Showing posts with label drama review. Show all posts
Showing posts with label drama review. Show all posts

Drama Review | Do You Wanna Partner (2025)

Sunday, 12 October 2025


Pengarah: Archit Kumar, Collin D'Cunha
Penulis Skrip: Nandini Gupta, Aarsh Vora, Mithun Gongopadhyay, Nidhi Sethia, Hussain Dalal
Pelakon: Tamannaah Bhatia, Diana Penty, Nakuul Mehta, Jaaved Jaaferi, Neeraj Kabi, Shweta Tiwari, Rannvijay Singha, Ayesha Raza Mishra
Syarikat Produksi: Dharmatic Entertainment
Penyiaran: Amazon Prime Video
Genre: Komedi / Drama / Bisnes 
Jumlah Episod: 8 Episod (35–46 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 12 September 2025 
Trailer: 


Shikha Roy Chowdhury (Tamannaah Bhatia) sentiasa dibayangi dengan kisah silam perniagaan bir milik ayahnya dicuri oleh rakan perniagaannya sendiri. Bir yang dicipta oleh ayahnya menjadi milik Vikram Walia (Neeraj Kabi) sekaligus popular dan menempatkan dirinya sebagai business tycoon dalam industri bir. 

Shikha ajak rakan baiknya sejak kecil, Anahita Makujina (Diana Penty) untuk menjadi rakan kongsi dalam syarikat kecilnya. Anahita merupakan penganalisa kewangan di syarikat besar tapi kerjanya sentiasa dipandang enteng oleh majikan kerana jantinanya. Bila dapat tawaran dari Shikha sebagai Chief Finance Officer dalam syarikat baru, dia yakin impian untuk berkembang semakin cerah. 


Mereka mencari resipi rahsia dalam bir yang dicipta oleh Sunjoy Roy Chowdhury (Indraneil Sengupta) melalui bantuan brewmaster bernama Bobby Bagga (Nakuul Mehta). 

Bila dah jumpa resipi untuk craft-beer mereka, Shikha juga Anahita berhadapan dengan masalah besar kerana tiada yang sudi bekerjasama dengan mereka hanya kerana mereka wanita. Semua pembekal bahan dan pemilik mesin atau kilang hanya akan bekerja dengan lelaki kerana mereka percaya wanita tak mampu mengendalikan perniagaan dengan bagus dan terarah pada emosi semata. 


Shikha dapat idea untuk tawarkan pelakon teater bernama Dylan untuk hidupkan watak big boss mereka, David Jones (Jaaved Jaaferi) yang pulang ke India untuk mengusahakan bir. Selesai satu masalah, datang pula masalah yang baru bila mereka mencari funder untuk syarikat hingga terpaksa minta bantuan Laila (Shweta Tiwari) yang mempunyai rekod jenayah dan berbahaya. 

Naskhah Do You Wanna Partner arahan Archit Kumar dan Collin D'Cunha terbitan Dharmatic Entertainment mempunyai perjalanan berliku dalam industri bir. Setiap langkah yang diambil, perlukan Shikha dan Anahita fikir tentang risiko yang datang bersama. Dan setiap langkah mereka juga sentiasa diintai oleh Walia yang mempunyai sejarah lama dengan keluarga Roy Chowdhury. 


Dinamik Tamnnah dan Diana Penty yang pertama kali digandingkan bersama mencipta dunia usahawan yang energetik. Setiap kali masalah datang, Anahita akan motivate Shikha supaya tak putus asa. Semangat dan cita-cita Shikha yang tinggi jadi kekuatan Anahita untuk bergerak walaupun kadang-kadang idea Shikha nampak macam tak boleh pakai. 

Selain mesej tentang dunia usahawan dan cabaran yang dihadapi wanita, tema persahabatan dan kepercayaan antara mesej yang terlihat kuat dari awal drama hingga ke penghujungnya. Dekat Episod 7 macam questionable sikit sebab Shikha jadi bosszilla bila dia nak expand tapi Anahita dengan Bobby minta dia slow down. 


Kalau ikutkan dua-dua pun ada betulnya sebab expansion adalah jalan yang tepat bila business tengah rancak tapi Anahita pun betul juga bila progress syarikat terlampau laju takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pun berciciran. Shikha dengan Anahita ada mindset yang berbeza sebab Shikha dari latar belakang marketing sementara Anahita adalah finance. Pandangan Bobby pun betul juga sebab dia yang jaga production jadi dia tahu kemampuan Jugaroos dekat mana. 


Watak David Jones nampak merepek tapi untuk elemen komedi, David Jones somehow berjaya menjadi watak yang menghiburkan. Watak antagonis nampak lemah dalam siri Do You Wanna Partner sebab tergugat dengan usahawan kecil macam Jugaroos. Mungkin sebab dia tahu potential bir ciptaan Shikha akan pergi jauh macam mendiang ayah dia. 

