Lumrah Cinta Malang - Bukan Syurga Pilihan Paparkan Realiti Perkahwinan Penuh Kehancuran

Wednesday 28 December 2022

Astro Prima membawa pertaruhan terkini mereka dalam sebuah drama adaptasi novel iaitu ‘Bukan Syurga Pilihan’, menampilkan kisah seorang wanita yang sering terperangkap dalam perkahwinan yang penuh onak duri. Slot Tiara kali ini memberi penekanan terhadap isu penderaan domestik serta kesannya terhadap sesebuah hubungan suami isteri yang pada awalnya dibina atas kasih sayang.

Penceritaan 40 episod ini memaparkan kehidupan Tihani yang sedang hangat dilamun cinta bersama Zaid yang menjanjikan bahagia buat selamanya. Janji manis ini mungkir apabila Zaid yang rupanya seorang kaki pukul melafazkan talak tiga ketika mereka sedang bergaduh. Tihani kemudian didatangi Megat Ariff yang ingin meminangnya, tanpa mengetahui yang Megat Ariff juga sedang melarikan diri daripada dikahwinkan dengan Sofea, gadis pilihan ibunya Dato’ Ilya.

Perkahwinan yang pada awalnya tiada apa-apa makna, kemudian dihadiri perasan cinta. Namun malang buat Tihani, perkahwinan kedua ini turut dipenuhi onak duri apabila diganggu oleh Zaid dan Sofea yang merancang untuk menjatuhkan Tihani dengan pelbagai khianat. Dalam mengejar kebahagiaan dalam hubungan perkahwinannya, Tihani sekali lagi terperangkap dalam kehidupan yang lebih sengsara apabila Megat Ariff sendiri mempercayai fitnah mengenainya dan berubah menjadi kasar.

Drama ini merupakan hasil arahan pertama pelakon Ungku Ismail Aziz dalam slot Tiara yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Gantung’ oleh AH Clans di samping menjadi salah satu pelakon utama bersama-sama dengan Nadiya Nisaa sebagai Tihani, Fezrul Khan sebagai Zaid, Aishah Ilias sebagai Sofea dan Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Megat Ariff, Dato’ Ilya. Runut bunyi untuk drama rantaian ini termasuk lagu ‘Tersakiti’ oleh Fai Ramli yang dihasilkan oleh KRU Music. 

‘Bukan Syurga Pilihan’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 2 Januari 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Prima

“Drama slot Tiara kami sentiasa menjadi penungguan para penonton yang minat akan penceritaan yang dramatis. Untuk menyambung slot ini daripada bahang ‘Jesnita’, kami bawakan drama bersiri bertajuk ‘Bukan Syurga Pilihan’ dengan plot yang lebih mengasyikkan. ‘Bukan Syurga Pilihan’ memaparkan kisah seorang wanita yng kehidupannya dibelenggu keperitan dalam perkahwinan.

Dalam melepaskan diri daripada hubungan yang terselit penderaan domestik, dia berkahwin dengan lelaki yang tampan serta kaya mengikut kehendak bapanya. Namun, perkahwinan keduanya juga menjadi sengsara apabila dalang-dalang daripada hubungan lampaunya kembali menggugat kehidupannya.

Drama ini merupakan adaptasi novel hasil nukilan AH Clans yang dibintangi pelakon-pelakon hebat yang kami pasti ramai akan teruja. Kemunculan Nadiya Nisaa sebagai watak utama bukan sahaja memberi aura baharu dalam slot Tiara kami, namun pembawaan karakter Tihani juga menunjukkan mengapa dirinya antara pelakon wanita dramatis yang disegani ramai. Gandingannya bersama Ungku Ismail Aziz membuktikan betapa menakjubkan chemistry mereka.

Tambahan lagi, Ungku Ismail Aziz juga mengarah drama pertama untuk slot Tiara Astro Prima. Malah, kami juga meminta dia menerajui watak Megat Ariff kerana kami percaya bakat yang dimilikinya akan melonjakkan lagi naskah ini dengan ekspresi yang tepat, setanding dengan apa yang kami inginkan daripada watak tersebut.

Kami berharap drama ini bukan sahaja dapat memenuhi hati para penonton dengan lakonan hebat oleh barisan pelakonnya tetapi juga dapat memberi pengisian mendalam dan pengajaran berimpak tinggi kepada para penonton.”

Ungku Ismaiz Aziz - Pelakon & Pengarah Drama ‘Bukan Syurga Pilihan’


“Drama ini menceritakan tentang seorang perempuan yang pertama kali jatuh cinta dengan seorang lelaki yang dia percaya boleh bawakan kebahagiaan. Tetapi rupanya dia bertemu keperitan di mana ia berlanjutan sehingga hubungan itu menjadi lebih teruk.

Pada awalnya saya memberitahu pihak MIG dan stesen televisyen yang saya hanya ingin mengarah drama ini tetap mereka harap saya berlakon sekali jadi saya menunaikan hasrat mereka dan mengambil peluang ini untuk membuat latihan dan timba pengalaman.

Sebagai pengarah, saya perlu mengawal pasukan kerja, mengambil kira semua perkara dan mendapatkan kesepakatan pasukan kerja. Cabaran apabila menjadi pengarah dan pelakon pula, saya perlu lepaskan ‘pengarahan’ saya kepada team bila saya perlu berlakon. Pertukaran pengarah kepada pelakon itu adalah satu cabaran kepada saya tetapi inilah yang saya ingin buat.

Rakan-rakan pelakon yang lain sangat membantu dalam saya menjadi pengarah untuk drama ini cumanya drama ini membabitkan chemistry yang huru hara. Plot ceritanya agak taboo yang saya rasa sesetengah orang akan berasa teruja dan pada masa yang sama, mereka akan rasa ‘annoying’. Nadiya Nisaa adalah pelakon yang saya ingin bekerjasama dan menerusi drama ini, kami dapat berganding sebagai watak utama.

