Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Kak Ida Belanja Meatball IKEA!

Friday 26 March 2021


Minggu lepas punya cerita tapi baru nak update minggu ni apooooo haha ni semua gara-gara Dropbox guna sistem baru so renyah sikit nak upload gambar kalau guna handphone lain. Lepas Majlis Penghargaan RRM dua minggu lepas tu, Kak Ida saja nak berkongsi rezeki dengan kitorang semua di HQ dengan branch Petaling Jaya. 

'Akak nak belanja meatball IKEA Jumaat nanti tau. Bebudak HQ dah pesan siap-siap taknak KFC dengan McD sebab diorang dah muak' - Kak Ida

Haaaa kelassss siap pesan awal-awal nak makan apa haha. Memahami sangat tekak diorang dekat HQ tu sebab dekat sana ramai so kerap celebrate birthday, small gatherings ataupun farewell parties. Bila buat potluck faham-faham je lah menu wajib. 

First time makan meatball IKEA tapi guna delivery apps and kitorang pilih Lalamove untuk pickup order. Sehari sebelum tu dah tanya nak meatball ayam, daging ataupun chicken chop tapi bila delivery tu sampai terkejut tak ada bag satu hal, tak tahu yang mana ayam dengan daging satu hal sebab tak ada tag langsung. 

Sudahnya main hentam je ambik yang mana satu. Yang order chicken chop je lah boleh beza sebab jauh beza rupa fizikal dengan meatball. Take it as lesson je lah kalau order dekat IKEA lepas ni. 

Anyway, thanks Kak Ida for this delicious lunch! Semoga bertambah murah rezeki Kak Ida sekeluarga amin, Insya-Allah. :) 

Majlis Penghargaan Ram Reza & Muhammad 2021

Tuesday 23 March 2021

Dua minggu lepas ada jemputan untuk ke RRM HQ sebab ada Majlis Penghargaan buat semua lawyers dan staff Ram Reza & Muhammad. Ikutkan nak buat untuk semua tapi branch Kuala Terengganu, Penang dengan Jakarta tak dapat la nak merentas ke mari sebab PKP. Kita buat yang mana dapat hadir je. 

Itupun ada yang tak dapat hadir sebab kena jaga anak. Hari Sabtu memang susah sikit nak cari pengasuh. Nak bawa datang office pun takut mengganggu majlis. Ikutkan nak buat majlis ni dekat The Cube, One Utama tapi ada facilities yang tak boleh digunakan. So buat dekat HQ je lah, senang. 

Bermula dari jam 10 pagi dengan kehadiran semua warga Ram Reza & Muhammad, pengenalan ahli-ahli baru yang kebanyakannya dari Training Associates 

  • Amirul Izani [Corporate Department]
  • Aina Izzah [Corporate Department]
  • Amelia Edreena [Corporate Department]
  • Mira Nadia [Litigation Department]
  • Zahra [Litigation Department]
  • Hafizah [Conveyancing Department]
  • Anis [Syariah Department]
....dan juga lawyers baru - Encik Abu Bakr untuk Corporate Department, Ms Farhana Idros untuk Syariah Department dengan Ms Mastura untuk Litigation Department. Gigih kan buat list ni sebab esok lusa kalau lupa diorang department mana, I rujuk sini je haha. Gara-gara PKP ni jarang ke HQ jadi susah nak ingat semua kecuali Corporate Department lah sebab department sendiri hshshs

Kalau ikutkan adat rasmi warga RRM yang baru kena perform talent show macam menyanyi, berpantun atau apa saja lah bakat terpendam tu tapi disebabkan majlis ni singkat so tak sempat la diorang semua nak perform. Mungkin next gathering la kot. 

Habis sesi perkenalan, Managing Partner, En. Nor Hisham Haji Muhammad teruskan dengan mengupas sedikit meeting yang lepas untuk ingatkan balik target, misi dan pencapaian RRM sepanjang tahun 2020. Kemudian bagitahu tujuan semua partners buat Majlis Penghargaan RRM ni bila ada staff dah capai level tahap gaban. Sebelum ni staff tu dah capai tahap dewa dan RRM dah bagi penghargaan sempena 10 tahun bekerja. Kali ni dah cecah 20 tahun, hadiah yang lain pula diberikan. 