Sometimes watak Walia nampak macam antagonis kartun tapi sebab siri ni tak nak fokus sangat dengan konflik dari pesaing sebaliknya cabaran dan diskriminasi terhadap wanita, boleh ignore je lah kelemahan dekat situ. I tak faham juga kenapa Shikha tak offer Bobby sebagai partner sedangkan Bobby mainkan peranan penting untuk Jugaroos. 


Do You Wanna Partner mempunyai vibe yang sama dengan siri Call Me Bae (2024) lakonan Ananya Panday. Selain visual yang memukau, Shikha dan Anahita tampil menawan dengan wardrobe yang fashionable. Props yang digunakan dan interior untuk setiap latar tempat terlihat cantik. Seronok tengok pejabat Jugaroo yang moden dan santai tapi ada sentuhan tersendiri. Music album Do You Wanna Partner bergerak seiring dengan emosi penceritaan. 


Tak pasti lah Dharmatic Entertainment nak terbitkan musim dua ke tidak sebab Jugaroo disaman oleh Walia untuk isu paten tapi kalau ikutkan memang Shikha dan Anahita salah sebab resipi tu adalah resipi yang dibeli oleh Walia. Kalau ada musim dua confirm akan tengok sebab seronok tengok chemistry Tamannah dengan Diana. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10

Pengarah: Sato Shinsuke 
Penulis Skrip: Kuramitsu Yasuko, Sato Shinsuke
Pelakon: Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya, Kento Kaku, Hayato Isomura, Ayaka Miyoshi, Tina Tamashiro, Koji Ohkura, Risa Sudou, Hiroyuki Ikeuchi, Kotaro Daigo, Hyunri, Sakura Kiryu, Akana Ikeda, Ken Watanabe, Nijiro Murakami, Aya Asahina, Sho Aoyagi, Dori Sakurada, Yuri Tsunematsu
Syarikat Produksi:  
Penyiaran: Netflix 
Genre: Aksi / Thriller / Psikologi / Sains Fiksyen
Jumlah Episod: 6 Episod (65 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 25 September 2025
Trailer: 


4 tahun selepas keluar dari dunia Borderland, Arisu (Kento Yamazaki) dan Usagi (Tao Tsuchiya) menjalani kehidupan sebagai suami isteri di bandar Tokyo. Arisu bekerja di pusat rawatan trauma sambil berulang-alik ke universiti untuk diselidik tentang pengalaman hampir mati selepas Shibuya Crossing dihentam meteor. Sama juga seperti Usagi, mereka berdua disiasat oleh Ryuji (Kento Kaku), seorang pensyarah yang obses dengan alam sempadan antara hidup dan mati. 

Ryuji yakin Usagi dan Arisu menyertai permainan seperti yang diceritakan oleh pesakit-pesakit lain tapi hilang ingatan tentang kejadian tersebut. Sunato Banda (Hayato Isomura) menggunakan obses Ryuji untuk mengumpan Usagi dan Arisu kembali ke dunia Borderland. Banda perlukan Arisu menjadi penduduk tetap di dunia Borderland kerana dunia tersebut masih ada banyak potential yang belum diterokai sepenuhnya. 


Arisu bertemu dengan Ann (Ayaka Miyoshi) untuk masuk semula ke alam Borderland supaya dapat selamatkan Usagi dan anak di dalam kandungan. Ann jelaskan Arisu perlu berada di sana selama 2 minit mengikut masa Bumi dan sekiranya gagal pulang, Arisu akan mati dan Ann akan didakwa bersubahat untuk kes bunuh diri. 

Sementara Arisu berjumpa dengan beberapa watak Baharu, Usagi bertarung dalam permainan lain bersama Ryuji. Berjaya tak Arisu bawa Usagi pulang ke dunia sebenar, kena tengok lah musim akhir Alice in Borderland di Netflix. 


Naskhah popular yang diadaptasikan dari manga "Imawa no Kuni no Arisu" karya Haro Aso membuka perjalanan baru untuk dua watak hebat – Arisu dan Usagi setelah berjaya keluar dari Borderland. Kalau Alice In Borderland (2020) dan Alice in Borderland 2 (2022) menjadi tempat pertarungan yang sengit berpaksikan harapan untuk keluar, konsep musim akhir ini menggunakan manipulasi dan helah Joker untuk kekalkan Arisu tanpa consent. 

Kalau dua musim terbit rasa bangga dengan kebolehan Usagi, dekat dalam musim 3 ni rasa menyampah sebab terpedaya dengan Ryuji. Setiap masa nak defend Ryuji padahal tak kenal pun dan nampak perangai jahat Ryuji guna peserta lain sebagai pelindung dari tembakan laser berwarna. Mungkin emosi orang mengandung walaupun dah tahu hakikatnya ayah dia dah meninggal tapi mana rasa cinta pada Arisu? 


Gaya penulis tekankan tentang closure Usagi dan ayah dia, boleh jadi ayah Usagi pun stuck dalam Borderland. Teori ni makin kuat bila Banda mentioned pasal ni dalam perbualan bersama kawan dia yang juga pilih untuk menetap di Borderland. Tapi bila masuk episod hujung, teori tu jadi delulu semata sebab babak Usagi berjumpa dengan ayah dia dengan pengakhiran yang dia nak. Skrip musim 3 jadi lemah mungkin sebab manga berakhir dengan dua musim tapi Netflix nak keluarkan juga musim ketiga sebab sambutan hangat walaupun tak ada reference yang kuat. 


