Movie Review : Shubh Mangal Saavdhan

Wednesday 27 December 2017

Image result for shubh mangal savdhan

Director : R.S. Prasanna
Cast : Ayushmann Khurrana, Bhumi Pednekar, Seema Pahwa, Anushul Chauhan
Genre : Romantic Comedy
Running Time : 119 minutes
Trailer :


Ayushmann & romcom berpisah tiada but this time around, the problem is not the girl but the boy. Movie SMS is a remake of the 2013 Tamil film 'Kalyana Samayal Saadham' from the same director, R.S. Prasanna. Not knowing much about him but the producer of this film is Anand L.Rai, one thing for sure the dialogue and storyline makes the movie a totally worth to watch. 

Plus movie ni berbeza dengan movie romcom lain bilamana hero, Mudit Sharma (Ayushmann Khurrana) ada masalah mati pucuk tapi jatuh hati dengan Sugandha (Bhumi Pednekar), well the perfect girl next door. Disebabkan tak mampu nak confess dengan Sugu,  Mudit hantar pinangan secara online kemudian bertunang. Tapi sebelum kahwin both of them try to have sex but unfortunately for Mudit, Sugu already found out his problem. Sebelum kahwin, both of them cari jalan untuk masalah Mudit walaupun at first Mudit nak cancel je kahwin. Geram jugak dengan Mudit ni sebab dia yang beria tackle Sugu sampai dapat sudahnya dia yang nak cancel walaupun Sugu berusaha & yakinkan dia yang perkahwinan diorang akan kekal.

Image result for shubh mangal saavdhan review

The real star dalam movie ni Ayushmann lah sebab dia yang ada problem tapi dia nak jugak Sugu dalam hidup dia. Being romantic with Sugu, feeling helpless and clueless with his problem, furious, feeble semua lah dia tunjuk dalam movie ni. Nak pulak bila duduk dalam masyarakat yang akan salahkan perempuan walaupun masalah tu datang dari lelaki baik dari keluarga lelaki ataupun perempuan. Yupp, feminism vibe like all Anand L. Rai movies. Love it. Meanwhile, chemistry between Ayushmann-Bhumi memang terserlah since SMS ni movie kedua diorang lepas success dalam Dum Laga Ke Haisha. Bila chemistry onscreen jodi bagus, it adds brownie points for a movie. Cuma lagu dalam movie ni je tak best mungkin tu la sebabnya kot movie ni tak meletops sangat. Well, lagu tu penting untuk romcom movie. Its like the soul but SMS team fail to bring it onscreen. 

Image result for shubh mangal saavdhan review

By the genre of the movie, memang terhibur tengok SMS, tak berhenti gelak dari awal sampai habis cumanya part Jimmy Shergill tu macam hambar and unnecessary. It disappoint me the most sebab cameo dia panjang and talk unnecessary stuff despite adding fun to this movie it turns out bland and clueless and lost cause. Btw, Jimmy Shergill ni ada contract dengan Anand L.Rai ke sebab semua movie romcom Anand ada muka dia, Happy Bhaag Jayegi and Tanu Weds Manu franchise. Happy Bhaag Jayegi Returns tak sure lah ada ke tak. 

With the romantic twist macam scene Mudit tension dengan family Sugu ditambah pulak dengan stress masalah dalaman dia, and huru-hara dari saudara mara buat dia bengang tapi rupanya dia jadi real gentleman helping them uruskan majlis walaupun family dia larang sebab pengantin tak boleh turun padang. Awww sangat. I love it when they trust each other, always find way to one another although their family being irrelevant the most. Kahwin dengan pokok pisang untuk buang masalah mati pucuk? Really? Sugu pulak tu yang kena kahwin dengan pokok padahal yang bermasalah tu Mudit.

Image result for shubh mangal saavdhan review

It seems Bollywood being Bollywood bila part Mudit lompat dari kereta kabel dia ke kereta kabel Sugu semata nak pujuk Sugu supaya kahwin dengan dia. If it adds the romance and comedy for audience then it fits the frame lah. For me, tskkk. 

All in all its a great romcom movie lepas Badrinath Ki Dulhania and Bareilly Ki Barfi untuk tahun ni, leading cast did a wonderful job, supporting actors pun talented cantik je masuk dalam character especially Seema Pahwa sebagai ibu Sugu yang banyak ajar anak dara dia tentang sex relation. Kalau mencari movie Hindi yang santai nak layan, you guys should try Shubh Mangal Saavdhan.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10

Tisu Najis Panda

Tuesday 26 December 2017

Najis panda dijadikan tisu, syarikat China buat untung

Tisu Panda Poo dihasilkan oleh The Qianwei Sengseheng Paper Company di negara China yang diperbuat daripada najis panda. Yewwww 

Hasil usahasama syarikat The Qianwei Sengseheng Paper Company dan China Conservation & Research Center mengitar semula najis panda untuk dijadikan tisu sebagai kegunaan di tandas, dapur, napkin dan pelbagai lagi produk kegunaan rumah. 

Menurut The Qianwei Sengseheng Paper Company, najis panda seberat 10kg sehari kaya dengan fiber hasil dari tabiat pemakanan panda iaitu memakan buluh. Tambahan pula, sisa ludahan panda sebanyak 50kg semasa memakan buluh turut dicampur bersama najisnya. 

Untuk penghasilan tisu najis panda, najis panda akan dikumpul dari 3 ekor panda di wilayah Sichuan setiap minggu dan akan direbus, dipasteur untuk dijadikan tisu. Kemudian diuji sama ada mengandungi bakteria dan selamat digunakan oleh pengguna. Tisu najis panda ini akan dijual RM26.60 sekotak tapi tak pasti pula untuk berapa helai tisu. 