As for us yang baru tahap cikai ni dapat goodies box. Dekat dalam tu ada baju korporat RRM, lanyard beserta ID masing-masing dan juga mask RRM. Baju korporat tu wajib pakai setiap hari Isnin tapi lanyard dengan mask haruslah setiap hari. 



Dan untuk staff tahap gaban tu, tak lain tak bukan Head of Accounts Ram Reza & Muhammad - Puan Rozieda Abdul Rahman bila dah mencecah 20 tahun bekerja dengan RRM. Masuk sebagai anak dara, berkahwin, dapat anak pertama, kedua, ketiga semuanya dekat RRM. Dah la awet muda, muka maintain sama je dari dulu sampai sekarang. 




Sempena menghargai kerjaya dan kesetiaan Kak Ida kepada RRM, hadiah berupa ASB RM10,000 dengan rantai tangan pulut dakap dari Makmur Gold. 

'Mula-mula saya masuk Ram Reza ni, diinterview oleh En. Ram, partner sebelum ni. Second interview oleh En. Hisham dekat office di Jalan Genting Klang. Masa tu dekat tingkat 2, ingat lagi bilik En. Hisham masa tu atas restoran cina. Kalau masa diorang masak tu, asap semua naik ke bilik En. Hisham, tak nampak terus En. Hisham. 

Lepas 6 bulan kerja dengan RRM, kita pindah ke Diamond Square. Daripada 1 unit, kita sewa 2 unit then 3 unit lepastu 4 unit sampai lah satu floor dekat tingkat 6 tu Ram Reza & Muhammad sewa. Lepastu En. Hisham start buka branch di Aman Suria. Tahun 2014, HQ pula pindah ke Starpac Point so saya nampak lah dulu RRM wajib meeting setiap hari Jumaat lepastu sebulan sekali pulak setiap hari Sabtu minggu yang pertama. Lepastu lama-lama dah slowly jarang-jarang. 

Dulu En. Hisham ajar buat akaun sebab Kak Ida zero, tak ada langsung pengetahuan pasal akaun. Dulu sikit je lama-lama dah pegang banyak sampai pening kepala. Kak Ida dah ada dekat RRM dari Jalan Genting Klang, buka Aman Suria, Diamond Square lepastu Oasis. Ingat lagi dulu-dulu dalam meeting En. Hisham pernah cakap, one day kita akan ada uniform sendiri so uniform yang pertama warna putih, macam baju sekolah. Material uniform RRM dari tahun ke tahun kena upgrade so yang sekarang ni lah, yang latest paling bagus dan selesa. 

Saya memang tak sangka sangat RRM akan bagi hadiah ni, tak sangka sangat. Terima kasih banyak-banyak dekat semua partners. Terima kasih juga kepada En. Hisham sebab sudi terima saya bekerja di RRM. Kita ni sebagai manusia sentiasa ada baik dan buruk tapi sebagai pekerja sentiasa la fikir tentang kebaikan majikan. Tipu lah kalau tak ada terasa hati dengan majikan tapi sentiasa pandang kebaikan dan bersyukur. Harapan saya semoga Ram Reza & Muhammad akan lebih berkembang lagi. Insya-Allah dan terima kasih.'

Settle majlis pemberian goodies, hadiah dan ucapan kepada RRM & Kak Ida, semua yang datang dijemput makan. 



Terima kasih kepada warga RRM HQ sebab jemput kitorang datang dan sediakan makanan yang sedap untuk majlis haritu. Untuk Kak Ida, tahniah sebab dah mencorakkan kerjaya bersama RRM dan jadi sumber inspirasi kepada yang baru ni untuk jadi lebih bersemangat dan pupuk rasa sayang kepada RRM juga. Bila nampak majikan hargai staff ni rasa lagi seronok lah nak bekerja dan ni bukan pertama kali pun RRM bagi penghargaan. Dah banyak dengar cerita sebelum ni cuma disebabkan covid, tak banyak lah aktiviti dijalankan. Hopefully tahun depan banyak plan untuk training, bengkel, team building, event dan trip onzzz balik untuk semua join dan eratkan bonding semua branch. 

