Tutorial | Isi Bilangan Nombor Dalam Table di Microsoft Word

Tuesday 23 February 2021

Hari ni belajar benda baru yang memudahkan kerja. Sebelum ni kalau nak isi bilangan nombor dalam table dekat Microsoft Office memang taip satu-satu bilangan nombor tu. Tak macam dekat Microsoft Excel boleh righ click lepastu fill series je. 

Bila dah tahu cara, sekejap je dah settle kerja. Tinggal nak print dan gunting je. 

Okay here the steps : 

1. Buka Microsoft Office kemudian pilih Insert 

2. Pilih Table kemudian Insert Table


3. Bila pop-up box keluar, letak berapa column dengan row yang diperlukan. Dalam tutorial ni nak buat bilangan 1 hingga 100. So letak 10 column dan 10 row. 


4. Bila kotak dah appear, tekan symbol 4 penjuru dalam circle tu untuk highlight semua kotak dalam table.


5. Kemudian klik Home dan pilih Numbering. Pilih yang ada noktah tu. Automatik penuh dalam table semua number dari 1 hingga 100 ikut urutan. 


6. Tapi kalau numbering tak cantik dan nak pilih yang tiada noktah, highlight balik table tu lepastu tekan numbering dan pilih Define New Number Format. 

7. Bila box keluar, buang je noktah dekat numbering tu. 


8. Kalau rasa table tu tak cukup besar, right klik lepastu pilih distribute Row atau Column Evenly. 

Kalau rasa dah sesuai boleh print table ni kemudian gunting atau tampal. Ikut lah kepada keperluan masing-masing. Semoga entry ni membantu :)

Jika anda didiagnosis dengan kanser rahim tahap 1, pasti anda tertanya-tanya, apakah tanda awal kanser rahim yang boleh anda alami, kan?

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan di Hello Doktor

Kanser rahim adalah sejenis kanser melibatkan sel endometrium yang membarisi permukaan rahim wanita. Setiap bulan (atau kitaran haid), lapisan sel endometrium tersebut akan terhakis menyebabkan pendarahan haid sekiranya proses kehamilan tidak berlaku.

Secara umumnya, masalah kesihatan ini lebih lazim didiagnosis dalam kalangan wanita yang telah mencapai usia menopaus. Mereka yang menghidapnya boleh menunjukkan simptom yang berkait dengan pendarahan faraj dan simptom umum kanser yang lain.

Teruskan membaca untuk mengetahui simptom awal bagi kanser rahim tahap 1.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.


Pendarahan, simptom yang lazim berlaku bagi penghidap kanser rahim


Pendarahan mungkin normal bagi wanita yang masih belum menopaus, namun ia boleh menjadi tanda bahaya bagi wanita yang telah menopaus. Adakah ini bermakna mereka yang masih mengalami haid tidak akan mendapat kanser rahim?

Tidak sama sekali! 

Mereka yang belum menopaus masih boleh didiagnosis dengan masalah ini. Cuma ia lebih lazim didiagnosis dalam kalangan mereka yang telah mencapai usia menopaus terutamanya mereka yang membuat rawatan hormon. 

Menurut Persatuan Kanser Amerika, kira-kira 90% wanita yang didiagnosis dengan kanser rahim mengalami pendarahan faraj tidak normal. Paten pendarahan tersebut boleh dilihat dalam konteks sama ada wanita tersebut masih mengalami pendarahan haid atau telah mencapai usia menopaus.

Bagi mereka yang belum menopaus, pendarahan faraj tidak normal adalah:

  1. Pendarahan banyak dan lama ketika haid (lebih lama daripada 7 hari).
  2. Pendarahan yang berlaku di antara 2 waktu haid dalam kitaran normal haid.
  3. Haid yang berlaku pada setiap 21 hari atau lebih awal.
  4. Pendarahan faraj sebelum atau selepas melakukan hubungan seks.

Bagi mereka yang telah mencapai usia menopaus pula, pendarahan tidak normal dianggap sebagai pendarahan yang berlaku selepas setahun anda tidak mengalami pendarahan haid. Keadaan ini perlu diperiksa oleh doktor.

