Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Bollywood Stars Yang Refused Buat Cameo Dalam Lagu Deewangi Deewangi

Tuesday 14 April 2020

Entri kali ni nak sembang pasal Bollywood’s greatest crossover – lagu Deewangi Deewangi dalam movie Om Shanti Om.


Seramai 31 orang pelakon industry Bollywood berkumpul and have fun dalam satu lagu berdurasi 8 minit lebih. Mostly top stars yang datang menari iconic dance dari movie masing-masing.


Lagu Deewangi Deewangi ni adalah tribute kepada lagu John Jani Janardan dalam movie Naseeb bila ramai top stars buat cameo dalam lagu tu.


Lagu DD ambil masa selama 6 hari untuk siapkan. Sepatutnya semua top stars terbahagi dalam 6 kumpulan. Satu kumpulan, satu hari untuk shoot tapi masing-masing stay sampai habis shoot sebab nak have fun. Rekha punya part special sikit sampai kena shoot 2 hari.

Salman Khan pula sanggup tunggu 3 jam lepas habis turn dia shoot semata-mata untuk menari dengan Dharmendra. Saif pun join sekali menari. Dapat la 3 Khans walaupun Khan lain yang masuk haha. Fun fact, Dharmendra sorang je yang pernah buat cameo dalam lagu JJJ dan DD.


Director movie OSO, Farah Khan kata dalam interview yang Manish Malhotra antara punca utama dia mampu invite ramai top stars sebab Manish bagi free je outfit yang diorang pilih untuk MV tu. Siapa je taknak baju under label Manish Malhotra kan..


Selain dari tu top stars ni dapat hamper pelbagai hadiah yang direka khas dari SRK yang bernilai Rs100,00. Antaranya jam Tag Heuer dan phone Blackberry. Happy la memasing walhal cameo untuk berapa minit je kot. 

Tapi tahu tak ada ramai jugak yang refuse dan terpaksa tolak pelawaan Farah untuk join lagu ni. 

1. Aamir Khan


Tak pernah lagi dalam sejarah Bollywood, #TheKhans muncul dalam satu movie bersama even cameos. Salman-SRK atau Salman-Aamir pernah lah. So Farah nak realisasikan impian semua orang masa tu dengan jemput Aamir untuk lagu DD. 10 hari Farah resah tunggu jawapan Aamir. 

Tapi Aamir reject sebab dia busy dengan movie Taare Zameen Par. 4 tahun lepastu Aamir bagitahu yang dia tak suka buat cameo dan tak suka pun dengan movie tu.

Image

Katanya kalau dia bagi masa 4 minit pun untuk shoot lagu DD, movie TZP akan menderita sampai 4 bulan. Walhal semua pun sedia maklum yang dia tak suka SRK. Tambah pula bila baru lepas sakit hati bila SRK perli dia dekat Filmfare Awards 2006.

2. Dev Anand

Image

Masa Farah invite Dev Anand untuk buat cameo, dia refuse dengan statement:

"I am Dev Anand. I never do special appearances. I never did, and will never do in the future."

3. Anil Kapoor

Image

Since movie Om Shanti Om release tarikh yang sama dengan movie Saawariya, movie debut Sonam Kapoor so Anil straightforward declined invitation Farah untuk have fun dalam lagu DD. Tahun lepas masa HT Summit, Anil Kapoor menari lagu DD dengan Catherine Zeta Jones.

Farah upload video tu dekat IG dia & puji Anil dengan caption 'Got my cast for OSO 2, Epic!!'

4. SriDevi

Image

Farah Khan personally invite SriDevi untuk buat cameo dan menari dengan Jeetendra sebab diorang berlakon bersama dalam 16 movie Bollywood. Tapi SriDevi refused sebab dia nak husband dia, Boney Kapoor yang menari dengan dia. Farah pula tak setuju.

5. Amitabh Bachchan & Jaya Bachchan

Filmmaking Has Become A Business, Says Jaya Bachchan

Apa lah maknanya tribute kalau tak invite star dalam lagu asal. Since wedding Abhishek dengan Aishwarya diadakan pada minggu yang sama dengan minggu shooting lagu DD, terpaksa la dia tolak invitation Farah. Jaya pun busy sekali lah. Imagine both of them pergi, tak memasal wujud Silsila 2.0

6. Abhishek & Aish

Image

Well, of course the reason is they have a wedding on that week. Abhishek sempat shoot untuk cameo selama 1 1/2 minit dalam scene dekat Filmfare Award untuk movie Dhoom 5 itupun shoot dari pukul 10 malam sampai 2 pagi.

