Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Cannes 2025 Fashion Files | Alia Bhatt

Wednesday, 6 August 2025


Selepas dua tahun berturut-turut hadir ke karpet merah Met Gala sebagai wakil Bollywood, kali ni Alia meluaskan langkah ke karpet merah Cannes pula sebagai duta Lóreal. Kalau tak silap Alia Bhatt menggantikan Deepika Padukone sebagai duta kedua jenama antarabangsa ni selepas Katrina Kaif. 

Ramai yang tertanya-tanya sama ada Alia akan hadir ke Met Gala dan Cannes pada tahun ni rupanya tak sebab Alia cuma pilih salah satu acara sahaja. Tak betah untuk tinggalkan Raha lama-lama ditambah dengan jadual penggambaran yang padat untuk filem Alpha dan filem Love and War. 

Jom tengok penampilan Alia sebelum, semasa dan selepas Cannes 2025. 

1. Airport Look


Alia menjawab khabar angin dia tak pergi ke Cannes dengan muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai pada waktu malam dengan peragakan koleksi Gucci. Tampil bergaya dan selesa, Alia memilih blazer berwarna beige, seluar jeans longgar dipadankan bersama tank top Gucci berwarna putih di bahagian dalam. 

Rambut dibiarkan lepas bebas, makeup yang minimal, sneakers berwarna putih dan shade retro dari Gucci. 

2. Debut Appearance

Penampilan pertama Alia Bhatt di karpet merah untuk tayangan perdana filem The Mastermind di Cannes 2025. Menggunakan khidmat Rhea Kapoor yang terkenal dengan citarasa tinggi dan vintaj, Alia muncul dalam persalinan mermaid gown dari Schiaparelli berwarna putih gading. 

Gaun dari koleksi 'Ícarus' ini mempunyai details yang sarat dari atas hingga ke bawah. Di bahagian belakang juga mempunyai susunan butang yang selari hingga ke pinggang. Di bahagian kaki mempunyai ropol yang diselangi dengan lapisan organza. 

Pakaian yang mempunyai corak bunga timbul dipadankan dengan sepasang anting-anting dari Birdhichand Ghanshyamdas. Rambut disikat rapi untuk bun dan sedikit baby hair di bahagian dahi. I suka dengan main outfit tapi kurang berkenan dengan aksesori. 

Sebagai duta Lóreal, for me she's playing safe. I prefer Met Gala debut rather than Cannes because Alia looks dull here. Plus I bosan tengok bun hairstyle walaupun bun adalah style gen z but nahhh not feeling it. 

3. Bejeweled Navy


Alia tampil ke majlis makan malam anjuran L'oreal sebagai duta terbaru dalam persalinan Armani Prive berwarna hitam. Strapp maxi dress bertatahkan manik biru laut gelap bersaiz besar di bahagian hujung pakaian merupakan koleksi jenama tersebut untuk Spring/Summer 2025. Mencuri perhatian adalah material kain diselaputi dengan ribuan manik di seluruh bahagian. 

Rhea Kapoor mengenakan bronze makeup dengan nude lips, tak lari jauh dengan penampilan pertama. Hairstyle lebih kurang sama tanpa baby hair namun mengekalkan konsep bun. Bahagian kepala dipasang hair net bersama aksesori yang sama dengan hiasan pada pakaian utama. Penampilan elegan Alia dipadankan bersama sepasang anting-amting dengan batu biru gelap dan sebentuk cincin bermotifkan batu yang sama. 

I love this look but minus the makeup since she looks tired. I tak faham kenapa dia tak pakai lipstick sedangkan dia duta L'oreal. Kalau bahagian dada tu nak biarkan kosong baik Alia buat hairstyle rambut lepas atau big curl. 

4. Gucci Saree


Kan cantik bila tak buat bun hairstyle! Walaupun penampilan terakhir Alia Bhatt di karpet merah Cannes tapi meninggalkan impak yang kuat. Bukan saja kerana outfit ala sari yang dibuat khas untuk penampilan Alia tapi makeup light bronze atau tan dilengkapkan dengan smokey eyes dan bibir berwarna merah jambu. Alia nampak berseri dan muda dengan rambut ikal dibiarkan lepas bebas. 


Uniknya pakaian Alia sebagai homage kepada pakaian tradisional India yang sarat dengan batu kristal Swarovski. Pakaian utama sebenarnya menggabungkan bralette, skirt labuh dan selendang yang diletakkan di sebelah kiri bahu. Kalau ikutkan pakaian tradisional, main outfit dari Gucci ni lebih kepada lehenga sebab kalau sari, drape di bahu tu bercantum dengan skirt. I pun tak faham kenapa Alia dan Gucci announce inspired by sari sedangkan lebih kepada lehenga. 


