Book Review : Mikayla

Tuesday 6 March 2018

Image result for mikayla melur jelita

Penulis : Melur Jelita
Terbitan : Karya Seni
Tahun : 2016
Genre : Cinta
Jumlah helaian : 651 mukasurat / 290 bab
Sinopsis :

Dengan..
Atau tanpamu..
Aku tetap berlari!

Hardi-E.Ar Rahman – Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH). Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.

Wan Adra Mikayla – Kononnya berdarah Bugis. Dicap keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!
Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau. Jadilah asam pedas Astaghfirullahalazim bertemu masak lomak cili api Alhamdulillah. Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut. Jawapan Hardie : Saya main-main je.

Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bahru?! Cap mohor Mikayla jelas bertanda di dada Hardie!

Dengan..
Atau tanpamu..
Aku tetap tersenyum!

Mikayla mengisahkan tentang kehidupan gadis berambut kerinting anak kepada Wan Embun yang tinggal di vila indah di Johor Bahru. Menjadi penyewa di salah sebuah rumah Wan Embun, Hardi mengenali keluarga kecil Mikayla namun dia belum tahu rahsia gelap keluarga Mikayla. Belum sempat berkawan rapat, Hardi terpaksa berpindah ke berek polis dek kerana Akim & Safar ingin berkahwin lalu meninggalkan Mikayla seorang diri.

Setahun berlalu masing-masing menjalani kehidupan sendiri tanpa khabar berita. Keluarga Mikayla makin berantakan. Hidup Hardie makin sunyi. Satu demi satu peristiwa terjadi dan akhirnya mereka bersua kembali dalam satu majlis. Dapatkah Hardie memohon kemaafan kepada Mikayla?

Storyline cerita ni simple je tapi disebabkan Melur Jelita banyak merapu dengan gurauan yang agak kasar, sebulan setengah baru mampu habiskan novel ni. Cerita dia ada twist, ada character development, ada plot cantik tapi sakit hati baca sampai rasa nak campak novel ni. Rasanya tak perlu kot tunggu sequel Mikayla ni. I’ll rather create my own story daripada tunggu karya MJ.

Berbeza dengan penulisan dia yang sebelum ni yang sarat dengan sejarah dan lebih serius. Novel Mikayla penuh dengan lukisan entah apa-apa, gurauan kasar, slutshaming dan tahap merapu yang tinggi. Habiskan RM27 dan beratur panjang di bookstore memang sangat tak berbaloi.

Dulu pernah terkena dengan buku indie so I stop buy any sebab membazir tapi tak sangka novel MJ buat perangai macam ni. 



If you guys are fans of MJ & dah baca semua karya MJ, dalam Mikayla you guys akan jumpa Firman Ebrahim, Hilman Yong & Intan Zulaikha dan Irvan dengan Maryam. Happy jugak dapat jumpa character menyengat tapi tak lama pun part diorang. Cukup datang untuk kenalkan diri perangat asam pedas yang semalam je. 

Karakter Hardie jauh beza dengan karakter dalam karya MJ sebelum ni. Enough to say both Hardie dan Mikayla berbeza seperti karya MJ sebelum ni. Kecewa? Nope, not at all. Like I said earlier cerita dia cantik cuma gaya bahasa dan penceritaan MJ berbeza. 


Plot tempat novel ni majoritinya di Johor. What makes it annoying is not how she describes Bangsa Johor tapi kenapa perlu jatuhkan bangsa melayu untuk cantikkan Bangsa Johor? Bukan sekali dua tapi banyak kali. Kalau sebelum ni, karya dia memang menaikkan peradaban bangsa Melayu tapi dalam Mikayla habis rosak. 

Sama dengan babak di mana Hardie jadi tumpuan rakyat Malaysia. I know cerita ni fiksyen tapi perlu merapu sampai ke tahap ni? Kalau percubaan MJ untuk bagi cerita yang santai, ini bukan santai. Ini sampah. I found solace in her previous novel but not for this one. Kecewa tahap petala. 


