Movie Review : Dismissed (2017)
Wednesday 21 March 2018
Director : Benjamin Arfmann
Cast : Randall Park, Dylan
Sprouse, Kent Osbourne, Chris Bauer
Genre : Thriller
Running Time : 86 minutes
Trailer :
Dismissed mengisahkan tentang
pelajar pandai yang baru berpindah ke Sekolah Menengah dan ditempatkan dalam
kelas Mr.Butler. At first of course Mr.Butler happy dengan kehadiran Lucas
sebab Lucas semangat nak belajar untuk dapatkan gred bagus since impian dia
untuk masuk ke Universiti Harvard. Sembang pasal semangat nak belajar,
Mr.Butler arahkan satu kelas buat satu assignment untuk topik but instead makin
a pages of research, Lucas siapkan thesis untuk topic tersebut. Of course lah
Mr.Butler bahagia tengok kegigihan dia tapi sayangnya effort Lucas cuma dapat
B+.
Naik darah Lucas disebabkan gred
dia bukan A seperti yang dia nak. Walaupun dah bincang cara baik, Mr. Butler
tetap dengan keputusan dia untuk bagi Lucas B+. Disebabkan muak dengan ugutan
Lucas, Mr.Butler ambil keputusan untuk siasat siapa sebenarnya Lucas.
Untuk genre thriller, movie ni tak lah thriller mana pun cuma manusia sekeliling Lucas je yang tak cerdik sangat jadi senang lah untuk Lucas menyerlah dalam movie ni dan takutkan semua orang. Movie ni thriller suam kuku je tak cecah tahap psiko pun. Lagi rasa facepalm bila Mr. Butler dah dapat perlindungan polis sebab Lucas ni berbahaya tapi Lucas boleh senang je masuk rumah dia ikut pintu depan. Rasanya polis pergi beli donat kot.
First half movie ni memang cantik
bila Lucas letupkan mata sebab tak dapat jadi pemain utama dalam pertandingan
catur wakil sekolah walaupun dia bagus. Tapi bila masuk second half movie ni
nampak bodoh dan Mr.Butler lah manusia paling bodoh sekali dalam movie ni. Dah
tahu Lucas tu jenis mental dan berbahaya, dia nak jugak cari pasal dengan
Lucas. Dia ada anak bini nak jaga tapi dia tetap bahayakan keluarga dia demi
nak cari pasal dengan Lucas. Lagi cari pasal dia bagi F dekat Lucas. Sepatutnya
dia jadi matang tapi dia nak juga hancurkan Lucas dengan cara macam tu. Bila tengok
ending tak rasa kesian pun tapi rasa padan muka sebab gigih cari pasal dengan
orang gila.
Konsep dia macam kau pergi jolok sarang tebuan lepastu expect hari kau indah bahagia. Memang tak lah!
Kalau director tak berpegang
dengan konsep Lucas mesti kena hukum dan angkat Mr.Butler jadi wira tapi buat
kelainan macam Lucas dapat lari dan tukar identiti mungkin cerita ni jadi lebih
menarik. Tak ada yang best pun dalam movie Dismissed tapi berbaloi lah nak
tengok kalau korang peminat Dylan, si kembar yang berlakon dalam rancangan
kanak-kanak, The Suite Life of Zack and Cody.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6/10