Tak jemu tengok penampilan Alia salam persalinan coklat tanah Gucci ni sebab kena sangat dengan skin tone Alia, buatkan dia nampak feminin dan menawan dalam lautan manusia yang lain di situ. Rantai leher dari koleksi perhiasan Gucci menjadi pilihan Rhea Kapoor dipadankan bersama set anting-anting platinum. 


5. Eternal Sunshine


Sebelum meninggalkan Cannes, Alia Bhatt tampil dalam persalinan serba kuning melahirkan konsep retro dan vintaj. Rekaan khas dari Gucci menggabungkan korset, skirt separa lutut dan jaket mini berwarna kuning matahari, sesuai dengan cuaca musim panas. Alia mengenakan sepasang pump heels berwarna putih yang sepadan dengan tas tangan mini koleksi Bamboo 1947. 

Menguatkan konsep retro, Alia guna sehelai skarf satin berwarna putih dan kuning yang bermotifkan corak bunga dengan border tebal di hujung. Shade berwarna hitam, anting-anting berbatu kuning dari Chopard dan lipstick berwarna merah pekat menguatkan gaya elegan dan drama pada penampilan Alia. 


Overall Alia ada hit and miss di Cannes dengan dua penampilan awal dan dua penampilan akhir. Kalau Alia Bhatt attend Cannes lagi pada tahun hadapan, hopefully dia perform macam dua penampilan hujung. Alia patut hadir sebagai duta Gucci dan bukan L'oreal memandangkan dia lebih bergaya dan bersemangat dalam persalinan Gucci tapi ignore bahagian makeup. 

Cannes 2025 Fashion Files | Aishwarya Rai Bachchan

Thursday, 24 July 2025


Seperti kebiasaannya, permulaan Festival Filem Cannes akan dirasmikan oleh Aishwarya Rai Bachchan sebagai duta penaja utama iaitu Lóreal. Tahun ini juga Aish ditemani oleh anak tunggalnya, Aaradhya ke French Riviera.

1. Vanarasi Saree


Dalam entry Met Gala 2025 I dah puji karya Manish Malhotra bila all out dengan rekaan untuk Bollywood dan Hollywood stars yang join charity event tu.  Sama juga dengan Cannes bila Manish Malhotra mencuri tumpuan dengan persalinan berona putih gading untuk karpet merah tayangan perdana filem The History of Sound arahan Oliver Hermanus. 

Sari yang direka khas mengikut keselesaan bekas Ratu Cantik India ini menggunakan teknik tenunan tangan Kadwa / Kadhua. Teknik ini selalu digunakan untuk tenunan sari sutera dari Banarasi, India. Sari rekaan Manish Malhotra menggunakan rona putih gading sebagai warna utama ditemani oleh motif corak berwarna emas dengan teknik tenunan di bahagian sari dan juga dupatta. Dekat bahagian hujung lengan tu ada border tebal berwarna emas but most of the time tertutup dengan dupatta. 


Persalinan Aishwarya diberi sentuhan moden dengan kalung rubi berlapis beserta choker yang diperbuat dari batu rubi. Dua cincin bermotifkan bunga dan abstrak petak menggunakan material yang sama dengan kalung perhiasan menjadi hiasan di jari. 

Kalau tahun lepas Aish datang bersama dengan anduh tangan, tahun ini Aishwarya matikan gosip tentang rumah tangganya bersama Abhishek Bachchan dengan memakai sindoor tebal. Rumahtangga kedua-dua pelakon ternama Bollywood ini dikatakan bergolak hingga bakal bercerai gara-gara orang ketiga. 


My personal rant on this look, Aish nampak menawan dalam sari serba putih ni TAPI hairstyle dia minus. Kalung rantai dia cantik tapi tertutup dengan rambut. At least biar sebelah di hadapan, sebelah lagi sisip di belakang. 

2. Glamorous Diva


Penampilan kedua di karpet merah Cannes pada tayangan perdana filem La Venue De L'avenir, Aishwarya Rai Bachchan mengenakan sepasang couture gown berwarna hitam dengan taburan manik kristal bercorak abstrak melambangkan kosmos rekaan eksklusif Gaurav Gupta. 

Uniknya rekaan ‘Heiress of Clam’ mengambil inspirasi keagamaan di mana cape berona silver mempunyai bait-bait seloka Sanskrit dari kitab Bhagavad Git. 


“You have a right to perform your actions, but not to the fruits of those actions. Let not the fruits of action be your motive, nor let your attachment be to inaction.”