Its appalling to watch sketches here and there. Kalau sketches yang MJ letak berkaitan dengan penceritaan, I'll be fine with it tapi sketch belasah asal boleh buatkan novel tebal? Yes, sketches ni dari anak-anak dia tapi duit yang keluar dari poket sendiri. 



Mungkin ada yang suka dengan novel macam ni but not for me and I've decided to stop being a fan. Cukup sampai The One kot. Kalau nak baca pun lepasni baca yang percuma je.

Rating : 2/5

Blog Performance Bulan Februari 2018

Untuk tahun 2018, rasanya azam untuk blog banyak yang dah boleh cross out dan buat yang baru sebab banyak yang dah tercapai. Yeay! Tapi statistik ni dari Blogger je bukan dari Google Analytics. 

1. PV sebulan 5,000

Ni target asal untuk 2018. Tak sangka sekarang dah nak cecah 10,000 sebulan. Happy sangat bila tengok PV banyak naik lepas dah tukar domain. So next target 20,000 PV sebulan. Sebulan tau bukan sehari, jangan buat terkejut teruk. 


2. PV harian 300

Macam dalam gambar dekat atas, PV harian pun dah exceed target. Ada juga yang tak cecah 300 tapi untuk permulaan Feb lah. Masuk tengah sampai ke hujung Feb tu ada jugak yang turun tapi tak lama. Hari-hari lain memang cecah 300. Dan yang paling tinggi masa 19 Feb 2018 dan penyumbang terbesar masih lagi dari FB. 



Rasanya sebab movie review Along With The Gods dengan single Sampai Ke Hari Tua since both yang paling tinggi view untuk dua hari tu.


Sembang pasal post, ini 10 entri popular untuk bulan Feb 2018.



Disebabkan sembang pasal Btown, menyumbang juga PV dari India which is the fourth place dalam stats.

Based on keywords tak banyak sangat pun yang berubah tapi ada tambahan untuk post MR : The Taxi - Kim Sa-bok mati



3. Bloglist 20 blog

Lama jugak nak tersenarai dalam 20 blog ni pun and some of it for temporary period je. Nak tersenarai dalam bloglist orang bukan senang. Lagi satu hal bila tersenarai pun takde effect sebab letak sebagai hiasan sidebar hadiah menang GA je. Anyway, nak try target 30 blog pulak. 

Sejak dah beli domain ni dah kurang lah sikit malas nak update blog tu sebab dah target 2 post sehari, 10 giveaway, contest, segmen sebulan, 50 blog/post untuk dilawat setiap hari. Kadang cecah la target tu, kadang macam malas nak buka blog. Anyway, harap performance bulan 3 makin bagus sebab jumlah post pun makin bertambah tiap bulan. 

 

Before this end, nak cakap terima kasih banyak kepada yang selalu sangat komen dekat sini terutamanya yang tersenarai dalam box ni. Tak banyak berubah pun dengan tahun lepas, muka yang sama cuma ada muka baru, si Hana comel. Terima kasih ye semua. Yang mana belum ada dalam circle diorang, singgah lah ke blog yang tersenarai ni sebab semua pun letops. 


Harap mencapai target untuk bulan Mac ni and kalau ada rezeki lebih, rasa nak buat cash giveaway  sebagai tanda penghargaan untuk semua. Have a nice day ahead guys. ❤🌸

Tahniah Mark Adam Juara Bintang Bersama Bintang 2018

Monday 5 March 2018


Mark Adam terpilih sebagai pemenang untuk Bintang Bersama Bintang 2018 semalam dengan hasil markah juri 70% dan undian peminat 30%. Mark memenangi RM100,000 tunai lantas menunaikan janjinya untuk memberikan RM15,000 kepada peserta lain – Issey, Shuk, Ajak, Achey.

