Pelakon-Pelakon Debut Mohabbatein - Dulu & Sekarang

By farhanna jafri - 02:27

Tahun 2000 YRF production house menerbitkan sebuah movie cinta berjudul Mohabbatein dengan 6 pelakon debut selain pelakon utama - Amitabh Bachchan, SRK & Aishwarya Rai.


Ever wonder what happened to them now?

1. Uday Chopra

Anak bongsu Yash Chopra yang debut di bawah production house ayah dia sendiri ni memegang watak Vicky yang cool and fun. Lakonan dia dipuji oleh pengkritik movie walaupun screentime tak banyak dan terpaksa tonjolkan dan serlahkan diri bila ada nama besar dalam movie tu.


Lepas beberapa movie dia flop di Box Office dan siri kegagalan kisah percintaan bersama Nargis Fakhri, dia pindah ke US dan cuba untuk turunkan berat badan dia. Fun fact, Uday pandai berjenaka dan minat melukis.

Related image

2. Shamita Shetty

Si cantik manis Shamita Shetty merupakan adik kepada pelakon superstar, Shilpa Shetty. Watak Ishika yang nerd and grumpy dipasangkan bersama watak Vicky. Ada reports keluar mengatakan Ishika tak selesa dicium dalam lagu Mohabbatein sampai tekad nak tinggalkan industry walhal baru je debut tapi Shilpa yakinkan dia untuk stay.

Related image

Lepas Mohabbatein, dia menerima beberapa tawaran berlakon tapi semuanya flop dan tak menaikkan nama dia sampai ramai ingat dia memang dah nak stop berlakon. Dia menyesal agak memilih masa tawaran tengah banyak sebab sekarang agak susah nak compete dengan semua pelakon baru dan yang sedia ada. 


As for now, Shamita lebih cenderung dengan profesion tarian daripada berlakon. Dia menyertai dua program realiti seperti Jhalak Dikhla Jaa dan juga Big Boss. Shamita terlibat dengan projek interior design dan charity program kakak dia.

3. Jugal Hansraj 

Berbeza dengan rakannya yang lain, Jugal sebenarnya dah berlakon masa dia kecil dalam movie Masoom tahun 1983 bersama Naseerudin Shah dan Shabana Azmi. Lepas movie Masoom, ada 4 lagi movie dia berlakon iaitu Karma (1986), Sultanat (1986), Aa Gale Lag Jaa (1994) dan Papa Kehte Hain (1995) sebelum dia famous dengan Mohabbatein. 

Image result for jugal hansraj

Dalam movie Mohabbatein, Jual memegang watak Sameer yang sweet dan boy-next-door di Kolej Gurukul. 

Related image

Lepas movie Mohabbatein ada juga movie-movie lain tapi cuma sebagai pelakon extra je sebab Jugal lagi minat buat kerja belakang tabir. Fun fact, lagu-lagu dalam Kuch Kuch Hota Hai semuanya hasil buah tangan Jugal. 

Julai 2014 Jugal dah berkahwin dengan Jasmine Dhillon dan sekarang ada dua cahaya mata hasil perkahwinan dia. Jugal antara director/producer di Bollywood. 

Related image

4. Kim Sharma

Memegang watak glam Sanjana/Sanju dalam Mohabbatein yang jatuh cinta dengan Sameer sesuai dengan personaliti Kim di luar. Kim ialah seorang model sebelum debut dalam movie Mohabbatein. Actually dia ada berlakon sebagai extra dalam movie Darr (1993) so dia dah kenal SRK sebelum Mohabbatein lagi.


Lepas Mohabbatein, Kim ada terima beberapa tawaran berlakon tapi semua movia dia berlakon flop di box office. Tahun 2010 Kim berkahwin dengan seorang businessman Kenya, Ali Punjani. Pada tahun 2011 Kim mengumumkan kepada media untuk berhenti berlakon sebab karier lakonan dia agak teruk. Dia nak fokus dengan keluarga dan lebih bahagia menjadi isteri sepenuh masa. 

Related image

Selepas bercerai pada tahun 2017 sebab suami dia curang, Kim balik ke India meninggalkan business hotel dan rumahnya di Kenya. Dia join Big Boss dan bercinta dengan pelakon muda, Hashvardhan Rane. Tak pasti dia akan kembali berlakon ataupun focus dengan business fashion dia. 