7. Fardeen Khan

Image

Fardeen Khan dah janji nak join lagu DD tapi Farah dapat berita Fardeen kena tangkap dekat Dubai airport otw nak balik India sebab kes dadah. Hshshs

8. Sushmita Sen


Farah nak sangat whole cast Main Hoon Na datang buat cameo sebab MHN movie first dia sebagai director. SRK personally invite Sush untuk buat cameo tapi Sush declined dengan alasan dia busy shooting. SRK & Farah sakit hati sangat sebab cameo tak lama pun.

Sush nak item song dia sorang, kalau setakat cameo kena kongsi screentime dengan top stars lain dia taknak. Dia takut dia tenggelam bila dah ramai yang datang buat cameo.

9. Amrita Rao


Amrita pula terpaksa tolak sebab dia ada outdoor shoot untuk movie lain. Dia menyesal tak dapat join. Both actress dalam movie arahan Farah, Main Hoon Na tak dapat datang. Nasib baik ada Zayed Khan.

10. Dilip Kumar & Saira Banu

Image

SRK personally invite both of them. Bila Farah tanya bila dua stars ni nak datang, SRK kata nanti datang la tu. Sampai ke sudah diorang berdua tak datang. Tak tahu la SRK gebang Farah ataupun both memang kebetulan tak boleh datang. 

11. Hema Malini

Image

Walaupun Dharmendra datang memeriahkan suasana, tapi isteri kesayangan dia terpaksa tolak permintaan Farah sebab Hema ada di luar negara masa tu.

12. Bebo


Kalau tengok dalam lagu Deewangi Deewangi tu ada Karishma, Malaika dan Amrita Arora, semua bff Bebo tapi dia tak dapat join sebab busy dengan movie Jab We Met

13. Shahid Kapoor


Shahid antara fav actor-dancer Farah tapi tak dapat datang sebab busy dengan Jab We Met

14. Tom Cruise


Image

"I definitely want to make Tom Cruise dance. That's been a dream"

Tak tahu kenapa tak dapat datang tapi Tom antara dalam senarai Farah.

Ramai lagi sebenarnya yang Farah invite tapi tak datang macam Sharmila Tagore, Rajesh Khanna dan lain-lain. Tapi bak kata Farah kalau semua dia nak jemput, sampai sekarang pun tak siap lagi lagu Deewangi Deewangi tu.


Anyway, everyone have fun masa shooting dan tu kenangan terindah buat dia sebab tu kali terakhir semua berkumpul dalam satu lagu sama-sama tanpa gaduh.

Image

Bonus : Sepatutnya dalam  lagu Dard-E-Disco penyanyi Shakira buat cameo menari dengan SRK. Farah pernah choreograph lagu Shakira tahun 2006 untuk persembahan dekat VMA. Tapi Shakira terpaksa tolak invitation Farah sebab dia busy dengan tour concert dia. 

Rani Mukherjee : The YRF Queen

Sunday 29 March 2020

Image

Dari pelakon biasa hingga pegang kuasa besar dalam YRF Production House, salah satu production house terkenal di India. Rani wanita berketurunan Benggali yang cantik dan berbakat besar dalam dunia lakonan.

Image

Rani dilahirkan di Mumbai pada 21 March 1978. Ayah dia, Ram Mukherjee seorang pengarah filem dan founder Filmalaya Studios. Ibu, Krishna Mukherjee pula seorang playback singer. Sebab tu suara Rani husky sedap dengar esp bila dia ketawa. Abang dia, Raja director & producer film. 

Image

Boleh kata keluarga Mukherjee ni banyak bekerja dalam bidang industri perfileman lah sebab makcik sebelah mak Rani, Debashree Roy, pelakon filem Bengali. Sepupu sebelah ayah, Kajol dengan Tanishaa pun pelakon Btown. Sepupu lagi sorang, sebelah ayah jugak, Ayan Mukherjee pengarah filem yg famous dengan movie Yeh Jawaani Hai Deewani & soon Brahmastra .

