Movie Review | Tanu Weds Manu Returns (2015)

Sunday 21 March 2021

Director : Aanand L. Rai

Writer : Himanshu Sharma

Cast : R. Madhavan, Kangana Ranaut, Jimmy Sheirgill, Eijaz Khan, Swara Bhaskar, Deepak Dobriyal, Mohammed Zeeshan Ayyub, Rajesh Sharma, Kajal Bhadana, K.K.Raina, Dipti Misra

Production Company : Colour Yellow Productions

Distributor : Eros International

Genre : Romantic / Comedy 

Running Time : 128 minutes

Release Date : 22 May 2015

Trailer :

4 tahun lepas Manu (R. Madhavan) dan Tanu (Kangana Ranaut) berkahwin kemudiannya pindah ke London, masing-masing mula menyampah untuk hidup bersama. Tanu hantar Manu ke hospital sakit mental dan pulang ke Kanpur, India. Lepas 5 hari Manu di sana, Pappi (Deepak Dobriyal) datang untuk bebaskan dia dan balik juga ke India. Sampai sahaja di sana, Manu berjumpa dengan peguam untuk hantar notis cerai kepada Tanu. 

Kecewa dengan notis cerai tersebut, Tanu berjumpa kembali dengan Raja (Jimmy Sheirgill) untuk bertanya khabar dan kawan lama dia tengah sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan dia tak lama lagi. Payal (Swara Bhaskar) pula makin busy dengan keluarga sejak dia bersalin anak pertama jadi tak dapat nak berjumpa dengan Tanu macam sebelum ni. 

Manu ajak Pappi pergi ke Universiti Delhi sebab dia ada seminar berkenaan dengan cardiology tapi di sana dia ternampak Datto (Kangana Ranaut). Awalnya dia ingatkan Tanu dah datang untuk berjumpa dia tapi dia tersilap orang bila Datto adalah atlet daerah dan bekerja di situ. Dia mula berkenalan dengan Datto dan kemudiannya bercinta. 

Masing-masing ambil keputusan untuk berkahwin bila Manu terima notis cerai dari peguam Tanu, Advocate Arun "Chintu" Kumar Singh (Mohammed Zeeshan Ayyub). Tak perlu dah dia tunggu Tanu minta maaf ataupun perbetulkan balik keadaan sebab Datto ikhlas sayangkan dia, sopan dan matang. Malangnya Manu dan Tanu sama-sama tak tahu yang peguam Tanu memandai-mandai hantar notis cerai sebab dah jatuh cinta dengan Tanu. 

Kalau dalam Tanu Weds Manu, hero yang menyerlah, kali ni pengarah Aanand L. Rai guna kekuatan populariti dan bakat lakonan Kangana untuk bawa dua watak yang berbeza fizikal dan karakter. Disebabkan watak Tanu dan Datto, Kangana beroleh National Award untuk kategori Best Actress. Tambah lagi koleksi National Award Kangana lepas kejayaan dia bawa watak sampingan dalam movie Fashion dan watak Rani dalam movie Queen. 

Chemistry Kangana dengan R. Madhavan pun makin menyerlah dalam movie ni sebab masing-masing banyak scene bersama. Suka tengok scene Tanu dengan Manu menyembang dekat credit scene tu sebab comel sangat. Jalan cerita second sequel ni lebih kurang sama je dengan yang pertama tapi disebabkan lakonan Kangana, movie ni jadi menarik dan menghiburkan. 

Berbeza sangat dengan installment sebelumnya, Tanu Weds Manu Return memaparkan panorama yang cantik dengan beberapa lokasi seperti London, Delhi, Haryana dan banyak lagi. Wardrobe dan props pun makin cantik. Music album Tanu Weds Manu Return antara fav album sebab banyak lagu best dengan high beat sesuai dengan masyarakat Punjabi macam Piya Move On ataupun Banno.

 

Walaupun movie Tanu Weds Manu Returns ni genre komedi tapi tak semestinya boleh tutup mata dengan beberapa babak yang menjengkelkan. Manu yang gunakan Datto sebagai rebound dan berkahwin sedangkan age gap yang jauh beza. Senang sangat nak manipulate Datto sebab dia masih muda lagi. Scene kedua bila Pappi culik Komal sebab dia tak boleh terima kena reject. 