Office | Install Smart TV Baru

Thursday 11 March 2021

Awal bulan haritu ada hearing untuk kes client so managing partner nak pasang smart TV yang besar dekat meeting room. Plan asalnya nak TV saiz 50 inci katanya tapi dekat kedai elektronik tu ada 44 inci je. Okay la kot tak lah lari jauh sangat beza dia. 


Sebelum ni guna projektor je tapi bila Zoom meeting tak best lah sebab projektor kabur. Resolution dia pun tak gempak macam smart TV Skyworth ni - 4k resolution. Lepas dah survey yang mana berkenan, technician tu datang pasang dekat office. 


Ruang dia agak terhad lah sebab saiz dia yang besar lepastu taknak lah terlanggar dengan pintu kabinet bila buka nak ambil barang. Bracket dia pun tak boleh lah nak pergi jauh sangat sebab saiz smart TV yang besar ni. Lepas pasang tu okay lah, boleh la nak gerak sana sini ikut keselesaan yang guna. 


Dah settle pasang ada lagi satu pulak problem dengan smart TV ni. Nak connect dekat laptop problem sikit sebab cable HDMI kitorang tak panjang. So terpaksa lah letak laptop dekat kerusi bawah tu. Nampak messy sikit lah tapi sementara ada masa sebelum hearing tu, sempat lagi nak cari yang panjang. 


Bila try untuk tengok video dengan resolution 4k, memang puas hati lah cerita dia. Dekat smart TV ni ada Netflix dengan Android TV. Tekan je dekat remote tu nanti keluar lah. 

'I nak usulkan yang kita buat movie time setiap hari Isnin dari pukul 2 sampai balik.' - En. Abu

Takde maknanya nak buat movie time sebab dia pun dah tenggelam dalam timbunan file litigation dia. Entah dia ingat entah tidak movie time dia tu haha

Throwback Thursday | Online Longcall & Actual Farewell for Danish!

Thursday 18 February 2021

Dah nak masuk 3 minggu dah Danish habis chambering dekat Ram Reza & Muhammad, rasa macam baru semalam pergi office trip sama-sama, beraya campur pakej menari dekat fountain Oasis sama-sama, bergosip, makan and buat ucapan amatur dekat whiteboard sama-sama fuhhhh!


Selalunya tempoh masa chambering atau Latihan Dalam Kamar ni 9 bulan je tapi sebab PKP extend sampai setahun lebih sebab longcall kena extend punya pasal. 

Longcall tu apa? 

Longcall bermaksud satu majlis untuk Pelatih Dalam Kamar ditauliahkan dan secara rasminya didaftar masuk sebagai Peguambela Dan Peguamcara oleh Majlis Peguam Malaysia. Bermakna selepas menjalani proses chambering atau Latihan Dalam Kamar selama 9 bulan maka sah la seseorang dilantik menjadi peguam. 

Longcall Danish ni special sikit sebab diadakan secara atas talian jadi semua orang boleh tengok dia pakai robe. Kalau sebelum ni ada mover dan master dengan beberapa orang ahli keluarga je boleh masuk tapi disebabkan PKP, Majlis Peguam Malaysia decide untuk buat dua sesi dalam satu hari untuk majlis ni secara online dan hanya chambering student dengan mover je hadir dalam sesi tersebut. 

Mover ni mana-mana senior lawyer yang diminta oleh chambering student untuk bacakan biodata dan serba sedikit penerangan tentang chambering student kepada Hakim Yang Arif semasa majlis pentauliahan berjalan. 

Danish bagi link youtube live supaya satu office dapat tengok. 

