Book Review : Samar

Saturday 21 July 2018



Penulis : Dayang Noor
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 310 mukasurat/ 61 bab
Genre : Thriller/Misteri
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – September 2013
Cetakan Kedua – April 2014
Cetakan Ketiga – Februari 2015
Harga : RM 19.90
Sinopsis :


Review :

Novel karya Dayang Noor ni boleh dikategorikan sebagai fav book sebab gaya penceritaan yang santai dan senang difahami walaupun misteri tak rasa berat tapi sentiasa rasa ingin tahu apa rahsia setiap karakter yang tersimpan rapi sehingga penghujung cerita.

Ada juga rahsia yang tersingkap di awal cerita tapi tak sekuat rahsia besar di hujung cerita. Novel ni ada 61 bab tapi ada 4 karakter utama yang diceritakan melalui bab masing-masing

Karakter 1 – Aku, Janda Berhias
Karakter 2 – Aku, Datin Saedah
Karakter 3 – Aku, Kupu-Kupu Malam
Karakter 4 – Aku, Mimpi Burukmu
Karakter 5 – Aku, Juan

Setiap karakter berkait antara satu sama lain walaupun datang dari pelbagai latar belakang dan gaya hidup kecuali Datin Saedah dan Janda Berhias sebab anak-beranak. Ada misteri yang boleh diteka tapi macam tajuk buku ni jugak, samar-samar. Walaupun banyak hint yang dia tonjolkan dalam penulisan tapi penulis bijak sembunyikan kata kunci misteri tu.

Bahagian awal memang rasa santai je baca walaupun ada beberapa konspirasi dan misteri tapi bila masuk bahagian kedua, banyak terkejut je dengan rahsia masing-masing. Nak berhenti pun susah sebab rasa nak tahu apa jadi lepas tu memang kuat sangat tapi lambat juga nak habiskan novel ni sebab tak jumpa masa yang sesuai untuk baca bila busy dengan kerja.


Antara salah satu sebab suka dengan jalan cerita Samar ni ialah sebab watak yang ada tak ramai sangat so bila terbiar lama, bila sambung balik tak susah pun untuk recall balik setiap watak dan kisahnya. Lagi satu setiap watak ada dua perspektif untuk dinilai. Ada sebab kenapa dan mengapa dia bertindak sedemikian, ada sebab kenapa watak tu pilih jalan sebegitu. Dari sudut yang mata biasa kita lihat dan menilai dengan sudut yang hanya dia yang tahu.

Ada juga part romantik dalam novel ni tapi kecewa jugak lah sebab semua kisah percintaan dalam novel ni tak ada yang berakhir dengan kebahagiaan pun. Kalau tak mampu jejak di bumi yang nyata, jangan baca novel ni, takut nanti murung pula.

Overall I have fun reading Samar and hopefully ada sambungan sebab ada beberapa watak dan kisah yang tak puas hati diberhentikan penceritaannya macam tu je. Lepas ni nak cari karya Dayang Noor yang lain. Her work is awesome!

1. Author +1, 2. Accuracy +0.8, 3. Writing Style +1, 4.Plot +1, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Movie Review : Raazi

Friday 20 July 2018



Director : Meghna Gulzar
Cast : Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Rajit Kapur, Shishir Sharma, Jaideep Ahlawat, Ashwath Bhatt, Arif Zakaria, Soni Razdan, Sanjay Suri
Production Company : Junglee Pictures, Dharma Productions
Distributor : AA Films
Genre : Thriller
Running Time : 140 minutes
Release Date : 11 May 2018
Trailer : 


Raazi movie yang bertemakan patriotism yang diambil dari karya Harinder Sikka, Calling Sehmat yang bertemakan perang India-Pakistan pada tahun 1971. Sebelum ni dah tengok movie The Ghazi Attack dimana mengisahkan bagaimana tentera India menyelamatkan negara dari serangan tentera dalam kapal selam Pakistan. Sebelum Ghazi Attack, kisah perisik India dalam Raazi bongkarkan bagaimana India mematahkan serangan Pakistan dan terpaksa berundur dari India.

