanyak 3 kali sebelum menculik dan tinggalkan pakaian mangsa
di tempat tersebut.
Untuk generasi lama cerita Stree
ni mungkin agak mengerikan sampai kena tulis ‘O Stree come again tomorrow’ di
dinding luar rumah untuk elak dari diganggu roh Stree. Tapi berbeza dengan
generasi muda macam Vicky (Rajkummar Rao) yang lebih moden dan anggap Stree ni
mengarut sangat.
Vicky anak kepada tukang jahit di
kampung Chanderi dan agak terkenal di kalangan gadis atau wanita disebabkan
kebolehan dia mengukur bentuk badan tanpa menggunakan pita ukur so they feel
safe with him tapi nak siapkan satu dress tu pun ambil masa lama.
Tuah dia bila berjumpa dengan si
gadis cantik (Shraddha Kapoor) yang datang ke Chanderi untuk upacara pemujaan
untuk lindungi diri dari roh jahat macam Stree. Gadis cantik yang muncul
tiba-tiba ni datang dan minta bantuan Vicky untuk jahitkan lehenga dalam masa 2
hari. Tapi makan berhari jugak lah bila Vicky angau dengan si gadis cantik ni
dan berusaha untuk cari bahan pelik yang dia minta – arak, daging, bulu kucing,
ekor cicak.
Bittu (Aparshakti Khurana), kawan
Vicky dah mula syak yang Vicky bercinta dengan hantu Stree tapi menyamar pada
siang hari untuk perangkap Vicky sebab kewujudan gadis cantik tu pun tak
diketahui. Even worst, nama dia pun semua orang tak tahu termasuklah Vicky
sendiri. Jadi tegang bila kawan diorang, Jaana (Abhishek Banerjee) kena culik
dengan Stree.
Vicky dengan Bittu cuba minta
bantuan dengan professor Rudra (Pankaj Tripathi) di kampung tu sebab dia tahu
sejarah asal-usul Chanderi tapi sayangnya mukasurat yang ada cara untuk
hapuskan Stree dah kena koyak. Sudahnya diorang cuba nasib pergi ke istana lama
yang dilukis dalam buku tu. Dekat istana tu baru Vicky kenal siapa gadis cantik
tu. Berjaya atau tak Vicky dan Bittu selamatkan Jaana kena tengok sendiri lah
movie ni.
Movie ni genre horror tapi hantu Stree
tu tak seram pun nak pula bila ada genre comedy so tengok sorang pun tak takut.
Lagipun hantu dia tak tayang muka sangat even ada scene yang tayang pun muka
dia more to VFX bukannya makeup bagi seram. Penulis skrip Raj-D.K pernah tulis
skrip untuk movie horror comedy Go Goa Gone and yes the momentum still the
same!
Rasanya movie ni agak feminis
sebab kebolehan Vicky untuk ukur badan wanita untuk jahit baju pun dah boleh
nampak tambah bila diorang tahu punca kematian Stree dan sebab Stree datang
ganggu kampung masa second half movie ni dah boleh nampak mesej director dan
tema movie ni. Walaupun ada item song Kamariya yang agak misogynist tapi
justified lah but still cringe bila ada breast and butt shot.
Kelakar bila tengok scene lelaki
di Chanderi ni takut nak keluar malam sebab selalunya perempuan yang takut nak
keluar rumah sebab peratus jadi mangsa kejahatan malam tu agak tinggi. Bila
suami yang pesan suruh isteri balik awal sebab takut tinggal dekat rumah
sorang-sorang. Mesej sinikal yang agak hebat dalam movie ni. Bukan selalu nak
dapat tengok scenario ni!
Lakonan Raj macam biasa, memang
bagus nak pula bila ada Pankaj Tripathi untuk hidupkan scene komedi tapi
chemistry Raj-Shraddha agak hambar bila Shraddha cuma jadi cantik dan
mengharapkan lakonan Raj semata untuk jayakan scene diorang berdua. Nasib tak
banyak scene Shraddha dalam movie ni so tak rasa nak marah sangat bila tengok
movie ni. Tapi serious, Shraddha makin cantik lepas putus ni, suka tengok
rambut dia dalam movie Stree!
Soundtrack album Stree pun not
bad walaupun lagu dia sikit je dalam 4 buah lagu and my fav is Kamaariya dengan
Milegi Milegi. Tapi lagu Kamariya dengan Nazar Na Lag Jaaye je yang ada dalam
movie ni, Ao Kabhi Haveli Pe sebagai musik latar and Milegi Milegi pengarah
letak dekat credit scene sebagai promo je.
Movie Stree antara top movie di
Bollywood tahun ni dan dah start menang banyak award dah pun so kalau nak
tengok movie seram kelakar, try layan Stree okay!
1. Team Production +1, 2. Visual
+0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.9 = 9/10
Minggu lepas saja try dinner dekat area Subang Perdana sebab tak pernah jejak kaki ke food court dekat sini. Selalunya tengok dari jauh je. Kali ni nak cuba sebab mana tahu ada yang best. Ni memang random je try tanpa tengok review ataupun suggestion dari sesiapa.
Lepas dah tengok semua so kitorang decide nak makan dekat Lan's Burger sebab ternampak Roti John Cheese Leleh dia. Ada banyak lagi menu dekat sini tapi disebabkan roti john tu besar, so ambil satu menu je. Nanti tak habis siapa nak makan?
For drinks, ordered Ais Milo Kepal dengan Iced Green Tea. Actually nak minum air botol kaca tapi diorang tak serve yang sejuk. Kalau nak sejuk kena ambil ais dengan gelas sendiri. Bukan malas tapi air botol kaca yang sejuk tu beza feel dia bila minum dengan minum dalam gelas. Siapa faham, faham lah. Ais Milo kepal dia not bad lah cuma banyak wei penat nak makan sampai habis.
Lepas setengah jam, menu utama Roti John Cheese Leleh Ayam Kambing Daging sampai. Ha'ah lama kot nak siapkan menu ni. Kalau lapar jangan lah gigih order sebab terseksa zahir batin menunggu makanan sampai.
Nampak kecik je dalam gambar tapi sebenarnya besar. Baru makan satu potong dah kenyang sampai surrender pastu tapau bawa balik. Menu ni menu combo so ada wedges dan fries. Menyesal jugak ambil combo sebab wedges dengan fries dah boleh buat kenyang.
Banyak tak cheese dia? Hah nah close-up
Tak la meleleh macam dalam gambar even kewujudan cheese dia tak terasa sangat since minyak dia banyak sangat. Esoknya reheat untuk breakfast I tambah lagi cheese supaya meleleh. Daging dia okay lah banyak juga. Bila makan terasa lah semua daging cincang yang dia letak dekat dalam tu.
Berbaloi tak RM18.90 tu? For me tak sebab tak lah sedap mana pun lagipun minyak dia buat tekak turn off sangat. For my tekak lah, tekak orang lain mesti okay je sebab beratur jugak yang order dekat sini. Kalau lepasni pergi pun I'll try menu lain sebab banyak lagi kan dekat dinding tu.