Bestnya longcall online ni kalau terlepas boleh ulang balik video tu haha! Masa hari kejadian, kitorang terlupa nak record so kitorang patah balik bila semua orang dah ready dengan handphone dekat tangan. Tak tau lah kenapa kitorang decide untuk tengok dekat Macbook Izani yang kecil je skrin dia instead of pasang projektor tengok dekat bilik mesyuarat. 

In case anybody wondering why there's no social distancing at all, it is because we already did the test and negativesssss. 


Memandangkan sesi longcall Danish di sebelah petang jadi dia spend time lepas pentauliahan tu dengan family dia lah. Hari Jumaat tu kitorang pulak buat potluck untuk celebrate dia sebagai En. Danish. Order kek dari Secret Recipe dengan belon je. 



Kalau ikutkan plan, Danish nak extend dekat sini tapi dia nak rest sebulan dua sebelum cari kerja baru so selepas dua kali buat majlis perpisahan tapi tak menjadi, kali ni betul-betul decide untuk berehat. Last day Danish masa 31 Jan haritu, cantik pulak tu jatuh hari Jumaat so boleh la celebrate secara santai. Alang-alang managing partner belanja RRM HQ dengan branch Petaling Jaya makan kebab sebab nak tolong business pasangan suami isteri yang OKU, kitorang pun buat lah potluck. 


Masing-masing isi dalam list nak bawa apa untuk majlis farewell nanti. Semua bawa makanan sampai penuh satu meja. Tak tahu nak makan mana satu sebab semua pun sedap. Ada kebab ayam, pulut kuning dengan ayam masak rendang, ada sandwich, ada aglio olio, ada kuey tiaw goreng pedas, sandwich ayam, dimsum, murtabak telur, tauhu begedil, roti jala cicah serawa durian dan donut J&Co. Since everyone dah bawa makanan yang heavy I bawak buah anggur je hshshs 




'Masa I start here I don't have any expectation, any knowledge regarding this firm. I main apply je. I takde expectation langsung sebab I tak tahu pasal this firm sangat. Tapi I can say that after a year I rasa it's amazing lah, we do a lot of things and learn a lot from other branches. For me to be here and to be surrounded with great colleagues, I bersyukur lah and I cannot say any other thing than thank you to my master, En. Hisham. Thank you for guiding me and telling me what to do and not to do during my chambering. Thank you so much. To En. Fendy, Ms. Fisah and En. Kai, thank you for being such great senior and friend as well, I can share my problems and anything I can share with you guys. Honestly I agak segan sikit sebab ni kali ketiga I diraikan. I rasa macam tak setimpal lah sebab I dekat sini sekejap je but firm give me so much appreciation. And for that, I thank you guys so much.' 


Masa dia bagi ucapan ni I, Ain dengan Kak Nora quite busy dengan notary public sebab walk-in je so takde lah ucapan untuk kitorang bertiga and sorry Danish masa hari last tu macam tak bercakap sangat. But please accept this entry as appreciation for being such a good chambering student and a great friend as well. Sebab apart from En. Fendy, Ain and Hilmi, u're the one I can talk bout a lot of things. Everytime I bad mood or balik nangis-nangis dari tempat yang I tak suka, you're the one yang approach tanya I okay ke tak and lend your ears to listen my rant so it's a bit sad when you're gone. Good luck in future as a lawyer, a partner and anything positive you want to be except covid patient. 

Throwback Thursday | Farewell Asis

Thursday 11 February 2021

Everytime menyembang dengan Asis mesti dia cerita pasal wife dengan family dia jauuuuuh di Sandakan, Sabah. Setahun sekali je dia balik masa Hari Raya Aidilfitri itupun sekejap je lah dapat ambil cuti. Tak syok lah cerita dia kalau balik sekejap je and the rest of the year just contact via phone call or video call. 


