Buat jahat pasti dibalas, lambat-laun tiba juga qifarahnya. Itulah jiwa dan inti filem Qifarah, yang kini sedang menghantui pawagam di seluruh Malaysia. Lebih daripada sekadar filem seram, ia menyelami sisi gelap manusia, tentang dosa, balasan dan penyesalan. Dengan jalan cerita yang penuh emosi, lakonan berkesan dan visual sinematik yang menawan, Qifarah muncul sebagai naskhah seram tempatan yang benar-benar meninggalkan kesan selepas tontonan. Pendek kata, Qifarah ialah antara filem tempatan paling wajib tonton tahun ini.
Qifarah, hasil sentuhan kreatif Ghaz Abu Bakar, bukan sekadar filem seram biasa, ia satu pengalaman sinematik yang berani dan penuh gaya. Diterajui oleh Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay dan ramai lagi, filem ini bukan sahaja menyentuh emosi penonton, tetapi turut membangkitkan rasa ingin tahu serta perbincangan hangat tentang makna di sebalik setiap babak yang dipaparkan.
Berikut antara sebab yang bakal membuat anda tak sanggup lepaskan peluang untuk menonton Qifarah di pawagam:
- Jalan Cerita & Plot Twist yang Tidak Disangka
Jalan cerita Qifarah dibina dengan naratif penuh teka-teki, membuatkan penonton sentiasa berfikir dan meragui setiap watak. Dari awal lagi, persoalan muncul, apa signifikan permainan monyet itu? Apa rahsia di bilik bawah tanah? Siapakah hantu kanak-kanak yang menghantui keluarga utama? Semua misteri ini terungkai dengan penuh kejutan melalui plot twist yang mendebarkan dan tidak terjangka.
- Barisan Pelakon Ternama yang Menghidupkan Watak
Diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Sharifah Sakinah dan Liyana Jasmay, Qifarah menampilkan persembahan lakonan yang benar-benar hidup dan meyakinkan. Setiap watak dihidupkan dengan emosi dan keaslian tersendiri, menjadikan setiap babak sarat dengan impak. Namun, yang paling mencuri perhatian ialah Sharifah Sakinah, dengan lakonannya yang penuh intensiti, berani dan tidak takut menampilkan sisi gelap manusia.
- Atmosfera Seram dan Visual Klasik
Dari aspek sinematografi, penggunaan cahaya, bayang-bayang dan pemilihan lokasi membentuk suasana seram klasik yang benar-benar meremangkan bulu roma. Filem ini berjaya mengimbau seram era lama, namun diberikan sentuhan moden yang cukup menyerlah. Salah satu babak yang paling mencuri tumpuan adalah elemen kanibalisme, sesuatu yang jarang sekali dipaparkan dalam filem dalam Malaysia. Babak ini bukan sahaja mengejutkan, malah memberikan identiti unik.
- Efek Khas dan Tatabunyi yang Mantap
Aspek teknikal dalam Qifarah benar-benar mengukuhkan pengalaman seramnya. Setiap elemen daripada bunyi pintu berkeriuk, desahan yang menggigit jiwa, hingga ke skor muzik yang menegangkan, disusun dengan teliti untuk membina suasana mistik yang autentik. Ditambah dengan efek khas yang realistik namun tidak berlebihan, filem ini berjaya menampilkan unsur ilmu hitam dengan gaya yang cukup meyakinkan dan menyeramkan.
- Filem Seram Pertama Pengarah Ghaz Abu Bakar
Ghaz Abu Bakar, yang sebelum ini terkenal dengan filem aksi dan drama, buat pertama kalinya mencuba genre seram dan ternyata hasilnya tidak mengecewakan. Filem terbaharu ini membuktikan keupayaan beliau merentasi genre dan menghasilkan sebuah pengalaman sinematik yang segar dan mencabar. Keberanian Ghaz menyelami dunia seram memberi ruang kepada sisi kreatif dan penonton pasti akan menghargai usaha beliau.
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman seram yang bukan sekadar menakutkan, tetapi juga sarat dengan pengajaran dan penyesalan. Dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan filem Qifarah di pawagam berdekatan. Bersedialah untuk menghadapi dosa yang belum ditebus dan pembalasan yang tak mungkin dapat dielak.
KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2025 – sooka, perkhidmatan penstriman terkemuka dan aplikasi OTT paling pantas berkembang di Malaysia, hari ini mengumumkan beberapa kerjasama strategik bersama peneraju industri termasuk Maxis, Etiqa, U Mobile, Grab, MAE by Maybank 2u, Sports Direct, Zus Coffee, dan VIU. Kerjasama ini menawarkan nilai yang hebat, akses yang lebih luas, dan pilihan yang lebih banyak untuk para pengguna.
Kini tersenarai sebagai aplikasi sukan No.1 dan antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store di Malaysia, sooka terus berkembang dan memperkukuh kedudukannya sebagai jenama hiburan pilihan rakyat Malaysia.
Chu Young Lee, Pengarah sooka, berkata, “Di sooka, misi kami adalah untuk mempermudah akses kepada siaran langsung sukan serta kandungan hiburan Asia dan tempatan untuk semua. Kerjasama baharu ini bersama peneraju pasaran tempatan adalah langkah seterusnya dalam visi ini. Dengan berganding bahu bersama jenama yang turut mengutamakan pelanggan, kami dapat menawarkan nilai yang lebih tinggi, menarik lebih ramai pengguna dan memperkukuh hubungan dengan pengguna. Dengan musim Liga Perdana kini berlangsung, ini adalah peluang terbaik untuk lebih ramai rakyat Malaysia menonton siaran langsung sukan dalam 4K UHD di sooka melalui Android TV, aplikasi sooka dan sooka TV stick.”
Kerjasama strategik ini menandakan langkah penting dalam misi sooka untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui sukan serta kandungan hiburan Asia dan tempatan dengan cara yang lebih mudah diakses oleh semua. Dengan kerjasama merentasi pelbagai sektor—daripada kewangan dan insurans ke teknologi mudah alih dan gaya hidup harian—sooka berhasrat untuk menawarkan nilai yang lebih tinggi kepada pengguna melalui ganjaran eksklusif, tawaran menyeluruh dan titik akses yang lebih pintar.
Senarai Jenama Dan Penawaran, Jenama Penawaran & Tempoh Sah
1. Maxis - Tempoh Sah Sehingga 31 Januari 2026
- Maxis menawarkan akses percuma kepada sooka Premium selama enam bulan kepada pelanggan pascabayar 139, 169, dan 199.
- Pelanggan Hotlink Prabayar dengan Pas Internet Bulanan bernilai RM55, atau Hotlink Pascabayar 45/60/70 yang melanggan Data 2X add-on pada harga RM9.90, layak menerima akses 30 hari kepada pelan sooka Sports & Entertainment.
- Semua pelanggan Maxis Pascabayar dan Hotlink yang lain boleh melanggan pelan sooka Premium pada harga RM25 sebulan (Harga Runcit: RM50.90) atau menambah pakej Super Streamer (sooka Sports & Entertainment) pada harga RM15 sebulan.
2. Etiqa - Tempoh Sah Sehingga 31 Januari 2026
- Semua pengguna sooka baharu dan sedia ada akan menerima pelan Insurans kemalangan peribadi bernilai RM10,000 daripada Etiqa, sah selama 30 hari dari tarikh mereka menerima e-mel pengaktifan. Pengguna boleh mendaftar untuk tawaran ini melalui aplikasi sooka.
- Pelanggan Etiqa boleh menikmati akses percuma selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka. Baucar digital dengan kod pengaktifan unik akan dihantar melalui e-mel kepada setiap pelanggan Etiqa yang layak.
3. U Mobile - Sedang berlangsung
U Mobile menawarkan pakej istimewa U Home 5G x sooka Premium, yang menggabungkan jalur lebar 5G berkelajuan tinggi dengan perkhidmatan penstriman sooka. Tawaran ini boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi MyUMobile.
4. Grab - Tempoh Sah Sehingga 31 Disember 2025
- Pengguna Grab boleh menebus pelan 14 hari Sports & Entertainment sooka secara percuma melalui GrabRewards menggunakan mata ganjaran Grab mereka.
- Setiap penebusan yang berjaya akan mendapat kod pengaktifan unik untuk akses percuma tempoh percubaan aplikasi sooka melalui laman web atau aplikasi mudah alih sooka.