Betul la apa Tanu cakap, senyum atau mesra sikit je dengan lelaki mula lah perasan lebih padahal anggap kawan je. Ramai sangat watak lelaki desperate dalam franchise ni. Watak Raja pun asyik kena reject sampai dah jelak kalau installment ketiga pun dibikin dengan plot yang sama juga. Well, hopefully not lah sebab sequel ni dah okay dah. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

Movie Review | Tanu Weds Manu (2011)

Director : Aanand L. Rai

Writer : Himanshu Sharma

Cast : R. Madhavan, Kangana Ranaut, Jimmy Sheirgill, Eijaz Khan, Swara Bhaskar, Deepak Dobriyal

Production Company : Bohra Bros Productions, Paramhans Creations and Movies n More

Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, Paramhans Creations and Movies N More Pvt.., Soundrya Production

Genre : Romantic / Comedy 

Running Time : 119 minutes

Release Date : 25 February 2011

Trailer :

Manoj Kumar Sharma a.k.a. Manu (R. Madhavan) baru balik dari London dan habiskan cuti dia ke merata tempat bersama keluarga dan kawan baik dia, Pappi (Deepak Dobriyal) untuk mencari calon isteri yang sesuai. Di Kanpur dia jatuh cinta pandang pertama dengan Tanuja Trivedi a.k.a. Tanu (Kangana Ranaut) dan setuju untuk berkahwin. 

Tanu minta Manu batalkan perkahwinan mereka sebab dia tak pernah setuju untuk berkahwin dan Manu cuba ambil kesempatan masa dia tidur walhal mereka tak pernah berbincang. Lagipun Tanu dah ada teman lelaki dan akan kahwin lari kalau keluarga dia tak setuju dengan pilihan dia. Manu akur dengan keputusan Tanu untuk batalkan perkahwinan. 

Tak lama lepas tu dia berjumpa dengan Raja (Jimmy Sheirgill) bila Ayushi (Neha Kaul) adalah salah seorang calon isteri pilihan keluarga Manu. Dari situ Manu dan Raja mula berkawan baik walaupun perangai mereka jauh berbeza. Raja dah bertunang dengan Sapna jadi keluarga dia carikan calon suami untuk adik dia pula cuma masalahnya semua reject bila nampak tangan Ayushi yang cacat. Manu pula tak kisah dengan fizikal atau paras rupa asalkan parents dia happy tengok anak tunggal diorang kahwin. 

‘Doctor, do not think that we wished to deceive you. But what can we do? No one comes here after hearing about the hand. My sister is very nice. She does all the household chores. It is not a problem for her. ‘ - Raja

Sebelum pulang ke London, Manu pergi ke Punjab untuk hadir ke majlis perkahwinan Jassi (Eijaz Khan). Dekat situ dia berjumpa kembali dengan Tanu sebab Tanu adalah kawan baik kepada pengantin perempuan, Payal (Swara Bhaskar).  Manu dan Tanu mula berkawan bila Jassi dan Payal selalu ajak mereka berdua temankan untuk hang out. Bila ada mata yang memerhati, kedua belah keluarga baik Manu dan Tanu dapat panggilan telefon khabarnya mereka berdua sudah berbaik dan setuju untuk berkahwin. Tapi lain pula yang jadi bila kekasih Tanu datang dan ajak dia kahwin di mahkamah. 

Bila genre romantik komedi ni tak lah berat mana pun movie arahan Aanand L. Rai ni dan skrip dari Himanshu Sharma boleh dikatakan santai dan kelakar. Plot twist pun unpredictable walaupun ending dia kita dah tahu sebab tajuk movie terang-terang bagitahu audience. Dengan budget yang kecil dan predictable ending pun, movie Tanu Weds Manu di bawah penerbitan Bohra Bros Productions, Paramhans Creations and Movies n More ni boleh kaut keuntungan yang tinggi di 3 daerah besar di India. 