Permainan yang dimasukkan adalah Joker Card, Sacred Fortunes, Zombie Hunt, Runaway Train, Tokyo Bingo Tower, Kick the Can dan permainan akhir – Future Sugoroku. Semua permainan yang dimasukkan terlihat menarik dan mempunyai strategi tersendiri untuk menang, bukan bersandarkan pada tuah semata. Walaupun Sacred Fortune menggunakan tuah nasib individu tapi Arisu berjaya crack the code untuk selamatkan diri dan peserta lain. 

Sepanjang main permainan di Borderland, Arisu tersangatlah tenang kecuali bila nampak Usagi peluk Ryuji. Berbeza lah dengan personaliti Arisu yang sebelum ni tak yakin dengan kemahiran juga kelebihan diri sendiri. Mungkin sebab Arisu dah jumpa semangat untuk hidup sebab Arisu sebelum ni adalah loser dalam keluarga tapi lepas bertarung di Borderland, dia jumpa Usagi dan bakal jadi ayah. 


Musim ketiga ada 6 episod sahaja, kurang 2 episod dari musim-musim sebelumnya jadi ada beberapa plot tak dikembangkan sangat macam permainan Runaway Train sedangkan team Arisu berjaya sampai ke koc akhir tanpa ada yang mati atau habis tangka oksigen pun, berbeza dengan Usagi. Dalam manga diterangkan macam mana Arisu jumpa petunjuk untuk menang tapi dalam live-action tak diterangkan pun. 

Geram dengan episod akhir bila penulis stretch babak Arisu berjumpa dengan Banda dan lelaki misteri yang paksa dia stay sebagai penduduk di Borderland. Boleh jadi permainan akhir tu ada campur tangan dari Banda sebab dia nak sangat Arisu duduk situ. Watak Usagi pun jadi lemah dan mengharapkan Arisu datang selamatkan padahal dua musim sebelumnya dia adalah action hero sementara Arisu the brain of the show. 


Walaupun kurang menyengat seperti dua musim sebelumnya tapi tetap menarik dengan watak-watak sampingan yang dimasukkan dan mental mereka teruji dalam setiap permainan yang direka oleh Joker. Ada kejutan juga dari beberapa watak sekaligus menjadikan mereka watak yang menarik dan kuat dinamiknya di samping Arisu. Dialog yang dimasukkan mungkin minimal tapi ada mesej kiasan yang bermakna tentang kehidupan.


Sinematografi Alice in Borderland 3 memukau dengan visual yang menarik di Borderland. Setiap permainan mempunyai aesthetic yang tersendiri. Kagum dengan CGI yang digunakan untuk permainan Sacred Fortune bila ada 1 billion panah berapi datang ke arah Arisu selepas gagal jawab soalan. Dalam permainan akhir pun penggunaan warna dan cahaya mewujudkan elemen seram, ngeri dan emosi yang pelbagai. Dekat babak Borderland hancur di hujung tu je nampak ketara penggunaan CGI ditambah pula dengan perubahan warna air yang tak konsisten warna coklat dan jernih padahal dalam tempat yang sama. 



Perasaan jadi bercampur-baur juga bila dah sampai ke hujung episod Alice in Borderland 3 sebab dah sampai ke penghujung cerita. Lepas 5 tahun akhirnya Alice in Borderland bids goodbye walaupun ada potensi musim baru tapi spinoff US dan tak mungkin berjumpa lagi dengan barisan pelakon Jepun yang cemerlang membawakan watak masing-masing. 

Sedih dah habis tapi tak nak juga Arisu masuk lagi ke Borderland sebab alam ni dah ambil banyak nyawa yang Arisu sayang. Macam mana Arisu hilang sparks di Borderland, macam tu juga alam ni mengubah watak Ann yang cool, energetic dan bad-ass kepada pasif dan murung. Anyway, thanks to Alice in Borderland’s production team for creating a good story. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

Drama Review | The Ba***ds of Bollywood (2025)

Saturday, 27 September 2025


Pengarah: Aryan Khan
Penulis Skrip: Aryan Khan, Bilal Siddiqi, Manav Chauhan 
Pelakon: Bobby Deol, Lakshya Lalwani, Raghav Juyal, Sahher Bambba, Anya Singh, Manoj Pahwa, Manish Chaudhari, Rajat Bedi, Meherzan Mazda, Divik Sharma, Mona Singh, Gautami Kapoor, Vijayant Kohli, Neville Bharucha, Armaan Khera
Syarikat Produksi: Red Chillies Entertainment  
Penyiaran: Netflix 
Genre: Romantik / Komedi 
Jumlah Episod: 7 Episod (39-56 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 18 September 2025 
Trailer: 


Aasmaan Khan (Lakshya Lalwani) berjaya menempatkan dirinya sebagai bintang Bollywood menerusi sebuah filem aksi, Revolver yang diterbitkan oleh Freddy Sodawallah milik produser terkenal, Freddy (Manish Chaudhari). Kerana kejayaan tersebut, Freddy tawarkan kontrak 3 filem bersama syarikatnya. 

