Movie Review : Langsuir
Wednesday 12 December 2018
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Syafiq
Kyle, Hannah Delisha, Firdaus Nazaman, Julia Farhana Marin, Halim Radzi,
Shahkimin, Nazri John, Daaim Jailani
Genre : Seram/Romantik
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 20
September 2018
Syarikat Produksi : Guam
Teamwork Pictures Sdn Bhd, Nuansa Films,
Pengedar : Early-Bird
Productions
Trailer :
Lepas movie The Hantus, sekali lagi Hannah Delisha pegang watak hantu tapi kali ni lagi seram walaupun tak lah kerap mana dia berubah rupa jadi langsuir hodoh. Digandingkan dengan Syafiq Kyle kali kedua lepas drama Mencintaimu Mr. Photographer di bawah arahan Osman Ali.
Mengisahkan tentang sekumpulan
remaja berkhemah di Pulau Anak Langsuir di mana tempat tinggal Langsuir walaupun ditegah
oleh Pak Akob (Naza Manas), nelayan di kawasan tu. Kenapa diorang nak sangat
pergi Pulau Anak Langsuir? Sebab masing-masing nak cuba paku Langsuir gara-gara boleh
berubah menjadi perempuan cantik. Demi Instagram.
Watak Azlan (Syafiq Kyle) sebagai
hero dalam movie ni agak mengelirukan sebab dia arif selok belok pulau tu dan
dalam satu scene dia tunjuk kampung dia di teluk sebelah sana kepada Suri
(Hannah Delisha). So I bet dia orang kampung situ tapi gaya kawan-kawan dia
yang lain macam datang dari bandar, judging from their lifestyle.
Jangan kata watak Azlan dan
kawan-kawan dia je, watak Suri dengan kakak dia, Dewi (Julia Farhana Marin) pun
memeningkan jugak. Masa Suri kena paku oleh Zaman (Firdaus Nazaman) dan Kamal (Halim
Radzi), Suri ada bagitau Azlan yang paku tu tak boleh dicabut dah sebab nanti
dia akan terhapus selamanya tapi bila Azlan cabut, elok je dia hidup sebagai
Langsuir balik. I kenot brain this.
Lagi satu hal, kalau Dewi dapat
hidu busuknya niat Azman dan Kamal kenapa lah dia tak serang je yang busuk tapi
gigih kacau kawan-kawan Azlan yang datang nak memancing ikan je. Beria pulak tu
kacau sampai menangis diorang. Zaman dengan Kamal pulak dia serang last minute
lepas Suri dah kena ganggu.
Dewi kata manusia paling kejam di
muka bumi ni tapi Suri pulak sembang kewujudan diorang bila-bila je boleh
dihapuskan bila Tuhan nak sebab makhluk hina something like that lah sebab tu
dia minta Azlan cabut paku dekat kepala dia since dia dan Azlan takkan mampu
bersama. Oh yeah siapa lah punya idea paku dekat kepala padahal masa Azlan and
the geng sembang nak paku langsuir tu dekat tengkuk dia. Dah lah tu, korang
akan tercari-cari mana paku gedabak yang Azlan benam tu lepas Suri jadi
manusia.
Jalan cerita Langsuir ni memang
mengarut baik dari segi fiksyen mahupun fakta. Memang tak boleh hadam. Entah
bila masa wujud pondok dan sampan untuk Azlan dengan Suri entah. Lepas Suri
berubah jadi manusia, sistem biologi dia masih lagi seperti hantu – tak makan,
tak minum, tak kencing, tak berak.
Sebab kerja dia dengan Azlan berasmaradana
je dalam movie ni. Tatap muka Azlan pun boleh kenyang sebulan. Sama jugak lah
dengan Zaman, baru lepas kena rasuk tapi dia punya tenaga bila nampak Suri dah
serupa kuda gersang dah. Lagi tak masuk akal bila dia dan Kamal nampak
kecantikan Suri yang jauh terperosok di dalam gua masa dating dengan Azlan.
Lakonan Shafiq-Hannah pun nampak
kaku bila berdua, tak nampak cantik pun chemistry diorang berdua. Tak tengok
pun drama Mencintaimu Mr. Photographer so boleh judge dekat sini je tapi
nothing much pun they can offer dalam scene diorang berdua bersama. Annoying
jugak bila diorang gemakan suara Hannah sampai tak jelas butir bicara. Dah lah
dialog klasik dia cringe habis nak pula scene Suri-Dewi.
Bila tengok movie Langsuir ni rasa macam tak percaya je datang dari buah tangan pengarah yang sama yang pernah hasilkan movie Jwanita (2015). Kalau bukan sebab video dia besar, dah tukar video speed sampai 2
dah sebab movie ni slow pace nak pula bila scene Azlan-Suri.
Tapi tak semua dalam movie ni
buruk lah sebab karya Osman Ali ni memang kaya dengan sinematografi memukau.
Sama macam movie yang lain, Pulau Langkawi nampak cantik sangat tak kira siang
atau malam. Memang instaworthy! Tapi gua dalam movie ni Osman Ali gabungkan
beberapa gua di kawasan sekitar macam Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua
Muka dan Teluk Datai.
Dalam beberapa scene dalam movie
Langsuir ni, Azlan ada main seruling untuk seru Suri bila dia rindu. Lagu
seruling tu macam lagu Mohabbatein (haha wild guess je!) tapi lagu yang Suri
nyanyi memang sedap walaupun meremang dengan suara hantu dia.
Lagu tu Hannah nyanyikan sendiri since dia pun memang penyanyi berbakat. Lagu Terdetik Rindu nyanyian Shiha Zikir dengan Aman Aziz macam tak kena je dengan jalan cerita movie ni - cinta yang tak diizinkan Tuhan walhal lagu ni doakan semoga cinta diorang direstui Tuhan. I just can’t.
Lagu tu Hannah nyanyikan sendiri since dia pun memang penyanyi berbakat. Lagu Terdetik Rindu nyanyian Shiha Zikir dengan Aman Aziz macam tak kena je dengan jalan cerita movie ni - cinta yang tak diizinkan Tuhan walhal lagu ni doakan semoga cinta diorang direstui Tuhan. I just can’t.
Seriously tak recommend langsung
movie ni tapi kalau fans Hannah Delisha, boleh la kot layan betapa cantiknya
dia dalam movie ni.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2,
9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 4.2/10