Lakonan Kangana Ranaut sebagai Tanu tak lah menyerlah sangat pun walaupun dia heroin sebab cerita  lebih terarah kepada watak Manu yang sanggup berkorban demi cinta asalkan Tanu bahagia dan watak Raja yang mati-matian pertahankan cinta dia. Kalau dah ada dua watak hero yang strong, confirm lah watak heroin agak terhad. 

Sebab di bawah production house kecil so visual movie ni tak lah cantik mana pun dan paparkan suasana kehidupan masyarakat Punjab. Wardrobe pun biasa-biasa je walaupun ada majlis perkahwinan pun, biasa je props dalam movie ni. Music album dari komposer Krsna Solo pun tak berjaya tarik perhatian ataupun tinggalkan impak langsung. Tapi lagu kebanyakannya bergerak seiring dengan jalan cerita dan beat agak funky so tak jadi masalah sangat lah. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10

Movie Review | Ladda Land (2011)

Saturday 20 March 2021

 

Director : Sophon Sakdaphisit

Writer : Sopana Chaowwiwatkul, Sophon Sakdaphisit

Cast : Saharat Sangkapreecha, Piyathida Woramusik, Atipich Chutiwatkajornchai, Sutatta Udomsilp

Production Company : GTH & Jorkwang Films

Distributor : Birch Tree Entertainment

Genre : Horror / Drama / Mystery

Running Time : 130 minutes

Release Date : April 28, 2011

Trailer :

Movie seram yang pernah ditayangkan di Busan International Film Festival ke-17 ni mengisahkan tentang Thee (Saharat Sangkapreecha) yang berjaya membeli sebuah rumah di Laddaland, kawasan perumahan dalam taman yang cantik dan selesa untuk keluarga. Sebelum ni Thee bekerja di syarikat besar dan menumpang di rumah ibu mertua dia di Bangkok. 

Tak tahan dengan cemuhan ibu mertua dia, Thee ambil keputusan untuk berhenti bekerja dan join MLM ubat kurus. Dalam masa 3 bulan sahaja dia berjaya kumpul duit untuk beli rumah baru. Walaupun anak perempuan dia, Nan (Sutatta Udomsilp) sakit hati dengan keputusan Thee tapi dia rasa dia buat keputusan yang terbaik untuk keluarga. 

Thee upah perempuan dari Burma untuk bekerja sebagai orang gaji di rumah dia tapi keesokan harinya selepas dia berpindah ke situ, dapat berita yang perempuan tersebut dibunuh dengan kejam, muka disimbah asid dan mayat disorok dalam peti ais. Ikut laporan forensik perempuan tersebut dah beberapa hari meninggal padahal Thee baru sahaja nampak dia pagi tadi masa jogging. 

Sejak dari pembunuhan tersebut, kawasan perumahan Laddaland sentiasa diganggu sampaikan ramai yang mula berpindah keluar. Jiran sebelah rumah pun ada masalah keluarga bila si isteri selalu dipukul suami yang baran. Thee dan isteri dia, Parn (Piyathida Woramusik) nampak kesan-kesan lebam tapi mereka tak ambil peduli sangat hal peribadi. 

Sampai lah anak mereka Nat (Atipich Chutiwatkajornchai) disorok dalam almari baju oleh Golf. Baru mereka tahu keadaan sebenar lebih parah dari apa yang mereka sangka. Thee tak boleh pindah keluar sebab duit simpanan dia dah banyak habis untuk beli rumah. Tambah pula dia malu dengan ibu mertua dia kalau balik semula ke Bangkok. 

Kesian sangat tengok nasib hidup Thee ni sebab dia dah cuba sehabis baik untuk keluarga tapi selalu dipandang serong oleh ibu mertua dan anak perempuan dia. Bab Nan tu tak lah marah sangat sebab dia remaja lagi, tahu nak rebel je. Tapi mak mertua dia tu eiii annoying sangat serba serbi tak kena dekat mata dia. Belajar la bersyukur anak perempuan dia dijaga dengan baik, bahagia berkahwin dengan lelaki yang baik. 

