AJL40 LEBIH HANGAT DENGAN THE SOUNDSTAGE!

Wednesday, 29 April 2026

AJL40 LEBIH HANGAT DENGAN THE SOUNDSTAGE! | Bersedia untuk malam penuh nostalgia? Jualan tiket kini rasmi dibuka!

Kuala Lumpur, 29 April 2026 – Top 10 finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) sudah diumumkan, dan bahangnya kini mula dirasai di mana-mana. Seiring debaran yang semakin memuncak menuju malam kemuncak, The Soundstage dibawakan khas sebagai pemanas pentas yang menghidupkan kembali lagu-lagu hits AJL, dengan jualan tiket yang telah diumumkan secara rasmi menerusi program MBuzz.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Jun 2026, jam 8.30 malam, konsert ini menjanjikan sebuah perjalanan muzik yang dihidupkan secara langsung, membawa penonton menelusuri garis masa AJL selama 40 tahun. Menggabungkan artis daripada generasi berbeza, pentas akan menampilkan Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana; empat nama yang pernah meninggalkan impak tersendiri di pentas AJL.

Setiap artis akan membawakan pilihan lagu daripada legasi anugerah berprestij ini, menghimpunkan pelbagai karya dalam satu malam yang istimewa. Daripada karya sendiri hingga interpretasi segar lagu-lagu yang pernah menjulang trofi, persembahan ini menggabungkan karya klasik dengan DNA seni tersendiri, sekali gus mengajak peminat menelusuri evolusi muzik tempatan yang telah mencorakkan industri selama 4 dekad.

Bayangkan setiap bait lirik yang pernah mengisi memori lama kini bergema kembali dalam satu ruang yang cukup dekat. The Soundstage membuka pintunya untuk penonton merasai semula magis lagu-lagu yang pernah mencipta fenomena dan menjadi siulan ramai. 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam ini dan dapatkan tiket anda sekarang! Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi platform WOWTix di www.wowtix.com.my  dengan harga RM159 (General Admission), RM179 (Gold Seat) dan RM229 (Premium Seat). 

Nantikan juga pelbagai pengumuman menarik sempena AJL40 termasuk aktiviti eksklusif seperti sesi meet & greet dan banyak lagi yang bakal diumumkan!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

#GENERASISELAMANYAJUARA #ROADTOAJL40

Ramadan 2026 | Majlis Iftar RRM, KGPA

Tuesday, 28 April 2026

 

Majlis berbuka puasa RRM untuk tahun 2026 berpatah semula ke Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Sebelum ni RRM pernah berbuka dekat sini untuk tahun 2021, waktu zaman Covid 😬

Beza lah dengan sebelum ni sebab ada penjarakan sosial maka tak banyak meja yang dibuka tapi kali ni ada 500 pax setiap hari. Pihak KGPA sediakan menu buffet dengan 34 buah stall hidangkan pelbagai jenis menu. 

Awalnya book untuk early bird sebab belum dapat pengesahan kehadiran semua orang dan pihak tahfiz, kemudian pilih tarikh yang sesuai lah untuk elakkan traffic jam. Kemain sesak kan bulan puasa lepas, rasa murung bila nak pergi dan balik kerja. 

Beaded Bookmark from BeadBooksCafe

Tahun ni I kena jadi committee dan uruskan banyak benda dari awal sampai habis. Sibuk dengan kerja tapi sebab dipaksa jadi committee maka terpaksa jugak lah siapkan walaupun tak rela. Nasib baik majlis iftar ni senang walaupun kena liaise dengan banyak pihak. 

Banyak benda juga nak kena jimat sebab peruntukan tak banyak. Sebelum ni ada door gift dari Kak Nurul tapi tahun ni I minta tolong adik buatkan bookmark. Boleh lah ek daripada takde. Bookmark dia buat pun cantik. Firm ramai perempuan ni senang, bagi je item cantik confirm sengih.

Masa kitorang datang untuk tengok tempat, dah confirmkan dengan pihak KGPA untuk buat majlis iftar dekat ruangan Garden's Terrace ni tapi bila dah sampai dia minta berpindah sebab katanya I confirmkan dekat tempat lain. 

Awal tu macam baran jugak tapi bila matahari meninggi, makin nampak kenapa ruang ni tak sesuai untuk buat majlis. Dah lah warga RRM ramai anak kecik, confirm menangis kalau stay dekat sini lebih dari setengah jam. Panas dia tak boleh bawa bincang. 

Lepas solat Jumaat dah ramai yang balik rumah untuk ambil family masing-masing. Yang committee keluar office pukul 3.30 petang sebab majlis start jam 5.00 petang. Sempat lah nak setup apa yang patut dan solat Asar. 

Majlis dimulakan dengan ucapan Managing Partner RRM, Datuk Hisham kemudian disusuli dengan pemberian duit raya kepada pelajar tahfiz yang hadir. 

Selesai dengan pemberian duit raya kepada warga tahfiz, proceed dengan pemberian duit raya kepada warga RRM pula. 

Habis saja pemberian duit raya, Datuk dengan Datin buat kejutan nak sampaikan hadiah penghargaan kepada semua warga RRM. Sebagai committee yang mengatur perjalanan program, mestilah dah tahu kejutan tu sebab kita yang arrange masa kan. Tapi apa isi dekat dalam tu tak tahu. 



Bila semua dah dapat duit raya dan hadiah, semua diminta pergi ke bahagian tangga untuk bergambar. Ikutkan nak letak tripod dengan kamera dekat atas dessert table tu tapi dah panas sangat kot, masing-masing pun dah pening. Hilang dah plan asal, lagipun tak ada ruang jugak untuk letak tripod. Reda je lah ek dengan kejadiannya. 



Selesai majlis bergambar sebagai kenang-kenangan, semua dah boleh ambil makanan yang disediakan di kaunter utama ataupun di gerai-gerai. Tapi masa ni awal lagi sebab ada gerai yang belum buka pun lagi. Sementara tunggu makanan tersedia, ada aktiviti bebas untuk bergambar ataupun buat content dekat sini. 

Kalau ikutkan kitorang plan nak shoot video raya atau join contest KGPA tapi sebab cuaca panas sangat, tak mampu sangat nak beraktiviti. 







😀: Ana, tengok ni meja kitorang banyak makanan
😅: uisyhhh penuh meja
😀: Haaa cepat ambik gambar kitorang. 
😅: Meja I meja diet, sikit je pinggannya. 




Meja pengantin baru





Masa dah masuk waktu berbuka tu ingatkan nak makan dulu sebab lapar sangat uruskan majlis iftar ni tapi makan sikit pun dah hilang laparnya. Maka terus lah naik ke surau untuk solat. Nasib baik lah tak ramai lagi yang solat. Surau dekat KGPA ni tak lah besar sangat tapi selesa je sebab ada air-cond, telekung, sejadah dengan ruang wudhu. Ada yang wakaf cleanser dengan micellar water untuk remove makeup pulak tu. 

Dah habis solat sambung makan dan sembang-sembang sampai jam 9.30 malam. Sebagai committee haruslah kita balik paling lambat sekali tapi okay je sebab malam tu hujan lebat. 




Thank you Atie tumpangkan balik office siap teman sampai basement. Thank you to committee yang menggerakkan program Iftar tahun ni 😁