My Dream Wedding

Sunday 22 April 2018

Tbh dari kecil tak pernah berubah pun konsep dream wedding ni tapi tak tahu lah dapat tercapai ke tak sebab plan nak kahwin pun tak muncul lagi. Although I love Bollywood tapi sebenarnya tak suka pun tema Bollywood macam ramai yang teka sebelum ni. I love concept less is more. Bukan dari segi deco je tapi dari semua segi pakaian, warna tema tetamu dan makanan.

1) Natural/Floral Theme


Tak kisah lah bunga apa pun sebab semua bunga cantik dekat mata ni. Nak demand Juliet Rose kang pengsan pulak semua termasuk diri sendiri. Even bunga DIY dari kain felt ataupun kertas pun boleh. 

2) Pastel/White Theme Colour


Warna pastel sebab soft sesuai lah dengan karakter waktu tu, ayu dan sopan je sepanjang hari. Warna putih pulak sebab a new chapter in life so its a symbolic something pure and new to be filled with. Lagipun memang standard warna tema hari kahwin ni warna putih pun so jangan pening sangat fikir. 

3) Lace 


Lace is love nuffsaid. Actually nak design & jahit sendiri wedding dress tapi azam dari tahun bila entah nak tercapai. Entah siap entah tidak impian yang satu ni. 

4) Guest list


Kalau boleh nak tetamu yang datang tu bawah dari 50 orang je sebab takkan terlayan pun ramai-ramai ni tambah pulak bukan semua yang datang tu nak meraikan sangat hari bahagia kita. Lebih kepada nak membawang je. Dah banyak kali nampak depan mata. 

5) Menu


Bila guest tak ramai boleh la fokus makanan best sikit nak makan lepastu boleh order yang grand sikit untuk pengantin dengan tetamu. Sebab tetamu pun special kan, so makanan memang tak ada beza. Betul-betul nak appreciate and sharing moments punya. 

6) Wedding Vow

This is somekind special sebab dari kecil hafal vow ni lepas tengok English movie tapi tak ingat movie apa. I just remember the vow because its meaningful macam movie The Vow :
'I take you to be my husband to have and to hold from this day forward for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish, till death do us apart.'
Dah masuk suku kedua tahun biasanya akan berkurangan hujan lebat dan akan bermula musim panas dan musim buah atau bunga so it’s quite a great time untuk pergi bercuti hilangkan stress dan luangkan masa bersama yang tersayang.

Disebabkan kerja Isnin hingga Sabtu jadi masa tu tak banyak untuk pergi bercuti jauh dari rumah sebab nak travel jauh dah makan masa, nak ambil cuti nak simpan untuk PRU dan Hari Raya nanti, so kita pilih tempat yang dekat je dengan rumah which is Port Dickson, Negeri Sembilan. Jarak perjalanan pun tak lama lebih kurang sejam lebih je dari Subang.

Kenapa PD? Sebab dekat sini banyak pantai so it’s quite perfect place lah kalau nak tenangkan fikiran cari tempat yang kaya dengan alam semulajadi. Macam dekat PD ni ada banyak pantai antaranya yang paling famous haruslah Pantai Teluk Kemang tapi selain pantai ni, ada juga Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana, Pantai Tanjung Tuan ataupun Pantai Tanjung Biru. Banyak pilihan kalau sesak dengan orang lain nak pula bila semua pantai ni terjaga dan cantik.

Selain dari pantai boleh juga menapak ke tempat lain yang memang sesuai untuk bercuti ataupun bergambar sebagai kenangan ataupun upload dekat Instagram.