Movie ni ada beberapa scene yang agak pelik jugak sebab dekat awal movie lagi director- writer,  Sophon Sakdaphisit dah bagi hint ada yang memerhati Thee sekeluarga. Hantu dekat situ pun mengganggu dengan ganas sampai ada yang hampir accident tapi tak tahu apa punca dia kacau penduduk dekat situ padahal jiran dekat situ agak concern dengan kawasan sekitar. Tak la tahap makcik bawang tapi ambil tahu juga. 

Scene rumah Thee kena pecah masuk dengan lelaki bertopeng tu pun tak dikembangkan padahal berbahaya kot siap acu pisau dan cederakan Thee. Nasib dia sempat mengelak. Tak tahu siapa dan kenapa sedangkan kawasan Laddaland ada satu pintu keluar masuk dan dijaga dengan pengawal. 

Paling merepek sekali bila Thee masuk rumah berhantu dengan pistol sedangkan hantu bukannya lut dengan peluru pun. Lain cerita lah kalau zombie. Disebabkan tindakan dia ni,second half jadi predictable dan hambar. Dah hilang part seram sebab dah tahu director akan bunuh watak utama cuma tak tahu siapa. 

Hantu dalam movie Ladda Land ni tak lah menyeramkan sangat pun tapi background music dia yang bikin terkejut. Hantu lalu je pun, dia punya music fuhhhh! So tak digalakkan kalau lemah semangat atau senang terkejut. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 7.2/10

 

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : 13 Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Lepas berpatah balik ke zaman 50-an dalam Episod 9 : Lailasari, kali ni balik semula kepada latar masa sekarang dengan masalah yang baru bila penduduk Kampong Pisang diganggu oleh pocong. Bermula dengan kehadiran dua ekor pocong di Warung Pak Jabit sampaikan Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) demam walhal dia buta, bukan nampak pun kengerian pocong tu. 

Kehadiran Cik Chom Bagan (Ozlynn) pun agak aneh juga sebab suka berjalan berseorangan dan tiba-tiba datang, tiba-tiba muncul. Nasib baik lah beberapa minit kemudia dia jelaskan yang dia adalah project manager di tapak pembinaan di tepi jalan sana. Masa dia perkenalkan diri tu pun, pekerja-pekerja dia ditemui meninggal di tapak pembinaan tanpa tahu punca. Gaya macam mati mengejut dengan mata terbeliak macam tu. 

Sebagai penuntut ilmu silat, Bakobar (Bell Ngasri) tak takut langsung dengan pocong-pocong yang datang. Cakap besar kemain tapi bila 4 ekor datang, kemain merayu jangan kacau dia. Nasib baik Ahmad Yassin dengan Faguha Jabar (Rashid Othman) lalu kawasan tu. Sekali dia angkat tangan je, semua pocong lari dari situ. Dalam episod ni baru tahu yang Faguha Jabar ni bisu, patutlah tak pernah bercakap. Tapi dalam episod ni Ahmad Yassin boleh bawak motor pulak. Yang idak-idak je. Masa Pak Jabit bercerita pasal pocong tu, dia kata pocong tu melompat padahal bergolek kot. 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya. 

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Puas hati sangat tengok drama ni sebab visual dia menarik sebab Mamat Khalid memang nak hasil drama ni sama dengan filem. Dalam episod 10 ni visual effects dari Lil Studio Sdn Bhd tak lah heavy tapi nampak lemah lah dekat scene pocong datang secara berjemaah dekat hutan tu walhal boleh je guna orang sebenar macam di awal episod.  

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an, sesuai lah dengan suasana kampung yang dipenuhi orang-orang tua generasi lama. Memandangkan episod ni Ahmad Yassin demam, diorang dengar lagu dekat radio aje. 

Ada watak tambahan baru bila peminat Liverpool bercerita pasal bola dekat Warung Pak Jabit sampai berasap hati Bakobar dengan Faguha Jabar yang sokong team lain. Nasib baik drama ni release sebelum Liverpool kalah 6 kali berturut-turut. Tapi bila tengok lepas Liverpool kalah ni rasa kelakar tengok fans dia sembang taknak kalah. Scene dia jumpa pocong pakai baju MU pun kelakar. 

