Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Appreciation Token - Sis LZ & CikTeh

Thursday 5 April 2018

Bulan lepas dapat dua parcel hadiah dari Sis LZ sebab join giveaway dia dan lagi satu dari CikTeh sebab menang #KontesJumaat di Twitter. 

Hadiah dari sis LZ ada bookmark magnet dengan motivational quote. Memang sangat memerlukan sebab penanda Al-Quran kena yang nipis macam bookmark sis LZ bagi ni sebabnya semut dah pandai bersarang dalam helaian yang ditanda. T.T


Hadiah dari CikTeh pula sebuah buku hadis dengan sehelai kain pelikat original dari Bandung. Tak buka lagi buku hadis tu tapi boleh tahan tebal jugak buku dia. Buku bermanfaat sarat dengan ilmu bila dibaca melimpah ruah la kan pahala yang memberi. Kain pelikat pun memang lembut sangat & sedap dipakai. 


Bulan ni tak tahu bertuah ke tak nak menang hadiah giveaway sebab bulan lepas banyak giveaway dengan segmen kan? Harapnya mengena la satu :P

Hadiah GA CT Roxalyne Dah Sampai

Tuesday 13 March 2018

Last week dapat parcel dari Roxalyne sebab menang GA dia tahun lepas. Actually dah tak teringat langsung ada menang GA anjuran blogger ni sebab dah lama. Bila baca surat kecil dia bagi baru teringat balik ada menang hadiah misteri. 



Terima kasih sangat untuk hadiah misteri ni sebab semua barang yang awak bagi memang otw nak pergi beli tapi Alhamdulillah rezeki dapat hadiah. Semua barang comel-comel pulak tu, penuh dengan bunga. Memang fav kita lah bunga-bunga ni. Memang betul lah kata PosLaju, 'Kami Sampaikan Pakej Keceriaan'

Terima kasih sekali lagi J

Menang SPM Fever GA dari sponsor Mamapipie

Friday 22 December 2017

Alhamdulillah rezeki bulan 12 dapat menang GA anjuran blog Abam Kie bulan November 2017. Tak sangka pun boleh menang sebab bagi cerita entah apa benda je masa SPM dulu. Apa benda pun sampai sekarang teringat lewlz.


Cerita entah apa benda pun boleh menang tempat keempat, kira okay lah tu dari 38 orang bloggers yang join SPM Fever GA ni. 


Kalau join contest Abam Kie ni kena cepat bagi respond kalau tak dia bagi orang lain. Raya haritu dah terkena dah sebab busy sangat siapkan kerja before cuti raya sampai tak sempat buka blog sudahnya hadiah burn. Alhamdulillah menang lagi sekali & takmau hadiah lari dekat orang lain lagi terus kucar-kacir contact Abam Kie. Dari Abam Kie ke Mamapipie. Dah buat sesi pilih hadiah, hari hadiah sampai ke tangan pun tiba. 

Bukak packaging nampaklah shawl monochrome yang dipilih haritu & hari ni decide nak pakai so boleh up terus entri ni. 


Thanks Mamapipie! Selesa sangat pakai monochrome shawl ni. Tebal pulak tu so tak payah pakai inner, tak payah iron pulak tu. Senang bentuk satu hal. Kalau nak cepat memang sambar shawl ni je lepasni. :D

Menang Keychain dari Giveaway Blog Anugerah Terindah

Thursday 30 November 2017

Bulan September haritu sis Mardiah buat Giveaway Birthday Tuan Blog Dan Blog Anugerah Terindah & suprisingly blog ni terpilih untuk menang keychain yeayyyy!



Since dah menang tu, sis Mardiah minta PM dia dekat FB bagitau nak nama apa dekat keychain tu. Dah siap bagi details & nama untuk keychain, hari ni sampai lah jugak keychain yang dijanjikan tu. Tbh dah lupa dah dengan keychain ni haaa. Serious tak ingat langsung ada menang. Bila adik bagitau ada parcel sampai macam terkejut jugak lah. 

Blur pun ada sebab tak ingat langsung ada menang keychain. Cantik pulak tu keychain yang sis Mar ni buat. 


Disebabkan Iolls ni clumsy orangnya dan suka main campak barang, so letak keychain ni dalam purse dan berharap keychain ni selamat sampai bila-bila insya-allah amin lol. 

Kejap lagi nak tunjuk dekat dia sebab nak pergi dating hihu. Kbai

Menang Contest Giveaway Besar-Besaran by Intan Saffyna

Sunday 26 November 2017

12 November haritu dapat komen dari tuan punya hadiah sebab dah menang GA Besar-Besaran by Intan Saffyna. Siapa ada join GA ni?!



Tak sangka ada rezeki menang GA ni sebab syarat GA bukannya susah sangat pun tapi nak menang tu berdasarkan pilihan secara rawak. Sebagai manusia yang tak bertuah sangat, haruslah tak mengharapkan apa-apa pun. Saja nak support blogger yang buat GA. Boleh faham rasanya bila buat GA tapi orang tak nak join. Syahdu!


Anyway, hadiah untuk GA ni, dapat sehelai shawl & sehelai anak tudung berwarna biru! Terima kasih sis Julie Nida, salah seorang sponsor GA ni. Hadiah dah sampai dengan jayanya. :) 

Tebus Pizza Sempena Ulangtahun Ke-35 Pizza Hut

Saturday 12 August 2017

Minggu lepas menjejakkan kaki ke Pizza Hut sebab nak dinner padahal layak dipanngil supper sebab dah pukul 10 malam dah walhal niat asal nak makan Korean Spicy Burger McD tapi tu lah kalau dah namanya perempuan, apa lah sangat kau boleh harapkan kan?

Jejak kaki ke Pizza Hut, nampak bunting dekat pintu pasal peraduan Gores & Menang sempena ulang tahun Pizza Hut yang ke 35. RM35,000 untuk 10 pemenang. Tapi tak lah ambik port sangat sebab tangan ni memang takdak ong. Kalau gores pun sah-sah dapat 'Harap maaf, sila cuba lagi'

Lepas order set 2 orang makan, sambil tunggu order sampai ternampak info peraduan gores & menang tu. Dengan setiap pembelian berharga RM35, dapat satu kad untuk gores. so kitorang order side dishes supaya cukup RM35 walaupun dalam hati dah tahu tangan tarak ong tapi siapa tahu ada nasib hewhewhew




Lepas dah habis makan dah bayar bil dapat lah satu kad untuk gores hadiah ni. 


Esoknya gores, dapat free pizza saiz besar. Perggghhh walaupun tak menang RM35,000 tapi menang pizza pun dah cukup bersyukur dah daripada dapat 'Sila cuba lagi'


Hari ni lepas kerja balik kampung singgah dekat Pizza Hut tebus hadiah. Tapi sebelum tebus, kena beli something dulu so kitorang beli set RM10 - personal pizza & mushroom soup.

Actually balik rumah nak sambut birthday mak & adik, so kira berbaloi la dapat tebus pizza saiz besar. Dapat la makan meriah sikit. Pizza sambut ulangtahun, kitorang sambut birthday ;)



Siapa yang teringin nak makan pizza, pergi la serbu Pizza Hut sekarang, untung-untung dapat RM35,000 siapa nak tahu rezeki memasing kan? Kalau tak dapat RM35,000 pun boleh dapat pizza. Kenyang macam ular sawa lah mengkome.

Anyway, Happy Anniversarry Pizza Hut yang ke-35. Harap tambah banyak sikit menu sebab selalu blur nak makan apa. Huhu kbai