Majlis farewell ni kitorang buat untuk menghargai Asis selama berada di firm Ram Reza & Muhammad sebagai Account Admin untuk Real Estate Department. Happy sangat bila tahu Asis dapat kerja dengan government but actually rasa happy sebab dia boleh transfer ke Sabah. Dia selalu cakap tempat kita ni tertukar sebab dia bukannya ada Degree yang relate dengan bahagian Account pun meanwhile I have Degree in Finance apply untuk position exec hshshs

Walaupun dalam setahun lebih dekat Ram Reza & Muhammad ni dan jarang berjumpa dalam sebulan tu sekali dua je sebab department dia dekat building lain tapi banyak jugak lah benda yang kitorang sembang. Banyak benda jugak belajar dari dia dan banyak kali jugak bekerja sama-sama. One thing we have in common and instantly clicked haruslah sebab boleh berkurapak Sabah. 

M : Ui, main buyuk pula kau ni!
A : Ui, kau urang Sabah ka?!
M : Ndak lah, belajar seja di Sabah
A : Uinaaa ada kawan pula sini




Majlis ni kitorang buat waktu Maghrib sebab Asis bernazar untuk puasa selama 2 bulan kalau dia dapat kerja dekat Jabatan Penerangan Malaysia cawangan Sandakan. Since dia request nak nasi berlauk, Alia order Nasi Bukhara as main dish. Nasi dia memang sedap tapi kalau makan sorang tambah pula time buka puasa memang boleh muntah balik. Banyak sangat! 


Sebab tak nak nampak meja kosong sangat kitorang topup desserts pelbagai jenis jugak lah. Ada puding caramel, donut pelbagai flavors dari J&Co., butter cake dengan sagu gula melaka warna-warni. 




Majlis farewell ni sekejap je sebab dah malam kan, memasing pun nak balik lah. Even Asis pun nak pergi ke airport pula selepas tu. Punya la kelam-kabut sampai lupa nak bergambar ramai-ramai for the last time. Gambar candid cenggini je la ada pun untuk disimpan. 


One special traits Asis ni kalau dia duduk dalam kelompok yang ramai dia akan bawak keluar cerita yang kelakar supaya orang terhibur. So kalau ada dia memang gelak je lah cerita dia. Sekarang ni bila meeting ke majlis ke agak terasa lah kosong dekat situ. 

'Okay urmmm sehingga pada hari ini, saya telah berkhidmat di Ram Reza & Muhammad selama 2 tahun 11 hari. Saya bersyukur sebab sejujurnyalah apa yang saya nak cakap, ini adalah first time saya bekerja dengan company yang ada boss Melayu. Sebelum ni saya banyak bekerja dengan boss Chinese, kalau dia maki tu memang dia maki sungguh-sungguh. Kalau dekat sini nak marah tu masih berlapik, bermadah sebab tu saya rasa bersyukur sangat sebab Ram Reza & Muhammad to me is the best company untuk saya setakat ni. Stress kerja tu dimana-mana tempat pun ada. 

Jadi terima kasih kepada Encik Hisham, Encik Bo. Encik Bo ni boleh saya katakan orang yang bawa saya masuk ke sini. Encik Hisham banyak bagi saya tunjuk ajar walaupun saya ada banyak pengalaman kerja di tempat lain tapi di sini lagi banyak yang saya dapat. Encik Fendy yang banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain. Ana, tak payah cakap lah...yang pasti dia dah takde geng nak cakap Sabah dah lepas ni. Akhir kata, saya bersyukur sangat-sangat dan sangat berterima kasih. Terima kasih Encik Hisham.'

Earlier I said Asis rush nak ke airport malam tu kan? Sadly, flight dia delay sebab PKP so Air Asia akan start terbang balik pada bulan Februari sedangkan Asis lapor diri 18 Januari 2021. Nasib baik 24hb tu ada flight ke Sabah walaupun kena beli tiket baru. Alhamdulillah dah selamat sampai ke Sabah dan dah start bertugas sebagai orang gomen haha

Well Asis if you read this, stay safe, be a great leader for your family and insya-Allah soon for your small family or maybe satu team Arsenal haha. 