1. Alive 3D Art Gallery

Sumber : Google

Based on high rating and good reviews I bet this is a must visit place in PD! Tarikan yang baru dibuka di bangunan kedai 3 tingkat ini menempatkan 50 lukisan 3D dengan 5 tema seperti Adventure, Animation, Aquarium, Exotic and Dart Art. Harga tiket untuk masuk pun murah cuma RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 

2. Taman Tema Wild West Cowboy

Image result for Taman Tema Wild West Cowboy
Sumber : Google

Dah puas bergambar dekat Alive 3D Art Gallery, boleh menyinggah dan bermain dekat sini sebab sederet je di bangunan yang sama dan bawah pengurusan yang sama. Antara games yang ada dekat sini, Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round dan 5D Motion Adventure ataupun 7D Interactive Movie macam dekat Universal Studios Singapore.

3. Rumah Terbalik

Related image
Sumber : Google

Tak cukup dengan dua tempat di atas, boleh pergi pulak dekat sini untuk bergambar sebab dekorasi yang unik seperti berjalan di siling rumah. Sama macam Alive 3D Art Gallery, Rumah Terbalik ni pun terletak di deretan kedai but fret not, tak susah pun nak cari.

4. Pulau Burong

Image result for Pulau Burung port dickson
Sumber : Google

Kalau pilih pantai Cahaya Negeri boleh menyinggah di Pulau Burung sebab terletak berdekatan je dengan berjalan kaki ataupun guna jambatan yang ada. Nama je Pulau Burong tapi aktiviti yang selalu orang buat dekat sini memancing ataupun bergambar sebab view alam semulajadi paya bakau yang cantik dan tenang.

5. Ostrich Farm

Image result for ostrich farm port dickson
Sumber : Google

Kalau Pulau Burong tak ada burung tapi dekat Ostrich Farm ni confirm ada burung unta dan haiwan lain sebagai tarikan pengunjung. Dekat sini boleh melihat burung unta and of course, telur burung unta yang besar. Bukan setakat tengok je tapi boleh menunggang burung unta ataupun lumba lari. Apart from that ada juga ATV, buggy ride, memanah, paintball dan macam-macam lagi aktiviti sukan lasak.

6. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Image result for Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang
Sumber : Google

Dah puas tengok binatang darat, kita luangkan masa dengan hidupan air dan laut di pusat yang menempatkan berpuluh akuarium ikan dari pelbagai spesies. Tak perlu nak scuba diving pun you guys dah boleh tengok depan mata kehidupan eksotik ni.

Tapi kalau nak bercuti tapi malas nak berjalan dekat merata tempat boleh je stay satu tempat untuk relaks sambil layan angin laut dan keindahan pantai ataupun guna perkhidmatan yang disediakan di Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson. Bukan sahaja cantik dari segi senibina, the cool sky pool villa at lexis hibiscus also one of the great thing you can enjoy plus with top notch staff’s service.

Related image
Sumber : Google

Hotel Lexis Hibiscus baru je memenangi dua anugerah ‘Best Family Resort’ dan ‘Best Pool Villa’ oleh 'Haute Grandeur Global Hotel and Spa Awards' di Bangkok tahun lepas dan anugerah ini merupakan pencapaian tertinggi di dunia jadi untuk bercuti dengan bahagia memang dah terjamin.

Lepasni dah tak payah pening kepala nak pergi mana dekat PD sebab boleh pilih je semua tempat yang ada mention dalam senarai di atas ataupun pergi je dekat Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson. Tak perlu pergi jauh sampai ke luar negara pun. Selamat bercuti!

Drama Review : Cross

Saturday 21 April 2018


Director : Shin Yong-hwi
Cast : Go Kyung-pyo, Cho Jae-hyun, Jeon So-min, Kim Ji-han, Yang Jin-sung, Jang Gwang, Kim Jong-goo, Heo Sung-tae, Yoo Seung-mok
Genre :  Medical Thriller
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : 29 January 2018
Trailer :


Cross mengisahkan tentang Dr. Kang In-gyu (Go Kyung-pyo), doktor bedah yang memohon untuk bekerja di Penjara Shingwang. Permohonan bekerja di penjara menaikkan tanda tanya kepada Dr Baek Ji-nam di situ kerana kehebatan Dr. Kang sepatutnya menempatkan dia di hospital besar dan ternama tapi disebabkan Dr. Kang dapat selamatkan banduan semasa interview, dia dapat lah bekerja di situ.