Image

1. Dunia Lakonan 

Rani debut dalam movie Raja Ki Ayegi Bharat masa berumur 18 tahun lepas habis belajar di Roshan Taneja's acting institute. Nama dia melonjak naik lepas berlakon dalam movie Kuch Kuch Hota Hai memegang watak Tina yang cantik & stylish.

Image

Watak Tina pada asalnya dibikin khas untuk Twinkle Khanna sebab dia childhood crush Karan Johar tapi Twinkle reject. SRK dengan Aditya Chopra pujuk KJo supaya benarkan Rani berlakon. Disebabkan watak Tina, Rani menang Best Supporting Award di Filmfare.

Dari situ dia dapat makin banyak tawaran berlakon yang lain. Tapi bila banyak movie hit tak semestinya peminat suka. Rani dapat surat dari peminat suggest dia berlakon dalam watak yang intense dan mencabar sebab bakat dia bagus.

Dia pun taknak digelar sebagai pelakon heroin Bollywood yang tipikal. Since then dia pilih movie yang mampu bawa social message dan perubahan kepada penonton atau diri dia sendiri macam movie Black misalnya.

Image

Walaupun jadi isu kenapa Rani tak menang National Award untuk kategori Best Actress sedangkan Big B menang untuk Best Actor dan Black dinobatkan sebagai Best Film, Rani tetap bersyukur dia dapat belajar banyak perkara dari movie tu.

Image

Bagi Rani bila dapat peluang untuk go through pengalaman macam tu, benda lain dah tak penting dalam kehidupan. Dari pengalaman kita belajar hargai dan sayang kehidupan kita dengan cara yang berbeza. Dari interviews pun Rani belajar banyak benda untuk improve.

Walaupun career dia menjunam jatuh pada tahun 2007 hingga 2011 tapi Rani jumpa genre yang mampu lonjakkan nama dia dalam industry - genre thriller. 

Image

Sebab tu dia buat comeback tahun 2014 dengan movie Mardaani lepas dapat pujian dari critic dalam movie No One Killed Jessica. Menggunakan pengaruh kuasa dalam YRF, Rani gunakan untuk cipta franchise movie dia sendiri dengan franchise movie Mardaani yang mengisahkan polis wanita yang garang - Shivani Shivaji Roy yang melindungi kaum wanita dan dalam masa yang sama gunakan medium untuk educate masyarakat.

Image

Rani anggap social media tak penting dan lebih suka kalau fans dia berinteraksi dengan surat ataupun meet and greet. But it’s a good thing Rani tak join socmed sebab banyak kontroversi yang buat nama dia sering dikritik.

2. Cat Fight Dengan Kajol

Image

Kalau nak compare performance Rani dengan Kajol macam langit dengan bumi. Kajol dah meletop dekat industry tapi Rani still lagi kena bersaing menempa nama. Kalau nama Kajol dah jadi fav director tapi masih ramai lagi yang tak yakin dengan nama Rani.

Stressnya bila ada keluarga/saudara yang masuk dalam industry Btown, media dengan fans akan compare performance masing-masing. Disebabkan benda ni Rani-Kajol selalu compete & tak bersembang macam saudara lain.

Lagi parah bila movie diorang clash dekat cinema, lagi teruk media dengan fans bandingkan siapa lagi bagus walaupun bukan movie lakonan diorang berdua tapi cuma terbitan under production house je.

Macam movie YRF – Jab Tak Hai Jaan clash dengan movie lakonan suami Kajol - Son Of Sardar bagi kesan jugak lah dengan hubungan sepupu ni. Bila movie besar clash dekat cinema agak merisaukan jugak lah sebab takut tak boleh cover modal diorang.

Image

Dalam Koffee With Karan season 3, Karan tanya kalau Rani jadi journalist apa soalan dia nak tanya kepada Kajol. Rani jawab "Why don't you like me as much as I do?"

Image

Bila media tanya pasal hubungan dia dengan Kajol, Rani jawab diorang okay je cuma circle berbeza so jarang jumpa walaupun sepupu. Tapi sekarang sejak dah ada anak, Kajol-Rani dah makin rapat sebab Kajol selalu share motherhoods tips dengan Rani.

3. Preity Zinta - BFF?

Ramai yang anggap Preity dengan Rani berkawan baik bila selalu berlakon sekali walhal selalu bergaduh dekat set. Media hype friendship Preity-Rani sebab on-screen chemistry nampak cantik.