5. MAE by Maybank2u - Tempoh Sah Sehingga 31 Disember 2025
Sebagai sebahagian daripada kempen ‘JOM MAE’, pengguna yang membuka MAE Wallet melalui aplikasi MAE dan melengkapkan proses pendaftaran akan menerima ganjaran tunai serta kod unik untuk mengaktifkan akses percuma kepada pelan sooka Sports & Entertainment selama 14 hari.
6. Sports Direct - Tempoh Sah Sehingga 26 Februari 2026
- Ahli Sports Direct akan menerima akses percuma selama tujuh hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka dengan sebarang pembelian di kedai atau sacara atas talian melalui laman web Sports Direct.
7. ZUS Coffee - Tempoh Sah Sehingga 31 Disember 2025
- Pelanggan ZUS Coffee boleh menebus mata ganjaran ZUS mereka melalui aplikasi ZUS Coffee dan menikmati akses percuma selama tujuh hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka.
8. VIU - Sedang berlangsung
Peminat sooka dan VIU kini boleh menikmati kedua-dua platform pada harga diskaun melalui pakej aplikasi sooka-VIU yang baharu. Bermula dari RM21.90 sebulan, pakej ini boleh dibeli di laman web sooka.
sooka terus berusaha untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dan menjadikan kandungan hiburan serta sukan lebih mudah diakses oleh semua. Dengan teknologi yang bertambah baik, harga yang berpatutan, dan sokongan daripada jenama-jenama terkenal, sooka semakin kukuh sebagai platform hiburan tempatan yang dibina khas untuk rakyat Malaysia.
sooka menawarkan kandungan siaran langsung sukan dan hiburan terpilih secara percuma. Selepas mendaftar, pengguna boleh terus menonton melalui laman web sooka.my atau aplikasi sooka—yang boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store, dan platform TV pintar.
Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV stick, sila layari https://sooka.my/.
Untuk khidmat pelanggan, WhatsApp sooka di +603 9549 3792, atau layari support.sooka.my atau email kami di support@sooka.my.
Setiap manusia dikurniakan akal dan diberi pilihan. Dalam menempuh cabaran hidup, ada yang memilih untuk berdoa dan bersabar, sementara yang lain tersesat memilih jalan gelap, menyerahkan diri kepada ilmu hitam demi kepentingan sendiri. Hakikatnya, kebahagiaan tidak pernah lahir dari kegelapan, ia tumbuh daripada keikhlasan dan keberkatan kepada ajaran Tuhan.
Itulah yang digambarkan dalam filem Qifarah, apabila watak Mawar memilih jalan hitam demi mengikat takdirnya dengan kekuasaan dan kemewahan. Dengan mengamalkan ilmu syirik dan sihir, dia berusaha mengawal Ghazali serta seluruh keluarganya atas nama mempertahankan warisan keluarga turun-temurun. Namun, setiap langkah gelap yang diambil mula membawa padah, kedamaian bertukar menjadi huru-hara dan rahsia lama mula terbongkar satu demi satu.
Dosa-dosa lalu yang menjerat setiap watak menjadi simbol kepada konsep qifarah, pembalasan Tuhan atas perbuatan manusia. Filem ini bukan sekadar kisah seram, tetapi menggambarkan realiti hidup kita sendiri; bahawa setiap kesalahan pasti ada akibatnya, tidak kira cepat atau lambat.
Di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, Qifarah mengisahkan tentang Yusoff (Remy Ishak), lelaki yang pulang ke tanah air selepas bertahun-tahun menetap di Cairo untuk menziarahi ayahnya, Ghazali (Esma Daniel) yang sedang nazak. Kepulangannya membuka semula lembaran hitam masa silam, saat kecurangan ayahnya terhadap ibunya, Nur (Vanidah Imran), membawa masuk Mawar (Sharifah Sakinah) ke dalam keluarga mereka. Kehadiran wanita itu menghancurkan kebahagiaan yang pernah ada dan meninggalkan kesan luka yang tak pernah sembuh.
Filem Qifarah, yang kini menghantui pawagam seluruh Malaysia, mengisahkan sebuah keluarga yang terperangkap dalam dosa silam dan rahsia gelap yang menghancurkan hidup mereka. Berteraskan elemen ilmu hitam sebagai teras ceritanya, filem ini mengingatkan penonton bahawa setiap perbuatan pasti ada akibatnya, sama ada baik atau jahat.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif mengenai Qifarah, jangan lupa ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube Primeworks Studios.