Nasib baik penceritaan episod 10 ni lebih menarik dari episod 9 yang mengecewakan dan tak ada genre seram atau komedi langsung. Cantik betul Ozlynn dalam episod 10 ni especially masa dia pakai baju kebaya hitam tu. Pandai la stylist sesuaikan pakaian dia dengan karakter Cik Chom yang tegas dan mysterious tu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10

CITTA Mall Dah Ada Guardian!

Thursday 18 March 2021

Sejak PKP 2.0 ni jarang sangat menjejakkan kaki ke CITTA Mall sebab tak boleh dine-in padahal sebelum ni boleh kata setiap hari Jumaat akan lunch dekat sini dengan kawan office. Bila pergi minggu lepas agak excited lah sebab dah ada drugstore Guardian. Yeayyy!


Bestnya Guardian ni sebab handwash sakura dia wangi lepastu diskaun dia lagi best daripada Watson sebab dia dah deduct siap-siap dah. Unlike Watson, kena ada member card dulu baru dia deduct. I sejenis clumsy so member card memang tertinggal dekat kereta je since guna T&G dari kad tu. So memang banyak la points atau diskaun melepas. 


Interior design Guardian dekat CITTA Mall ni pun cantik sebab dia apply konsep minimalis. Dari luar dah nampak apa produk yang ada. Senang sangat nak tahu cashier dekat mana sebab lampu neon warna oren untuk semua label dan signs. Lantai dia guna tiles kelabu, dinding dengan tiang guna warna hitam, nampak modern and stylish lah dekat mata. 




Memandangkan skincare ataupun toiletries untuk bulan Mac dah dibeli dekat Watson dan Shopee, so minggu lepas just temankan Kak Nora cari fake nails je. Next month kita datang sini lah shopping shampoo dengan skincare sebab banyak brands ada dekat sini. Melayang fulusssss....

Movie Review | The Con-Heartist (2020)

Director : Mez Tharatorn

Writer : Pattaranad Bhiboonsawade, Mez Tharatorn

Cast : Nadech Kugimiya, Pimchanok Leuwisetpaiboon, Thiti Mahayotaruk, Kathaleeya McIntosh, Pongsatorn Jongwilak

Production Company : GDH 559

Distributor : GDH 559, Golden Village Pictures

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 128 minutes

Release Date : 3 December 2020 (Thailand)

Trailer :

Dekat poster dah nampak ‘From the Director and Studio That Brought I Fine… Thank You.. I Love You’, so expectation pun agak tinggi lah sebab movie tu best kot. Tengok banyak kali pun still terhibur. Dalam movie The Con-Heartist arahan Mez Tharatorn bawa watak con artist, Tower (Nadech Kugimiya) yang kacak dan cuba perangkap Ina (Pimchanok Leuwisetpaiboon) setelah nampak video review beserta nombor akaun bank.

Ina dapat panggilan dari Tower kononnya dia menang hadiah berupa wang tunai tapi dia perlu masukkan sejumlah wang dahulu ke dalam akaun. Bila Ina nak transfer, dia nampak akaun tersebut adalah akaun peribadi, bukannya akaun syarikat. Bila buat background check, dia tahu identiti sebenar Tower dan ugut akan sebarkan audio clip Tower. 

Terjerat dengan kecilikan Ina, akhirnya Tower minta untuk berjumpa dan akan bantu langsaikan 2 bulan hutang Ina. Muncul idea untuk balas dendam kepada bekas kekasih Ina yang pernah tipu sampaikan lesap 2,000 baht. Polis pun tak mampu nak tolong sebab Ina yang rela hati bagi kepada Petch (Thiti Mahayotaruk). 

Bila disiasat, modus operandi yang sama Petch pernah guna terhadap Ina juga digunakan kepada perempuan kaya yang lain. Tower buat plan dan bawa masuk team yang lain supaya rancangan mereka nampak meyakinkan. Ina cadangkan Ms Nongnuch (Kathaleeya McIntosh), customer company dia sebab skills berbahasa Mandarin yang dia ada. Berjaya atau tidak plan diorang untuk perangkap Petch, kena tengok sendiri lah. 