Tanpa pertimbangkan nasihat pengurusnya, Sanya (Anya Singh) yang sedang berusaha untuk dapatkan tawaran yang lebih baik, Aasmaan terus sahaja bersetuju. Akibatnya, dia terjerat antara kontrak Freddy dan filem baru Karan Johar (KJo). Rakan baiknya, Parvaiz (Raghav Juyal) dapatkan bantuan dari underworld yang diketuai oleh Gafoor (Arshad Warsi) untuk gertak Freddy. 


Rencana mereka berhasil tapi sebagai balasan, Aasmaan perlu berlakon dalam filem yang dikarang oleh anak perempuan Gafoor iaitu Aiza (Kanchan Khilhare). Dalam masa yang sama, Ajay Talvar (Bobby Deol) cuba gagalkan projek filem baru Karan Johar kerana dia tak mahu anaknya, Karishma Talvar (Sahher Bambba) bercinta dengan Aasmaan. 

The Ba***ds of Bollywood arahan dan penulisan Aryan Khan menjadi sebutan dan dipromosikan dari awal tahun oleh Netflix kerana series ini merupakan debut platform kepada anak sulung Shah Rukh Khan selepas Suhana Khan debut di Netflix dalam The Archies (2023)


Menggunakan landskap industri perfileman Bollywood, The Ba***ds of Bollywood mempunyai banyak reference buat peminat Bollywood. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1994), Soldier (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Kabhi Khushi Kabhi Gham (2000), Koi Mil Gaya, Welcome (2007), Om Shanti Om (2008), Zindagi Na Milegi Dobara (2011), Rocket Singh (2012), Animal (2023) dan banyak lagi.

Bukan saja dalam filem malah in real life juga bila Aryan masukkan watak dua orang pegawai polis yang terlibat dengan penangkapan di kapal layar gara-gara penggunaan dadah. Kontrak 3 filem dari produser juga dimasukkan sebab kontrak yang sama digunakan oleh Dharma, YRF atau produser besar yang lain. Ada pelakon yang menyinar dan ada juga terjerat dengan kontrak tersebut. 


Babak Roundtable Ananya dengan Sidhant Chaturvedi tak pernah gagal menjadi reference terkini untuk nepo babies vs outsider sementara babak Aamir Khan berbalah dengan Rajamouli tentang idli dan vada pav merujuk kepada South India vs Bollywood. 

Sinematografi dari Jay Pinak Oza mendukung penceritaan The Ba***ds of Bollywood melalui beberapa babak dengan teknik kamera yang menarik. Tak hairanlah kalau series ni mempunyai visual yang memukau kerana Red Chillies Entertainment terkenal dengan khidmat VFX. Kebanyakan props yang digunakan juga menjadi easter eggs kepada naskhah Aryan Khan macam babak Badshah (Shah Rukh Khan) berdiri atas pentas di sebelah tulisan Best Actor. Poster di rumah Avtar (Manoj Pahwa) menjadi tribute kepada Rahat sebagai maestro music di Bollywood. 


Music album yang menggunakan khidmat Shashwat Sachdev ada hit and miss track sebab 13 lagu yang dimasukkan mempunyai nasib yang berbeza. Kalau item song Ghafoor dan revenge track Tenu Ki Pata – Diljit Dosanjh terngiang-ngiang, lagu Sajna Tu Baimaan pula tenggelam dalam series tersebut. My personal favourites, Badli Si Hawa Hai dan Tu Pehli Tu Aakhri – Arijit Singh. 



Selepas menjadi sebutan dalam filem Kill (2024), Lakshya menyinar sebagai Aasmaan yang nernakat besar tapi tak berfikir panjang. Dinamik antara Lakshya dan Raghav menjadi kekuatan series The Ba***ds of Bollywood yang mengangkat tema persahabatan dan setia. Sama juga dengan watak Sanya. Posisi Sanya lebih kepada logik (akal) sementara Parvaiz sebagai emosi (hati). Bila dekat jadi huru-hara tapi tak boleh berenggang juga.

Tak pasti kenapa Aryan pilih Sahher Bambba sebagai female lead sebab lakonan dia biasa dan mudah sangat tenggelam bila berkongsi screen dengan Bobby atau Lakshya. Chemistry dengan Lakshya pun tak kuat mana untuk hidupkan suasana romantik. 


Penceritaan The Ba***ds of Bollywood bersifat santai dan kelakar dengan banyak babak komedi yang menghiburkan macam babak Parvaiz menangis jumpa Emraan Hashmi. Kalau jadi dia pun akan menangis juga sebab jumpa idola yang underrated. Dialog mainkan peranan penting dalam series ni sebab dari dialog dan lontarannya juga adalah reference dari beberapa filem Bollywood. Comic timing dari Manoj Pahwa, Rajat Bedi dan Arshad Warsi membuktikan bakat mereka sebagai pelakon komedi di Bollywood.