ANTARA CINTA, AGAMA & RESTU | “JIKA ITU SALAHKU” PERTEMUKAN SOPHIA ALBARAKBAH DAN ALVIN CHONG
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2025 - Tiada yang mudah bila berbicara tentang cinta, terutama apabila dua jiwa datang dari dunia yang berbeza. “Jika Itu Salahku,” drama terbaharu slot Lestary TV3, membawa penonton menyelami kisah dua insan yang terperangkap antara kelalaian dunia dan pencarian Tuhan. Sarat dengan nilai kemanusiaan serta emosi yang menyentuh hati, drama ini bakal menemui penonton mulai 17 Oktober 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam.
Diadaptasi daripada novel nukilan Liza Nur, “Jika Itu Salahku” menampilkan gandingan serasi Sophia Albarakbah dan Alvin Chong sebagai Asyiqeen dan Ivan. Menghimpunkan barisan pelakon berpengalaman seperti Dato’ Ziela Jalil, Fadilah Mansor, Shamsul Ghau Ghau dan Steve Yap, drama 13 episod ini diarahkan Riza Baharuddin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.
Dibesarkan tanpa bimbingan agama, Asyiqeen (Sophia Albarakbah) belajar mengenal hidup dalam serba kekurangan dan derita. Sejak kecil, dia memikul tanggungjawab menjaga adiknya, Balqis, yang menghidap sindrom Down sambil menahan penderaan fizikal dan emosi daripada neneknya, Mak Tok (Fadilah Mansor). Namun, sebuah tragedi mengubah segalanya dan menjadi detik yang menyedarkannya tentang makna sebenar kehidupan.
Pertemuannya dengan Ashraff Ivan Tang (Alvin Chong), lelaki kacukan yang hidup bebas tanpa panduan, membuka lembaran baharu dalam kehidupan Asyiqeen. Dari perbezaan itu lahir rasa yang halus dan lembut, cinta yang bukan sekadar menguji hati, tetapi juga prinsip, pegangan dan keimanan mereka. Namun, mampukah dua jiwa ini benar-benar bersatu atas dasar keikhlasan, atau akhirnya tunduk kepada perbezaan agama yang memisahkan?
Bagi Alvin Chong, watak Ivan menjadi satu perjalanan peribadi buat dirinya. “Watak ini beri saya peluang untuk faham sisi spiritual yang jarang saya bawa dalam lakonan. Ia bukan sekadar menggambarkan kisah cinta, tetapi kisah tentang pencarian diri, tentang bagaimana kasih dan keyakinan boleh wujud walaupun dalam dunia yang berlainan agama. Ia membuat saya sedar sejauh mana seorang lelaki sanggup pergi untuk benar-benar memahami jiwa wanita yang telah mencuri hatinya,” katanya.
“Jika Itu Salahku” ialah kisah tentang mencari makna kasih, membawa pesan bahawa tidak semua cinta perlu dimiliki, dan tidak semua perpisahan bererti kehilangan. Saksikan drama ini bermula Jumaat ini, hanya di slot Lestary TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
TONTON FILEM QIFARAH & MENANG PAKEJ UMRAH!
Monday, 13 October 2025
Filem seram paling hangat tahun ini, QIFARAH kini di pawagam seluruh negara!
Sempena tayangan ini, anda berpeluang memenangi Pakej Umrah yang ditaja khas oleh RA Group Travel dengan kerjasama Skop Productions dan Primeworks Studios.
Cara penyertaan mudah sahaja:
1. Jawab dua soalan berikut:
• Sup apa yang dimasak oleh Mawar untuk Yusoff?
• Ke manakah Yusoff dihantar semasa umurnya 7 tahun?
2. Lengkapkan slogan ini:
“Saya ingin menang pakej Umrah ini kerana…”
(tidak lebih dari 50 patah perkataan)
3. Hantar jawapan & slogan anda melalui DM ke @primeworksstudios.film bersama bukti pembelian tiket filem Qifarah.
4. Follow & komen ‘done’ di akaun Instagram @primeworksstudios.film dan @skopofficial__.
Tarikh tutup penyertaan: 20 Oktober 2025, 11:59 malam.
Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan slogan paling menarik.
Jangan lepaskan peluang, mungkin anda bakal menunaikan Umrah bersama insan tersayang!