Samjeang Prawn Pizza & Ayam Haseyo Dominos Subang Bestari

Sunday 15 July 2018

Masa blogwalking ramai juga yang promote menu baru untuk rangkaian produk Samjeang Pijja! Samjeang Pizza Prawn mengandungi udang, sesame seeds dan seaweed untuk menghadirkan rasa umami dalam setiap gigitan. 

Disebabkan dah bosan makan Samjeang Beef which is my sister's fav, so nak cuba lah perisa terbaru ni mana tahu jadi fav jugak kan. For this menu kitorang tambah Xtra Cheese dan pilih Chili Cheese Burst. 

Expectation :


Reality : 


Tak rasa melampau ke cara diorang letak seaweed? Sebab dalam poster sikit je thats why rasa tertarik jugak nak try sebab tak lah terasa sangat seaweed tu. I'm not a fan of seaweed. Kalau takat nak wrap sushi tu boleh terima lah but this? Help my tastebud gonna die T.T



Rasa dia sama lah macam what I expected, kembang tekak. Seaweed dengan cheese isn't a great combination tho. Nasib ada beli Meetasaurus so boleh lah buat backup plan. Tapi yang penting nak makan ni sebenarnya...


Cinnastix! 

Oh before I forget, Ayam Haseyo also great for Samjeang edition! Setiap kali gigit memang terasa pedas sos samjeang tu ditambah pulak dengan isi ayam yang juicy. Perfectly baked! Cuma banyaknya minyak dia. 


Hancur diet hari ni hewhewhew but I don't mind about it either sebab esok kita exercise okay? ;)

Movie Review : Padman

Image result for padman movie

Director : R. Balki
Writer : R. Balki, Swanand Kirkire (co-writer)
Cast : Akshay Kumar, Sonam Kapoor, Radhika Apte, Urmila Mahanta
Production Company : Chandan Arora Production Company, Columbia Pictures, Hope Productions, KriArj Entertainment, Mrs Funnybones Movies
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Biography/Drama/Comedy
Running Time : 140 minutes
Release Date : 9 February 2018
Trailer :


Been rooting for this movie and its finally here! Sebelum ni ada buat entri tentang Padman Challenge tapi tak mendapat sambutan di negara ni but that's fine tho sebab sasaran asal di India.

Padman merupakan sebuah movie yang diadaptasikan dari filem pendek, "The Sanitary Man of Sacred Land" dalam buku penulisan Twinkle Khanna, The Legend of Lakshmi Prasad, yang diinspirasikan dari kisah sebenar kehidupan Padman India, Arunachalam Muruganantham yang mencipta sanitary pad untuk isterinya dan menjual kepada wanita lain dengan harga yang murah. 

Dalam movie Padman, you guys boleh nampak masyarakat India buat upacara menyambut kedatangan seorang gadis yang dah pun period sebagai tanda sudah dewasa. Memang sangat meriah tapi sayangnya bila setiap kali period, mereka diasingkan dalam satu bilik khas.

Di India hanya 12% yang guna pad bila period sebab harga pad Rs 55 agak mahal so kain adalah pilihan utama dan dibasuh berulang kali setiap kali period. Ada yang guna daun, ada juga guna arang yang boleh menyebabkan kemandulan dan kematian.  


Disebabkan penerangan doktor tentang perkara ni membuatkan Lakshmi (Akshay Kumar) berazam untuk buatkan sanitary pad kepada Gayatri (Radhika Apte), isterinya yang tercinta. Since Lakshmi seorang pengimpal besi, more likely dia pandai untuk cipta atau repair sesuatu benda.

Dari pad sebenar dia cuba mencari semua bahan yang diperlukan untuk membuat pad. Cubaan demi cubaan tetapi gagal untuk yakinkan Gayatri untuk pakai pad instead of kain buruk. Bukan setakat Gayatri tapi adik-adik perempuannya juga dan beberapa orang perempuan yang dia approach untuk cuba pad buatannya.


Keadaan jadi kacau-bilau bila perbuatan Lakshmi dikatakan memalukan orang kampung dan Gayatri sanggup mati daripada menanggung malu. Lepas Gayatri lari balik ke rumah keluarga dia, Lakshmi keluar dari kampung dan cari sesiapa yang boleh bantu dia menghasilkan pad.