Tbh tak pernah layan pun BBB ni  pun tapi lepas baca entri Cikla, saja nak layan persembahan malam tadi since Cikla attach sekali video persembahan Mark Adam dengan Khir Rahman. But performance Mark Adam for me quite hambar actually kalau nak dibandingkan dengan persembahan peserta lain.


Walaupun performance Shuk dengan Uqasha Senrose banyak lari dari rehearsal (Shuk sendiri yang cakap) tapi still I find it amusing nak pula part Uqasha. Lagu yang diorang berdua nyanyi pun best. Cumanya macam terjongket kening bila Shuk perli Uqasha kes tudung, err she's your partner kot. Kesian jugak tengok Uqasha kena macamtu in public. No wonder lah dia banyak buat silap but still she's cute. 



Persembahan Ajak dengan Shahrol walaupun ada resemblance dengan performance diorang masa Maharaja Lawak Mega tapi still best nak layan. Penat nak gelak part Man pujuk Mael tu. 


Berdekah tengok persembahan Achey dengan isteri dia, Anne. Walaupun starting tu macam hambar tapi bila masuk part songket tu dah mula menarik dah tambah pula bila Anne menari raver sampai angkut satu bas budak sekolah naik atas stage. Happening sangat. Tak pernah tengok Anne sebelum ni walaupun dia famous dekat Youtube but hey, she’s really great onstage. Tak nampak kekok pun. Comel pulak macam budak sekolah.


Last performance I've watched, Issey dengan Syafiq Kyle. Sama jugak macam performance Achey, starting hambar tapi bila masuk character lain baru nampak menarik. Issey score point bila dia buat lawak sambil berdakwah. Mesej sampai walaupun ringan je. Tapi paling lawak part ustaz suruh perompak ambil wudhu’. You guys have to watch that part. And my oh my happy sangat bila Issey ubah lagu Muskurane sebab lagu tu one of my fav in Arijit Singh’s collection. Syafiq Kyle rap pun another gem in this performance. Power okay dia rap lagu Alhamdulillah. Do watch it.


I didn’t watch the whole show so I'm not sure apa yang juri komen but all in all their performance memang best except Mark Adam walaupun dia juara, I’m sorry. Tskk. And last night mostly perli Neelofa dengan kes Zouk dia. Shuk yang suka Neelofa tu pun join sekali. Grilling others to make audience hook with your show is so lame. 
Profesor Scott Delp mengetuai satu kajian khas untuk mengetahui kadar purata berjalan setiap hari yang disertai oleh 46 buah negara. Teorinya untuk menentukan kadar kemalasan rakyat di sesebuah negara adalah dengan melihat kadar purata langkah seseorang. Pada asalnya kajian ini untuk menilai kadar obesiti di setiap negara tapi tercetusnya idea untuk melihat dari sudut lain.

Kajian ni dijalankan dengan menggunakan applikasi telefon pintar untuk mengesan pergerakan seramai 700,000 orang yang terlibat. You guys can check this chart untuk lihat hasil kajian penyelidik di Universiti Stanford, US :


Hasil daripada kajian menguatkan lagi teori mereka bahawa malas berjalan memang akan menyebabkan masalah obesiti. Walaupun ada beberapa negara yang menunjukkan perbezaan seperti Amerika Syarikat yang rajin berjalan tapi tetap mempunyai masalah obesiti. 

Berjalan kaki antara senaman paling senang untuk bakar kalori. Even kementerian dah lancarkan kempen '10,000 Langkah Sehari' tapi nak cecah 10,000 langkah tu bukannya senang. Dalam sehari habis kuat pun boleh cecah 3,000 langkah. Kalau nak cecah 10,000 tu kena jogging lebih 2 jam. This is my walking records for week and month. Paling tinggi pun 6,831 itu pun sebab jogging. Kalau tak jogging, paling jauh seribu langkah je lah. 