Drama ini mempunyai banyak pengisian tentang masalah rumah tangga terutamanya penderaan domestik yang saya pasti akan memberi sedikit pengajaran kepada para penonton. ‘Bukan Syurga Pilihan’ juga merupakan drama pertama yang saya dapat berlakon dan juga mengarah jadi saya harap para penonton dapat menyokong sepenuhnya pada setiap episod.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘BUKAN SYURGA PILIHAN’

Tihani Zahira - Nadiya Nisaa

Megat Ariff - Ungku Ismail Aziz

Zaid - Fezrul Khan

Sofea - Aishah Ilias

Dato' Ilya - Azizah Mahzan

LOGLINE DRAMA ‘BUKAN SYURGA PILIHAN’

Tihani yang baru bercerai berkahwin dengan Megat Ariff hanya untuk mengetahui bahawa kehidupan baharunya dengan Megat Ariff menempah masalah yang lebih teruk daripada perkahwinan pertama apabila bekas suaminya, Zaid mengganggu perkahwinannya serta Sofea yang nekad ingin menjadi isteri Megat Ariff.

SINOPSIS DRAMA ‘BUKAN SYURGA PILIHAN’

Bahtera perkahwinan Tihani dan Zaid karam apabila Zaid menceraikan Tihani. Tihani yang kini menjanda tidak sangka apabila dia dipinang Megat Ariff. Atas saranan bapanya, Tihani bersetuju untuk bernikah dengan jejaka kaya dan tampan tersebut yang juga merupakan pelanggan syarikatnya.

Namun tanpa pengetahuan Tihani, Megat Ariff sebenarnya bersetuju untuk berkahwin dengannya supaya dia tidak perlu berkahwin dengan Sofea; gadis pilihan ibunya, Dato’ Ilya. Penyatuan Tihani dan Megat Ariff yang pada awalnya mempunyai niat yang berbeza, telah hadir cinta. Megat Ariff semakin sayang pada Tihani dan mula ingin meneruskan perkahwinan dan melangsungkan tugasnya sebagai suami tetapi keadaan menjadi sukar apabila bekas suami Tihani yang gila talak sering mengganggu mereka. Dato’ Ilya juga meminta Sofea untuk terus menggoda Megat Ariff dan memfitnah Tihani sehingga anaknya terkesan.

Awal bulan haritu balik ke Sabak Bernam sebab nak celebrate birthday Bangchik, so kitorang plan nak beli Indulgence dekat Secret Recipe Sungai Besar memandangkan SR dekat Sabak Bernam dah tutup. Adik dah pesan nak kek Chocolate Indulgence maka ke sana lah menapaknya. 

Tak sangka pulak Secret Recipe dah buat makeover dan tambah lot kedai. Sebelum ni Secret Recipe Sungai Besar guna 1 unit je tapi kali ni dah bertambah jadi 2 unit. Makin ramai lah boleh makan-makan dekat dalam restoran ni. Even interior dia pun nampak moden. 



Nak ambil gambar sudut lain tapi ramai pulak customer tengah makan siap aada anak kecil so ambik gambar yang ni je lah haha


Plan asalnya nak beli whole cake Chocolate Indulgence tapi rambang mata pulak so kitorang beli ikut slice je. 6 slice Chocolate Indulgence, 2 slice White Chocolate Macadamia, 4 slice Milo Cheesecake, 1 slice Chocolate Odyssey. Yang satu slice tu saja nak habiskan sebaba kesian tengok dia duduk sorang-sorang dalam freezer display tu. 

Dekat sebelah kanan Secret Recipe ni ada Hokkaido Cheesetart, kalau nak order pun staff SR jugak yang attend. Masa beli ni tengah ada promo beli 5 percuma 1 tapi I beli 2 je tart telur biasa sebab takut tak habis. Mana dengan kek lagi, tart pulak, kek kukus lagi, main dish my mom masak lagi. Banyakkkk!


Alang-alang dah datang Secret Recipe, order lah Boba Signature Fruit Tea ni sebab selalu minum dekat Chizu sedap, sekali minum yang SR punya dah geleng kepala. Diorang tak pandai buat sebab air dia jadi pahit. Menyesal betul beli sebab dah berbelah bahagi nak beli Boba Milk Tea ataupun Fruit Tea. Haihhhh malang betul. 


As for Milo Cheesecake, tak happy dekat tekak I tapi adik-adik suka dengan rasa dia. Mungkin diorang peminat tegar Milo jadi rasa tu sedap je di lidah memasing. 


Nasib baik lah beli Chocolate Indulgence dengan White Chocolate Macadamia tu, tak ada la rasa sedih sangat sebab aada kek yang diterima tekak. Btw, Chocolate Indulgence dah taak sama macam dulu ek, baca dekat Twitter ramai yang kata rasa dia dah tak sama sebab SR opt to cheaper ingredients so rasa pun dah lari sikit. 

Movie Review | Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022)

Tuesday 27 December 2022


Director : Rian Johnson
Writer : Rian Johnson 
Cast : Daniel Craig, Edward Norton, Janelle Monáe, Kathryn Hahn, Leslie Odom Jr., Jessica Henwick, Madelyn Cline, Kate Hudson, Dave Bautista  
Production Company : T-Street
Distributor : Netflix
Genre : Mystery  
Running Time : 139 minutes
Release Date : 10 September 2022 (TIFF), 23 November 2022 (United States), 23 December 2022 (Netflix) 
Trailer :


Sekuel kepada Knives Out (2020) yang berlatarkan pandemic Covid-19 di mana menyebabkan Detektif Blanc (Daniel Craig) hilang kerja dan habiskan masa main game dalam bath tub rumah sewanya. Tuah datang kepadanya bila sebuah kotak kayu muncul di hadapan pintu beserta kad jemputan ke sebuah pulau ciptaan Miles (Edward Norton). 

Miles sebenarnya menghantar jemputan kepada 5 orang kawan baiknya yang mula berkawan sejak bertemu di bar Glass Onion. Birdie Jay (Kate Hudson), pelakon terkenal Hollywood, Claire Debella (Kathryn Hahn), gabenor Conneticut yang akan bertanding untuk senator Amerika, Lionel Toussaint (Leslie Odom Jr.), ketua saintis di Alpha, syarikat teknologi kepunyaan Miles dan juga Duke Cody (Dave Bautista), social media influence di Twitch dan Youtube. Miles juga menghantar jemputan kepada Andi Brand (Janelle Monáe), kawan baik Miles dan salah seorang founder Alpha. 