Aish tampil anggun dan elegan, sesuai dengan personanya sebagai Ratu Cantik. I love the hair, makeup suits her very well. Cape dia je kadang menganggu sebab oversize dan tak sama macam dalam sketch. Kalau pin supaya tak jatuh melorot macam tu mungkin lagi cantik. Berbeza sangat dua penampilan Aish di karpet merah Cannes. I hope tahun depan stylist dia prep for something better than this. 

3. Mauve Move


Tak tahu kenapa Aish atau PA dia tak upload gambar ni dekat social media padahal Aish nampak cantik dan feminin sangat dalam persalinan berona ungu muda sepadan dari atas hingga kaki. Warna outfit ni sesuai dengan skin tone Aish yang cerah, buatkan dia nampak muda dan berseri. 

Kalau top dekat bahagian dalam blazer tu guna warna yang berbeza mungkin lebih menarik dan mencuri perhatian. Hairstyle wavy ni kena betul dengan penampilan Aish ditambah pula dengan makeup yang bold yet minimal. Lipstick shade dari Lóreal tu cantik, rasanya berbeza dengan yang Aish pakai dekat red carpet hari kedua. Kalau sama, mungkin sebab berbeza pencahayaan. 

Nevertheless she looks beautiful. 

Final Coat


Bertolak pulang ke Mumbai, Aish selesa mengenakan all black outfit dengan padankan blaus organza hitam, seluar panjang dan kot hitam dari butik Dhruv Kapoor. Penampilan Aish sepadan dengan Aaradhya. Both looks cute.

Overall, penampilan Aish dekat Cannes 2025 bagi harapan baru untuk imej dia yang selalu kena troll setiap kali muncul. I tak rasa dia tukar stylist tapi designers approach dia untuk peragakan kostum masing-masing memandangkan Aish memang nama yang wajib pergi. 

Bollywood Stars Di MET GALA 2025

Saturday, 10 May 2025


Tahun ni semakin ramai yang dapat jemputan ke Met Gala 2025 di New York dengan tema yang berkisar tentang perjuangan komuniti - Black tailoring. 

1. Shah Rukh Khan

Nama SRK sebagai Met Gala attendees dah mula disahkan sejak hujung April lagi bila menjadi muse kepada Sabyasachi. Kalau tahun lepas Sabyasachi peragakan sari pastel berwarna aqua green menerusi penampilan Alia Bhatt, tahun ni Sabyasachi fokus kepada perhiasan lelaki. 


SRK looks dashing in black. Long jacket with stylish remarks elbow length, open chested black shirt and silky black pants. Like I said earlier, yang menjadi tumpuan adalah stack necklace di bahagian leher dan dada. Penampilan dia dilengkapkan dengan tongkat kayu berkepala harimau melambangkan logo ikonik Sabyasachi. 

Kemunculan King Khan mendapat sambutan yang berbelah bahagi kerana ada yang berpendapat Sabyasachi boleh hasilkan looks yang lebih memukau tumpuan berbanding outfit plain black macam ni. Apapun, SRK tetap bawa aura Bengal Tiger ke karpet Met Gala bersama iconic pose dia. 

2. Kiara Advani 


Met Gala adalah penampilan rasmi pertama Kiara selepas buat pengumuman hamil anak sulung bersama Sid Malhotra. Masa Gaurav Gupta announced yang Kiara akan pergi ke Met Gala, I'm kinda excited lah sebab nak tengok baby bump Kiara. 
Andddd she looks gorgeous here!! Sama macam Sabyasachi, Gaurav Gupta pilih gaun berwarna hitam dengan long train berwarna putih. Main dress dah cantik dah sebab dia ada cute details bila plate emas di bahagian dada Kiara bersambung dengan mini love di bahagian perut. Gold chain yang menyambungkan tu represents umbilical cords. 

The details quite creative tapi train dekat belakang tu mencacatkan penampilan. Kenapa Gaurav tak guna lace cape warna hitam atau gold? Kalau remove pun tak apa. Love her hair and makeup, she looks radiant as mom-to-be. 

3. Priyanka Chopra Jonas

Setiap tahun Priyanka dijemput ke Met Gala dan setiap tahun juga penampilan dia ditunggu-tunggu oleh peminat dan 'pengkritik' sukarelawan fashion. 

Tahun ni Priyanka mengenakan blazer dan sleeveless hugging dress bercorak polka dot. 


Priyanka looks great with blazer and hotter without it. Dress dengan belahan V mempunyai susunan butan berwarna hitam dan bahagian kain sengaja dibiarkan terbuka di area betis. Peiyanka padankan penampilan retro dia bersama topi bersaiz besar berwarna hitam. 