Disebabkan genre romantik komedi maka penceritaan filem ni tak lah begitu berat tapi santai dan menghiburkan walaupun ada beberapa babak yang cliché macam scene Ms Nongnuch berjumpa dengan Petch pertama kali di lobi syarikat besar. Tapi curious jugak tengok sebab nak tahu macam mana diorang selesaikan masalah tu dengan tenang tanpa terkantoi. 

Chemistry Nadech Kugimiya dan Pimchanok Leuwisetpaiboon antara kekuatan filem terbitan syarikat produksi GDH 559. Nama je con-artist tapi nampak sangat Tower terkesan dengan kata-kata Ina. Bila diorang spend time sama-sama boleh nampak masing-masing happy walaupun cuma lepak makan dekat kedai je. 

Nampak macam pengarah pertaruhkan rupa fizikal pelakon utama tapi sebenarnya tak pun, masing-masing bagus berlakon. Sama juga dengan pelakon sampingan macam watak Jone (Pongsatorn Jongwilas) yang tambah rencah komedi setiap kali muncul. Plot twist dia menarik sebab unexpected tapi tak tahu lah kalau ada yang rasa predictable. 

Visual dari Oranat Ramasoot nampak cantik dan kemas tambah pula berlatarkan kehidupan korporat yang kaya dengan props yang mewah. Visual effects untuk tonjolkan kemewahan pun nampak meyakinkan walhal watak Ina dengan Ms Nungnuch tu amatur je. Grading colour pun kebanyakannya menggunakan warna-warna musim panas seperti kuning dan oren sesuai dengan latar masa dalam filem ni. Music score dari Hualampong pun mainkan peranan sebab lagu I’m Not Con-Heartist dari Bambam comel sangat, secomel muka Petch haaa gittew.

 

Walaupun movie ni santai tapi ada beberapa scene yang yekkk so jangan tengok filem The Con-Heartist  ni masa makan. Scene macam tu quite repetitive pulak tu sampai rasa ughhh jijiknya instead of kelakar. Sampai sekarang terbayang lagi. Movie ni dah keluar pada 3 December 2020 di Thailand tapi sekarang baru tayang dekat Malaysia so kalau ada yang nak release stress boleh la pilih movie ni dekat cinema. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

Shopee x Gong Cha Best Sellers Are Back this 4.4!

Wednesday 17 March 2021

 

We’ve heard you and we’re bringing it back! 

In conjunction with the Shopee 4.4 Mega Shopping Day, Gong Cha and Shopee have reintroduced the best sellers from the partnership’s exclusive Marble Series. The smooth and creamy milk foam forms a beautiful marble-like layer on the outside, which blends in perfectly with the drink when stirred. 
The four drinks that will return in the 700ml Mega size this month are the Mega Mango Marble, Mega Matcha Marble, Mega Chocolate Marble and Mega Strawberry Marble,  for a limited time only!


Strawberry Marble

Be enchanted by the splashes of red across a background of white as you take a sip of the Strawberry Marble drink which is surely worth a couple of snaps and post on social media… or more (we’re not stopping you). This creation tastes even better when topped with Gong Cha's signature milk foam, further elevating the taste of luscious, velvety strawberry milk tea. 


Matcha Marble

An Instagram-worthy drink thanks to the beautiful marble texture created by the blending and weaving of fine, robust flavoured matcha powder into rich milk to form a smooth and silky look. Sweetened to your preference, the drink is topped off with a layer of Gong Cha’s signature creamy milk foam that leaves you wanting for more. 


Chocolate Marble

For those who like to keep it simple, enjoy the distinctive flavour of bittersweet chocolate in creamy milk foam. This makes for a nice and refreshing way to clean the palate after a good meal, especially for those who do not want a heavy dessert. 


Mango Marble

The blend of Gong Cha’s signature milk foam, their subtle milk green tea and mangoes is layered in a cup to create their signature, beautiful marble texture. Rich and creamy milk foam that fills your mouth with a burst of sweet mango flavour, a combination that is sure to remind you of your sweet summer date. 