Jemputan terhadap Blanc pula adalah secara tak sengaja namun Miles berbesar hati bila detektif tersebut hadir ke pulaunya kerana dia sudah menyediakan game murder mystery sepanjang weekend. Selain spend time dengan semua tetamu, Miles nak show off pulau yang diperbuat dari Klear, a hydrogen-based alternative fuel yang akan dilancarkan pada minggu hadapan dengan kehadiran ramai figura ternama. 

Game murder mystery yang dirancang gagal kerana Detektif Blanc dah dapat selesaikan dalam masa 5 minit saja sedangkan Miles laburkan duit yang banyak sebagai upah kepada pencipta game tersebut. Namun tragedy berlaku apabila salah seorang dari mereka diracun sehingga meninggal dunia. Siapakah pembunuh tersebut, kena tengok sendiri lah di Netflix. 


Lepas tengok filem Knives Out yang pertama seharusnya ada expectation yang lebih tinggi untuk sekuel. Lagipun genre misteri adalah salah satu genre kesukaan I maka excited lebih bila Netflix tayang sekuel pada awal bulan Disember 2022. Kagum betul tengok babak di mana semua watak bekerjasama buka kotak kayu yang dihantar oleh Miles. Bukan saja bijak malah cantik juga seni pembuatannya. 

Pulau kepunyaan Miles juga menarik dengan sistem anti-smoking, seni bina setiap ruang dan juga glass onion yang diletakkan di bahagian tengah pulau. Sebagai orang biasa, Glass Onion adalah bar tempat mereka semua berjumpa tapi pada perspektif Blanc, lain pula tafsirannya. 


‘I like the glass onion, as a metaphor. An object that seems densely layered, but in reality, the centre is in plain sight. Your relationship with these people may seem complex, but looking at what you've done this weekend, it's crystal clear. You've taken seven people, each of whom has a real life reason to wish you harm, gathered them together on a remote island, and placed the idea of your murder in their heads. It's like putting a loaded gun on the table, and turning off the lights.’ – Benoic Blanc

Silap besar sebenarnya Miles jemput Detektif Blanc sebab semua misteri yang ada dia boleh selesaikan dalam masa singkat. Menariknya naskhah Knives Out 2 bukan mengajak kita untuk selesaikan siapa pembunuh tapi untuk tengok karakter sebenar setiap watak bila dalam situasi terdesak. Boleh tengok juga macam mana manipulasi memainkan peranan dan perdayakan otak manusia.


‘Listen, I want to be clear. I am not Batman. I can find you the truth, I can gather evidence, I can present it to the police and the courts, but that is where my jurisdiction ends.’ – Benoit Blanc

Naskhah Knives Out sengaja ditayang pada waktu Krismas supaya boleh perdayakan penonton yang jelak dengan naskhah cinta tipikal pada musim Krismas. My expectation was too high so I blame myself for that. Menyampah dengan watak stranger yang muncul tiba-tiba dan lawak salah sebut nama yang lapuk. Sekuel bukannya berkisar kepada whodunnit tapi whydunnit and maybe that ruined the fun. Tskkk

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.8/10

Movie Review | Bullet Train (2022)

Sunday 25 December 2022


Director : David Leitch
Writer : Zak Olkewicz 
Cast : Brad Pitt, Joey King, Aaron Taylor-Johnson, Brian Tyree Henry, Andrew Koji, Hiroyuki Sanada, Michael Shannon, Benito A. Martínez Ocasio, Sandra Bullock  
Production Companies : Columbia Pictures, 87North Productions
Distributors : Sony Pictures Releasing, Netflix
Genre : Action / Black Comedy
Running Time : 126 minutes
Release Date : 18 July 2022 (Grand Rex), 5 August 2022 (United States) 
Trailer :


Ladybug (Brad Pitt) ditugaskan untuk mengambil briefcase berwarna silver dalam sebuah bullet train dari Tokyo menuju ke Kyoto. Ladybug dibantu oleh Maria Beetle (Sandra Bullock) menerusi telefon bimbit. Tugas tersebut sepatutnya dilaksanakan oleh Carver (Ryan Reynold) tapi dia sakit perut. 

‘Ladybug? Really? Oh, I see what you’re doing. Ladybugs are supposed to be lucky. My bad luck is biblical. I’m not even trying to kill people and someone dies.’ - Ladybug

Dalam bullet train itu juga ada pembunuh kembar – Lemon (Brian Tyree Henry) dan Tangerine (Aaron Taylor-Johnson) yang ditugaskan untuk menjaga briefcase silver dan bawa pulang anak lelaki tunggal The White Death (Michael Shannon). 

The White Death merupakan orang Rusia yang menjadi ketua yakuza paling kejam di Tokyo dan tak ada siapa berani kacau. Sementara Lemon dan Tangerine fikir cara untuk pastikan mereka tidak dibunuh oleh The White Death kerana gagal dalam misi tersebut, Ladybug berdepan dengan The Wolf (Benito A. Martinez Ocasio) yang ingin balas dendam terhadap kematian isterinya. 

Di gerabak lain, Yuichi Kimura (Andrew Koji) berjumpa dengan The Prince (Joey King) yang telah menolak anak lelakinya dari tingkat atas bangunan tinggi. Sepanjang perjalanan kesemua pembunuh upahan ini menggunakan masa yang singkat di dalam bullet train untuk selesaikan misi masing-masing dan selamatkan diri juga sebelum sampai ke stesen terakhir di Kyoto.

Naskhah black comedy thriller ini diadaptasi oleh novel Maria Beetle (Bullet Train) yang dikarang oleh Kōtarō Isaka dan diterbitkan pada tahun 2010. Kalau black comedy dah boleh agak ada babak gore tambah pula menggunakan watak pembunuh-pembunuh upahan yang diupah oleh yakuza. 