Tapi dari segi perkembangan watak, tak semua mempunyai ruang yang sama even watak utama – Aasmaan dan Ajay Talvar tak mempunyai banyak waktu untuk connect dengan audience. Watak Asmaan sebagai outsider pun tak lah struggle sangat seperti yang dialami oleh outsider sebenar. Mungkin akan ditebus oleh Aryan dalam musim kedua nanti sebab plot twist The Ba***ds of Bollywood memberi impak dan kejutan pada plot utama. Menimbulkan banyak persoalan juga. 


Apapun, naskhah pertama Aryan Khan menjadi pengubat rindu kepada Bollywood setelah beberapa projek nepo babies gagal. Thanks to Aryan dan Netflix memberi penghargaan kepada beberapa pelakon dan menjadi platform untuk barisan pelakon muncul kembali dan mendapat tempat di hati penonton generasi baru. 

Harapnya lebih ramai nepo babies dan bintang Bollywood akan berlakon dalam musim kedua nanti memandangkan Aasmaan dah menjadi Pelakon Lelaki Terbaik di Bollywood. Can’t wait!

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 7.6/10

Drama Review | The Summer I Turned Pretty Season 3

Saturday, 20 September 2025


Pengarah: Jenny Han
Penulis Skrip: Jenny Han, Gabrielle Stanton, Sarah Kucserka 
Pelakon: Lola Tung, Jackie Chung, Rachel Blanchard, Christopher Briney, Gavin Casalegno, Sean Kaufman, Alfredo Narciso, Tom Everett Scott, Rain Spencer, Elsie Fisher, Kyra Sedgwick, Kristen Connolly, David Iacono, Summer Madison, Emma Ishta, Tanner Zagarino, Kristen Connolly  
Syarikat Produksi: Amazon MGM Studios, wiip, Sunswept Entertainment, Jenny Kissed Me, Big Red Bus, Neon Stories    
Penyiaran: Amazon Prime Video 
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 11 Episod (39–66 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2025 – 17 September 2025
Trailer: 


Baru je puji Jeremiah (Gavin Casalegno) dalam The Summer I Turned Pretty Season 2 (2023), penulis burukkan watak second lead supaya watak Conrad (Christopher Briney) dapat menyerlah dalam musim akhir. Kuat sangat chemistry Lola dengan Gavin sampai penulis terpaksa dramatize perjalanan naskhah romantik drama untuk Belly mencari cinta pertama yang dah mula pudar. 

I don’t have high expectation sangat untuk plot utama dan kisah cinta tiga segi yang diwujudkan – Belly-Conrad-Jeremiah sebab dari musim pertama lagi dah tahu siapa pilihan Belly. Naskhah cinta remaja ni jadi panjang bermusim-musim sebab nak watak Belly tahu dan sedar hati dia dekat mana walaupun episod akhir masih lagi berteka-teki. 


What I was looking forward is Staylor sebab penulis dah mula bagi hint dekat musim lepas. Masuk musim ketiga, Taylor Jewel (Rain Spencer) dengan Steven (Sean Kaufman) makin dapat banyak screentime walaupun kisah cinta dua watak ni a bit messy sebab masing-masing tengah adapt dengan jalan hidup masing-masing. Steven dengan kerjaya sebagai peguam muda dan Taylor dengan kehidupan di universiti dan permulaan karier sebagai PR. 


Walaupun musim ketiga series The Summer I Turned Pretty ada tambahan 2 episod tapi tak menjanjikan screentime lebih untuk Staylor sebab dalam musim akhir ada flashbacks, ada konflik dan perbalahan antara keluarga Fisher dan Conklin tentang perkahwinan, fasa moving on dan mencari identiti sendiri. 

Bukan untuk Belly dan Conrad sahaja tapi watak Jeremiah pun dapat keluar dari kepompong expectation dan hidup dalam bayang-bayang Conrad. Walaupun sakit hati dengan Jenny Han sebab bunuh watak romantik Jeremiah dekat awal series tapi happy bila tengok dia dapat pursue his culinary skills yang disebut-sebut oleh Susannah atau Adam sejak dua musim lepas. 


Finally, dekat episod akhir semua orang appreciate 70% cacao dark chocolate cake with mirror glaze and raspberry coulis yang Jeremiah nak sangat masa wedding tu. Thanks to Denise yang suggest untuk buat dinner party dekat summer beach house di Cousins sebab kenangan yang Jeremiah dapat masa dinner party dah merawat semua luka dia hadap dekat Episod 9. 


Dari musim pertama lagi I dah pilih untuk stan Jeremiah Fisher as a better brother tapi tak mungkin lah boleh deny the fact yang Belly dan Conrad dah ditakdirkan bersama. Bila tengok Conrad pujuk Belly dekat Paris somehow melting juga lah sebab dia romantik. Bermain dengan kata-kata satu hal, his soft gaze and gestures antara kelebihan watak Conrad. 