Menjadi tumpuan adalah kalung leher berwarna perak dari Bvlgari dengan batu permata zamrud. 

4. Diljit Dosanjh 


Penampilan gah sebagai Maharaja Sikh memberi tribute kepada Maharaja Bhupinder Singh yang pernah memerintah Patiawala. Diljit menggunakan penceritaan sejarah di mana India pernah menjadi pendukung kepada komuniti Black yang ditindas satu ketika dahulu. 

Persalinan serba putih yang direka oleh Prabal Gurung mempunyai peta Punjab di bahagian belakang bersama tulisan Sikh dalam tenunan berwarna emas. Diljit mengenakan rantai leher yang mempunyai banyak lapisan dengan hiasan batu aqua dan juga rubi. 


Perhiasan tersebut dicipta oleh Cartier untuk dipakai oleh Maharaja Bhupinder Singh pada tahun 1928. Rantai leher tersebut mempunyai 2,930 batu permata berlian dan menggunakan batu permata ketujuh paling besar di dunia iaitu De Beers. Rantai tersebut hilang pada tahun 1948 setelah pemerintahannya berakhir kemudiannya dijumpai semula pada tahun 1998 lantas diabadikan di dalam muzium. Yang dipakai oleh Diljit cuma perhiasan yang menyerupai rantai leher asli setelah permintaan untuk meminjam perhiasan tersebut ditolak oleh Cartier. 

Bukan saja hadir membawa sejarah masyarakat dan susur galur sendiri malah membuka mata ramai tentang warisan India masih dijajah oleh Barat walaupun beratus tahun telah merdeka. 

5. Manish Malhotra


Setiap kali Met Gala diadakan, ramai tertumpu pada Sabyasachi tapi tahun ni tampil mengejutkan bila Manish Malhotra datang dalam persalinan ciptaan sendiri dan patuh pada tema fine tailoring. Menggabungkan seni jahitan dengan penampilan agung, Manish menggunakan sherwani yang membawakan budaya pakaian masyarakat India seakan jaket labuh berwarna hitam dengan belahan di bahagian lengan kedua-dua belah tangan. 


Manish menggunakan kemeja sutera berwarna putih untuk tampil lebih selesa dan mewah. Dipadankan bersama tali leher berwarna hitam dihiasi dengan perhiasan tembaga bersama batu zamrud. Bukan sahaja mengangkat seni jahitan India dan popularitinya sebagai pereka fesyen terkenal di Bollywood malah memberi makluman kepada semua yang rekaan Manish Malhotra tak mungkin tenggelam dalam mediocrity, at least not for few years in future. 

6. Natasha Poonawalla


Like I said earlier, Manish tak main-main dengan Met Gala tahun ni bila dia serlahkan pengalaman dan kemahiran sebagai pereka fesyen terkenal Bollywood. Tahun ni Natasha Poonawalla menggunakan khidmat Manish Malhotra untuk persembahkan budaya Parsi dalam persalinan sari Gara berona ungu yang lazim sebagai warna diraja satu ketika dahulu. Jaket Gara dipadankan dengan lebihan kain di bahagian belakang.

Yang menjadi tumpuan bukan saja hiasan kelopak bunga di bahagian leher kemudian digabungkan bersama juntaian mutiara putih, malah tenunan di main outfit menyerlahkan kemewahan seni jahitan tradisi India sejak berkurun lamanya. 



Korset di bahagian perut Natasha merupakan tenunan klasik French yang digabungkan bersama main outfit. I prefer looks asal dengan korset mutiara sebab korset French tak masuk dengan main theme but nevertheless both looks made her stands out on the red carpet of Met Gala. 

7. Isha Ambani


Tak lengkap Met Gala tanpa kehadiran Isha Ambani, anak taikun bisnes India yang terkenal. Isha menggunakan khidmat Anamika Khanna yang mempunyai sentuhan moden tanpa melupakan penggunaan budaya dan tradisi India. 

Isha mengenakan sleeveless top berwarna putih dan corak emas dipadankan bersama seluar panjang berwarna hitam dihiasi batu permata sepanjang garisan tepi seluar. Penampilan Isha dilengkapkan dengan jaket putih panjang dan mempunyai lebihan kain untuk serlahkan sisi feminin juga menjadi medium utama untuk peragakan keindahan seni jahitan trradisi India. 


