Israel Datang Berjemaah

Thursday 8 March 2018

Macam biasa pagi-pagi usha blog stats tapi semalam luar biasa sikit sebab pukul 3 sampai 2 ribu pengunjung datang sini dari negara Israel. Entah apa yang diorang belek. Tengok keywords tak ada pun yang berkaitan dengan diorang.



Sebelum ni ada nampak Mrs Pip post dekat Instagram PV by Countries ada negara Israel tapi tak la ramai macam ni. Kus semangat den nengok haaa. Ada yang kena jugak ke macam ni?

Nasi Ayam McD Kota Damansara

Wednesday 7 March 2018


Sabtu lepas jejak kaki ke McD sebab ada orang craving dengan Nasi Ayam McD. Before this ada nampak Nasi Lemak McD tapi tak tahu pula kewujudan Nasi Ayam dia. Masa tengah queue tu belek poster dia sebab tengok menu baru - Nasi Telur, Nasi Ayam Tanpa Telur dengan Nasi Ayam. Terpaksa ambil gambar dekat Twitter sebab dalam laman web McD tak wujud pulak 3 serangkai ni. 

Credit : Twitter FoodViralMY
So this is our Nasi Ayam McD (Tanpa Telur). Sama atau tak dengan dalam poster? 


Sambal tak nampak sebab dia letak bawah ayam. At first I thought dia nak letak ayam goreng McD tapi dia bagi ayam regular. Hambar. Siapa yang suka makan banyak happy la kot makan meal ni sebab nasi dia banyak. Dalam poster dapat timun 2 potong tapi dapat sepotong je. Sambal dia sedap sebab guna sambal ikan bilis. Rasanya dia ambil sambal Nasi Lemak letak dekat Nasi Ayam. Sambal je lah sumber kebahagiaan untuk menu ni. 

Sedap lagi Nasi Ayam KFC sebab ayam boleh pilih Spicy ataupun Original. Sayur pun dapat coleslaw, terasa lah sayur tu nak dibandingkan dengan timun sepotong. 

In terms of harga, satu set Nasi Ayam ni RM 9.95 termasuk dengan air. Kalau Nasi Ayam KFC around RM7? I'm not sure the exact price sebab selalu pergi waktu Lunch or Dinner Treats. Lagipun dah lama tak makan set tu. Even dekat page KFC pun tak wujud menu tu untuk buat reference. 


Not gonna try Nasi Lemak McD sebab mahal kemain nak pulak bila dapat ayam hambar macamtu. RM11.95 boleh makan 5 nasi lemak telur mata separuh masak ataupun 2 nasi lemak ayam dekat warung biasa. Sedap pulak tu. Lagipun ada baca ramai yang tak suka sebab tak sedap & kosong. Nasi lemak kalau tak ada ikan bilis, tak sempurna kewujudannya gittewwww. 

Anyway, tak berbaloi makan Nasi Ayam McD walaupun sambal dia letops. Ciao!

Movie Review : Forgotten (2017)


Director : Jang Hang-jun
Writer : Jang Hang-jun
Cast : Kang Ha-neul, Kim Mu-yeol, Moon Sung-keun and Na Young-hee.
Genre : Mystery/Thriller/Horror
Production company : B.A. Entertainment
Distributor : Megabox Plus M
Release date : November 29, 2017 (South Korea)
Running Time : 109 minutes
Trailer :


Before this kalau movie Netflix mostly Hollywood yang produce, tak sangka pulak Korea pun join sekali. Not sure if this is the first movie but I can assure you guys this movie is good. Tak ingat siapa yang recommend movie ni but thanks a lot! I really have a fun time watching it.

Bertemakan era krisis ekonomi tahun 1997, Jinseok dan keluarganya berpindah ke rumah baru. Selesai berpindah dan unpack barang, semasa makan malam Jin-seok bertanyakan ayahnya tentang bilik kecil di tingkat atas yang sepatutnya menjadi bilik abangnya, Yun-seok. Bilik kecil tersebut dikunci kerana terdapat barang-barang tinggalan pemilik rumah lama.


Disebabkan bunyi pelik yang datang dari bilik tersebut, Jin-seok beranikan diri untuk membuka bilik tersebut walaupun ditegah oleh ayahnya. Belum sempat Jin-seok masuk, abangnya mengajak dia ambil angin di kawasan bukit berhampiran rumah walaupun hujan pada malam tu.  Dalam perjalanan pulang, abangnya ditangkap oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van hitam selama 19 hari.

Walaupun Jin-seok hafal no plat van hitam tersebut, detektif menolak mentah-mentah kerana Jin-seok dibawah pengaruh ubat depresi dan keadaan hujan lebat.


Perkara pelik berlaku apabila abangnya kembali ke rumah tapi bersikap aneh sehingga Jin-seok ambil keputusan untuk mengintip pergerakan abangnya. Things get messy bila keluarganya sebenarnya keluarga tipu. Siapa Jin-seok sebenarnya? Siapa keluarga Jin-seok yang sebenar? Jin-seok berhalusinasi ataupun ada agenda tersembunyi terhadap dirinya?

Image result for forgotten 2017 korean movie

First half movie Forgotten ni rasa seram juga bila Jin-seok nak tahu apa yang ada dalam bilik kecil tu sebab dia sorang je yang dengar bunyi pelik-pelik. Walaupun seram, curious juga nak tahu benda tu jadi sebab memang ada hantu ataupun sebab Jin-seok sakit. 

Second half director ceritakan tentang kisah sebenar Jin-seok sebelum keluarga dia menjadi pelik. Storyline cantik dengan twist cantik cuma ada part yang tak logik macam scene Jin-seok buka tingkap tu walhal dah sedia maklum memang terkunci rapat tapi mampu jugak Jin-seok masuk dalam. Movie sangat. Scene pembunuhan tu pun rasa macam nak tampar jugak padahal benda boleh dielak tapi entah lah mungkin sebab masing-masing pun tak berapa nak waras sangat.


But that’s okay I guess, still fun to watch the whole movie. Emosi tengok scene hujung since director portray macam mana duit boleh ubah pendirian dan kasih sayang manusia. Tak puas hati jugak dengan ending sedangkan both character boleh move on and let it go.

Although movie ni macam ada horror vibe tapi no worries sebab tak ada hantu pun. Cuma sound effect tu lah yang buat goosebumps. Visual setting opted to be dark sesuai lah dengan tema movie ni, mystery. Lakonan semua cast pun terbaik.  You guys might be goes woaaa bila tahu cerita sebenar. Another movie yang buat rasa bersyukur sangat ada kehidupan selesa dan keluarga.  


* Movie Korea makin best sekarang ni, silap haribulan I jadi fans movie Korea instead of Bollywood. Movie Bollywood nowadays bersepah dengan biopic. Harap 2019 ada balik movie rom-com or thriller.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10