Lakonan Chris sebagai Conrad yang matang memang berbeza sangat dengan Conrad yang annoying dalam musim pertama dan kedua. Betul lah bila dia kata dia dah banyak berubah dan perubahan tu yang Belly perlukan lepas relationship diorang gagal masa prom. Just like Belly, I really appreciate every scene when Conrad decided to open up. Bukan dengan Belly semata tapi dengan Adam, Jere Bear atau Laurel. 


‘Because I’ve changed everything about myself, and the one thing that never changes is that I love you.’ – Conrad Fisher

Untuk series, The Summer I Turned Pretty mungkin dah selesai tapi Jenny Han umumkan perjalanan Belly yang baru dalam movie template pula. Tak pasti lah the movie atau the moviessss. Yang pastinya dekat episod akhir tu, Belly tertunggu mesej dari Jeremiah jadi dia tak pilih on her own free will pun. 


Masa nak lepaskan Jere dalam Episod 10 tu pun terpaksa sebab Jere yang dah tak nak dengan dia. So, I guess ‘here we go again’ mode. Lagi satu hint bila Jere bagitahu dia tak pernah bersendirian sejak dari awal so I’m afraid it’s another hint untuk crazy triangle love dalam movie format pula. But I’m ready anyway, it’s not like I have a choice to not watching this. It’s addictive, duhhhh.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7  = 7.6/10

Drama Review | Melo Movie (2025)

Thursday, 11 September 2025


Pengarah: Oh Chung-hwan
Penulis Skrip: Lee Na-eun
Syarikat Produksi: Studio N 
Penyiaran: Netflix 
Jumlah Episod: 10 Episod (57-74 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2025 
Trailer:


Ko Gyeom (Choi Woo-shik) mempunyai minat yang mendalam terhadap filem sejak kecil dan menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Dia sentiasa mencuba nasib dalam semua ujibakat yang diadakan demi mengejar impian tersebut malangnya cuma terpilih sebagai pelakon tambahan. 

Di sebuah set penggambaran filem arahan Ma Sang-u (Ko Chang-seok), Ko Gyeom berjumpa dengan krew filem yang cantik namun pendiam bernama Kim Mu-bee (Park Bo-young). Perwatakan mereka berdua jauh berbeza. Kalau Ko Gyeom dianggap social butterfly di set tersebut, Mu-bee pula lebih selesa bersendiri. 


Walaupun sentiasa menjauhkan diri dari Ko Gyeom, dia akhirnya jatuh suka dengan jejaka tersebut. Namun setelah menerima Ko Gyeom dalam hidupnya, lelaki tersebut menghilangkan diri tanpa jejak. 5 tahun kemudian mereka bertemu di dalam sebuah tayangan perdana di mana Ko Gyeom menjadi tetamu jemputan sebagai pengkritik filem untuk filem melodrama arahan Mu-bee. 

Tertarik nak layan drama Melo Movie lepas nampak trailer dekat Netflix since ada fresh pairing antara Park Bo-young dengan Choi Woo-shik. I rasa pairing mereka berdua sesuai sebab kedua-dua pelakon sejenis yang soft. Dalam trailer pun dah boleh nampak chemistry both of them walaupun dalam review Our Beloved Summer (2021), tak berapa gemar type comel macam Woo-shik. 


Tak jauh beza pun watak Ko Gyeom ni dengan watak Choi Ung sebab dia berubah jadi pendiam gara-gara masalah hidup yang dihadapi. Perkembangan watak Ko Gyeom agak menyakitkan hati sebab dia suka pendam masalah padahal dalam tempoh masa 5 tahun tu, boleh sangat dia bagitahu Mu-bee apa yang jadi. Penulis drama Melo Movie adalah penulis yang sama dengan Our Beloved Summer (2021). Jadi tak hairan lah kalau watak main lead adalah personaliti asal penulis sebab kedua-dua watak sama. 

Kalau dah namanya cinta, lari ke mana pun, lama macam mana pun tetap akan berjodoh juga. Konflik yang dimasukkan adalah pada personal development setiap watak. Kalau Ko Gyeom struggle dengan hubungan bersama abang dia, Ko Jun (Kim Jae-wook) yang cuba untuk bunuh diri, Mu-bee pula lebih kepada memahami pilihan yang diambil oleh mendiang ayah dia (Kim Da-hwin). 


Selain lead couple, second couple juga mengalami konflik yang sama bila watak Hong Si-jun (Lee Jun-young) dan Ju-a (Jeon So-nee) ambil keputusan untuk berpisah dan berbaik semula 5 tahun kemudian. Perangai Ju-a sama macam Ko Gyeom yang pendam perasaan kemudiannya minta putus. Bezanya, watak Si-jun tak boleh terima Ju-a balik sebab masih lagi terluka dengan perbuatan bekas kekasih dia. 

“Loving someone shouldn’t feel like you’re constantly fighting a battle you’ve already lost.” – Hong Si-jun


I happy dengan pilihan Si-jun sebab menyampah tengok Ju-a rasa entitled untuk aturkan banyak benda dalam hidup Si-jun. Faham je dia nak yang terbaik untuk Si-jun tapi dia pun kena faham lain orang lain rezeki dia. Both of them need to grow dan keluar explore dunia luar sebab kerjaya masing-masing memang kena experience banyak benda untuk dapat inspirasi. 