How to purchase & redeem

If we have you craving for these drinks, get the Shopee x Gong Cha exclusive Marble Series drinks on the Shopee App through the Food & Services Vouchers in-app portal, from now till 4 April

All you need to do is visit the nearest Gong Cha outlets by 15 April to redeem the voucher! If you have missed the chance to purchase the vouchers on the Shopee App, fans can also visit any Gong Cha outlet nationwide from 5 - 15 April to purchase these drinks only with ShopeePay.

Originally priced at RM12, fans can enjoy these drinks at 50% off at RM6 only on these special dates: 18, 22, 24, 27, 31 Mar and 2 & 4 Apr on the Shopee App.

Additionally, do not forget to apply the code GC44 when buying the voucher upon checkout with ShopeePay to enjoy 30% coins cashback up to 500 coins (equivalent to RM5). 

Additional ShopeePay perks when you walk into any Gong Cha outlet today!

From now to 31 March, Gong Cha fans will get to enjoy an immediate RM4 cashback with a minimum spend of only RM10. It is applicable for a one-time use throughout the campaign duration when purchasing any Gong Cha beverages with ShopeePay at any outlet.

For more information, visit HERE! These drinks are back for a limited time only, so act fast!

Drama Review | Aku Yang Kau Gelar Isteri (2021)

Tuesday 16 March 2021

Pengarah : Shuhaimi Lua

Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil

Pelakon : Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Adi Putra, Atiq Azman, Lana Nordin, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran

Syarikat Produksi : Tanah Beris Film Production

Penyiaran : TV3 (Slot Samarinda), Iqiyi

Genre : Seram / Drama

Jumlah Episod : 15 Episod

Tarikh Tayangan : 17 Februari 2021 – 15 Mac 2021

OST : Purnama - Naim Daniel / Semalam - Aina Abdul

Trailer :

Tertarik dengan konsep susuk yang diketengahkan dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua di mana watak Laila (Sharifah Sakinah) ikut jejak langkah mak saudara dia, Cik Embun (Lana Nordin) kerana sedih dipinggirkan gara-gara mukanya yang hodoh. Malah kebaikan dia juga dipergunakan untuk kepentingan Azlan (Adi Putra). 

'Kau kena sedar taraf perempuan macam kau ni takat pelepas nafsu je tau! Kau sedar lah sikit kau tu hodoh! Lelaki dekat luar tu tak hingin pun dekat kau!' - Azlan  

Geram ditikam belakang oleh sahabat baik dia sendiri, Raihani (Nadia Brian) bila berkahwin dengan Azlan, Laila berpindah keluar setelah kematian ibu dia. Laila datang kembali 10 tahun kemudiannya untuk balas dendam. Penampilan dia berubah sepenuhnya, wajahnya juga makin cantik setelah hidup bersama Cik Embun dan selepas bercerai dengan Hadi (Ariff Amran). 

Walaupun dah rampas kekayaan milik bekas suami dia dengan ilmu hitam, dia tak pernah puas dan tenang bila tengok Hadi dan Sarah (Puteri Ateeqah Ayu) bahagia. Plan untuk buat Azlan tunduk pun berjaya tapi Cik Embun dah pesan supaya jangan mengandung dan jaga pantang larang. Kalau dia langgar, buruk padahnya. 

Raihani yang diganggu tanpa henti oleh saka Laila dijaga oleh Pian (Atiq Azman) sehinggakan menjadi buah mulut orang kampung gara-gara Pak Leh (Rosli Rahman Adam). Selepas Rai diceraikan, Naim (Zaki Azeman) pujuk ibu dia (Kuza) untuk kahwinkan saja Pian dengan Rai untuk jaga aib keluarga. 

Penceritaan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri pada episod-episod awal nampak menarik sangat dengan kisah duka dari watak Laila sampaikan dia berubah menjadi hati batu dan memuja syaitan untuk dapat apa yang dia nak. Lakonan Sharifah Sakinah mantap macam biasa tapi bila dah masuk dekat bahagian tengah drama dah mula nampak longgar dah. Susah la kalau semuanya nak digalas oleh seorang pelakon sahaja sedangkan yang lain lemah kan? Watak Pian pun bagus juga tapi screentime dia tak panjang dan tak dikembangkan dengan bagus. Sekadar menjadi safe net untuk Rai. 