Kepada yang tak suka sejarah, movie ni tak ada scene berat pun cuma paparkan kisah seorang gadis biasa, Sehmat Khan (Alia Bhatt) anak kepada Hidayat Khan (Rajit Kapur), seorang businessman dari Kashmir yang mempunyai hubungan baik dengan Brigadier Syed (Shishir Sharma) lantas membuat keputusan mengahwinkan Sehmat dengan anak bongsu Syed, Iqbal (Vicky Kaushal) untuk selamatkan negara.


Sebelum berkahwin, Sehmat dihantar ke pejabat RAW untuk berlatih menjadi informer kepada mereka selepas berkahwin nanti kerana rumah Syed ialah tempat mereka berkumpul dan berbincang tentang strategi perang pihak Pakistan. Di sana nanti Sehmat perlu menjadi mata dan telinga India sebelum perang bermula.

I am so amazed with Alia’s talent in Raazi, scene dia datang ke tempat persembunyian RAW lepas gagal dengan Plan A dan proceed dengan Plan B tu scene paling sakit nak tengok. Alia tak pernah gagal untuk express her emotions onscreen. Rasa sakit yang dia rasa masa tu boleh rasa sekali. Just give her that National Award for Best Actress 2018 for her incredible performance in Raazi.


Tak lupa juga lakonan Vicky Kaushal sebagai Iqbal yang berkhidmat untuk Pakistan sebagai askar tapi berbelah bahagi hati antara cinta kepada Sehmat ataupun cinta kepada negara. Scene dia tanya Sehmat, cinta Sehmat selama ni jujur ataupun palsu semata sebab dia betul-betul sayangkan Sehmat even lepas tahu Sehmat pembelot pun dia tetap hormat Sehmat dan anggap Sehmat sama macam dia, ingin berbakti kepada negara tercinta.

Disebabkan dua watak patriotik yang jatuh cinta tapi terhalang antara sebab kenapa boleh emosi masa menonton, tambah pula diadaptasi dari kisah sebenar. Cerita ni disampaikan oleh Sehmat sendiri bila anak dia pujuk untuk ceritakan kepada penulis novel. Anak Sehmat dan Iqbal pun berkhidmat dalam tentera tapi berhenti bila Sehmat meninggal.


Perjalanan Raazi bukan terbatas hanya pada pengorbanan seseorang untuk negara tapi betapa besarnya kerugian perlu manusia alami bila tercetusnya perang. Kepentingan negara sampai mengorbankan beberapa nyawa, jadi apa ertinya kemenangan bila hilang yang tersayang?

Scene Iqbal cakap dengan Sehmat dia tak pernah sekali pun lukakan Sehmat, marah pun tak pernah antara punca kemurungan lepas tengok Raazi sebab karakter Iqbal yang sopan, gentleman dan bukatn setakat Iqbal tapi satu keluarga baik buat kita jadi tertanya apa kepentingan peperangan dua negara ni sedangkan boleh hidup berdamai. Instead of taking sides, you will question why?


Sampai sekarang kalau tengok peperangan India-Pakistan tak boleh nak hadam kenapa Jinnah sanggup pecah belahkan dua negara ni. Sampai sekarang berperang, sampai sekarang bertelagah walhal Jinnah ambil keputusan berpisah negara dulu untuk selamatkan orang Islam dari ditindas padahal jumlah Islam dan Hindu sama banyak je yang tertindas dan terkorban. Dia dah mati tapi yang hidup ni tanggung seksa.


But whatever the past is, dari segi lakonan leading cast mahupun supporting cast, jalan penceritaan, visual dan kostum, music, dialog semua faktor menyumbang kepada kualiti movie yang bagus untuk ditonton. Tak pasti movie ni untuk mengenang jasa Sehmat ataupun sebenarnya mengenang kisah cinta antara Iqbal dan Sehmat tapi walau apapun objektif Meghna dan team Raazi, they surely did the best.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Kebiasaannya vending machine ataupun mesin gedegang yang wujud di Malaysia kebanyakannya mesin gedegang air minuman berkarbonat atau berperisa. Terbaru, hijab vending machine keluaran syarikat Querendra dan pet foods vending machine tapi di negara-negara luar, kegunaan vending machine lebih meluas mengikut kehendak setempat.

