Bahaya Daging & Telur Penyu

Friday 29 September 2017

What a gloomy day, haihhhh.  Baca news pagi tadi tentang penemuan tulang penyu di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. It's sad to see human treating nature like this. 


Sumber gambar : NST

Dari hasil siasatan pihak Jabatan Hidupan Liar, penyu ni dimakan oleh penduduk di kawasan yang berdekatan terutamanya kaum Bajau ataupun masyarakat Pala'u & tulang penyu yang ada ni semua dihanyutkan oleh ombak laut. Kalau diikutkan kefahaman masyarakat ni, makan daging penyu & telur penyu dapat tambah tenaga dalaman dan merawat pelbagai penyakit  tapi hasil kajian dari Universiti Papua bagitau benda sebaliknya. 

Sebenarnya bukan di Malaysia je yang ada masalah pengambilan daging penyu untuk merawat penyakit tapi di Indonesia pun sama. Di China, masyarakat sana minum darah penyu untuk merawat sakit asma. Pinggang dan hati dibuat sup. Minyak penyu untuk merawat sakit kulit. Di Amerika Latin daging penyu dihidang untuk majlis keramaian seperti majlis kahwin ataupun sambutan Hari Krismas. Apart from these countries, Vietnam, Madagascar, Filipina, Mesir, Papua New Guinea & banyak lagi. 


Sumber gambar : NST


Daging penyu ada merkuri, besi, mangan, logam, arsenik, merkuri, kadmium, arsen, timah, seng, mangaan, besi dan tembaga. Tak cukup dengan ni, disebabkan laut dah tercemar dengan pelbagai jenis sisa buangan, penyu pun makan benda yang tercemar yang penuh dengan bakteria & parasit yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. 

Antara bakteria yang ada dalam badan penyu, 

  • Salmonella Bacteria - Bakteria ni boleh sebabkan muntah, sakit kepala, kejang & cirit-birit. Tahun 1999, sebanyak 40 kes dilaporkan di Australia lepas makan daging penyu. Sama juga di India. 
  • Mycobacteria - Menyebabkan Tuberculosis ataupun dikenali sebagai TB
  • Chlamydiaceae - Boleh menyebabkan STD
  • Leptospires - Penyakit kencing tikus menyebabkan sakit buah pinggang, menigitis, kerosakan hati, kesukaran bernafas ataupun kematian
  • Spirorchid trematodes - cacing parasit di laut. 
  • Dichlorodiphenyltrichloroethane (DDT) - menyebabkan kanser, organ dalaman rosak & kemandulan. 

Kalau dulu mungkin boleh kita percaya makan daging ataupun telur penyu boleh bawa manfaat tapi sekarang ibarat makan racun sebab penyu ni ibarat empangan bakteria bergerak. Ramai yang kata sedap but I don't know jauh mana pergi sedap dia tu sebab tak pernah makan tapi nak dibandingkan sedap yang sementara dengan sakit yang berpanjangan, tskkkkk. 

Lagipun sekarang ni dah tiba masa untuk kita selamatkan penyu sebab penyu dah masuk dalam kategori haiwan terancam dan bakal pupus. Save Turtles, Save Life. :)

Image result for turtles

6 comments

  1. penyu pun dah jadi species yg hampir pupus kan...
    ciannya ...

    ReplyDelete
  2. jalan2 sini,jemput singgah https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. dekat China mmng dorag suka minum darah haiwan2 ni kan. yekk..

    ReplyDelete
  4. cikyan tak pernah lg tgk penyu live depan mata. agak camna la ye.. comel ke dia.. ke geli? hihihi.. jgn la pupus.. nnt dah xde laaa utk simpanan anak cucu cikyan nnt.. cheeewahhh !

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.