Namun, anda perlu tahu bahawa kanser rahim tahap 1 bukanlah satu-satunya punca pendarahan tidak normal selepas menopaus. Terdapat punca lain seperti fibroid, masalah tiroid dan terapi gantian hormon.

Tanda awal kanser rahim lain yang perlu diberi perhatian


Seperti masalah kanser lain, kanser rahim juga boleh menyebabkan simptom kanser umum yang mempengaruhi proses fisiologi di seluruh badan. Pada peringkat awal, penghidap mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala ini.

Namun, apabila kanser rahim sudah semakin lanjut/ besar, ia boleh menyebabkan gejala seperti:

  • Sakit pada kawasan pinggang.
  • Pengeluaran cecair faraj dalam kuantiti yang banyak.
  • Sakit abdomen.
  • Rasa keras atau ketulan pada mana-mana permukaan kawasan pinggang.
  • Hilang berat badan tanpa mengamalkan sebarang diet.
  • Kelesuan.
  • Kembung perut.
  • Perubahan pada corak buang air kecil atau besar.
  • Rasa cepat kenyang.
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks.
Jika komplikasi telah berlaku, pesakit boleh menunjukkan gejala berkait dengan komplikasi yang dialami.Oleh sebab pendarahan merupakan manifestasi utama bagi kanser rahim, simptom anemia boleh berlaku kepada penghidap kanser tersebut.

Anemia adalah keadaan di mana jumlah sel darah merah di dalam aliran darah manusia lebih rendah daripada normal. Keadaan ini boleh menyebabkan simptom seperti:

  • Kelesuan.
  • Lemah badan.
  • Sejuk tangan dan/atau kaki.
  • Degupan jantung tidak sekata.
  • Sakit kepala.
  • Sesak nafas.
  • Kulit pucat atau kekuning-kuningan.
  • Sakit dada.
  • Pening kepala.
Keadaan ini boleh berlaku akibat badan kekurangan zat besi berikutan badan kehilangan darah pada kadar yang sangat laju. Oleh sebab zat besi merupakan komponen penting dalam penghasilan sel darah merah, tanpanya, pembuatan sel darah merah baharu menjadi perlahan.

Situasi ini boleh menyebabkan keperluan badan tidak dapat dipenuhi oleh jumlah sel darah merah yang sangat terhad.

Konklusi

Jika anda mengalami sebarang simptom yang berkait dengan kanser rahim, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan diagnosis dan rawatan. Komplikasi anemia yang dialami oleh penghidap boleh dirawat dengan pengambilan suplemen zat besi dan amalan pemakanan seimbang.

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya


 Dua pemenang akan diberi hadiah vektor (digital drawing)


Bagi yang tak tahu vektor tu apa, boleh cek dekat google bentuk nya.
Bukan vektor karakter kartun,tapi vektor muka diri sendiri.  tak pun boleh tengok dekat ig cuya
@artsbycuya

Hadiah akan bertambah kalau sambutan menggalakkan.


GIVEAWAY BERLANGSUNG DARIPADA 
16 FEB 2021- 3 MAC 2021 (11:59 PM)

Movie Review | The Instrument Of Murder (2020)

Sunday 21 February 2021

Director : Ta Nguyen Hep

Writer : Ta Nguyen Hep, Nhat Banh, Quang Huy

Cast : B. Tran, Hoang Thuy Linh, Trinh Tang Binh, Hua Vi Van, Huu Khang, Ns Trung Dan, Trinh Minh Dung, Kha Nhu, Ns My Uyen, Wean Le, Kay Tran, Wean Le

Production Company : T Films, WEPRO Entertainment

Genre : Crime / Thriller / Romance

Running Time : 85 minutes

Release Date : 20 November 2020

Tengok movie ni sebab tertarik dengan poster dia dan genre movie crime thriller tapi tak lah dark sangat pun jalan cerita dia. First time rasanya tengok movie Vietnam. Quite amazed dengan visual dan penceritaan diorang.