Image result for hijab vending machine

Mungkin negara kita perlu perluaskan lagi kegunaan vending machine untuk beerapa kegunaan orang awam. Here are some list :

1) Sanitary Pad Vending Machine

Image result for sanitary pad vending machine

Period dan perempuan memang berpisah tiada dan sesiapa yang menceburi business sanitary pads ni memang akan sentiasa kekal lama kerana natural biology cause yang takkan pernah surut setiap bulan. Walaupun tarikh period dah ditanda dalam calendar tapi tak boleh nak elak kalau period datang awal ataupun lambat dari tarikh sepatutnya ataupun lebih parah lagi bila datang seperti tsunami sampai stok habis.

Ada eloknya kalau sanitary pads vending machine ni ada disediakan pilihan seluar dalam sekali sebab kalau bocor memang menangis jugak lah nak cari stok seluar dalam ekstra.  

2) Recycle Vending Machine 

Image result for glass bottle recycling vending machine

Di India, Canada, Iceland wujud mesin layan diri untuk mengitar semula botol minuman plastik, botol kaca ataupun tin aluminium supaya jumlah sampah dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran orang awam tentang kebersihan alam sekitar. Ada beberapa pilihan semasa mengitar semula sama ada untuk memberi derma ataupun mendapat bayaran sebagai ganti mengitar semula botol plastik.

3) Food Vending Machine

Image result for food vending machine

Seramai 99% pelajar ataupun wanita mengalami masalah cravings di tengah malam. Di Jepun terdapat banyak vending machine yang mempunyai makanan seperti sushi, ramen, buah-buahan, sup ikan, burger dan banyak lagi. Di Texas, ada pie vending machine, Russia ada French fries vending machine, California dengan cupcake vending machine dan Itali dengan pizza vending machine. Tak ada masalah dah kalau sebelum tidur tiba-tiba lapar tapi 7E jauh kemain.

4) Toiletries Vending Machine

Image result for toiletries vending machine

Bila excited pergi bercuti akan timbul satu masalah bila terlupa bawa barang mandi ataupun malas untuk pack sekali barang mandian, lagi renyah bila terpaksa pack dalam travel kit. Mudah bila ada toiletries vending machine di kawasan pelancongan. Walaupun ada hotel yang sediakan kemudahan ni tapi ada juga hotel yang bagi tak ikhlas. Actually toiletries vending machine ni dah wujud di beberapa terminal lapangan terbang.

5) Medical Vending Machine

Related image
Salah satu mesin layan diri yang makin popular di India dan Amerika ialah medical vending machine di mana mesin layan diri mempunyai beberapa jenis ubat dan peralatan medikal untuk membantu pesakit yang memerlukan tanpa perlu menapak ke hospital dan menambah kesesakan di ruang menunggu walhal cuma kehabisan stok painkiller, Panadol, ubat batuk ataupun asthma inhaler.


Banyak lagi mesin layan diri yang wujud di serata dunia untuk kemudahan orang awam yang memerlukan beberapa jenis barang selepas habis waktu berniaga. Inisiatif mesin layan diri lagi efektif berbanding kedai 24 jam untuk mengelakkan kecurian dan mengurangkan kos pekerja.

10 Pelakon Lelaki Bollywood & Pembedahan Plastik

Thursday 19 July 2018

Kalau sebelum ni sembang pasal pelakon wanita di Bollywood yang pernah dan selalu buat pembedahan plastik untuk tampak lebih menarik dan menawan, kali ni pelakon lelaki yang kerap berjumpa doktor untuk sesi konsultasi awet muda dan sebagainya. Kebanyakannya suntikan Botox dan juga hair transplant.

Tak banyak sangat info dapat tentang pelakon lelaki sebab kebanyakannya buat secara rahsia dan di tempat eksklusif but here are some for you guys : 

1. Anil Kapoor


Siapa yang percaya Anil Kapoor awet muda sebab tak merokok, tak minum arak dan sentiasa senyum adalah manusia yang agak naïf dengan tips awet muda ni kerana Anil adalah golongan yang sering berjumpa doktor untuk suntikan Botox di bahagian pipi dan juga membuat rawatan rambut untuk nampak muda. Walaupun Anil menafikan perkara ni tapi Karan Johar menyindir kenyataan Anil dalam program Koffee With Karan.