Lepas tengok purata langkah sehari diri sendiri teruk sangat, rasa macam nak masukkan dalam Azam 2018 untuk dapat lebih 3 ribu langkah. Purata langkah sehari you guys macam mana? Pernah cecah tak 10,000 langkah? Ke ada yang tak pernah ambil kisah pun? 

Movie Review : The Disaster Artist

Image result for the disaster artist review

Director : James Franco
Cast : James Franco, Dave Franco, Seth Rogen, Alison Brie, Ari Graynor, Josh Hutcherson, Jacki Weaver, Zac Efron, June Diane Raphael, Megan Mullally, Jason Mantzoukas, Andrew Santino, Nathan Fielder, Sharon Stone, Melanie Griffith, Hannibal Buress 
Genre :  Biography/Comedy/Drama
Running Time : 103 minutes
Trailer : 


Selalunya movie yang terbaik akan dapat accolades ataupun biography tapi kali ni movie The Disaster Artist mengisahkan tentang perjalanan pembikinan movie yang paling teruk pernah dibikin di Hollywood, The Room yang ditayangkan pada tahun 2003. Movie The Room ni dikarang oleh Tommy Wiseau dan diarah sendiri oleh Tommy dengan bantuan rakan karibnya, Greg The Baby Face. Selain daripada perjalanan pembikinan movie The Room, TDA mengisahkan tentang persahabatan di antara Tommy dan Greg.

Persembahan Tommy dalam kelas lakonan leave impression for Greg so Greg minta Tommy ajar macam mana nak hilangkan ketakutan bila berlakon depan orang. Since then, diorang jadi best friend kemudian pergi ke L.A untuk jadi pelakon. Walaupun Greg dapat kontrak di bawah talent agency tapi dia langsung tak dapat offer untuk berlakon dalam mana-mana movie ataupun drama. Sama juga macam Tommy yang selalu gagal dalam ujibakat disebabkan dialek dan personality dia.

Disebabkan kegagalan diorang, Tommy berhajat untuk mencipta movie dia sendiri. Lepas berkurung di dalam rumah untuk sesi mengerah idea dan mencari konsep untuk movie dia, finally he come up with a title ‘The Room’. Tommy berlakon sebagai watak utama dan Greg hero kedua.

Image result for the disaster artist review

Semua dana ditanggung oleh Tommy sendiri and for that movie alone, Tommy spent 6 million dollars. At first ramai juga crew yang ragu-ragu dengan Tommy sebab dia entah datang dari mana, entah apa susur-galur dia sampai boleh ada duit banyak macam tu. Tapi bila diorang cek sendiri dengan bank, duit memang betul ada, baru la diorang confident nak buat kerja dengan Tommy tapi nak hidup dengan Tommy ni satu ketabahan juga bila dia selalu lupa dialog dia sampai kena ulang berpuluh kali, datang lambat ke set, buat perangai sebab ramai yang tak suka dia. But that’s what make it fun to watch and my fav scene of course retake scene of Tommy with his line,

"I did not hit her.
It's not true,
It's bullshit.
I did not hit her.
I did nawwwwttttt!
Oh, hi Mark."
Image result for the disaster artist review

Movie TDA ni diarahkan dan dilakonkan sendiri oleh James Franco sama macam watak utama movie dia, Tommy Wiseau. Due to his great performance as Tommy, dia dapat banyak anugerah untuk kategori Best Actor. And I can say watak Tommy ni kemungkinan besar jadi watak ikonik James sepanjang karier dia and although movie TDA ni movie pertama arahan James, but it looks like a work from experienced one. 

You guys will have fun time watching this movie. No worries on sex scene or f language. Not in here except in one scene tapi tak teruk mana pun. And please tunggu sampai habis credit scene sebab you guys akan jumpa the real Tommy Wiseau berlakon sebagai Henry dan bersembang dengan reel Tommy. They both are look-alike. Even cara bercakap pun sama. What a stellar performance James!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1 , 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10