Movie ni bermula dengan kemalangan ngeri antara keluarga angkat Lam dengan sister yang cuba selamatkan dia sebab Lam nampak ada budak dalam boot kereta. Bila ketua sister check tak ada pun dekat dalam tu, cuma patung decoration untuk Hari Natal je. Tapi disebabkan cara Lam cuak tu, sister yang paling rapat dengan dia follow belakang. 

Bapa angkat dia pula taknak kantoi culik budak lain sebab Lam dah jadi saksi penculikan tu so dia nak langgar sister masuk dalam gaung tapi Lam kacau stereng sampai mereka terbabas. Bila Lam sedar, sister dan keluarga angkat dia dah pun meninggal bila kereta tu meletup. 

Fast forward ke 20 tahun kemudiannya bila Lam (B. Tran) dah besar dan bekerja sebagai penghantar makanan. Dia jatuh cinta dengan Khanh (Hoang Thuy Linh) yang bekerja di sebuah salon di bahagian hadapan dan pusat urut di bahagian belakangnya. Lam tolong jaga anak lelaki Khanh bila habis kerja sementara tunggu Khanh balik rumah. 

Masa Khanh pulang ke rumah, dia terserempak dengan Thinh (Kay Tran) anak klien yang nak expose kerja haram dia. Lam cuba leraikan pergaduhan dan tenangkan Khanh sebab taknak keadaan bertambah buruk. Keesokan paginya mayat Thinh tergantung pada bahagian wayar eletrik kawasan perumahan tersebut. Leher dia luka besar disebabkan tin mainan anak Khanh. 

Sebelum polis syak Khanh yang bunuh gara-gara pergaduhan mereka semalam dan senjata pembunuhan berkait dengan Khanh, Lam ajak Khanh lari ke kawasan pedalaman. Kebetulan dia terjumpa dengan Dustin (Trinh Tang Binh) yang kaya dan bagi advice supaya Lam tak lari dari ketakutan kemudiannya ajak siasat kes ni bersama. 

Awalnya macam pelik jugak kenapa Dustin beria sangat nak tolong Lam tapi tak lah ambik port sangat sebab dia anak orang kaya yang ada banyak masa dengan melepak sana sini. Bila tengok plot twist dekat second half tu baru tahu pertalian antara Lam dengan Dustin. Berpatah balik ke flashback di awal movie. 

Plot twist ni berkait rapat dengan tajuk movie sebab The Instrument Of Murder yang polis jumpa tu bukan yang sebenar. Ada scene director tunjuk jawapan masa scene Chien (Trinh Minh Dung) hidupkan balik handphone Thinh tapi tersorok. Geram sangat masa tu sebab jawapan dah depan mata tapi tak boleh tengok! 

Visual movie arahan Ta Nguyen Hep ni menggunakan warna yang dark untuk menggambarkan misteri dan jenayah yang berlaku di kawasan perumahan tersebut. Bila masuk scene Lam dengan Dustin bergaduh, director guna ton warna merah untuk menggambarkan suasana amarah dalam scene tu. VFX pun nampak smooth dan realistic especially scene letupan dan scene sapu tangan yang travel ke tragedi hitam. 

Kalau ada yang nak tengok boleh tengok dekat Dramacool sebab movie ni sebelum ni ada dekat Netflix tapi dah habis tempoh tayangan la kot. Cari dekat mana-mana platform berbayar pun tak jumpa. Even dekat Wikipedia atau IMDb pun tak wujud tentang movie ni. Nasib baik lah bahagian credit dia boleh difahami. Recommend to watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Book Review | Life Baggage

Penulis :  Syaz Eym

Penerbit :  Santai Ilmu Publication

Helaian :  251 mukasurat/  3 kisah

Genre : Drama

Tarikh Cetakan :  Cetakan Pertama – Januari 2021

Harga :  RM30.00

Sinopsis : 

Review : 

 Finally I finish my first book for 2021! Yeayyy for that. 