Walaupun naskhah Bullet Train ada banyak dialog perbualan seperti Ladybug dengan Maria ataupun Lemon dan Tangerine tapi semuanya kelakar dan mempunyai flashbacks menarik.  The Prince tak banyak bercakap tapi licik dan kejam. Nasib baik semua pembunuh upahan ni cuma membunuh sesama mereka dan tak bahayakan nyawa orang awam atau staff keretapi tersebut. Macam mana I enjoy tengok Deadpool 2 (2018), macam tu juga lah I enjoy layan Bullet Train kerana hasil sutradara pengarah yang sama.

‘Do you know what they call a ladybug in Japan? Tentoumushi. As a boy, I was told there is a spot on its back for each of the seven sorrows of the world. You see, tentoumushi is not lucky. It holds all the bad luck so that others may live in peace.’ – The Elder (Hiroyuki Sanada)

Ada plot twist yang boleh dijangka tapi menarik bila dipaparkan dan ada juga yang mengejutkan. Action stunt yang dipaparkan menambahkan lagi impak pada cerita berkisarkan dunia yakuza. Sinematografi dari Jonathan Sela menghidupkan lagi suasana kotaraya Jepun yang dipenuhi lampu neon dan teknologi tinggi. 

Dari awal sampai ke penghujung cerita tak rasa bosan layan Bullet Train nak pula bila ada cameo dari pelakon-pelakon ternama dengan dialog yang kelakar. Mungkin ada reference atau homage yang diselitkan pada dialog atau props sebab ada part yang tak dapat nak tangkap. Masa Lemon sembang pasal Thomas pun layan gitu je sebab tak tengok kartun tu. But it’s not that heavy lah, cuma kalau kita layan benda yang dia sembang tu jadi lebih menarik. 

Pendek kata filem Bullet Train antara naskhah black comedy yang wild and fun to watch though I’m expecting a longer cameo from Ryan Reynold hshshs

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10

Movie Review | Sayap Sayap Patah (2022)


Pengarah: Rudi Soedjarwo 
Penulis Skrip: Monty Tiwa, Eric Tiwa, Alim Sudio 
Pelakon : Nicholas Saputra, Ariel Tatum, Poppy Sovia, Iwa K., Edward Akbar, Aden Bajaj
Syarikat Produksi: Maxima Pictures, Denny Siregar Production 
Pengedar : Netflix
Genre : Drama / Aksi 
Durasi Tayangan : 110 minit
Tarikh Tayangan : 18 Ogos 2022
Trailer :


Filem Sayap Sayap Patah diangkat dari kisah benar yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan pengganas merusuh. Naskhah yang bertemakan sekumpulan polis di jabatan anti-terrorism, Datasemen Khusus 88 (Densus 88) menjejak Murod (Edward Akbar) yang dipercayai membunuh undercover police mereka. 

Kerana Murod ditahan lalu dibawa ke Jakarta, ibu pejabat polis Surabaya diancam serangan bom berani mati lantas mengorbankan dua orang polis dan juga orang awam yang berada di situ. Komander Aji (Nicholas Saputra) bertindak untuk segera menjejak keberadaan Leong (Iwa K.), ketua pengganas di kawasan tersebut. 

Kerana berita tragis tersebut juga, isterinya Nani (Ariel Tatum) semakin tertekan hingga menyebabkan keadaan kandungannya berisiko tinggi. Nani membentak ingin pergi ke Jakarta kerana Surabaya berbahaya untuk dia. 

Naskhah Sayap Sayap Patah dibikin dengan harapan generasi muda sedar tentang pengorbanan anggota polis yang ditugaskan untuk membanteras jenayah pengganas. Modus operandi sama seperti ekstremis agama yang lain di mana mereka akan mengorbankan ahli keluarga atau orang awam atas nama perjuangan untuk ke syurga. Sama seperti Leong yang menghasut Rosyid (Aden Bajaj) untuk korbankan anak buahnya di balai polis Surabaya. 

Perasaan ahli keluarga barisan hadapan negara dipaparkan dengan baik oleh Ariel menerusi Nani bila dia menjerit ‘mau siapkan selimut atau kain kapan’ untuk suami dia sebab setiap hari Aji akan hilang. Ada pun sekejap saja di rumah. Plan yang dia rancang belum tentu lagi menjadi walaupun cuma bersiar di taman pada waktu petang. 

Boleh kata penulis berjaya hidupkan elemen melodrama melalui pasangan muda yang baru ingin membina keluarga. Bukan mudah untuk barisan hadapan pertahankan negara, sama juga ahli keluarga mereka. Sebak bila dengar isteri mangsa letupan menangis ‘aku pikir aku sudah siap’ kemudian rangkul erat si anak. Tak ada sesiapa pun yang kuat terima berita kematian orang tersayang.Masa Aji cakap dia perlukan Nani untuk temankan dia tu rasa sayu hati tengok sebab dia baru hilang kawan-kawan depan mata, tiba-tiba isteri dengan anak pun nak pergi mengejut. Dia pun tak kuat, dia pun takut jugak.

Walaupun mesej yang disampaikan kuat dengan barisan pelakon utama dan sampingan yang bagus namun skrip filem ini terbatas. Genre kedua naskhah Sayap Sayap Patah adalah aksi tapi tak banyak pun aksi yang dipaparkan oleh peran utama, Komander Aji selain ambush lokasi rahsia Leong itupun tak ambil masa yang lama sebab musuh tak bersedia. 

Tak faham juga kenapa Aji, Ruslan (Ariyo Wahab) dan Gendis (Poppy Sovia) pergi ke tingkat bawah sedangkan tak cukup senjata dan manpower untuk kawal kumpulan pengganas tersebut. Sepatutnya lari keluar kemudian call minta backup melainkan pengganas sudah halang pintu keluar. Memang ini diinspirasi dari kisah benar tapi olahan Rudi Soedjarwo buatkan klimaks filem ini tampak lemah. 

Keputusan Aji pun nampak merepek juga sebab dia kata nak balik dah tapi dia stay sampai malam soal siasat Murod sedangkan AKP Sadikin (Nugie) dah bagi izin untuk teman isteri di hospital. Dah boleh start paternity leave. Lainlah kalau rusuhan tu terjadi masa dia tengah berbincang dengan AKP, boleh faham lah kenapa dia stay. 