Image

Rani dengan Bebo boleh get along sebab masing-masing tak suka dengan Preity. Tambah pula bila Bebo kena replace dengan Preity dalam Kal Ho Naa Ho sebab demand fees. Rani pula terasa dengan Karan sebab tak bagi role Naina dekat dia.

Rani bagitau dalam Koffee With Karan dia tak suka dengan Preity sebab banyak mulut.

Image

"I think Preity talks too much, she should talk less. That's the only thing I want to tell her through your show. I think she has an opinion about everything. I think she should cut that out."

Preity pula state dalam interview dia yang dia cuma rapat dengan Aish sebab actress lain bila dah famous mula lupa diri dan sombong tapi Aish tak. Tambah pula bila both of them outsider. 

Image

But over time, both of them dah lupakan yang lepas & be happy dengan personal life.

4. Aishwarya Rai

Dalam satu video Rani buat khas untuk Aish sebab tak dapat datang ke chat chat show. Rani bagitahu yang dia sayang Aish & akan jadi friends forever. But things turns out bad bila Rani diambil berlakon dalam movie Chalte Chalte dengan SRK.

Image

Aish marah sangat dengan Rani & SRK sebab masing-masing diam tak inform apa-apa walhal kawan baik. Masa Aish datang set baru dia tahu SRK buang Aish dari set dan gantikan dengan Rani. Tambah pulak masa tu Aish hilang banyak job sebab kes breakup dengan Salman.

Rani tak datang minta maaf langsung even dia tahu Aish terasa. Tahun 2003, SRK buat hal lagi dengan gantikan Aish dalam Veer-Zara walaupun watak tu memang dibikin khas untuk Aish.

Image

Preity call Aish tanya takpe ke dia proceed sebagai heroin? Aish terharu dengan gesture Preity doakan dia buat yang terbaik dalam movie tu. Beberapa tahun lepas tu SRK dengan Gauri datang jumpa Aish personally dan minta maaf.

Bila Aish berkahwin dengan Abhishek, Aish tak jemput Rani ke majlis thus Rani keluarkan statement yang dia tahu tempat dia di mana bila orang tak jemput ke wedding. Rani siap bagitahu media yang majlis kahwin dia nanti dia nak buat private je dan jemput yang rapat datang.

Image

Andddd she did. Even keluarga Kajol tak dijemput. 

Image

Aish-Rani berbaik semula awal tahun 2017 bila Rani datang untuk bagi moral support kepada Aish dekat funeral ayah Aish.

Image

5. Extra-Marital Affair

Image

Nama Rani antara yang tergolong dalam group ‘Homewrecker’. Masa shooting movie Ghulam, Rani ada affair dengan Aamir sampai rumahtangga Aamir-Reena goyang. Mungkin masa tu sebab Rani crush dengan Aamir sejak zaman sekolah so it was took to different level.

Image

Lepas Aamir Khan, Rani bercinta dengan Govinda yang juga suami orang masa tu. Rani-Govinda makin rapat dekat set Hadh Kar Di Apne tahun 2000. Agak kecoh hubungan diorang sebab kantoi dengan journalist masa  Govinda lepak dekat rumah Rani.

Image

Since Govinda ahli politik & bini dia, Sunita ugut nak cerai, Govinda pilih untuk berubah dan setia dengan isteri sampai sekarang.

Image

Tahun 2004, Rani berjumpa dengan Abhishek dan kenal lebih rapat sampai dah nak berkahwin tahun 2006. Sayangnya hubungan diorang terpaksa putus disebabkan Pamila Chopra, ibu Aditya Chopra bagitahu tentang affair Rani-Adi.

Image

Aditya Chopra dah lama usha Rani and even propose nama Rani dekat sepupu dia, Karan Johar untuk ambil Rani berlakon dalam movie KKHH. Walaupun ramai yang larang Aditya Chopra ambil Rani sebagai heroine tapi Adi tetap dengan keputusan dia.

Image

Dari situ Rani-Aditya berkawan baik dan mula berkerja dalam beberapa movie yang lain. Walaupun Rani bagitahu media dia bukan punca rumahtangga Aditya-Payal hancur dan start contact Aditya lepas Aditya bercerai, reaction keluarga Aditya pulak agak berbeza.

Image

Aditya dihalau keluar rumah & parents dia lebih berpihak pada Payal. Kata KJo, movie Kabhi Alvida Naa Kehna berkisar kehidupan perkahwinan kawan baik dia. Could it be Aditya? Katanya watak Rani sebagai isteri mandul adalah biasan dari watak Payal IRL.

