Pencuci Kleenso Stain Remover Pilihan Hati

Tuesday 20 February 2018


Sejak pindah rumah sewa baru ni tak pernah lagi cuci balkoni sebab dekat situ memang letak segala jenis tanaman so rasa macam tak perlu je nak cuci. Nanti kotor jugak but nope sakit mata pulak tengok kotor cenggitu and yesterday I’ve decided to clean it up. But since tiles melekat dengan kotoran tanah, cat tertumpah, karat apa lagi entah bila cuci dengan Mr.Muscle tak membantu sangat pun.


Masa masuk dulu, owner tak sempat cuci rumah sebab we’re kinda rush, haritu sign agreement, hari tu ambik kunci and hari tu jugak terus masuk padahal sepatutnya owner nak suruh masuk lepas dia upah orang cuci sebab rumah tu baru je lepas siap renovate. So ada la pencuci Kleenso yang berbaki dalam bilik air. Masa tu guna untuk cuci bilik air sebab Mr. Muscle dah habis cuci satu rumah. Masa guna tu macam pandang sebelah mata lah sebab tak tahu pun brand ni wujud and it looks cheap. By cheap I mean tak berkesan sangatlah since pencuci ni ada jual dekat DIY but wowww bila tuang je, sental sikit dah hilang. Since then, memang jadi produk wajib ada.

And yes of course lah guna Kleenso untuk buang segala kotor yang ada dekat balkoni rumah tu. Disebabkan semalam tak larat sebenarnya nak mencuci tapi gagahkan jugak cuci sebab menyampah dah tengok so some parts yang buat ala kadar je. But all in all I’m totally impressed with Kleenso. Tapi Kleenso ni busuk so lepas cuci dengan Kleenso, cuci lagi sekali dengan Mr Muscle sebab bau I Love You tu menusuk hati gittew. But a lil reminder here, Kleenso ni a bit corrosive jadi elakkan sentuhan secara direct. 





Dah siap cuci baru la rasa lega sikit tengok mini garden ni. Actually nak letak bean bag dekat corner tu sebab dekat beranda ni kalau petang memang bahagia lepak minum green tea sambil layan angin sedap je since ada hutan dekat belakang tu. Kadang nampak jugak species burung cantik terbang sana sini. Very peaceful lepas penat balik kerja. Tapi malam very creepy uolllsssss.

And oh, since pokok bendi dah keluarkan buah, gigih pagi tadi kutip dalam gelap sebab balkoni ni takde lampu hihu. Boleh lah campak masuk dalam kari ikan. Bendi ni terbantut ye sebab pasu kecik belaka. 



Finally dapat jugak merasa bendi hasil mini garden sendiri. Yeay! 

Movie Review | Sniff (2017)

Image result for sniff hindi 2017

Director : Amole Gupte
Cast : Sunny Gill, Surekha Sikri, Putul Guha
Genre : Comedy/Mystery
Running Time : 1 hr 28 minutes
Trailer : 


Sniff mengisahkan tentang Sunny (Khushmeet Gill) yang tak dapat menghidu sejak dari lahir dan perkara ini sangat merisaukan kerana keluarganya bergantung kepada hidung untuk menghasilkan makanan warisan turun-temurun sebagai perniagaan keluarga. Disebabkan tak dapat menghidu, dia dipulaukan di kelasnya selepas kes dia terpijak tahi anjing tanpa sedar kerana kelemahannya sehingga busuk satu sekolah.

But then an accident occur at old chemistry lab and magically it helps him with his smelling sense due to huge and deep sneeze. Tapi yang ajaibnya, hidung dia boleh hidu sejauh 2km. Disebabkan keistimewaan dia tu, ramai yang beratur nak tengok sejauh mana kehebatan hidung Sunny. Nak pulak bila nenek dia bangga dengan keistimewaan Sunny sampai ramai jiran-jiran yang gunakan khidmat Sunny untuk masalah kehidupan diorang. At the same time, kawasan perumahan Sunny ada kes kecurian kereta berlaku so Sunny gunakan hidung dia untuk tangkap pencuri misteri tersebut dengan bantuan dari rakan-rakan licik dia since they declared themselves as detectives. 

Related image

Since movie ni movie kanak-kanak so story dia simple je, you guys can either watch it for fun or spending time watch Sniff with family. Yang bestnya movie ni cinematography dia cantik sangat, it’s like an eye-treat for audience. Cuma yang tak bestnya second half plot movie ni dah mula longgar and turns out to be hambar. Mungkin I expect something greater kot tapi Amol stick to his simple plot till the end plus some illogical scenes when out of sudden Sunny think like an adult. It just too much for a kid to bear with. With average music background which nice for the flow of story but not worth for remembering or to be play over and over again in playlist just make it slightly not a great piece of Amol. Kalau orang tak tahu siapa Amol Gupte, maybe people will give it a pass but considering Taare Zameen Par and Hawa Hawaii are his work, it just tskkkk.

Lakonan memasing memang cantik tapi sayanglah bila plot hambar macamni memang tak boleh nak sembunyi sangat pun dengan line-up cast yang cantik. On average boleh pergi lah tapi banyak lagi yang kurang untuk movie Sniff nak pula bila komedi tu terletak pada perkara negative. For a children movie like Sniff, it can turns out wrong kan?