Scene seram menjadi sangat dengan gangguan saka, ilmu hitam yang dihantar kepada beberapa watak cuma scene dirasuk tu je lah macam over sangat mata tu merah menyala. Gerun tengok scene Laila rejam Rais (Ummar Dzariff) dalam kolam renang. Suka tengok rumah Laila sebab gabungan kayu jati dan konsep rumah dalam taman. Wardrobe Laila dengan Cik Embun pun cantik, sesuai dengan karakter mereka berdua yang elegan dan strong. 

Dekat hujung drama memang banyak kali kasihankan nasib hidup Pian. Dah lah difitnah kacau isteri orang sedangkan Azlan sendiri yang suruh jaga kemudiannya dipaksa berkahwin padahal ada peluang pergi sambung diploma lepas dapat result 10A SPM. Rugi sangat lah kena kahwin dengan Rai yang ambil kesempatan. Bila susah datang cari Pian lepastu bagi harapan palsu. Bila dah sihat, menggelupur cari Azlan. Dah la disebabkan dia Azlan dengan Pian tak dapat sambung belajar. Betul la cakap Mak Lang (Aznah Hamid), Rai ni pemusnah kehidupan orang lain. 

Beberapa dialog dalam drama ni nampak tak relevan sangat macam Azlan yang beria nak ke KL sebab nak gaji besar. Katanya gaji 2000 lebih hasil bekerja dekat kebun Pak Leh tu tak cukup. Dah la kelulusan SPM je, tak ada skills apa pun tapi berangan nak dapat gaji besar dekat KL. Sewa bilik pun mahal dekat KL ni. 

Facepalm tengok episod-episod hujung drama ni sebab semua watak nak salahkan Laila padahal sendiri yang cari penyakit. Laila tak pernah paksa pun Rai dengan Pian berkahwin, dia tak pernah tahu pun kewujudan Pian atau Naim. Yang Naim beria nak marahkan Laila sebab isteri dia, Rose (Jasper Supayah) tergedik nak rapat dengan Laila. Yang Rai pula nak salahkan Laila sebab terpaksa kahwin dengan Pian padahal dia yang terima pinangan tu. Saka Laila pun tak ada kena-mengena dalam hal ni. Masing-masing taknak bertanggungjawab atas kesilapan sendiri tapi tuding jari dekat orang lain. Acah suci!

Merepek tengok ramai watak sampingan beria nak selamatkan Laila padahal diorang boleh selamatkan diri sendiri. Tak logik langsung watak orang gaji dia kesian dengan Laila dan harap Laila boleh berubah. Ada scene Cik Embun cakap Laila dengan Azlan tak boleh dipisahkan walaupun kematian sebab sihir tu dah sebati dengan darah tapi elok je boleh berpisah. Apooooo!

Dekat awal drama pelik bila Cik Embun kata susuk ni ada saka dan dia dapat dari mak dia tapi dekat hujung cerita elok pulak watak tu mati sedangkan orang bela dan puja saka ni azabnya lah masa nak mati. Drama ni patutnya dibikin sebanyak 10 episod atau lebih pendek sebab dekat hujung tu dah mula draggy dengan unnecessary scenes. Paling menyampah bila tengok scene Rai menangis. Cringe tengok flashback hari perkahwinan dia dengan Azlan bila suami dia sayang dia sebab muka dia cantik. Tak perlu nak sedih sangat kot kalau Azlan berubah hati dekat Laila. Hidup ni macam roda, hari ni kau dekat atas, esok lusa jatuh la. 

Sebelum ni ada baca yang pengarah kecewa skrip dia ditukar dari kisah seram kepada drama air mata. Simpati jugak lah bab tu sebab boleh nampak alur cerita dari bagus bertukar murung. Apapun kalau ada season 2, harapnya watak Azlan mati sebab muntah darah teruk sangat. Dah la tak sempat nak tengok Azlan cium tapak kaki Laila. Grr! 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10