Masa skuad khas masuk pun nampak merepek sebab tempat rusuhan tu berlaku di ibu pejabat yang mana selok-belok bangunan tu AKP dah tahu. Lagi satu, kenapa tak arahkan sniper untuk shoot on sight when dealing with terrorist? Macam Leong tu cakap terrorist ni dari awal diorang join perjuangan tu pun diorang dah siap untuk mati jadi bagi kata dua untuk menyerah adalah benda merepek. 

Nevertheless, Sayap Sayap Patah ada isinya cuma olahan saja lemah kerana terlampau fokus pada drama yang tak perlu. Mungkin sebab I dah biasa tengok filem bertemakan terrorist dari Bollywood so my expectation a bit high.  

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Movie Review | Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019)

Saturday 24 December 2022


Pengarah: Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim
Penulis Skrip: Haji Burhanuddin Md Radzi, Hajah Ainon Ariff 
Dubber: Asyiela Putri Bt Azhar, Muhammad Fareez Daniel, Muhammad Musyrif Azzat, Rufaidah Bt Mohamed Fadzil, Tang Ying Sowk, Andhika Astari, Irfan Fahim Bin Mohd Irman
Syarikat Produksi: Les' Copaque Production 
Pengedar : Golden Screen Cinemas, Netflix  
Genre : Pengembaraan / Aksi  
Durasi Tayangan :  minit
Tarikh Tayangan : 21 Mac 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei), 26 April 2019 (Vietnam), 9 Mei 2019 (Indonesia), 28 Ogos 2019 (Filipina), 9 November 2019 (Los Angeles)
Trailer :


Filem animasi pertama yang berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila dihantar ke Oscar ke 92, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal membawa peminat animasi bersiri Upin dan Upin beserta rakan-rakannya mengembara ke zaman Kesultanan Melayu di negari Inderaloka. Bila tahu nama tempat tu Inderaloka automatik teringat franchise filem Suatukala. 

Pengembaraan mereka bermula gara-gara Tok Dalang (H.J. Burhanuddin) minta Upin (Asyiela Putri Bt Azhar) dan Ipin (Asyiela Putri Bt Azhar) kemas stor bawah rumah kemudian terjumpa koleksi keris lama yang dibeli di pasar. Ada satu keris yang menarik perhatian beradik kembar tersebut kerana peti yang menyimpan keris itu bergegar. Mail cuba untuk ambil dari pelantar tapi ternyata keris tersebut sangat berat. 

Anehnya bila Upin dan Ipin yang ambil, keris tersebut jadi ringan. Di kepala keris tersebut ada tulisan jawi ‘Dua sinar sebagai petanda. Hilang gelap, datang cahaya’. Disebabkan kalimat tersebut, mereka semua dibawa masuk ke alam Inderaloka. Upin, Intan Payung (Muhammad Fareez Daniel), Jarjit dan Mei Mei (Tang Ying Sowk) terjumpa Mat Jenin sementara Ipin, Fizi (Rufaidah Bt Mohamed Fadzil), Susanti (Andhika Astari) dan Mail (Muhammad Musyrif Azzat) yang jatuh di kawasan lain berjumpa dengan Belalang (Irfan Fahim Bin Mohd Irman) ketika diserang oleh Reriang. 

Dalam pengembaraan Upin dan Ipin di Inderaloka, bukan saja mereka perlu mencari jalan pulang ke dunia mereka malah mencari jalan untuk selamatkan Inderaloka dari cengkaman Raja Bersiong (Ahmad Mawardi Bin Abdul Rahman). Uniknya dalam filem animasi ini Les Copaque ketengahkan watak kisah dongeng rakyat seperti Tanggang, Mat Jenin, Bawang Putih Bawang Merah, Raja Bersiong, Batu Belah Batu Bertangkup dan Nujum Pak Belalang. Memang wajar lah nama-nama ini diangkat kerana semakin lapuk ditelan zaman. 

Bukan saja visual yang menarik seperti pekan Inderaloka, kedai Pisang Salai Mak Deruma atau Pulau Angan Makanan malah lagu-lagu yang didendangkan juga enak didengar seperti lagu Keris Sakti ataupun lagu Buai Laju-Laju yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri. Merdu sangat suara Ernie, beruntung betul anak dia selalu dengar suara sedap mak masa dodoikan. 



Action stunt yang diketengahkan dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal memang menarik sampai tak berkelip mata tengok masa Siamang berlawan dengan Raja Bersiong. Cuma terkejut lah tengok avatar Siamang tu sebab hilang terus raja yang kacak bergaya tu. Tak pasti kenapa penulis pilih siamang sebab tak ada diceritakan kenapa haiwan tersebut yang diangkat sebagai ikon kepada Inderaloka. Lebih menarik kalau ada simbolik atau kelebihan siamang. Nak kata siamang paling kuat pun tak mampu juga dia nak lawan reriang. Nampak reriang lebih kuat dan banyak kelebihan dalam pertarungan. 

Filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ini diterbitkan selepas 10 tahun filem pertama, Geng : Pengembaraan Bermula (2009) ditayangkan dan menelan belanja sebanyak RM20 juta. Tak hairan lah penerbit sanggup berbelanja banyak kalau hasilnya memuaskan. Masuk pula dekat Netflix, makin ramai lah yang boleh ulang tayang sementara filem animasi ketiga pula keluar. Dekat credit scene, Raja Inderaloka dapat surat dari Puteri yang sedang bertarung dengan raksasa jadi besar kemungkinan filem Puteri pula akan keluar dalam masa terdekat. Sama ada Upin dan Ipin akan buat cameo tu tak pasti lah pulak tapi kemungkinan tu tinggi. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

Movie Review | Blurr (2022)


Director : Ajay Bahl
Writer : Ajay Bahl, Pawan Soni 
Cast : Taapsee Pannu, Gulshan Devaiah, Kruttika Desai Khan, Sorabh Chauhan, Nitya Mathur, Sumit Nijhawan, Abhilash Thapliyal
Production Companies : Zee Studios, Outsiders Films, Echelon Productions 
Distributors : ZEE5  
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 126 minutes
Release Date : 9 December 2022 
Trailer :


Official remake dari filem Spain, Julia's Eyes (2010) arahan Guillem Morales mengisahkan tentang Gayatri (Taapsee Pannu) mencari punca kematian adik kembarnya Gautami. Inspektor Chandel (Sumit Nijhawan) sahkan Gautami meninggal kerana bunuh diri akibat kemurungan walaupun tiada nota yang ditinggalkan. 