Di sana dia bekerja di rumah Professor sebagai orang gaji dan mengetahui kapas yang digunakan dalam pad bukan kapas asli tapi cellulose fiber. Selepas menempah dari US, dia belajar untuk buat machine pad dengan 4 bahagian asas yang penting - Pulverisation, Compression, Wrap Fusion & Sterilization.


Selepas berjaya menghasilkan pad tersebut, dia berjumpa dengan Pari Walia (Sonam Kapoor) yang terlupa bawa pad semasa music exhibition di kampung tu. Pertemuan Pari dengan Lakshmi membuatkan Pari sanggup tolong Lakshmi untuk menjual pad dan mewujudkan kilangnya sendiri dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutamanya wanita kerana sering ditindas oleh suami tak guna.


Kejayaan Lakshmi sampai ke pengetahuan Gayatri dan orang kampung. Dari benci bertukar bangga bila Lakshmi dijemput ke US untuk memberi ucapan tentang pad yang dihasilkan dan juga penganugerahan dari kerajaan negara India kerana menyumbang sesuatu kepada negara. Sayangnya hati Lakshmi berbelah bahagi bila dia jatuh cinta dengan Pari yang sama-sama tunaikan impian dia sehingga ke tahap yang tinggi.

Image result for padman movie

Tapi siapa yang dipilih Lakshmi cuma fraction kecil je dari movie ni sebab movie ni nak sampaikan mesej betapa pentingnya penggunaan pad dan merupakan medium untuk meminta pengurangan harga pad yang dijual di kedai supaya lebih murah ataupun percuma kepada golongan yang miskin dan permintaan mereka berjaya di India. Sama seperti Toilet, movie Padman juga bawa mesej sosial yang kuat kepada masyarakat untuk ubah stigma kepada kehidupan yang lebih baik.


Lakonan pelakon utama Akshay, Radhika dan Sonam memang terkesan dan bagus sangat dalam movie ni nak pula bila scene Lakshmi berjumpa dengan Pari untuk bertanya tentang feedback pad yang dihasilkan sendiri. Emosional dan menyentuh hati bila kita tahu betapa susahnya Lakshmi untuk ubah lifestyle masyarakat dan beratnya perjalanan yang dia lalui untuk hasilkan pad murah.


As the genre mentioned, movie biografi tentang Arunachalam Muruganantham ni ada juga elemen komedi supaya movie ni nampak santai dan ringan. 1 jam 40 minit rasa sekejap sangat masa layan movie ni and I really wish the movie was longer than it should be.

Panjangkan lagi scene percubaan Lakshmi mencipta pad dan penerimaan orang kampung ataupun perjalanan dia dan Pari sebab romantic sangat scene Akshay-Sonam dalam movie ni. Chemistry tu tak berubah selepas movie pertama mereka, Thank You tahun 2011.


Kalau dengar nama R.Balki je, dah tahu dah plot movie yang cantik ditambah dengan skrip bagus dan beberapa dialogue bagus yang dilontarkan oleh karakter penting.

'We women would rather die of illness than live in shame!'
'How can a person who unable to protect a woman call himself a man?'
'Big man, strong man, not making country strong...woman strong, mother strong, sister strong then country strong.'


'America has Batman, Superman, Spiderman but India has Padman! He is our real superhero!'


For those yang belum tengok, you can watch this beautiful movie di Astro First ataupun tunggu je lah sikit masa lagi nanti masuk la tu dekat Astro Cita ataupun Tara. Fun fact, movie ni dah menang beberapa award besar di India dan mesej untuk guna pad dah berjaya mengubah persepsi taboo di beberapa kawasan di India. The team did a great job for their country. Kudos!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Blog Mobile-Friendly Idaman Para Pembaca

Saturday 14 July 2018

Masa blogwalking ternampak entri abang Hasrul Hassan mengenai Tips SEO : Blog Wajib Mesra Mobile. Pengisian yang sangat penting untuk menentukan traffic blog kita sebabnya bila pembaca selesa, makin rajin lah dia tinggalkan jejak.