Will you guys buy this tissue or disgusted with its ingredients? :P

Menang SPM Fever GA dari sponsor Mamapipie

Friday 22 December 2017

Alhamdulillah rezeki bulan 12 dapat menang GA anjuran blog Abam Kie bulan November 2017. Tak sangka pun boleh menang sebab bagi cerita entah apa benda je masa SPM dulu. Apa benda pun sampai sekarang teringat lewlz.


Cerita entah apa benda pun boleh menang tempat keempat, kira okay lah tu dari 38 orang bloggers yang join SPM Fever GA ni. 


Kalau join contest Abam Kie ni kena cepat bagi respond kalau tak dia bagi orang lain. Raya haritu dah terkena dah sebab busy sangat siapkan kerja before cuti raya sampai tak sempat buka blog sudahnya hadiah burn. Alhamdulillah menang lagi sekali & takmau hadiah lari dekat orang lain lagi terus kucar-kacir contact Abam Kie. Dari Abam Kie ke Mamapipie. Dah buat sesi pilih hadiah, hari hadiah sampai ke tangan pun tiba. 

Bukak packaging nampaklah shawl monochrome yang dipilih haritu & hari ni decide nak pakai so boleh up terus entri ni. 


Thanks Mamapipie! Selesa sangat pakai monochrome shawl ni. Tebal pulak tu so tak payah pakai inner, tak payah iron pulak tu. Senang bentuk satu hal. Kalau nak cepat memang sambar shawl ni je lepasni. :D

Mitos Tanda Warna Pada Produk

I've noticed ramai yang sebarkan tentang tanda warna pada produk yang kita gunakan seperti ubat gigi, pencuci muka, krim sapu dan lain-lain di media sosial kebelakangan ni. Dekat Whatsapp pun banyak walaupun dah ramai yang tahu perkara sebenar. 

Image result for tanda warna di belakang ubat gigi

MERAH: Bahan semula jadi + bahan kimia
BIRU: Bahan semula jadi + bahan ubatan
HIJAU: Bahan semula jadi sahaja
HITAM: Bahan kimia sahaja

1. Betul ataupun tidak tanda warna ni sebagai indicator kepada penggunaan bahan kimia dalam produk ni? 

Jawapannya, SALAH. Tanda warna ni cuma tanda warna kepada mesin yang proses semua produk ni. Ada mesin guna tanda warna hijau, ada yang hitam, ada yang biru so it is totally safe to use by consumers. 

2. Kenapa ada tanda warna ni?

Sebab mesin pemotong perlu tanda warna ni untuk tugas memotong, melipat, membentuk, mengapit dan sebagainya terhadap produk tersebut. Kalau tak ada tanda warna ni mungkin mesin akan keliru atau tak dapat kesan arahan yang diberikan. 

3. Kenapa ramai yang sebarkan fakta salah ni?

Sebab nak lariskan produk yang diorang jual. Bila guna teori ni ramai yang percaya sebab tak tahu penggunaan tanda warna di kilang proses produk. 


Rasa Murung atau Kemurungan Klinikal?

Thursday 21 December 2017

'Rasa murung lah hari ni'
'Dah all out dah tapi hasilnya hancur jugak, down lah macamni!'
'Sedihnya rasa hari ni. Tak rasa nak buat apa pun. Nak stay dalam bilik je. Taknak jumpa orang lain'

Selalu kan dengar orang cakap macamni? Ataupun diri sendiri yang cakap perkataan macamni ataupun rasa macamni? Before you jump into a conclusion that you have been hit with Depression, let me tell you it is not. Rasa down, rasa murung, rasa sedih memang penyebab kepada kemurungan tapi tu cuma mood depression. It is normal for people to have it bila kita di tahap kesedihan & manusia normal akan bangkit balik macam biasa, teruskan kehidupan macam biasa sebab mood depression cuma satu stage kesedihan yang biasa manusia akan tempuhi. Biasanya akan berlarutan sehingga seminggu. Itu normal, bukan penyakit. Kalau lebih dari seminggu go seek medical help. 

Image result for kemurungan

Meanwhile, kemurungan klinikal pula akan membuatkan sistem otak manusia terjejas dan boleh menyebabkan fizikal terjejas dan interaksi sosialnya. This is because bila manusia murung yang berlanjutan, dia akan mengalami insomnia, selera makan terganggu, cara berfikir terganggu, emosi tak menentu, kurang fokus dan sukar untuk buat keputusan, sakit kepala, loya, sakit sendi, semput ataupun sakit belakang. Kemurungan klinikal ni biasanya akan berlaku selepas 2 minggu dalam keadaan murung yang berlanjutan. 

Kemurungan klinikal cuma boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor psiaktri je bukan wild thoughts yang manusia selalu buat. 'Oh I've got all the symptoms so I'm a person with depression!' No babe, it doesn't work like that. Dan semestinya bukan boleh dirawat dengan baca Al-Quran sebab lemah iman dan jauh dari Tuhan. Chill? Even brain scan pun berbeza kot. 

Image result for brain scan depression

Most of the cases, yang murung ni nampak lagi happy, lagi bahagia dari manusia biasa berdasarkan kajian dari penyelidik2 di Universiti of Rochester Medical Centre. Mungkin itu caranya untuk sembunyikan penyakit since masyarakat pandang serong kepada pesakit mental. Dan sekarang ni jadi trend pula untuk dapatkan perhatian di social media. Lagi lah orang yang ada depression ni taknak bagitahu sakit diorang. 

If you happen to know someone yang ada masalah kemurungan, pujuk dia pergi jumpa doktor psikatri since most of them resist medical help. Or the least you can do lend your shoulder to them. Tapi kalau kau rasa nak azankan pun membantu kau buatlah tak pun baca satu kitab terus. Whatever you can do to help them, just help them before we lose them.