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 7.3/10

Movie Review : Mom And Dad

Image result for mom and dad movie 2018

Director : Brian Taylor
Cast : Nicolas Cage, Selma Blair, Anne Winters, Zackary Arthur, Olivia Crocicchia, Brionne Davis, Samantha Lemole, Lance Henriksen


Genre : Thriller/Horror 
Running Time : 83 minutes
Trailer :


Dah lama tak tengok dark comedy and Mom And Dad ni not bad lah. Sambil iron baju bolehlah nak layan. MAD mengisahkan tentang pasangan Kendall (Selma Blair) & Brent (Nicolas Cage) yang fedup dengan kehidupan sebagai ibu bapa kepada dua orang anak mereka, Carly (Anne Winters) & Josh ( Zackary Arthur). While Brent already giving up with his life, Kendall still hoping things turn out to be different but Carly & Josh keeps making it hard. So one day, dalam kelas Carly ada dua orang classmate kena panggil ke bilik pengetua tanpa sebab. Tak lama lepastu kereta polis datang thus ramai yang curious apa jadi dekat sekolah sampai polis datang. Nobody knows the reasons why. Tiba-tiba semua kena suruh keluar berkumpul di dataran sekolah tapi tak dibenarkan keluar dari pagar sekolah.

Di luar pagar sekolah ramai parents berkumpul dengan muka ganas dan dikawal ketat oleh polis. Parents di luar pagar akan panggil nama anak diorang tapi polis sedaya-upaya halang. Memang confuse sangat scene ni. Bila ada student beria nak pergi dekat parents dia walaupun polis larang, dia dibunuh oleh parents dia depan semua orang. Memang menggelupur lah semua orang bila tengok and parents pulak makin mengganas bila tengok anak-anak diorang lari. Maka bermula lah episode pertarungan antara anak dan parents. Tak kisahlah anak baik ke patuh solehah dengar cakap ke semua kena bunuh dengan parents sendiri. Tapi parents ni akan bunuh anak sendiri je, tak kacau anak orang lain. Ha’ah guys takde episode makcik bawang dekat sini.

Image result for mom and dad movie 2018

Carly dengan bff dia, Riley lari balik rumah Riley sebab rumah Riley kosong so selamat lah nak berlindung tapi silap tekaan diorang bila mak Riley ada dalam rumah dan bunuh Riley. Berlari Carly balik rumah nak selamatkan adik dia, Josh. Dengan bantuan pakwe dia, Carly berjaya selamatkan Josh tapi tak lama bila parents diorang balik rumah untuk bunuh diorang. Second half memang penuh dengan strategi peratrungan between Kendall, Brent, Carly & Josh & some flashback. Tambah teruk bila grandparents diorang datang untuk bunuh parents diorang tapi dalam masa yang sama lindungi diorang berdua. Chaos much? I know.

Since movie ni dark comedy, scene pembunuhan tu tragis betul la. Ada yang belasah anak dengan kayu besbol sampai mati. Ada yang cekik sampai mati, ada yang tikam dengan pisau. Merata-rata bersepah dengan darah. Muka memasing pun takde perasaan. Tak tahu siapa yang mulakan revolusi ni Cuma diorang kaitkan virus ni dengan perangai babi bilamana babi akan membunuh anak-anak dia bila anak-anak dia ni menyusahkan dia.

Movie ni kreatif la jalan cerita dia tapi jadi horrible bila tertanya-tanya apa punca, siapa yang mulakan revolusi ni, apa penawar dia sebab tak adil lah semua anak-anak kena bunuh sedangkan yang buat perangai tu bukannya semua lagipun parents yang beria bunuh anak-anak tu pun, dulu sama jugak pernah buat silap dengan parents sendiri. Lagi sakit hati bila baby pun kena bunuh jugak. 

Geram jugak dengan Brent beria nak mengamuk geram dengan kehidupan sebagai bapa bila stamina tak bagus macam dulu, fizikal pun tak semenggah & penat dengan perangai anak-anak dia sedangkan dia masa muda pun sama teruk jugak. Kenapa perlu salahkan anak-anak dia bila fizikal dia berubah padahal kalau dia amalkan gaya hidup sihat, perut takkan buncit pun. Lagipun apa yang dia expect? Kulit dia akan sentiasa tegang sampai mati ke? Revolution ni somehow empty-minded and emotional due to mid-life crisis. Diorang punya marah tu as if anak-anak diorang memang teruk sangat sampai tak pernah bagi kebahagiaan langsung dalam hidup diorang padahal diorang yang decide nak settle down and have kids. Doltish American parents.

But its great to watch Nicholas Cage in a different avatar. Selalunya dia berlakon watak ayah penyayang, suami penyayang, manusia suci murni je tapi dalam movie ni memang ngeri betul tengok kegigihan dia membunuh tu. Sama jugak dengan Selma Blair bila dia mampu berubah karakter dari ibu penyayang kepada ganas dan saiko. Its fun to watch but it turns out to be annoying with pointless story.

Image result for Mom And Dad

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 0.3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 6.4/10