Sembang Office | Telefon

Sunday 7 February 2021

Setahun lebih kerja dekat sini macam-macam hal melayan call dari client, orang luar ataupun sesiapa yang berkenaan lah. Kadang tu boleh jadi moody jawab call nak pulak masa tengah busy dengan kerja ataupun masa lunch hour. Pelik jugak kenapa ada yang nak marah kalau bagitahu tak ada lawyer dekat office sebab lunch hour padahal dah sedia maklum kan waktu orang keluar makan?

Anyway entry ni untuk kompilasi panggilan telefon yang buat I speechless. Ni yang mana I ingat lah, yang tak ingat tu dulu sembang jadi bahan dengan kawan office je. 

#1

C : Hello, boleh saya bercakap dengan En. Hazieq?

M : En. Hazieq dekat RRM HQ. Saya bagi no telefon HQ ye

C : Saya dah call dah personal number dia tapi dia tak angkat. Boleh tak pass call ni ke HQ?

M : ........... Maaf ye encik, yang encik call ni dekat Petaling Jaya. En. Hazieq dekat HQ, Setapak. 

Mungkin dia ingat ni hotline agaknya boleh pass call kepada semua cawangan T.T

***********************************

M : Hello, Ram Reza Muhammad, selamat pagi

C : burraapppppghhhhhhh

M : .......................

C : HAHAHAHAHA sorry tadi saya sendawa HAHAHAHA

T.T

**************************************

Pernah sekali tu nak call customer sebab nak sahkan alamat rumah dia untuk hantar S&P Agreement tapi lain pulak yang jadi

M : Hello Puan XXXX, saya dari Tetuan Ram Reza & Muhammad nak buat pengesahan alamat

C : Oh maaf, puan tengah mandi. Ni siapa?

M : Saya dari pejabat peguam nak buat pengesahan alamat

C : Sekejap! Jangan letak telefon!! Saya panggil puan

..............

C : *menjerit dari jauh* puannnn! Ada orang call!

P : Siapa?

C : Lawyer!!

P : Hah lawyer?!! Cakap saya takde!!

*end call*


Tak tahu lah apa sejarah hitam dia dengan lawyer sampai dia cuak sampai macam tu sekali. Hopefully dia dah receive agreement dia sebab I ganti orang je masa tu. 

Well that's all for now, ciao!

Throwback Thursday | MYIPR Launching Event

Thursday 21 January 2021

Idea asal adalah untuk buat majlis minum petang atau Hi-Tea untuk sesi beramah mesra dengan pihak media tapi terdapat beberapa kekangan jadi ditambah lagi satu sesi dengan penambahan majlis pelancaran MyIPR. Projek ini adalah hasil usahama syarikat Intellect Base Technologies Sdn Bhd dengan Tetuan Ram Reza & Muhammad. 

Event ni dah lama diadakan tau sebelum PKP lagi, sebab tu park under entry Throwback Thursday. Nak update tahun lepas tapi membawak ke hari ni baru sampai seru dia. So the event took place at Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse. Tempat ni dikhususkan kepada alumni Universiti Malaya dan dibuka untuk orang luar juga cuma tak ramai yang tahu. 

Apa itu MyIPR?

Projek MyIPR merupakan perkhidmatan yang ditawarkan untuk membantu individu atau institusi yang mempunyai perniagaan dalam melindungi harta intelek empunya. Contoh hak harta intelek yang layak dilindungi adalah hak cipta, paten, tanda dagang, reka bentuk industri dan rahsia perdagangan.

Tak ramai yang cakna dengan harta intelek dan kenapa penting untuk kita lindungi harta intelek dari dicuri oleh pihak lain. Mungkin ada yang tahu tapi tak ada dana untuk daftar dan ada juga yang tahu tentang perlindungan harta intelek dan tak tahu bagaimana untuk mendaftar. Ramai juga golongan yang ketiga ni jadi Ram Reza & Muhammad ambil inisiatif untuk membantu SMEs melindungi idea dan ilham yang lahir dari kreativiti mereka. 

