Chizza KFC

Tuesday 21 November 2017

For the first time ever I thought this is brilliant. Whoever come up with this idea is genius! Rasa rangup ayam campur dengan cheesy cheese and a lil bit of pineapple.

Image result for chizza kfc malaysia

Sejak tengok poster ni dah jatuh hati kot. Punya lah lama tunggu Chizza ni keluar, bila available je terus hancurkan diet & serbu KFC. 

Lepas balik kerja tadi relaks kejap dekat rumah sebab tengah hujan ribut dekat luar so we've decided to go after Maghrib lah so tak payah terkejar-kejar. Masa sampai tu dah start nak ramai dah. Dalam setengah jam jugak lah tunggu & yang dekat depan tu memang datang semata nak try Chizza okay. Memang cepat je la dapat order sebab staff KFC dah buat awal-awal dah. Memeng berkotak dekat dalam oven tu.

Bila dah order, dah settle bayar semua cari tempat duduk & it's time to reveal the taste of Chizza!!! I am so excited okay. 

So here it is, the true face of Chizza



Judging from the looks itself, I dah tahu dah benda ni hambar. First, sos dia terlampau banyak. Second, where is the cheese? Third, too much rosemary will ruin the taste. Fourth, too much onion will lead to destruction. 

Bila dah makan pun rasa ya tuhannn why you guys ruin this beautiful thing? WHYYYYY?

It supposedly to be crunchy & cheesy tapi yang dapat rasa sambal melekat dekat tekak dengan perit menanggung herbs yang banyak. Serious nak muntah. Gravy sauce terlampau masam & pekat. Sudahnya buang je semua gravy dia dengan onion tu. Makan nenas dengan isi ayam je nak bagi hilang mual since kulit pun dah lembik lemau segala. 


Kecewa teruk sebab tunggu lama tapi tak macam yang digembar-gemburkan pun. Definitely the first and last. Tapi yang ni dekat area Subang Airport ni lah, kot franchise tempat korang buat sedap ke, who knows kan? Nasib kita lain-lain. For me it just a huge disappointment. Thanks KFC sebab bagi harapan. Kbai.

As you guys know, our country send Samantha Katie James for Miss Universe 2017. Remember the nasi lemak dress?



Samantha bukan pertama kali join Miss Universe, tahun 2013 dia dah pernah join tapi dapat tempat ke8 so tahun ni dia cuba nasib lagi sekali & yes dia dapat juara menggantikan tempat Miss Universe 2016, Kiran Jassal. Apart from pageantry and modelling, Samantha sebenarnya seorang pelakon tapi setakat ni dia baru ada 2 filem antarabangsa, Kastil Tua (kerjasama Indonesia-Malaysia), Huang (ditayangkan cuma di negara China) & 1 telefilem, Wanita Terindah.

Anak kelahiran Klang dan berdarah kacukan China dan Brazil merupakan Miss Universe Malaysia tahun ni & 26 November ni ialah tarikh semi-final Miss Universe 2017 di Las Vegas. Her birthday is on 28th November, so kalau dapat masuk semi-final rasanya hadiah birthday kita untuk dia? :)

Macam mana nak vote Samantha untuk masuk semi-final Miss Universe? Mudah sangat!

Ada dua cara untuk vote.

1) Undi di laman web rasmi Miss Universe sebanyak 10 kali sehari. 

Cari Samantha James, tekan vote kemudian tekan tambah sampai 10 votes dan klik Confirm Vote. Done!



Ataupun;

2) Tweet sebanyak mana yang korang nak dengan hashtag #MissUniverse #Malaysia tanpa sebarang emoji di Twitter. Kalau malas sangat cuma Retweet hashtag #MissUniverse #Malaysia sebab 1 tweet atau retweet bermakna 1 vote kepada wakil kita. 

Senang je kan? Wish her good luck for semi-final! 

p/s : Wakil Columbia, Laura Gonzalez dengan wakil Finland, Michaela Soderholm pun cantik jugak! :D

Berniaga Dalam Hujan

Monday 20 November 2017

Masuk ni dah 4 minggu join berniaga nasi lemak dekat pasar tani setiap hari Ahad. Kiranya memang takde life pun lah sebab Isnin sampai Sabtu pergi kerja dekat site, hari Ahad pulak join berniaga. Tapi kalau duduk rumah pun tak buat apa. Baik pergi cari duit. Ni pun join sebab tak cukup pekerja. Memasing tengah khusyuk layan SPM.

Dah masuk musim tengkujuh ni kena tabah lah bila hujan datang. Masuk minggu lepas, dah 2 minggu dah berniaga dalam hujan. Kalau hujan memang sedia maklum lah customer tak ramai sangat. Lagi satu hal bila makanan basah kena hujan. Memang menggelupur adjust makanan supaya tak basah teruk. Dia punya kelam kabut tu tak payah cakap lah. Sorry bang tray gedabak jatuh, nasib baik tak timpa kaki. 

Lagi syahdu bila tapak niaga kau banjir. Terkangkang-kangkang lah siapkan order. Melompat sana sini supaya kasut tak basah. Baju basah takpe, jangan makanan customer basah. But I'm okay, nama pun COBAANNNNNN. 

