Sunday, 8 October 2017

Kelas Makeup Kak Erin

Godek folder gallery terjumpa gambar pergi kelas makeup. Masa tu saja ikut kawan join kelas makeup ni since kawan yang ambil dari rumah, jadi driver bawak datang kelas ni so I don't have ANY problem to join at all. Lagipun saja nak join mana tau boleh jadi acah MUA pulak lepas ni kan? Sebab MUA yang dijemput bukan calang-calang orang tau. Dia selalu solekkan selebriti macam Niena Azman, Uqasha Senrose, Amy Mastura & others. Kalau dekat luar, nak join kelas Kak Erin ni cecah RM300, dekat kelas One United Nation ni, free of charge je. Rugi la kalau tak ikut belajar sekali.




Kelas makeup ni cuma ajar yang basic je tapi nak apply yang basic tu pun jenuh jugak lah salin notes & rakam video sebab banyak teknik yang Kak Erin tunjuk. And my oh my, Iolls baru tahu kena ada at least 25 batang brush untuk apply makeup dekat muka. Yang sekarang ni ada 6 batang pun tak terguna. Tu baru brush belum lagi sponge and blenders semua. T.T



Lepas join kelas ni rasa malas nak jadi MUA sebab perlukan ketabahan yang tinggi. Dua jam untuk basic, kau rasa? Kalau tadah muka dekat orang untuk makeup pun confirm tertidur sebab nak blend bagi cantik pun ambil masa tau.


For those yang nak belajar makeup dengan Kak Erin Omar ni, boleh terjah FB dia (Kelas Makeup Ein Omar). Kelas makeup Kak Erin ni bukan ajar je tapi siap bagi sijil yang you guys dah mampu makeupkan orang. Dari basic ke advance. Lepas belajar confirm letops macam selebriti uolls.

2 comments:

  1. cikyan tak pnah msuk kelas mekap.. dlu penah skali je kat kolej.. tu pon sbb tpaksa.. tp sbnrnya best jugak sbb dpt blajar skrub muka bagai.. sesekali best jugak kn.. kelas mcm ni sbnrnya bagus la kan utk cikyan yg xpndai mekap ni.. hahaha

    ReplyDelete
  2. bestnya.rabia tak masuk lagi kelas makeup ni.kawan rabia mua tau.boleh lah try masuk kelas makeup dia nnti.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...