2. SRK


King tak selamanya berada di atas bila ketagihan rokok yang extreme di usia yang mencecah 50-an ditambah pula dengan kedutan penuaan membuatkan SRK berjumpa dengan pakar suntikan Botox supaya nampak awet muda walaupun tanpa penggunaan VFX dalam movie. Paps are everywhere tssk

3. Salman Khan

Image result for salman  khan plastic surgery

Usia 50-an antara faktor utama pendorong ke klinik untuk suntikan Botox sama seperti frenemy dia, SRK. Selain Botox, Salman juga membuat pembedahan di bahagian mata untuk buang eyebag yang buruk dan hair transplant kerana mempunyai masalah botak and of course mencacatkan penampilan bujang terlajak laris di Btown ni.

4. Aamir Khan

Image result for aamir khan plastic surgery

Iras wajah yang comel dan mempunyai karakter periang tak memberi jaminan akan selamanya comel. Suntikan Botox antara penyelamat wajah Aamir Khan terutamanya di bahagian dahi kerana masalah berkerut yang ketara. Aamir sendiri mengaku dia inject Botox untuk watak pelajar kolej dalam 3 Idiots.

5. Saif Ali Khan


Mempunyai isteri secantik dan letops seperti Kareena Kapoor bukan penyebab wajah Saif berseri dan nampak awet muda sama letops seperti isterinya tapi kerana suntikan Botox. Saif juga membuat pembedahan di bahagian mata untuk buang eyebag yang gelebeh dan menegangkan kulit.

6. Shahid Kapoor

Related image



Pada awal karier, Shahid muncul dengan imej chocolate-boy tapi bertukar kepada imej maskulin dengan hidung yang agak mancung dan tirus. Yupp, he choose to do a rhinoplasty or nose job for his ‘defect’. Tapi dia buat keputusan yang agak bijak jugak sebab membantu dia jadi salah seorang kasanova dekat Btown sebelum berkahwin dengan Mira Rajput.

7. Karan Johar



Pengarah dan kadangkala pelakon terkenal, KJo mengakui melakukan pembedahan plastic di bahagian hidung dan suntikan Botox.
"It's me, my face. I am botoxed. I put collagen up there, I have adjusted my nose, I have done what everyone does in my industry, so that is one of the things."


8. Sanjay Dutt


Pernah menjadi kegilaan para gadis pada era 90-an dengan wajah tampan dan berbadan sasa antara faktor Sanju Baba melakukan beberapa pembedahan di bahagian wajah selain dari hair transplant akibat masalah keguguran rambut sehingga botak licin. Antara pembedahan yang dilakukan ialah pembedahan di bahagian mata untuk buang saggy eyebags dan suntikan Botox untuk nampak muda.

9. Govinda

Image result for govinda hair loss
Setelah menyepi sekian lama kerana masalah botak yang teruk, Govinda meminta nasihat dari Salman Khan untuk rawatan pemindahan rambut supaya dapat tawan kembali peminatnya di Btown. Bukan setakat rawatan rambut, tapi suntikan Botox dan juga beberapa ‘pembetulan’ yang perlu pada wajahnya. Govinda mengaku kepada media dia akan mengubah imej sebelum kembali aktif dalam industri. Look sells said Govinda

10. Akshay Kumar


Image result for akshay hair transplant

Antara kasanova terkenal di Btown dari tahun 90-an sehinggalah sekarang antara pelakon yang melakukan rawatan pemindahan rambut di Dubai kerana mengalami masalah keguguran rambut yang teruk gara-gara faktor penuaan. 

Tak ramai pelakon lelaki yang buat plastic surgery sebab pelakon lelaki tak ramai sangat yang ada masalah untuk naik dalam industri ditambah pula beza bayaran dengan pelakon wanita yang agak besar. Pelakon lelaki yang tak handsome pun boleh naik dan ada ramai skandal jadi kekurangan fizikal bukan menjadi penghalang sangat. 
Untuk kekal lama dalam industri memang sentiasa kekal cantik ditambah pula dengan generasi sekarang ramai yang berdarah kacukan, makin susah nak capai tahap kedudukan yang teratas. Semakin meningkat usia, semakin banyak masalah yang datang tapi tak semua masalah boleh hilang bila ada duit untuk ubah menjadi lebih baik. 