Selain dari perkhidmatan mendaftarkan harta intelek, MyIPR juga mempunyai servis untuk menjaga dokumen penting seperti geran tanah, sijil saham syarikat, sijil peribadi dan banyak lagi dokumen sulit dan penting. Ditambah dengan fenomena bencana alam yang tak menentu, banyak dokumen terjejas hingga empunya mengalami kerugian dan masalah dalam urusan tertentu. 

Untuk syarikat sederhana dan juga korporat, perkhidmatan setiausaha syarikat juga boleh membantu urusan menyerah simpan dokumen-dokumen syarikat dan lain-lain. Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha Syarikat adalah:

a) Menyimpan pelbagai buku dan catatan berkanun Syarikat seperti buku daftar Ahli dan Pengarah

b) Mengeluarkan sijil saham, pengagihan dan pemindahan saham

c) Menyediakan notis mesyuarat, memanggil dan menghadiri mesyuarat berkanun dan mencatat minit mesyuarat

d) Menguruskan mesyuarat seperti AGM dan EGM

e) Menyediakan resolusi

f) Menyerah simpan dokumen Syarikat kepada SSM

g) Menyimpan keselamatan Metri Syarikat (Common Seal) agar tidak disalahguna

h) Menentukan buku-buku berkanun sentiasa boleh diperiksa apabila terdapat permintaan dari mana-mana Pemegang Saham Syarikat

Firma Ram Reza & Muhammad mempunyai pengalaman selama 20 tahun, jadi tak hairan kalau servis ini diletakkan di dalam MyIPR kerana sudah cukup mahir dalam hal-hal berkaitan kesetiausahaan syarikat.

Launching Event MyIPR

Untuk launch event MyIPR ni, pihak RRM cuma buat majlis secara kecil-kecilan dengan menjemput semua partners Ram Reza & Muhammad - Encik Nor Hisham bin Hj Muhammad, Ms Noraida Hassan, Encik Ismail Ariffin, Encik Muhammad Usaid Bin Mohd Nasaruddin Encik Izharul Effendy Bin Ramli, Encik R Fadhli Indra Bin Didi Indra Tjahya. Jemputan khas dihulurkan kepada Encik Bukhari Embong, founder Deedat Air Care dan juga pembaca berita Awani, Hakim Rahman. 

Memandangkan RRM ada dua orang chambering student cantik dan selesa bersama, Amy dan Aina dipilih sebagai pengacara majlis. Hi tea event dan juga MyIPR launching dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan dimulakan dengan pembukaan majlis oleh emcees. Bacaan doa oleh Encik R Fadhli Indra Bin Didi Indra Tjahya, partner kepada jabatan Syariah di Ram Reza & Muhammad HQ. 

Kemudian majlis diteruskan dengan pengenalan mengenai firma guaman Ram Reza & Muhammad dan pencapaian selama 20 tahun dalam bidang guaman oleh Encik Danish. 

Sesi seterusnya diteruskan dengan penerangan tentang idea penubuhan MyIPR, objektif dan matlamat Tetuan Ram Reza & Muhammad dan Intellect Base Technologies menerusi MyIPR. Selain firma Ram Reza & Muhammad, firma Hermes & Co, PT RRM Global, Muhammad Danish & Co, Z&I dan RRM Advisory and Custody Sdn Bhd juga merupakan subsidiari penasihat untuk projek ini. Boleh kata orang awam boleh dapatkan penerangan bukan terhad kepada harta intelek malah lebih lagi mengenai bidang guaman juga sepertimana yang diterangkan di atas. 

Seusai sesi pengenalan dan penerangan, majlis diteruskan dengan sesi memotong kek dan sesi bergambar. Semua tetamu yang hadir diberikan beg goodies oleh Tetuan Ram Reza & Muhammad sebagai tanda penghargaan hadir ke majlis kecil. 

Dah selesai majlis, dah kenyang makan, dah berbual banyak untuk sesi penerangan maka sesi bergambar fotogedik dekat luar dewan sebab lighting on point. 

Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan majlis pelancaran ni walaupun short notice. Terima kasih juga kepada yang hadir sebagai tanda sokongan kepada kami semua.