Kes akan ditutup kerana tiada langsung tanda pergelutan pada mayat Gautami tapi Gayatri yakin adiknya dibunuh bila dia dapat rasa kehadiran seseorang di rumah tersebut. CD yang dipasang di radio juga bukan lagu kesukaan Gautami seperti yang dia bagitahu pada awal filem. Namun suaminya, Neel (Gulshan Devaiah) minta supaya tutup kes supaya roh dapat bersemadi dengan tenang. 


Neel juga larang Gayatri melakukan perkara yang akan buat dia stress sebab kedua-dua kembar tersebut mempunyai masalah penglihatan yang sama, progressive vision loss dan doktor nasihatkan supaya elakkan stress yang melampau. Tapi Gayatri yakin ada seseorang yang sedang memerhati dan cuba untuk tutup jejak bersama Gautami. Jiran sebelah, Ira (Nitya Mathur) juga sering memerhati tindak-tanduk Gayatri tapi menghindar apabila dia cuba untuk berbual. 

Naskhah Blurr menghidangkan genre thriller dengan misteri yang cuba untuk disembunyikan oleh si pembunuh. Keupayaan watak utama juga bagi kelebihan untuk si pembunuh selangkah di hadapan. Dari awal lagi penulis dah tunjuk kehadiran si pembunuh jadi setiap kali Gayatri panik sebab lelaki tersebut, kita akan tercari-cari siapa. 


Kelebihan Blurr bila pengarah bijak bermain dengan visual yang disetkan kelam untuk menjelaskan lagi keadaan penglihatan Gayatri yang terhad. Hint pun pengarah simpan sampai masanya sampai. 

Walaupun Blurr menarik untuk ditonton namun ada beberapa faktor yang boleh diperbaiki seperti jalan cerita yang kurang logik. Semua sedia maklum bila penglihatan terhad, deria yang lain akan bertambah supaya manusia dapat melindungi dirinya. Kalaupun tak bertambah, sesiapa pun akan terhidu bau Gayatri yang mendengar perbualan sekumpulan wanita buta di pusat pemulihan. Tambah pula bila mereka semua dapat bau lelaki yang bersembunyi di hujung tangga. 


Masa Ira datang berjumpa dengan Gayatri di second half pun menimbulkan tanda tanya juga macam mana dia dapat masuk dan sorok kehadirannya dari pengetahuan si pembunuh. Kuat sangat Gayatri menjerit serupa tak ada hari esok. Cara Gayatri tu macam tak berada dalam situasi tegang pun, masa dia buka bandage pun tak nampak langsung perit buka mata lepas 12 hari tertutup. Smooth je dia buka mata sedangkan ada lampu terang depan dia. Dekat second half juga pengarah terlampau stretch babak Gayatri dengan pembunuh walaupun polis dah sampai. Patutnya cut off je dengan buat polis serbu pembunuh tersebut. 


Kebanyakan watak tak dikembangkan dengan baik sampaikan watak hanya watak dan tak menambahkan impak. Dekat watak Gayatri ada la juga berhubung kait dengan kerjaya dia tapi untuk Gautami, langsung tak nampak gaya seorang pianist terkenal. Plot twist pun tak berjaya mengejutkan, cuma menjawab soalan kenapa watak tersebut bersifat sebegitu di awal cerita. 

Pendek kata Blurr mempunyai idea yang menarik namun lemah pada olahan cerita dan juga skrip yang tak dikembangkan sepenuhnya. Boleh kata cerita tanpa jiwa yang boleh buatkan kita connect dengan konflik masing-masing. Setiap watak ada drama dan konflik tapi tak boleh nak rasa simpati dengan mana-mana pun. Yang penting berjaya habiskan naskhah 126 minit. 


Kalau ada lagu romantik antara Gulshan dengan Taapsee mungkin lebih membuai kot sebab chemistry diorang comel. Masa tengok filem ni perasan juga semua watak sampingan mentioned pasal being invisible. Macam nak simpati tapi macam tak connect dengan cerita.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Movie Review | Code Name: Tiranga (2022)


Director :  Ribhu Dasgupta
Writer :  Ribhu Dasgupta
Cast : Parineeti Chopra, Harrdy Sandhu, Sharad Kelkar
Production Companies : T-Series Films, Reliance Entertainment, Film Hangar
Distributors : Reliance Entertainment, Netflix
Genre : Spy / Action / Drama
Running Time : 134 minutes
Release Date : 14 October 2022
Trailer :


‘They say that the tale of life begins before you are born. Life comes to an end but the tale continues. The battle of survival asks for sacrifice. And there are two kinds of warrior in this battle. One who are allowed to survive and the other who challenge death and survive in the end. The wounds received in love and war never heal.’ – Durga Singh 

Bertemu di Afghanistan, Ismat (Parineeti Singh) bertemu dengan Dr. Mirza Ali (Harrdy Sandhu) dalam sebuah teksi. Mereka berdua mempunyai jalan sehala lantas berkenalan di dalam perjalanan tersebut. Kebetulan mereka berdua dari negara yang sama walaupun Dr. Mirza sudah lama menetap di Afghanistan. 

Tak lama kemudian mereka berdua ambil keputusan untuk berkahwin tapi identiti sebenar Ismat terbongkar di sebuah majlis perkahwinan. Isterinya, Ismat adalah Durga Singh, ejen perisik RAW dan ditugaskan untuk memburu pengganas, Omar Khalid (Sharad Kelkar). Kerana misi RAW gagal, Durga dihantar ke tempat lain manakala Dr. Mirza masih dalam terkejut bukan saja kerana isterinya malah kematian sepupu yang paling rapat. 