Nampak buku ni dekat blog penulis sendiri, Syaz Rahim masa blogwalking. Sebelum ni blogger Syaz Rahim dah banyak berkongsi cerpen dekat blog dia. Bila dibukukan ni lain macam sikit feel dia and safe to say, I’ve found another favorite author. 

Dalam novel Life Baggage ni ada 3 kisah tapi tak sama ketebalan setiap kisah. Kisah 1 dan 2 cuma cerpen pendek dengan plot twist menarik. Kisah 3 bermula dari muka surat 35 sehingga 251 dengan penceritaan yang bersilih ganti situasi dan watak-watak utama. 

Kisah 1 menceritakan tentang Shah yang diculik dalam perjalanan ke temuduga untuk jawatan kosong setelah tamat pengajian. So throughout the story, penulis buat kita curious nak tahu apa motif penculikan sebab ikutkan dari cerita Shah tak ada salah ataupun dosa yang dia buat pun. 

Kisah 2 pula bila menceritakan pergolakan hubungan suami isteri gara-gara fitnah dari orang sepejabat. Kesian sangat dengan watak Leyha sebab jadi mangsa dengan cemburu buta si suami dan serkap jarang si pemfitnah. 

Kisah 3 tentang Hatim yang menumpang di rumah Fendi selepas kawan baik dia tu bercerai dengan Jarah. Siapa sangka bercinta dari zaman sekolah tapi putus jua akhirnya. Tak sampai setahun pun berkahwin dan selepas bercerai, Jarah bercinta dengan Cecil. Fendi ambil keputusan untuk gantung diri dia dalam bilik selepas menerima kad undangan melalui Whatsapp. 

Di susur masa yang sama, Najah dan Mustaqim yang dah lama hidup dengan status Perkahwinan Jarak Jauh sampai anak perempuan mereka, Kirana dah besar mula takut dengan keadaan suami dia yang semakin susut. Najah ternampak appointment suami dia dengan pihak hospital pada tarikh sekian sekian. Dia menyesal abaikan suami dia dan lebih mementingkan kerjaya. Kawan baik dia, Yasmin pula makin menjauhkan diri walhal bekerja di hospital yang sama Mustaqim buat appointment. 

Dua kisah ni akan bertembung dan walaupun pertemuan tu sekejap sahaja tapi sarat dengan mesej hidup yang bermakna. Sarat dengan gesture yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Masa pertama kali dua watak ni bertembung dah boleh agak dah jalan cerita penulis ni nak menuju ke mana tapi tetap stay sebab nak tahu kisah mereka. 

Penceritaan penulis yang santai buatkan novel ni seronok dibaca. Kisah 1 dengan Kisah 2 tu I baca masa tunggu traffic light tukar hijau sebab pendek je. Kisah 3 dalam beberapa jam je lah sebab panjang sikit kan. Bila baca ending rasa berbunga je hati sebab peluang kedua yang datang lepas kegagalan pertama tu rasa sweet sangat. 

Ataupun boleh kata, datang dalam keadaan diri lebih bersedia dan stabil. Datang dalam keadaan yang tenang. I mean, what’s the rush kan? Buat apa yang utama dulu dalam hidup kita then just enjoy the flow. 

Masa baca tajuk life baggage dan kisah ketiga ni teringat episod Ted Mosby tarik baggage dia yang agak besar dalam series How I Met Your Mother sebab kena tinggal dekat altar. Lepas tengok episod tu I tahu tak ada manusia perfect dalam dunia. Tak ada manusia yang tak ada luggage tersendiri tapi cara dia manage, cara dia bawa, cara dia berkongsi tu sebenarnya lebih penting dalam hidup. Sama juga dengan kisah dalam novel ni. 

I love this novel and I recommend you guys to read Life Baggage as well. Worth it! 

p/s : Kisah ketiga tu kalau buat telemovie pun best jugak. Pelakon dia Usop Mentor sebab watak Hatim tu macam sama dengan karakter dia. Manis, pandai berseloroh walaupun tak sekacak Fattah Amin. 

1. Author +1, 2.Plot +1, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +1 = 5/5