Pakaian Isha mengambil masa selama 15,000 jam untuk disiapkan sebelum hadir ke Met Gala. Membawakan tema women-empowerment dan menyerlahkan industri tekstil India, Anaita Shroff Adajania menggunakan kreativiti untuk gaya Isha Ambani di red carpet Met Gala. I prefer seluar panjang hitam yang dipakai oleh Isha ikut sketch asal Anamika sebab lebih terletak dan cantik serlahkan kaki si pemakai. Bila longgar, hiasan di bahagian tepi pun tenggelam. Isha patut pakai topi macam dalam gambar di luar Met Gala daripada biarkan kepala dia nampak kosong. 

Menjadi tumpuan adalah kalung mewah yang dipakai oleh Isha merupakan kalung sebenar yang dipaparkan dalam filem Ocean's 8. Perhiasan yang diberikan nama Toussaint Cartier Necklace merupakan koleksi Maharaj Nawanagar yang direka oleh Jacques Cartier pada tahun 1931 dengan menggunakan 89 batu permata berlian. 


Sekali lagi perhiasan milik keluarga diraja India menjadi sebutan di karpet merah Met Gala tahun 2025 lantas membuka ruang untuk sejarah diceritakan bagaimana Cartier mempunyai hubungan rapat ketika menjejakkan kaki ke India pada kurun lampau. 

Fashion Files | Maddock Film Success Party

Saturday, 19 April 2025

Sedar tak sedar dah 20 tahun Maddock Films berada dalam industri perfileman Bollywood. Maddock Films antara syarikat produksi yang berdiri setanding dengan Dharma Films, Yash Raj Films, Excel Entertainment membawakan banyak filem yang menarik dan berlatarkan masyarakat biasa. Since tak ramai yang datang ke Maddock Films Party, I sekalikan je lah attendees dengan OOTD masing-masing. List tak mengikut kategori ye. 

1. Bhumi Pednekar


Bhumi antara pelakon wanita yang pernah bekerja dengan Maddock Films dalam filem hit Bala (2019). Tampil anggun dalam Vance Knit Dress - one shoulder dress berwarna olive green dari butik CULT GAIA. Perhiasan anting-anting dan bangle berwarna emas dipadankan dengan pump heels Gatsby Crystal Embellished dari Aquazzura. 

Hairstyle semi-ponytail dengan belahan tengah buatkan Bhumi nampak feminin dan muda. Make-up dia pun pinkish, sesuai lah dengan gaya ringkas dia. Kalau heels dia warna gelap atau gold, mungkin lebih cantik. 

2. Diana Penty


Filem pertama di bawah produksi Maddock Films adalah filem Cocktail (2012), lakonan Deepika Padukone, Saif Ali Khan dan Diana Penty. Tampil menawan dalam persalinan dress labuh berwarna hitam dipadankan bersama bangle manik berona hitam juga pouch dengan gabungan silver dan merah dari Cult Gaia. Hairstyle dibiarkan lepas bebas dengan make-up yang tipis. She looks fresh. 

3. Varun Dhawan


Serigala jadian Bhediya (2022) tampil dalam persalinan serba biru dengan padanan blazer berona baby blue dengan kemeja biru cair dan seluar jeans denim berwarna biru pekat. Penampilan Varun Dhawan yang pernah popular menerusi filem Badlapur (2015) dilengkapkan dengan kasut kulit berwarna coklat. He looks dashing. 

4. Sara Ali Khan


Padanan monochrome hitam putih menjadi pilihan Sara Ali Khan yang pernah menjayakan filem Love Aaj Kal (2020),  Zara Hatke Zara Bachke (2023) dan Murder Mubarak (2024). I wish Sara guna heels yang lebih match dengan inner top dia ataupun tampil selesa dan edgy dengan sneakers putih instead pakai pump heels berwarna hitam dan tenggelam sebab pants dia labuh. 

Sara lebih selesa memilih bun hairstyle dengan belahan tengah dan makeup berona pinkish untuk majlis sosial dan santai ni. 

5. Ibrahim Ali Khan


Ibrahim yang baru saja debut dalam filem Nadaaniyan (2025) masa Valentines' Day belum dapat mana-mana projek dari Maddock Films tapi Iggy selalu temankan kakak dia pergi beberapa screening atau party event macam ni. 

Iggy looks dashing in all black attire. Blazer dengan border putih halus menjadi sempadan antara top dan pants berona hitam gelap pada majlis tersebut. Iggy padankan sepasang kasut bertutur berona coklat gelap sebagai pelengkap gaya. 

6. Aditya Roy Kapur


Aditya Roy Kapur tampil segak dan bergaya dengan kemeja bercorak abstrak di bahagian tengah. Tampil lebih macho dengan lengan kemeja dilipat hingga ke siku dipadankan bersama seluar skinny fit dan serlahkan ankle boots berwarna coklat gelap. 

Aditya belum pernah lagi bekerjasama dengan Maddock Films but since dia datang ke Maddock Film Success Party, mungkin bagi hint akan ada projek menanti. 