Takdir pertemukan Durga dan Mirza sekali lagi di tanah Arab tersebut kerana Durga ditugaskan untuk menghapuskan ejen India yang berpaling tadah. Selepas cedera akibat ditembak, Durga diselamatkan oleh bekas suaminya yang kebetulan berada di kawasan tersebut. 

Penceritaan Code Name : Tirangan hasil penulisan dan juga arahan Ribhu Dasgupta adalah naskhah yang berkisarkan ejen perisik tanpa klimaks yang menarik mahupun twist yang mengejutkan. First half diceritakan dengan kemas kerana kisah cinta Ismat dan Mirza. Chemistry antara Parineeti dan Harrdy nampak menarik onscreen walaupun filem ini beri lebih banyak screentime berbanding debut filem dia sebelum ni, 83 (2021). 

Masuk second half dah mula merepek bila anak buah Omar Khalid tahu keberadaan Durga sedangkan tiada siapa pun dapat hubungi dia. Bukan juga melalui CCTV bangunan atau intel dari undercover. Tahu-tahu dah muncul untuk bunuh Durga. Unless ada babak Omar mentioned Dr. Mirza sebab kantoi Durga berkahwin dengan doktor tersebut. Malangnya tak ada. 

Watak Durga pun nampak lemah bila dia bagitahu Dr. Mirza dia tak pernah kena tembak padahal best agent kot. Lagi padu kalau dia kata dia selalu kena tembak tapi tak sama feel dia bila suami sendiri yang rawat. Entah pandai-pandai la karang ayat berbunga dah kalau bawak masuk love angle dalam genre spy thriller. 

Geleng kepala tengok babak Dr. Mirza menonong lari keluar dari van sebab nak selamatkan isteri padahal sepanjang dalam van, sepanjang Durga dengan Kabir Ali (Rajit Kapur) fight ISI, sepanjang van bergerak ke kawasan selamat, tak buka mulut pula tentang ancaman tu. Benda boleh settle sepanjang masa tu tapi penulis pilih untuk wujudkan drama dengan harapan penonton boleh rasa simpati dengan nasib Durga. 

Sebelum ni Bollywood ada franchise Commando, Tiger dan Zoya, Force dan banyak lagi filem lain yang paparkan tema RAW tapi tak faham kenapa Code Name : Tiranga tak mampu jadi kreatif untuk sorok penggunaan stunt double. Masa dekat first half okay je, pengarah guna karung guni untuk tutup muka ataupun purdah. Tapi bila masuk second half gigih juga nak tunjuk muka Parineeti sampai nampak jelas penggunaan CGI dekat cermin tu. Spoil teruk!

Patutnya pengarah boleh pendekkan lagi filem Code Name : Tiranga dengan buang babak Maryam dan Omar dalam perjalanan ke hospital tu. Tak perlu untuk layan kisah sedih antagonis, tak perlu juga babak Dr. Mirza tercengang dengan Durga bila isteri dia dah acu pistol dekat Omar. Kalau Durga buat kerja cepat, dah boleh save masa dekat situ. 

Sayang lah Parineeti selalu bazirkan masa pada filem yang mempunyai olahan lemah sedangkan dia ada potential jauh lebih bagus dari tu. Anyway, director boleh cast Parineeti dengan Harrdy dalam rom-com ataupun action comedy. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

‘Nikah Cerai Rujuk’-- Mahligai Mana Tidak Beretak?

Friday 23 December 2022

Setiap pasangan pasti ada dugaan masing-masing, namun perlukah setiap solusi berakhir dengan keretakan sebuah mahligai perkahwinan? ‘Nikah Cerai Rujuk’ memaparkan tiga pasangan suami isteri yang bagaikan cermin kepada masyarakat moden kita. Setiap pasangan mempunyai konflik serta isu yang ingin disembunyikan daripada mata kasar orang ramai. Setiap pasangan tersebut bergelut dengan kemelut yang semakin memuncak.

‘The Power Couple’ Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam mulai retak apabila Alia mengetahui perkahwinan kedua suaminya dengan wanita yang bekerja di syarikatnya. Perit bila dimadukan tanpa disedari, Alia mengambil keputusan untuk mengagahkan diri sambil membutakan hati bagaikan tiada apa yang terjadi.

Manakala ‘The It Couple’, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz merupakan pasangan pelakon popular yang jika dilihat daripada mata kasar bahagia dan sempurna namun sebenarnya penuh dengan onak dan duri. Keluarga Adam begitu membenci Hanna sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk meretakkan hubungan mereka.

Sumaiyyah pula, ‘The Perfect Mum’ turut menghadapi kepayahan dalam mengecapi kestabilan perkahwinannya dengan sikap curang suaminya. Azlan seringkali mencuranginya sehinggakan Sumaiyyah lali dengan setiap tingkah lakunya.

Sarat dengan pengajaran dan iktibar akan liku-liku bahtera perkahwinan, ‘Nikah Cerai Rujuk’ dibintangi Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Zarul Umbrella sebagai enam tunggak utama serta didukung oleh Mimi Ernida, Nasz Sally dan ramai lagi.

Rantaian drama ini diarahkan oleh kombinasi unik bapa dan anak yakni Jinggo Haji Azman Haji Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy (Haq) serta diterbitkan oleh JS Pictures. ‘Nikah Cerai Rujuk’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 26 Disember 2022, jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria

“Mahligai mana tak beretak? Bahtera mana tidak melayari lautan bergelora? ‘Nikah Cerai Rujuk’ merupakan salah satu drama yang realist, menunjukkan realiti di sebalik perkahwinan yang pasti ada dugaan.

Malah kekuatan rantaian drama ini terletak pada naratif yang begitu realistik di kalangan masyarakat kita. Kisahnya bukanlah ‘happy ending’ sepertimana kisah-kisah fiksyen yang ada, watak-watak yang ada begitu relatable di kalangan masyarakat kita, terutamanya untuk mereka sedang mahupun pernah melayari bahtera perkahwinan. Sememangnya tidak semua yang indah, tak semua yang sempurna.

Dengan ‘Nikah Cerai Rujuk’, pihak kami mahu mengembangkan lagi segmen penonton Astro Ria kepada mereka yang matang dan sudah berkeluarga yang menghargai penceritaan berpaksikan emosi, jalan cerita yang serius dan berkisarkan pengalaman-pengalaman hidup yang sebenar.