Pacing drama Melo Movie arahan Oh Chung-hwan dibikin perlahan, tak pasti kenapa team production decide untuk klasifikasikan drama ni sebagai romantik komedi padahal tak ada komedi pun. Kebanyakan babak diselubungi rasa sedih dan sayu walaupun watak cuba berjenaka. Semua watak struggle dengan trauma masing-masing.  I tak ada masalah pun nak marathon drama ni sebab selain chemistry yang comel antara Woo-shik dan Bo-young, watak Ko Jun sangat mencuri perhatian setiap kali muncul. 


Screentime Ko Jun sikit sangat sebab penulis tak dapatkan perspektif dia, jadi tak faham kenapa dia ada kemurungan. I faham kalau dia trauma membesarkan Ko Gyeom tanpa parents tapi bila Ko Gyeom dah besar, kenapa dia tak cuba ambil masa untuk fokus pada diri dia? Sebab Ko Gyeom bukan budak yang nakal sangat sampai susah nak dijaga. Personaliti Ko Gyeom masa kecil sama macam I masa kecil dulu, duduk rumah dan habiskan semua filem yang ada sebab itu sahaja cara yang kurangkan rasa sunyi. Entah berapa kali menangis tengok Ko Gyeom takut untuk terima kenyataan hidup. Kalau dekat tempat dia pun rasanya tak mampu. 


Lakonan Park Bo-young sebagai Mu-bee yang terkesan dengan kehilangan ayah dia pun relatable. Kalau jadi dia pun rasa nak tahu sangat kenapa ayah dia lebih pentingkan kerja sampai bahayakan nyawa sendiri untuk sesuatu yang dia minat. Kelebihan bekerja dalam industri kreatif bila kita boleh titipkan pengalaman, personaliti atau signature dalam karya-karya kita. Walaupun Mu-bee tak ada banyak kenangan dengan ayah dia tapi bila rindu, Mu-bee boleh layan filem-filem arahan Kim Hun-dong. 


Tak pasti lah jodoh Kim Mu-bee dengan Ko Gyeom sebenarnya menjadi penawar kepada childhood trauma ataupun terjerat dalam daddy issue sebab personaliti Ko Gyeom sama dengan ayah Mu-bee. Lebih suka memendam dari bercerita tapi bila tengok perangai Ko Gyeom, tak jauh beza pun dengan lelaki Asia. I boleh faham kenapa Mu-bee terkesan bila Ko Gyeom hilangkan diri lepas Mu-bee terima dia. Walaupun baru satu kiss tapi kenapa ada yang treat kiss sebagai satu benda yang ringan? It includes intimacy and depth juga kan? 

Kehidupan yang berlatarkan industri hiburan pun mainkan peranan besar juga sebab I boleh relate dengan watak Ko Gyeom bila dia mengkritik filem. Actually, tak lah mengkritik tapi lebih kepada memberi ulasan apa yang okay dan boleh ditambah baik untuk sesuatu karya. Seram juga bila ada filmmaker yang terkesan sampai nak bunuh diri gara-gara baca ulasan filem. 


Anyway, Melo Movie is a good watch untuk yang suka dengan genre melo macam ni. Banyak pengajaran tentang hidup juga dalam drama sepanjang 10 episod ni. Do give it a try.
 
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10

Drama Review | The Summer I Turned Pretty Season 2 (2023)

Saturday, 6 September 2025


Pengarah: Jenny Han
Penulis Skrip: Jenny Han, Gabrielle Stanton, Sarah Kucserka 
Pelakon: Lola Tung, Jackie Chung, Rachel Blanchard, Christopher Briney, Gavin Casalegno, Sean Kaufman, Alfredo Narciso, Tom Everett Scott, Rain Spencer, Elsie Fisher, Kyra Sedgwick, Kristen Connolly, David Iacono, Summer Madison, 
Syarikat Produksi: Amazon MGM Studios, wiip, Sunswept Entertainment, Jenny Kissed Me, Big Red Bus, Neon Stories    
Penyiaran: Amazon Prime Video 
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 8 Episod (39–66 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 14 Julai 2023
Trailer: 


Lepas Conrad (Christopher Briney) luahkan perasaan kepada Belly dekat pantai, mereka berdua bercinta tapi putus juga bila Conrad selalu mengasingkan diri gara-gara stress dengan Susannah (Rachel Blanchard) dan pelajaran dia. Keadaan makin bertambah buruk bila Belly ternampak Conrad dengan perempuan lain dalam bilik semasa upacara berkabung. 

Terkesan dengan kehilangan Susannah dan patah hati, gred Belly semakin menurun dan membimbangkan pihak Chesterbrook High School. Belly juga hilang peranan sebagai ketua pasukan bola tampar bila susah untuk bekerjasama dalam pasukan. Semuanya dipendamkan seorang diri kerana Steven (Sean Kaufman) teruja diterima masuk ke Princeton, Taylor (Rain Spencer) sedang hangat bercinta dengan Milo dan ibunya, Laurel (Jackie Chung) sibuk dengan buku baru yang menceritakan persahabatannya dengan Susannah. 