5. Jimmy Sheirgill

Watak Karan yang pemalu dilakonkan oleh Jimmy Sheirgill menaikkan nama Jimmy di Bollywood dan juga di Punjab bermula tahun 2005. Selain aktif berlakon di Bollywood, Jimmy juga merupakan pelakon kesayangan Punjab sehingga sekarang. 

Image result for jimmy shergill

So far, Jimmy dah berlakon dalam 50 buah filem di Bollywood dan mempunyai beberapa movie yang hit di box office seperti Haasil, Munnabhai M.B.B.S, A Wednesday, Tanu Weds Manu dan lain-lain. 

Selain berlakon, Jimmy juga menjadi produser untuk movie-movie Punjabi yang akan diterbitkan dari production house dia, Jimmy Shergill Productions bermula tahun 2011.  Ada 4 movie yang diterbitkan di bawah production house JSP sejak tahun 2011 sehingga tahun 2013. 


Pada tahun 2002, Jimmy berkahwin dengan kekasih lama dia, Priyanka Puri dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Veer Shergill. Jimmy dan Priyanka dikatakan bercinta selama 5 tahun sejak tahun 1996 dan pertama kali berjumpa di perkahwinan sepupu Jimmy di Delhi. Walaupun bercinta jarak jauh, Jimmy-Priyanka bertahan dan putuskan untuk berkahwin dalam majlis perkahwinan tertutup dan masih bertahan sehingga sekarang.

Related image

6. Preeti Jhangiani

Sebelum memegang watak Kiran yang setia dan jatuh cinta kepada Karan, Preeti memulakan karier lakonan dia dengan 3 movie berbeza bahasa iaitu Malayalam, Tamil dan Telugu pada tahun 1999. Dia mula berlakon di Bollywood dalam movie Mohabbatein dan meneruskan perjalanan karier dia sehingga 2013.


Preeti juga sama seperti Jimmy banyak mendapat tawaran berlakon di Bollywood dan dalam masa yang sama berlakon dalam movie Punjabi, Urdu, Kannada, Malayalam, Telugu, Bengali, Rajashtani dan juga Tamil. Walaupun lakonan dia kurang mendapat perhatian tapi Preeti pernah memenangi anugerah untuk lakonan dia. 

Image result for Preeti Jhangiani family

Sama macam Kim, Preeti berkahwin dengan Parvin Dabas yang juga seorang pelakon dan model. Hasil perkahwinan mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Jhaiver yang lahir pada tahun 2011 dan Dev lahir pada 2016.

Image result for Preeti Jhangiani 2018

2017 dia kembali berlakon selepas sekian lama hilang dari dunia lakonan sebab fokus dengan keluarga kecil dia tapi dia cuma muncul dalam beberapa iklan dan menjadi model since tak perlukan masa yang lama dan berjauhan dari anak-anak dia. 

Lepas 18 tahun, perjalanan karier pelakon-pelakon ni ada yang turun dan naik but whatever it is, they surely have learn a lot from Mohabbatein. 

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Lainnya semua, Jimmy Sheirgill juga masih hot sampai tua, hehe. Dulu suka Kiran tu, ayu sangat, hihihi. Tetiba rasa nak tengok Mohabbatein balik.

    ReplyDelete
  2. Dulu masa movie nie tengah meletup akak suka pada Samir sebab dia hensem.. Sanju pulak masa tue akak ingatkan dia nie adik pada pelakon hollywood, dah lupa nama tp dia pelakon utama dalam drama 'Friends'.. movie nie memang best of the best..

    ReplyDelete
  3. Suka lagu-lagu dalam filem ni...

    ReplyDelete
  4. Antara movie yg pling CR suka. Lagu2 semua best. Jimmy Sheirgill maintain handsomeeee. 😍😍

    ReplyDelete
  5. wah..terbaiklah...dah lama x tahu pun perkembangan dieornag skrg nie

    ReplyDelete
  6. sygnya kebanyakan daripada diaorg mcm dh tak aktif berlakon kn...tp ada jgk yg meletup n ada yg lbh selesa berada di belaknag pentas
    mmg tak blh nk kalahkan lagend yg ada dlm filem tu yek...

    ReplyDelete
  7. Jimmy Sheirgill still handsome, rasa nak tengok Mohabbatein balik laa ������

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger


    ReplyDelete
  8. minat sungguh dengan lagu-lagu mohabbatein nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)