Pihak kami tidak boleh menafikan bahawa gandingan pelakon yang ada turut merupakan antara generasi-generasi pelakon yang hebat. Kekuatan yang ada pada Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Noorkhiriah Ahmad mampu mencurahkan pengalaman berlakon bertahun lamanya dalam drama ini. Manakala Shaza Bae dan Halim Radzi memberi suntikan muda kepada naratif yang membicarakan isu-isu matang perihal rumah tangga.

Tahniah kepada Jinggo dan Haq serta JS Pictures atas hasil karya yang amat mengagumkan yang bakal membuatkan para penonton terpegun dengan karya yang begitu berjiwa. Kami di Astro berharap agar para penonton dapat menghargai naratif yang penuh dengan gelombang emosi dan paparan sisi realiti ini.”

Uzair Haqimy (Haq) - Pengarah Drama ‘Nikah Cerai Rujuk’

“Alhamdullillah, gandingan di antara setiap pelakon dalam cerita ni sangat menjadi. Mungkin juga kerana semua pelakon berjaya mendalami watak masing masing, dan wujud nya pelakon pelakon lama dalam pembikinan cerita ini yang tidak berkira untuk berkongsi ilmu sangat membantu pelakon pelakon baru untuk menjayakan watak masing masing.

Cabaran bagi saya, lebih kepada nak keluarkan watak yang dilakonkan pada seseorang pelakon itu. Saya sentiasa mahukan perubahan dari segi watak yangpernah dibawa oleh pelakon-pelakon tanah air kita. ‘Nikah Cerai Rujuk’ is a must-watch series kerana cerita ini menceritakan tentang pelbagai masalah rumah tangga yang dialami pasangan-pasangan yang berlainan. Cerita ini juga memberi banyak nilai moral kepada setiap orang yang sedang menghadapi realiti yang akan diceritakan dalam ‘Nikah Cerai Rujuk’ ini.

Terlalu banyak pengajaran dan nilai moral yang kita cuba jelaskan dalam drama ini. Antaranya adalah nilai kesabaran, ketanggungjawaban, kasih sayang, dan terlalu banyak lagi. Kena tengok dan nilai sendiri. Saya berharap agar yang menonton mampu mengambil pengajaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

Dynas Mokhtar sbg Dr. Alia

Dato’ Sri Eizlan Yusof sbg Hisham

Shaza Bae sbg Hanna

Halim Radzi sbg Adam

Noorkhiriah Ahmad sbg Shapie Sumaiyyah

Zarul Umbrella sbg Azlan

Nasz Sally sbg Rozie

Amanda Amry sbg Marsha

Mimi Ernida sbg Fatin

Sharonizam sbg Ismail

Zarina Zainudin sbg Fareeda

Salina Saibi sbg Nadia

Alif Hadi sbg Hakimi

LOGLINE DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

‘Nikah Cerai Rujuk’ mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan- Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini akan berdepan dengan kisah yang berbeza. Sumaiyyah dan Azlan berdepan dengan kisah kecurangan Azlan yang dilakukan secara terang terangan sehingga Sumaiyyah jadi tawar hati dengan suaminya itu. Hanna pula berdepan dengan ibu mertua yang mengongkong anaknya sehingga berlaku penceraian. Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan Dr Alia, iaitu seorang “Marriage Counselor” yang dikenali ramai untuk membantu mereka berhadapan dengan masalah mereka itu. Tapi apa yang orang tidak tahu, Dr Alia juga juga berhadapan dengan masalah sendiri apabila dia dimadukan tanpa pengetahuannya.

SINOPSIS DRAMA ‘NIKAH CERAI RUJUK’

Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah “power couple” yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu yang Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam. 

Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak. Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followers - nya. Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima. 

Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi sebenarnya tidak. Keluarga Adam tidak menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam untuk berkahwin dengan orang lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang. Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan. 

Sementara itu, Sumaiyyah adalah seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anaknya dengan begitu sempurna sekali. Di mata rakan-rakannya, She is the perfect mom and wife. Namun Sumaiyyah juga tahu yang Azlan seringkali curang di belakangnya tapi dia sudah lali dengan keadaan tersebut sehinggalah perempuan simpanan Azlan sendiri yang muncul. Sumaiyyah menjadi sedih dan kecewa. Dia hendak bercerai tetapi Azlan pula tak mahu. Maka muncul seorang wanita bernama Rozie yang kononnya cuba membantu. Akhirnya terbongkar bahawa Rozie sebenarnya menyukai Azlan serta menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkannya. Apabila Sumaiyyah mendapat tahu, dia terus menjadi sedih dan kecewa. Sumaiyyah tak sangka yang kawan baiknya sendiri mahu merampas suaminya.

Radio GEGAR, jenama radio No. 1 Pantai Timur di bawah naungan Astro Radio, memenangi anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ di majlis MCMC Star Rating Awards 2021, pada 21 Disember 2022 bagi kategori radio. 

Raja Nadia Salwana, Pengurus Kandungan GEGAR (hujung kiri) bersama pemenang-pemenang di MCMC Star Rating Awards 2021

Anugerah disampaikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital, serta Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kepada Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR sebagai pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh GEGAR kepada rakyat Malaysia. 

Raja Nadia Salwana Raja Hisham, berkata, “Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap untuk terus menjadi perintis dalam menawarkan perkhidmatan terbaik bagi industri penyiaran radio tempatan, lantas dapat memberi kepuasan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Kami berharap semua dapat terus menikmati kandungan terbaik yang diberikan oleh GEGAR, serta menantikan tawaran yang lebih menarik pada masa akan datang.”

MCMC Star Rating Awards mula diperkenalkan pada 2016, dengan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna serta menyemai budaya kecemerlangan kualiti dan mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat antara penyedia perkhidmatan. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan peranan penting yang diketengahkan oleh pemain-pemain industri dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier. 

Semua rakyat Malaysia boleh terus menikmati pelbagai pilihan lagu dan kandungan terbaik yang disediakan oleh GEGAR di udara dan di aplikasi SYOK.