Nak pula dengan teknologi sekarang, ramai yang guna smartphone je bila online, so bila blog kita mobile-friendly, mudah untuk mereka dapatkan maklumat atau baca perkongsian di blog kita. Mengikut statistik, penggunaan smartphone dua kali ganda lagi ramai berbanding pengguna desktop/pc maka ada eloknya semua tuan blog check atau tukar template yang mobile-friendly. 

Dalam entri abang HH, ada sedikit tips dan tutorial untuk ubah blog menjadi mesra pembaca dan ada beberapa site yang offer tuan blog run test untuk pastikan blog mobile-friendly ataupun tak. And for mine, it is mobile-friendly! Yeayyy!


Kepada yang nak run test, boleh klik dekat sini sebab yang ni paling senang dan ringan untuk test

https://testmysite.thinkwithgoogle.com/

Dan untuk yang ingin tahu lebih lanjut tentang tips dan tutorial ni boleh terjah blog Hasrul Hassan atau klik je dekat link dekat tajuk di atas :)

Repack Repack Repack!

Friday 13 July 2018


Antara salah satu kerja nak kena hadap dekat pet store ni ialah repack semula makanan dalam packaging yang dah pecah atau terkoyak dek kerana pekerja buat kerja tak cekap masa angkat pallet dengan forklift ataupun masa buka kotak tertoreh sekali bungkusan tu. Sudahnya produk dikira rosak sebab customer takkan ambil packaging yang dah rosak walaupun dalam masih elok.

Disebabkan kejadian ni, terpaksa lah buat lagi satu kerja iaitu pek semula dalam bungkusan lain dan jual di kedai sendiri. Tapi sebelum nak jual, kena pastikan dulu isi dalam bersih dari serangga maka wujud lah pekerjaan menampi dan mengasing. Dekat sini lah terciptanya senaman otot tangan. Hazabnya menampi ni sampai rasa tangan tu dah hilang dah. Melecet tu satu hal lagi. Tak boleh makan sambil buat kerja pun satu hal sebab makanan binatang bukannya manusia hihu.


Dah settle bersihkan, masukkan dalam bungkusan baru lepastu timbang ikut sukatan yang nak dijual. Part ni dah senang dah kerja tapi lepas dah bungkus tu kena lipat untuk keluarkan angin and you really don't want your product been harassed again with insects. Penat menampi pun tak hilang lagi, makin bertambah penat lah kalau dia masuk lagi. Rasa nak mengamuk je dengan semua orang. 




Nak seal pun satu hal jugak sebenarnya bila bungkusan tu dah penuh tambah pulak tangan gigil sebab penat punya pasal, nak dapatkan setengah inci tu memang hazab jugak. Buat pekak telinga je kena bebel dengan supervisor. Yang penting, siap? 


Percubaan pertama agak gagal banyak sebab banyak betul baki bahagian atas, percubaan kedua dan seterusnya ada lah jadi, ada yang tak jadi but that's okay lah sebab experience. Let's see how much longer I have to adapt with this environment sampai betul mahir dan selesa. 

Related image
Pengarah : Waan Hafiz
Penulis Skrip : Khairul Kiasan
Pelakon : Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Dottie, Mustaqim Bahadon
Genre : Drama/Komedi
Durasi Tayangan : 103 minit
Tarikh Tayangan : 22 Februari 2018
Syarikat Produksi : Global Solution Resources
Pengedar : Empire Film Solution
Trailer :



Awal tahun dah tahu tentang kewujudan movie ni dekat blog Hans Hanis, and I really impressed with fresh theme also poster looking so great! Tapi movie ni quite underrated sebab tak ada promo dekat socmed. Mungkin ada dekat newspaper ataupun TV or I terlepas pandang since I didn’t watch the trailer. Yang buat excited nak tengok movie ni sebab jarang movie Melayu ada tema surfing. Sembang pasal surf, of course lah relate dengan laut dan kita pun memang sedia maklum laut di negara kita cantik so that’s a plus point for this movie.