7. Sharvari 


Si cantik yang popular dengan filem hit Munjya dan lagu sensasi Taras tampil berseri dalam persalinan putih dan hitam. Mini dress dari butik SuperDown serlahkan potongan badan yang menawan dan dipadankan bersama beg tangan bersaiz mini dari Jacquemus Chiquito. 

Strap heels dengan ikatan reben di bahagian buku lali berwarna hitam melengkapkan gaya muda dan feminin Sharvari Wagh. Make-up berona merah jambu dengan rambut loose curl dibiarkan lepas bebas melengkapkan gaya feminin dan chic. 

8. Ananya Panday


It's giving..... Deepika Padukone. Singlet top berwarna hitam bersama cargo jeans kelabu dan pump heels berwarna hitam. Hairstyle bun dengan belahan tengah dan tas tangan bersama make-up tipis adalah penampilan yang selalu digunakan oleh Deepika. 

Mungkin Deepika adalah inspirasi Ananya yang pernah muncul sebagai pasu bunga dalam filem Dream Girl 2 (2023) atau dia cuma malas nak beria but knowing her, this is not her style and I'm kinda disappointed with her look. 

9. Shraddha Kapoor


Mencipta fenomena dengan filem Stree (2018) dan Stree 2: Sarkate Ka Aatank (2024), Shraddha tampil serba ringkas ke Maddock Film Success Party. T-shirt putih dipadankan bersama denim jeans berwarna biru gelap dan flat putih bercorak pink. Make-up tipis untuk serlahkan keayuan bersama rambut ikal mayang yang dibiarkan bebas dan hiasan Drop Bead Necklace berwarna emas dari Palmonas, jewelleries kepunyaan Shraddha sendiri. 

Shraddha nampak comel dan awet muda tapi I suka make-up dan hairstyle dia je, yang lain mehhh. Mungkin dia nak promote yang perhiasan dia boleh dipakai dengan simple outfit tapi macam dalam gambar tu lah, bukannya nampak pun rantai leher dia. 

10. Nimrat Kaur


Baru sahaja muncul dalam filem Sky Force (2025), Nimrat hadir ke Maddock Film Success Party dalam gaun off-shoulder berona hitam dan lilitan kain berwarna putih di bahagian dada dan lengan dari Karen Millen. Kalau dari posing dalam gambar ni nampak cantik lah tapi dalam video tak sangat sebab potongan dress ni tak sesuai dengan dia. 

Walaupun Nimrat tampil menawan dengan make-up yang serlahkan keayuan dan hairstyle loose ponytail bersama deep curl di bahagian dahi, transparent pump heels dia agak mengganggu. Dia patut pilih heels berwarna hitam atau putih sebab warna kuku dia dah selari dengan color palette outfit dia. 

11. Manushi Chillar


Masa Cannes dah kecewa tengok pemilihan outfit dia sepanjang berada di sana jadi tak hairan lah kalau dia masih lagi gagal mencuri perhatian. Maxi dress tanpa lengan berona biru muda dari Atsu Sekhose menjadi pilihan Manushi yang berlakon dalam filem Tehran (2025) bersama John Abraham. Walaupun warna dress kena dengan skin tone dan Manushi nampak berseri tapi macam dia berkemban dengan kain sekolah menengah. 

12. Wamiqa Gabbi


Off shoulder dress dengan hiasan manik di setiap jalur korset dan berwarna biru metalik dari butik LaceMade menjadi pilihan Wamiqa yang bakal muncul dalam filem Bhool Chuk Maaf (2025). Penampilan Wamiqa dipadankan dengan heels bertutup berwarna hitam dan hairstyle ponytail bersama juntaian rambut kerinting di bahagian muka. 

Make-up yang dikenakan juga tak jauh berbeza dengan pelakon wanita yang lain and yes, of course she looks good. Kalau renda yang dihiasi dengan rama-rama biru diletakkan di bahu sebelah kiri mungkin lebih menarik daripada biarkan hiasan tenggelam di tangan. 

13. Vaani Kapoor


Penampilan Vaani Kapoor terlihat menawan untuk meraikan ulangtahun ke-20 Maddock Films. Belum pernah bekerja dengan produksi tersebut dan mungkin datang sebagai hint untuk projek akan datang. Vaani memilih strapless dress dari Costarellos berwarna merah jambu salmon dengan corak abstrak berulang yang sarat dari atas hingga ke hujung dress. 