But despite all this, bila wrap up dapat lah makanan lebih ataupun minuman lebih dari jiran niaga. Minggu lepas dapat paling banyak selama bekerja dekat tapak pasar tani. Paling happy dapat kuih cantik ni. Dah lah cantik, sedap pulak tu


Next week maybe tak dapat berniaga sebab dah ada plan. Tak sabar nak tunggu Sabtu ni fuhhhh! I just can't wait! :D

Movie Review : Chef

Related image

Director : Raja Krishna Menon
Cast : Saif Ali Khan, Padmapriya Janakiraman, Svar Kamble, Chandan Roy Sanyal, Sobhita Dhulipala
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 2 hours 13 minutes
Trailer : 


Chef mengisahkan tentang middle age chef , Roshan Kapoor (Saif Ali Khan) di London yang dibuang kerja lepas bertumbuk dengan customer mencari jalan untuk perbaiki hubungan dengan anaknya, Ary (Svar Kamble) di India yang tinggal bersama bekas isterinya, Radha (Padmapriya). Mengambil idea bekas isterinya untuk mengusahakan bas restoran di Delhi, RK meluangkan masa bersama anaknya & juga kawan baiknya. This movie is an official adaptation from movie Chef by Jon Favreau in 2014.

The storyline quite simple and predictable tapi enjoyable tengok movie ni sebab movie ni santai je. Tak berat sangat, bonding anak dengan ayah comel je onscreen. Walaupun both of them ada different opinion and view in life but that's what makes their bonding and chemistry looks great. Love how Saif stick to his character, tak beria nak nampak cool or macho among women macam movie Bollywood yang lain. Panas baran, self-centered & cinta mati dengan bidang kulinari tapi slack dalam movie ni banyak scene dia asyik masak pasta carbonara je. Setiap kali sambut anniversarry dengan Radha confirm masak pasta carbonara tu. Kata chef yang cintakan masakan tapi masak menu hambar untuk hari special. Seriously?


Dalam movie ni tak banyak sangat tunjuk masakan yang best atau membuka selera kecuali Rottza since Rottza tu main dish untuk bisnes bus restoran dia. Sayang lah sebab duration movie ni lama tapi menu dalam ni tak banyak pun padahal movie ni tajuk pun dah boleh nampak kehidupan dia bergelumang dengan apa. Cuma Saif did justice to his character lah sebab cara dia masak, pegang equipments, prepare dish tu memang cantik dah. 

Related image

Lagu dalam movie ni just nice je tak ada yang terngiang-ngiang ke apa, just go nice with the flow. But the visual is breathtaking, view dekat Kerala tu paling cantik sekali nak pulak masa Roshan spend time dengan Ary atas bot sembang pasal life diorang. Sepanjang perjalanan diorang ke Delhi pun cantik jugak. 


Despite horrible collection ticket di box office, movie ni boleh je layan dengan family sebab comedy scene dia menghiburkan. Not to mention, emotional scene between Ary & RK. Ada jugak scene pengajaran dalam movie ni. The cast pun semua bagus cuma direction and editing dia je kureng sikit but still recommended to watch. :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10

Gegar Vaganza 4 : Minggu 4 - Senarai Lagu

Image result for gv4

First of all, Happy Birthday Tok Ram yang ke-59!!!

Tak sangka Haida yang tersingkir semalam walaupun ada komen juri yang lagi teruk tapi tu pendapat dari seorang juri je, bila total up, dapatlah markah sebenar macam dekat bawah ni :

1. Hazami - 86%
2. Liza Hanim - 83.6% 
3. Aishah - 80.6% 
4. Firman Siagian - 67.8% 
5. Tia Jinbara - 67.8% 
6. Lan Kristal - 67.8% 
7. Elyana- 65% 
8. Syura - 61% 
9. Aqasha - 61% 
10. Haida - 53.2%

Tak sangka Hazami meroket naik ke atas sekali tapi dia memang deserved pun semalam sebab persembahan dia dengan Azharina memang best. As we all know, Azharina kalau bab performance memang all out & do her best, kena la dengan tema minggu 4 : Berdua Lebih Baik. Emosi tengok performance Lan Kristal dengan Siti Nordiana semalam dengan props & lakonan dekat belakang tapi Tok Ram kata Nana acuh tak acuh je menyanyi. Tak tahu lah, tu dari pandangan juri, dari pandangan audience macam Iolls ni, rasa nak menangis bila tengok. They did justice to Naluri Cinta. Lan memang belajar betul-betul dengan Kak Rohana Jalil sebab Tok Ram sendiri puji Lan makin improve setiap minggu.  

Untuk performance minggu depan, 9 peserta akan menyanyikan lagu untuk tema Kaum Kerabat & here goes the list :

1. Hazami : Jerat percintaaan - Siti Nurhaliza, 
2. Liza Hanim : Lelaki teragung- Dayang Nurfaizah 
3. Aisyah : Menghitung Hari - Kris Dayanti 
4. Firman : Bukan Aku Tak Cinta - Iklim, .
 5. Tia Jinbara : Antara Hujan dan Air mata, Sudirman Haji Arshad
6. Lan Kristal : Sangkar Cinta - Ziana Zain
7. Elyana : Sepi Yuni - Zara
8. Syura : Sepi Sekuntum Bunga Merah - Ella  
9. Aqasha : Juwita - M. Nasir
10. Jihan & Nabil : Despacito - Louis Fonsi ft Justin Bieber

Yang nak tengok kemeriahan Gegar Vaganza Minggu 4 semalam, boleh tengok dekat sini :)