Showing posts with label movie Turki. Show all posts
Showing posts with label movie Turki. Show all posts

Movie Review | Siccin 3 - Cürmü Aşk (2016)

Sunday 6 May 2018


Director : Alper Mestci
Cast : Adnan Koç, Büsra Apaydin, Cem Uslu, Elif Baysal, Nevin Efe, Ömer Musab Küçükler
Genre : Horror
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 87 minutes
Release Date : 2 September 2016
Trailer :



Movie ketiga dari franchise Siccin masih lagi menggunakan hasil karya tulisan dan arahan Alper Mestci. Siccin 3 mengisahkan tentang kehidupan Orhan (Adnan Koç) dan Kahder (Büsra Apaydin) yang bahagia dengan alam perkahwinan diorang ditambah pula bila Kahder disahkan mengandung anak pertama.

Tapi kebahagiaan tu berakhir bila Kahder keluar dengan abangnya, Sedat (Cem Uslu) dan anak Sedat, Mahamed (Ömer Musab Küçükler). Selepas Sedat dapat call, dia buat u-turn secara terburu-buru hingga dilanggar lori. Disebabkan kejadian tu, Mahamed lumpuh dan trauma manakala Kahder pula terlantar di rumah dan murung. Orhan yang sayang sangat dengan Kahder menguruskan rumah dan menjaga Kahder selepas pulang dari kerja.

Image result for siccîn 3 cürmü aÃ…Ÿk

Hubungan Orhan dengan Sedat jadi dingin selepas kemalangan tu walaupun Sedat abang ipar Orhan dan berkawan dari kecil malah berkerja di tempat yang sama. Tak cukup dengan rasa bersalah akibat sikap cuainya, Sedat mendapat gangguan dari makhluk halus di rumahnya sehingga dia mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan ustaz.

Terkejut Sedat bila ustaz tu kata gangguan tu semua cuma medium untuk berhubung dengan Sedat supaya buang tangkal di rumah Orhan. Ni bukan spoiler tau sebab memang dari awal movie lagi director dah tunjuk yang Orhan ni guna segala jenis jampi untuk hantar kepada Sedat kes sakit hati Sedat cuai sampai kemalangan. Kalau jadi Orhan pun geram jugak dengan Sedat sebab main buat u-turn ikut suka dia tak tengok kiri kanan.

Image result for siccîn 3 cürmü aşk

Pesan ustaz tu supaya Sedat tunggu dalam bilik Mahamed sampai Subuh baru gerak pergi ke rumah Orhan untuk jalankan misi hapuskan tangkal. Betul apa yang ustaz tu bagitahu memang ada tangkal dalam rumah Orhan dan ada rahsia yang Orhan sembunyikan dari Sedat dan keluarga Orhan sendiri tapi plot twist movie ketiga ni dah boleh agak dari awal cerita lagi. Tak power macam Siccin 1 & 2.

Siccin 3 ni pun tak seram macam Siccin 1 & 2 sebab lebih kepada lawak dan romantik. Lawak tu bukan sebab ada unsur lawak tapi jadi lawak sebab jalan cerita merapu dan try hard sangat nak datangkan feel seram. Tapi kalau you guys dah tengok Siccin 1, maybe you guys akan perasan yang ending Siccin 1 bagi kesan dekat ustaz-ustaz yang ubatkan watak utama dalam Siccin 2 & Siccin 3.

Image result for siccîn 3 cürmü aÃ…Ÿk

Awal movie Siccin 3 ni ada scene Orhan pecat pekerja dia sebab suka sangat merokok di kawasan kilang sudahnya pekerja dia bunuh diri sebab banyak hutang bank nak bayar. Esoknya isteri dia meraung depan kilang lepastu sumpah Orhan yang hidup dia akan gelap sebab aniaya suami dia padahal suami dia yang langgar peraturan sampai boleh bahayakan nyawa orang lain. Perangai sangat tau, bila dah tahu hutang bank banyak, buat kerja tu biar berdedikasi sikit.

Ingatkan lepas kejadian tu Orhan akan jumpa isteri pekerja yang bunuh diri tu macam dalam cerita Exorcist tapi rupanya Orhan sendiri yang buat dunia dia makin gelap. Tapi menyampah jugak tengok ending Siccin 3 ni sebab Sedat yang cuai tu dapat happy ending tapi Orhan yang sengsara. Apa benda entah. Marah betul dengan ketidakadilan ni. Korang tengok lah sendiri nanti.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 7.1/10
Movie Review Siccin 1 
Movie Review Siccin 2