Vaani nampak elegan dengan make-up yang terletak cantik dan rambut panjang yang digayakan bersama big curl di bahagian hujung. I wish she wears pretty necklace dari biarkan leher dan dada kosong tanpa perhiasan. Strap heels transparent adalah padanan sesuai untuk gaya Vaani untuk majlis ni. 

14. Jaideep Ahlawat


Mencipta kejutan dengan tarian retro dalam music video Jaadu untuk filem Jewel Thief (2025), Jaideep tampil selesa dengan hoodie berwarna putih, rugged denim jeans dan sneakers berwarna kuning dan biru. Kalau dia pakai suit macam dalam music video tu mungkin dia dapat job dekat majlis ni but Jaideep being Jaideep. 

15. Kriti Sanon


Ratu Maddock Films tampil menawan dan mencuri perhatian di karpet merah Maddock Films Success Party. Kriti Sanon adalah pelakon wanita yang banyak bekerja bersama Maddock Films sepanjang karier dia iaitu dalam Raabta (2017), Luka Chuppi (2019), Arjun Patiala (2019), Mimi (2021), Hum Do Hamare Do (2021), Bhediya (2022) dan Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya (2024).

Meraikan kerjasama dan persahabatan bersama Maddock Films, Kriti memilih persalinan serba putih, sleeveless dress dari butik Aednevik. Bahagian atas mempunyai korset dengan jalur timbul sebagai penyeri dihiasi batu manik. Bahagian dada mempunyai lapisan kain berombak juga belahan tinggi di bahagian tengah antara peha. Dress putih ini dipadankan bersama strappy heels hingga bahagian betis berwarna silver. Kriti definitely the show stealer for that night. 

16. Nupur Sanon


Menemani kakaknya, Kriti Sanon, Nupur selesa dalam persalinan serba hitam. Kemeja dengan garisan melintang berwarna silver metalik dipadankan bersama seluar hitam dan sepasang pump heels berwarna silver. 

17. Rashmika Mandanna


Heroin filem Chhaava (2025) dan bakal sertai Maddock Horror Comedy Universe menerusi Thama memilih hugging dress dengan material baldu berwarna maroon dari butik Self-Portrait. Rashmika nampak berseri dalam rona pekat tersebut dipadankan dengan make-up yang nipis dan lembut sesuai dengan gaya Rashmika di Maddock Film Success Party. 

I love her look except that sandal with huge flower like as centre piece. Rashmika mungkin nampak lebih menarik kalau flat sandal dengan strap biasa. Dia pun tak fully recover lagi untuk pakai heels atau kasut dengan platform macam wedges atau heels. 

18. Abhishek Bachchan


Abhishek tampil seorang diri tanpa Aishwarya ke Maddock Films Success Party dalam persalinan serba hitam from top to toe. Sama dengan Nimrat Kaur yang digosipkan bersama kerana lakonan mereka dalam filem Dasvi (2022), mereka berdua memilih a splash of white di mana Abhishek mengenakan sepasang sneakers putih. 

19. Mrunal Thakur


Jarang lah tak suka dengan pemilihan outfit Mrunu sebab stylist dia faham bentuk badan si cantik ni. Mrunal mengenakan korset dress yang berenda dari butik Frisky. Gaya Mrunal dilengkapkan dengan wavy choker berwarna tembaga dan bangle bersaiz besar dengan warna yang sama. Dress Frisky ni lebih kurang sama dengan dress Rasario but I guess her body type lebih sesuai dengan dress ni. Anyway, she looks great. 

20. Rajkummar Rao & Dinesh Vijan


Tak lengkap majlis Maddock Films kalau tak ada hero yang menjadi pemangkin kepada syarikat penerbitan ni menerusi filem Stree (2018), Made In China (2019), Roohi (2021), Hum Do Hamare Do (2021), Stree 2: Sarkate Ka Aatank (2024) dan bakal tampil dalam Bhool Chuk Maaf (2025) bersama Wamiqa Gabbi. 

Raj tampil serba ringkas dan selesa dengan kemeja hitam dipadankan bersama jeans hitam dan kasut bertutup. Sama juga dengan Dinesh yang selesa dalam kemeja baldu hitam dan slack hitam cair dan sepasang sneakers putih. 

21. Agastya Nanda & Simar Bhatia


Agastya Nanda yang debut dalam filem The Archies (2024) tampil berbeza dengan jacket berwarna biru gelap dipadankan bersama t-shirt nipis dengan warna yang sama juga sepasang seluar slack jenis skinny. Gaya Agastya dilengkapkan dengan kasut kulit bertutup berwarna hitam berkilat. Cucu Amitabh Bachchan ni terlihat segak bergaya dan tampan. 