Tapi keraguan Dr Baek tak berhenti di situ je so dia gali lebih dalam lagi kenapa & akhirnya jumpa jawapan nak pula bila Dr Kang sendiri mengaku yang dia datang untuk balas dendam kepada Kim Hyung-beom (Heo Sung-tae) yang telah membunuh ayahnya 15 tahun lepas dalam kes pemindahan organ secara haram. Walaupun ditegah oleh ayah angkatnya, Chief Centre Dr. Go (Cho Jae-hyun) tapi Dr. Kang tetap dengan dendam dia untuk membunuh sendiri Kim Hyung-beom.


Suku awal drama ni agak bosan sebab strategi Dr Kang untuk bunuh Kim Hyung-beom pun melalui ubat dan effect tu pun effect biasa. Lagi menarik drama di Hospital Sunrim yang penuh dengan pesakit yang memerlukan organ baru untuk teruskan hidup.

Lepas dah kantoi niat Dr Kang untuk balas dendam, baru plot nampak cantik sikit and curious sangat nak tahu apa strategi Dr Kang dengan Kim Hyung-beom ni sebab walaupun Kim Hyung-beom meringkuk dalam penjara, bisnes organ trafficking still berjalan macam biasa under penyeliaan anak suruhan dia yang setia. Ditambah pula dengan demand dari VIP untuk pastikan bisnes dia sentiasa top in market.


What I hate in this drama is authorities looks weak just to highlight the abilities and heroic character of Dr. Kang. Memang dari awal ada beberapa kali je lah boleh nampak campur tangan pihak polis itupun bila Dr. Kang call and perlukan diorang. Lepas Kim Hyung-beom ni lari dari penjara, tak gigih sangat pun polis cari dia. Baik polis mahupun warden penjara padahal warden tu dah nak cecah tempoh bersara dah tu.

Semuanya hasil usaha Dr. Kang. Kind of mehhh jugak la sebab watak Kim Hyung-beom dalam cerita ni penjenayah yang pernah gemparkan negara suatu ketika dahulu dan dia masih lagi aktif so bila polis buat relaks ni rasa macam pelik jugak lah.


Tapi yang bestnya drama ni dia bagi pendedahan tentang organ transplant, dari start isi borang menjadi penderma organ sampai lah ke bilik bedah. Bila tengok scene bilik bedah rasa happy & lega bila darah mengalir di organ baru and penerima organ baru boleh teruskan hidup. Terus rasa nak pergi sign borang jadi penderma sebab dekat Malaysia ni statistik penderma organ cuma 0.6% dari sejuta penduduk je berbanding pesakit yang memerlukan organ.


Kalau ramai yang menjadi penderma organ mungkin lagi banyak nyawa yang boleh diselamatkan nak pulak penderma hati sebab bahagian hati cuma ambil separuh je dari badan and the rest akan tumbuh balik kepada bentuk normal lepas setahun. Perks watching this drama hewhew.

Dua episode hujung drama ni memang teruk sangat menangis sebab watak dekat Hospital Sunrim tu most likely related dengan Dr. Kang dan ayah angkat dia. Tapi dalam drama ni banyak flashback so boleh cepat je habis sebab flash back dia repetitious. Drama ni pun slow pace jugak so I used 1.7 for video speed.


Dalam drama ni tak ada scene bercinta pun, kalau ada pun cuma beberapa saat takat have crush macam tu je. Life doctor kan mana sempat nak fikir pasal diri sendiri sangat pun. Patient dekat Emergency Room pun tak pernahnya surut. Watak dalam drama ni semuanya berkait so tak pening sangat nak fikir dia ni siapa sebab most likely watak-watak ni akan disebut dari awal sampai habis.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.9/10