Muhammad Razali Mokhtar atau nama samarannya, Billy (Shukri Yahaya ) minat dengan sukan luncur ombak sejak kecil dan minat tu dikongsi dengan abangnya, salah seorang ahli Malayan Trio di Tioman dan terkenal di negara luar hinggakan pelancong datang ke Tioman untuk belajar surf dan mengenali 3 legenda hebat surf di Malaysia – Jimmy John (Pekin Ibrahim), Mike Malaya (Josiah Hogan) & Bobby (Mustaqim Bahadon).


Tapi legenda bertiga hanya tinggal kenangan bila Bobby meninggal dunia di Bali dalam satu tournament, Jimmy cedera, tak pasti kenapa tapi yang pastinya dia dah stop surf lepas insiden di Bali. Hanya tinggal Mike yang mengungguli semua kejuaraan dan kembali semula ke Tioman untuk berehat sementara dan mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Mia (Cristina Suzanne).

Mia berkawan baik dengan Lia (Ardell Aryana), adik kepada Jimmy datang ke Tioman untuk menulis tentang surfing dan beri pendedahan since sukan surfing ni tak berapa famous lagi di Malaysia dan juga beberapa entri tentang travel di Tioman dalam blog dia. Disebabkan Billy merupakan tourist guide Happy Lobster, perusahaan kakaknya, Siti Laksa (Dottie), Mia dan Billy mula rapat dan Billy menaruh hati pada Mia. Tapi tak lama, bila Mike balik ke Tioman.


Pulangnya Mike ke Tioman membawa cerita lama dan luka kepada Jimmy hingga dia ambil keputusan untuk mengajar Billy walaupun dah berapa puluh kali permintaan Billy untuk menjadi anak muridnya ditolak mentah-mentah. Bukan setakat rahsia lama tapi hubungan Mike dengan Mia pun goyah dengan rahsia yang Mike simpan di Kuala Lumpur ditambah pula dengan perbuatan busuk Mike terhadap Billy. Berjaya atau tak Billy menjadi juara seperti abangnya? Apa rahsia Malayan Trio yang sebenarnya hingga hancur impian mereka dari kecil? Semua tu ada dalam movie karya Waan Hafiz.

Selain dari idea fresh dari team GJ bertemakan surfing, plot pun agak menarik sebenarnya cuma tak memberi impak yang kuat bila jalan cerita lebih beratkan tentang kehidupan sekarang. Ada beberapa scene je yang ceritakan tentang kematian Bobby. Walaupun bertemakan surf, kecewa jugak tak banyak shot cantik aksi surfing. Ada pun dari jauh, yang dekat pun banyak tenggelam dengan air laut. 

Ada scene ramai datang tengok Mike surf di Tioman tapi shot dia surf tak ada pun, cuma ada shot penonton bersorak ‘wah hebatnya!’ which is sad sebab kita sebagai penonton nak tengok aksi surf tu bukannya penonton nak tengok reaksi penonton.


Like I said earlier, kalau movie bertemakan surf mestilah shooting location dekat pantai yang cantik and this team chose Tioman. Sepanjang movie ni bukan setakat terhibur dengan lakonan santai komedi Shukri Yahaya je tapi amazed jugak dengan kecantikan Tioman. Sangat sangat sangat cantik! Dari awal sampai habis movie memang terpesona dengan kecantikan Tioman dan beberapa shot di Bali, Indonesia.  



Walaupun plot filem Surf This Love - Gelora Juara agak tersasar, tapi berharap juga ada sequel untuk movie ni sebab GJ ada potential sebagai karya terbaik nak pula bila lakonan setiap pelakon memang bagus ditambah pula dengan skrip yang cantik. Sayangnya tak banyak scene surfing ataupun ilmu yang Jimmy turunkan kepada Billy. GJ dah lepas, nothing can be done about it tapi sequel mungkin boleh mantapkan lagi plot cerita ni.

If you guys one of Shukri Yahaya’s fans, do watch this sebab lakonan dia memang cantik, jalan cerita pun not bad ditambah dengan visual yang memukau. And yes, you guys boleh dengar Shukri menyanyi lepas lagu Tak Pernah, duet bersama Fathia Latif.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 1 = 6.9/10