Co-star dia, Simar Bhatia yang bakal bekerja bersama di dalam filem Ikkis arahan Sriram Raghavan, Mini dress berwarna hitam terlihat menawan dengan corak naga dan ratu China dari Clio Peppiatt dipadankan bersama skull clutch koleksi McQueen juga sepasang ankle strap heels berwarna hitam. Penampilan Simar, anak saudara Akshay Kumar ini terlihat feminin dan elegan dengan make-up brownish dan rambut yang dibiarkan lepas bebas. 

22. Veer Pahariya


Hero Sky Force (2025) yang menjadi sebutan di awal tahun ini tampil bergaya dengan jaket kulit berwarna hitam dipadankan bersama t-shirt putih dan denim jeans berwarna biru gelap. Walaupun penampilan dia nampak ringkas tapi face card dia dah cukup mencuri perhatian. His messy looks stabs my heart and brought the heat in Mumbai along with him. A+

23. Vicky Kaushal


Vicky Kaushal yang popular dengan filem Zara Hatke Zara Bachke (2023) dan Chhava (2025) membuat kemunculan dengan penuh gaya di Maddock Film Success Party. Vicky mengenakan blazer berwarna biru dengan corak abstrak yang transparent dipadankan bersama t-shirt hitam dan slack hitam juga sepasang kasut bertutup berwarna hitam berkilat. 

24. Sunny Kaushal & Sham Kaushal


Adik kepada Vicky Kaushal, Sunny tampil menyerlah dengan blazer berwarna latte bersaiz besar dipadankan dengan kemeja hitam dan seluar slack straight cut. Outfit Sunny Kaushal, pelakon utama dalam filem Shiddat (2021) dah stylish tapi pilihan kasut macam tak kena. Ayah dia, Sham Kaushal selesa dalam kemeja hitam yang longgar dipadankan dengan slack straight cut dan sepasang kasut kulit bertutup berwarna rich brown. 

25. Radhika Madan


Heroin filem Shiddat (2021) dan Angrezi Medium (2020), Radhika memilih strap dress dengan bralette timbul bersama belahan kain di bahagian tepi. Radhika padankan bersama strap heels dan menghiasi gaya feminin dengan anting-anting berwarna emas. 

Radhika tampak menawan dalam persalinan serba hitam cuma sesuatu yang mengejutkan bila dah lama menghilang dan muncul dengan 'muka baru'. Muka dia lebih kurang macam Vaani Kapoor yang jalani prosedur yang sama. 

26. Triptii Dimri


Tripti tampil dengan strapless dress labuh berwarna hitam bersama hiasan drape di bahagian kiri dan kanan pinggul dari Magda Butrym. Bold makeup dikenakan bersama hairstyle bun dengan juntaian rambut di bahagian kanan. Tripti mengenakan subang berlian dan diamond bangle yang bersinar cantik juga sepasang pump heels berenda. Tripti nampak cantik di bahagian atas tapi bahagian pinggul hingga ke kaki mencacatkan penampilan dia. 

Dimple Kapadia


Pada umur 67 tahun pun Dimple mencuri perhatian dengan penampilan dia yang versatil dan bergaya, sama macam dalam filem Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya (2024). Tampil dalam mix and match outfit di mana Dimple padankan tank top berwarna merah rubi dengan skirt sutera berwarna putih gading. Bahagian luar Dimple mimilih cardigan sutera dengan border berwarna coklat muda. 

Di bahagian pinggang pula adalah scarf sutera berwarna merah hati bersama corak abstrak yang sarat. Gaya Dimple dihiasi lapisan rantai leher nerwarna emas dan shade bersaiz besar berwarna coklat juga pouch dengan warna yang sama. 

Cucu Dimple Kapadia bersama Rajesh Khanna, Naomika Saran serlahkan keremajaannya dengan sleeveless mini dress berwarna hitam dengan sepasang pump heels dan seutas bag tangan mini dengan strap emas. Perhiasan juga dipilih sebagai pelengkap gaya untuk majlis tersebut. Naomika Saran adalah anak kepada Rinke Khanna, adik kepada Twinkle Khanna juga adik ipar Akshay Kumar. I guess ini penampilan pertama dia. 

Kedua-duanya terlihat cantik dan menjadi bukti keluarga Khanna adalah keluarga yang dianugerahkan kecantikan fizikal juga high fashion taste dari generasi lama hingga ke generasi baru. 


I try to update as much as I could tapi tak banyak gambar yang dikongsikan dari media sana even pelakon yang pergi pun tak update sangat. But anyway I happy dapat tengok ramai yang datang sebagai tanda support and this trio had mini reunion there. Varun dengan Sid memang tak nak berlakon bersama dah ke? Please KJo, pujuk diorang!