Here are the list of Bollywood actresses whom went for facial surgery, ada yang makin cantik, ada yang rosakkan muka sendiri dan jadi bahan jenaka netizen :

1. Rekha

Awal kemunculan Rekha dalam dunia Bollywood agak berisi dan gelap sehingga dilabel 'The Ugly Duckling' dan sering dibandingkan dengan aktres jelita yang lain sehingga Rekha berjaya menemui pakar pembedahan plastik yang berjaya mengubah bentuk wajah Rekha dari semasa ke semasa sehingga sekarang. 


Rekha membuang lemak, buat pembedahan hidung supaya mancung dan bleach kulit yang gelap kepada cerah melepak dan Botox supaya nampak awet muda seperti sekarang. 

2. SriDevi


Mendiang SriDevi antara yang ketara perubahannya di awal kemunculan dalam industri dan sekarang. Dari hidung bulat berubah kepada hidung mancung. Tak cukup dengan tu, SriDevi buat pembedahan plastik di bahagian bibir, tambah Botox di muka dan breast enhancement. Untuk pencerahan kulit, SriDevi buat laser treatment di UK.

Bukan setakat SriDevi je, anak-anak perempuannya Jhanvi dan Khushi juga melakukan pembedahan plastik di usia muda untuk debut dalam Bollywood. 


3. Sushmita Sen


Ratu cantik Universe tahun 2002 ni memang obses dengan pembedahan plastik dan mengaku dia memang sentiasa berjumpa dengan doktor kegemarannya supaya kekal cantik. Tapi bila makin kerap sangat, muka dia sekarang pun dah nampak lain. 

4. Preity Zinta

Image result for preity zinta plastic surgery

Antara salah seorang pelakon wanita yang menjadi kegilaan ramai kerana lesung pipit dan raut wajah yang comel tapi makin berusia makin hilang kecomelan Preity. Muka jadi lebih tegang dan nampak garang disebabkan facelift surgery, eyelift untuk kurangkan garisan kedut penuaan, lip fillers untuk nampak lebih sexy dan yang paling ketara ialah pembedahan hidung. 

5. Juhi Chawla

Image result for juhi chawla plastic surgery

Tahun 90-an merupakan tahun kegemilangan Juhi chawla dan ramai juga yang meminati senyuman cantiknya ditambah dengan karakter gadis periang di Btown. Walaupun Juhi dah nafikan dia tak pernah buat plastic surgery cuma pergi jumpa doktor untuk bincang tips awet muda tapi parut di hidung dan perubahan tu jelas menunjukkan dia pernah bayar kos pembedahan. Plus, she's not happy with her nose shape since she was teenage. Selain dari pembedahan hidung, Juhi merupakan pelanggan tetap suntikan Botox supaya kekal muda

6. Kajol

Image result for kajol surgery

Kajol mengikut jejak langkah Rekha membuat perubahan ketara pada fizikalnya bila dia membuat bleaching ataupun melanin surgery di mana mengurangkan tahap melanin dalam badan supaya nampak lebih cerah. Apart from that, bahagian hidung dan bibir juga diubah supaya nampak lebih cantik. 

Berbeza dengan aktress yang lain, Kajol berubah bukan untuk kekal on top dalam industri tapi untuk kelihatan relevan di mata Ajay yang kaki betina even until now. 

7. Shruti Haasan 


Anak kepada pelakon terkenal Kamal Haasan ni tak pernah deny yang dia buat plastic surgery untuk cantikkan wajah dia terutama di bahagian hidung dan bibir. Shruti pernah cakap dia went crazy mode dengan lip fillers. 

“I’m not ashamed to admit. Do I promote it? No. Am I against? No—it’s just how I choose to live.” 

Shruti kata dia pilih untuk mengaku dengan jujur tentang plastic surgery sebab dia taknak younger generation fikir yang dia ada rupa paras yang cantik. Banyak benda yang dia buat untuk jadi cantik. Ramai je dalam industry yang buat surgery tapi tak nak mengaku sedangkan perubahan tu ketara sangat.  

8. Shilpa Shetty


Perubahan Shilpa yang ketara tak perlu dipertikaikan lagi sama ada ya ataupun tidak dia menggunakan khidmat pakar pembedahan plastik. Bukan setakat hidung dan bibir, Shilpa juga buat breast and hip enhancement supaya nampak lebih seksi. Anil Kapoor pernah reveal pasal Shilpa buat plastic surgery dekat Koffee With Karan. Yoga? Nahhhhhh

9. Katrina Kaif

Image result for katrina kaif plastic surgery

Katrina dan pembedahan plastik adalah rakan baik, dalam setahun entah berapa kali muka dia bengkak disebabkan sakit gigi (dibaca : Botox injection). Kekerapan Katrina pergi ke London dan setiap kali tu juga lah muka dia bengkak. Selain Botox, Katrina mengubah hidung dan juga bahagian bibir supaya tampak lebih cantik. 