‘You should apologize! You screwed up, and now everything is weird with Conrad and Jeremiah. I mean, they won’t even text me back anymore because of you. I should be celebrating with them tonight, but they wouldn’t come because you made things messy.’ - Steven

Bila Laurel pergi ke New York untuk promosikan bukunya, Belly dan Jeremiah (Gavin Casalegno) pulang ke Cousins untuk mencari Conrad. Sebaik saja tiba di sana, mereka berdua dapat berita rumah percutian mereka akan dijual oleh Julia, adik Susannah. Walaupun Jeremiah cuba pujuk Julia supaya tidak jual rumah tersebut tapi rancangannya gagal kerana Julia sudah tawar hati. 


Conrad dan Jeremiah cuba pujuk Adam (Tom Everett Scott) untuk beli rumah tersebut menggunakan duit dalam tabung Amanah kepunyaan mereka berdua tapi ayah mereka berkeras duit tersebut akan digunakan untuk pengajian di universiti nanti. Belly, Conrad dan Jeremiah masih tak putus asa mencari dana untuk beli rumah tersebut kerana rumah percutian tu ada banyak kenangan bersama Susannah tapi peluang mereka tersangatlah tipis.

Seronok tengok Season 2 sebab dua beradik ni bagi cold treatment kepada Belly lepas dua-dua patah hati. Conrad tak nak bercakap dengan Belly bila berjumpa balik dekat Cousins, Jeremiah pun dingin lepas Belly dengan Conrad datang bagitahu yang mereka berdua bercinta. Both of them assumed Jeremiah akan terima dengan hati yang terbuka lepas confession di pantai dalam The Summer I Turned Pretty Season 1 (2022) rupanya tak. Jeremiah memang sayang Belly sebab tu dia paling rapat sejak kecil. 


Masa tahu rumah percutian tu nak dijual memang dah agak kesemua watak utama tak akan mampu ubah fikiran Julia. Kebanyakan episod lebih banyak fokus dengan memori yang ada di Cousins daripada cari jalan untuk selamatkan rumah Susannah. Menyampah tengok Belly bagi semangat untuk Conrad dengan Jeremiah untuk usaha lagi padahal dia bukannya idea yang bernas pun. 

But since dia tak dapat perhatian Conrad, dia berbaik dengan Jeremiah. Taktik sama macam musim lepas. Nasib baik Cameron dah move on dan berkenalan dengan Skye (Elsie Fisher), anak tunggal Julia. 


Tapi nak salahkan Belly pun tak boleh juga sebab Conrad pun tak boleh nak dijangka. Kadang dia okay dengan Belly, kadang dia shut down. Yang faham dan hormat situasi masa tu cuma Jeremiah. Dia sebolehnya jauhkan diri dari Belly sebab tak nak patah hati lagi dan rumitkan keadaan yang dah sedia bermasalah. 

Surprisingly dalam musim ni, penulis bagi ruang yang cukup untuk audience kenal siapa Jeremiah and turns out he’s the better brother. Well, at least for me lah sebab tak mampu nak hadam perangai Conrad. Jeremiah pun dah tawar hati dengan perangai abang dia. Muka dia bila Conrad kata jangan give up sebab dia ada plan. Bila adik dia tanya plan apa, Conrad kata entah. Hmmm baran. 


'My whole life I've looked up to Conrad. He's always been smarter, faster...just better. Maybe part of me just needed that someone to look up to. But a lot happened this year. I don't feel that way anymore.' - Jeremiah

Konflik yang dimasukkan dalam musim 2 ni tak teruk sangat pun tapi sebab masing-masing menyampah dengan Julia, nak berbincang cara baik pun susah. Jangankan budak-budak tu, Julia pun menyampah nak bincang tentang rumah percutian tu. Yang dia tahu, nak jual cepat lepastu balik ke Boston sebab cuti dia tak banyak. 


I faham tindakan Julia tapi penulis dah karang cerita dari point of view remaja tak matang so watak Julia nampak jahat sangat dalam musim 2. Sama juga lah dengan watak Adam bila dia berkeras tak nak anak-anak dia kacau duit dalam trust fund. Bertambah tak matang bila Belly ajak semua orang buat parti like smh T.T

Menariknya Steven cuba untuk pikat Taylor lepas putuskan hubungan dengan Shayla. Tak pasti bila Steven mula berminat dengan Taylor tapi lepas insiden dekat parti tu, dia cuma mengelak dari Taylor sebab dah in relationship dengan Shayla. Walaupun kamera fokus dekat Belly, Conrad dan Jeremiah tapi dekat belakang boleh nampak Steven selalu mengusik Taylor. Cuma dia tak beria sangat sebab Taylor tengah angau dengan Milo. 


I really look forward Season 3 sebab nak tengok kisah cinta Steven dengan Taylor berkembang lebih jauh lagi since Taylor is my fav character in this series. 

1. Team Production + 0.7 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10