Dalam rancangan Kaun Banega Crorepanti pun Rani nak guna talian hayat ‘Call A Friend’ dengan minta bantuan Aditya. Big B dengan audience curious jugak bila Rani sebut Adi walhal tak bekerja dengan Adi lagi masa tu.

Image

Tahun 2013 Shatrugan Sinha tersebut Rani Chopra depan family Adi even Rani terkejut masa tu. Bersepah je rumours Adi-Rani tinggal sekali tapi diorang tak boleh dating in public sebab kes cerai Adi-Payal tak settle lagi.

Payal minta alimony dan beberapa property sebagai pampasan dari penceraian diorang. Kalau Adi-Rani date in public, Adi terpaksa tunaikan semua tuntutan Payal walhal masa tu kewangan dia agak bahaya.

Image

Lepas Yash Chopra meninggal, tahun 2014 Adi-Rani finally kahwin di Italy in a private wedding & mempunyai seorang anak perempuan, Adira. Gabungan nama Adi dan Rani. Payal pula dah move on dan focus dengan business interior design dia, Aura Dezyne.

Image

Tapi tu lah, once a cheater forever a cheater kot. Kalau Rani berjaya rosakkan rumahtangga Adi-Payal padahal both bercinta dari zaman sekolah, sekarang ni rumahtangga Adi-Rani goyah sebab Vaani Kapoor. Well, what goes around comes back around.

6. #MeToo 

Tahun 2018 bila #MeToo mula dapat perhatian di India, Rani dalam Roundtable Actress with Rajeev Masand bagitahu yang perempuan perlu tahu martial arts untuk elak dari diganggu.

Image

“If they don’t want it to happen it will not happen”
“Those are the women we need to talk to and say yaar you need to change”
Rani dikecam bila kes rogol di India bukan melibatkan gadis muda sahaja tapi bayi dan kanak-kanak. Tambah pula bila ramai yang tak berkemampuan untuk bayar yuran kelas martial arts. Agak mengejutkan bila statement privileged ni datang dari orang yang sama nak educate dan ubah nasib kaum wanita di India.

Image

Back in 2012, abang Rani, Raja Mukherjee pernah ditahan polis akibat sexual harassment dan couch casting. Being a good sister to her brother, of course Rani defend abang dia.

Image

7. Lady Boss YRF


Sebelum kahwin lagi Rani dah mula ambil tahu selok-belok belakang tabir di YRF dan gantikan tempat Adi jadi pengarah for some movies. Semua hal production perlu dapat kelulusan dari Rani sendiri. Dalam blind item bulan December pun ada bagitahu pasal Rani ghost direct movie under YRF.

Image

Image

Sajid Khan pernah bagitahu yang Kunal Kohli berhenti bekerja dengan YRF lepas movie Thoda Pyaar Thoda Magic disebabkan Rani ambil alih sebagai director dan mengarah dia macam-macam tapi movie tak jadi sebagus yang disangka pun.

Dalam episod interview dengan Simi Garewal, Rani turns out to be rude bila Simi tanya tentang relationship dia dengan Adi. Sampai bergaduh dekat set tapi production team edit dan buang part tu.

Sama macam kes Rakhi Sawant dalam movie Dil Bole Hadippa bila dia ada perselisihan faham dengan Rani sudahnya screentime dia kena edit jadi sikit. Tapi tak ramai yang ambil pusing sebab Rani selalu berlakon baik depan media.

Image

Lepas Yash Chopra meninggal, makin banyak rumours keluar tentang perangai bossy Rani. Even depan media pun dia dah berani tunjuk perangai sebenar dia yang suka memaki

Image
Rani ada perangai yang sama dengan Adi bila suka faceshaming actors under YRF just like she and Adi did towards Anushka. Ranveer dengan Anushka pernah mentioned dalam Koffee With Karan yang Adi bagitahu diorang berdua takkan pergi jauh dalam industry sebab muka hodoh.

But hey, look at both of them now. Vaani dengan Parineeti pun senasib sampaikan diorang lebih pentingkan muka daripada talent. 

As for now, YRF tengah susun balik strategy untuk naikkan kegemilangan YRF. Let's see if Rani & Adi mampu jadi penyambung legasi Yash Chopra or tak.