Tahun 2012 hingga 2016, muka Kat dah nampak menawan tapi selepas tu, dia inject bahagian bibir untuk nampak mungil tapi terlebih inject sampai nampak bengkak setiap masa. Nak bercakap pun nampak seksa.

10. Priyanka Chopra

Image result for priyanka chopra plastic surgery

Thanks to her mother who own a plastic surgery clinic, she already become one of the hottest diva in not only Btown thus in Hollywood as well. Tak banyak sebenarnya yang diubah sebab PC memang dah sedia cantik cuma in her early days, bila dia senyum nampak kurang menawan and thanks to her surgery, she achieve that range. Hidung dia pun diubah untuk nampak lebih halus.

11. Anushka Sharma


Selepas Rabne Bana Di Jodi, agak susah untuk Anushka sharma dapat job berlakon walaupun debut dengan SRK, ditambah pula dengan komen dari pengarah terkenal Aditya Chopra tentang fizikalnya yang kurang menarik, dia mengubah penampilan terutama di bahagian bibir. The result? She's been trolled by netizen up until now. 

12. Deepika Padukone

Image result for kajol surgery

Glam look Queen of Bollywood, Deepika Padukone semestinya adalah kerana faktor duit. In her early days in Btown, kulit dia agak gelap berbanding sekarang. Sama seperti Kajol dan Rekha, Deepu juga mengurangkan tahap melanin dalam badan untuk nampak cerah. Bahagian hidung untuk nampak mancung dan tajam, perubahan di bahagian bibir dan juga breast enhancement. But she looks mesmerizing with all those changes. 

13. Kangana Ranaut


Pemenang 3 National Award untuk lakonannya juga melakukan pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik. Perubahan yang sangat ketara ketika awal kemunculannya dalam movie Gangster berbanding penampilannya sekarang. Perubahan yang ketara ialah pada bahagian bibir yang nampak lebih mungil. 

Tahun 2009 juga antara tahun di mana ramai yang perasan perubahan di mukanya kerana agak bengkak tapi dia nafikan perkara tersebut dan buat kenyataan dia allergic dengan siput laut.

14. Vaani Kapoor

Image result for shilpa shetty plastic surgery

Pembedahan dagu yang ketara untuk movie Befikre arahan Aditya Chopra mengundang troll netizen  sehingga Vaani buat keputusan untuk mengembalikan kepada bentuk asal apabila kantoi gambarnya melawat klinik pembedahan plastik baru-baru ni. Menerima nasib yang sama dengan Anushka Sharma kerana komen 'tak cantik' dari pengarah filem yang sama. 

15. Bipasha Basu

Image result for bipasha basu plastic surgery

Pelakon seksi Bengali antara aktres yang hipokrit dengan tagline sayangi dirimu bila dia sendiri mengubah warna kulit supaya lebih cerah dari warna asal. Ketara perubahan pada pipi kerana suntikan Botox dan juga breast enhancement. Tak lupa juga hidungnya yang bulat berubah kepada mancung tirus dan satu India tahu dia buat pembedahan plastik kerana doktor failkan kes saman kerana gagal membayar hutang tunggakan kos pembedahan. 

16. Aditi Rao Hydari


Perubahan demi perubahan pada muka Aditi makin ketara bila dia dapat exposure yang lebih meluas dalam industry. Dari gambar pun boleh nampak dia buat rhynoplasty, lip surgery, jaw dan cheek fillers. Tapi ramai yang tak kisah dengan perubahan Aditi sebab dia makin cantik cuma menyampah bila PR dia rajin up articles tentang rahsia penjagaan muka dengan susu. 

Ramai lagi yang buat plastic surgery untuk kekal cantik ataupun beberapa suntikan Botox supaya kekal muda dan ada juga pelakon lelaki yang melakukan plastic surgery tapi tu nanti kita sembang dalam entri lain okay? Till next time, ciao!