Sushant Singh Rajput's Death Case : KK Singh's FIR

Wednesday 29 July 2020

Gempar bila akhirnya ayah Sushant, KK Singh failkan FIR di balai polis Patna. Katanya sebelum ni dah buat laporan di balai polis Mumbai tapi ditolak. Dalam FIR tersebut disenaraikan ketidakpuasan hati keluarga Sushant terhadap teman wanita Sushant, Rhea Chakraborty dan juga 5 orang lagi yang tidak didedahkan identitinya. 


Image

Image

Sebelum ni keluarga Sushant ambil keputusan untuk berdiam diri dan tunggu laporan akhir dari polis Mumbai tapi setelah sebulan, belum ada kronologi sah dan kenyataan berubah-ubah setiap kali ada pertanyaan dari netizen. 

Post image

Dalam FIR KK Singh, Rhea Chakraborthy didakwa di bawah 5 seksyen di bawah Akta Indian Penal Code antaranya : 

  • Indian Penal Code 306 - Abatement of suicide
  • Indian Penal Code 340 - Wrongfully to confine
  • Indian Penal Code 380 - Theft
  • Indian Penal Code 406 - Breach of Trust
  • Indian Penal Code 420 - Cheating and dishonestly
Antara pertuduhan yang dikemukakan oleh KK Singh di dalam FIR beliau : 

i. Pertuduhan Pertama

Terdapat Rs17crore di dalam akaun bank peribadi Sushant tapi Rs15crore telah dipindahkan ke akaun yang tiada kaitan dengan Sushant. 

Image

Pihak polis Mumbai dah keluarkan arahan akan siasat Rhea sebelum ni pada 19 Julai 2020 disebabkan aliran wang kepunyaan Sushant dan juga credit card dan bank details milik Sushant dikawal oleh Rhea. 

ii. Pertuduhan Kedua 

Pergaduhan antara Sushant dan Rhea bila Sushant ambil keputusan untuk berhenti berlakon dan beli tanah di Coorg untuk wujudkan ladang tanaman organik. Tapi Rhea ugut Sushant akan dedahkan medical details dan bagitahu semua orang yang Sushant sebenarnya depressed/gila. 

Polis Mumbai dedahkan Rhea keluar dari rumah Sushant pada 8 Jun dan Sushant akan call dia setiap malam. Kawan Sushant bagitahu media yang dia ada plan untuk beli tanah dan bercucuk tanam. 

iii. Pertuduhan Ketiga

Sebelum tahun 2019 Sushant tak ada masalah kesihatan mental tapi sejak kenal dengan Rhea, Sushant disahkan kemurungan klinikal. KK Singh persoalkan apa yang berlaku dalam masa 14 bulan sampai Sushant depressed, ambil ubat anti-depressant dan bunuh diri? 

KK Singh sebelum ni bagitahu media yang dia tak tahu langsung anak dia kemurungan. Abang ipar Sushant dedahkan yang perjanjian Sushant dengan keluarga sebelum join industry Bollywood, Sushant perlu buat health checkup 3 bulan sekali dengan trusted doctors. 

iv. Pertuduhan Keempat

Kenapa Rhea boleh bagi persetujuan kepada doktor untuk semua medical treatment Sushant sedangkan hanya keluarga sahaja yang layak bagi kebenaran dan persetujuan. Kawan malah teman wanita tak dibenarkan sama sekali. 


Rhea bawa Sushant berjumpa dengan Dr. Kersi yang mana merupakan kawan kepada Mahesh Bhatt. Kemungkinan besar Rhea bagitahu media yang Sushant denggi walhal dia masuk wad sebab overdose. 

v. Pertuduhan Kelima

KK Singh persoalkan kenapa Rhea tak pernah maklumkan pada keluarga langsung tentang kesihatan mental Sushant? Kenapa Rhea tinggalkan Sushant bersendirian kalau betul Sushant sakit dan simpan semua medical records Sushant. 

Mukesh Bhatt pada petang 14 Jun 2020 keluarkan kenyataan yang The Bhatts dah nampak Sushant sakit sama macam Parveen Babi - depressed dan skizo. The Bhatts dah advice Rhea untuk tinggalkan Sushant. 



Salah seorang kakak Sushant, Priyanka dan suami dia merupakan peguam di Supreme Court jadi tak mustahil kalau keluarga Sushant come up dengan pertuduhan-pertuduhan di bawah 5 seksyen Indian Penal Code. 4 orang pegawai polis Patna dah pergi ke balai polis Mumbai untuk collect 5 journal Sushant dan semua dokumen penting berkaitan dengan kes ni. 

Lepas FIR ni didedahkan oleh pihak media, Rhea dikhabarkan tiada di apartment dia. So far Rhea melantik peguam hebat yang pernah dilantik oleh Sanjay Dutt untuk kes terrorist dan Salman Khan untuk kes langgar lari. Tak pasti duit yang digunakan Rhea adalah duit yang sama dicuri dari akaun bank Sushant atau kepunyaan dia sendiri. 

Image

Kakak sulung Sushant, Shweta Singh Kriti dah mula bersuara untuk dapatkan keadilan atas kematian Sushant. Dengan adanya FIR dari pihak keluarga Sushant, kes kematian Sushant mula dianggap serius dan dibincangkan di kebanyakan media rasmi di India. 









Movie Review : Chashme Baddoor

Tuesday 28 July 2020


Director : David Dhawan
Writer : Sajid-Farhad
Cast : Taapsee Pannu, Ali Zafar, Divyendu Sharma, Siddharth Narayan, Rishi Kapoor, Anupam Kher, Lilette Dubey, Bharati Achrekar
Production Company : Viacom 18 Motion Pictures
Distributor : ShowMaker Pictures
Genre : Slapstick Comedy 
Running Time : minutes
Release Date : 5 April 2013
Trailer :


Cerita bermula dengan Seema (Taapsee Pannu) yang dah fed up dengan desakan ayah dia (Anupam Kher) untuk berkahwin dengan pegawai askar, sama dengan karier ayah dia sebagai pegawai berpangkat besar.  Katanya civilian ramai yang pengecut sebab tu dia suka bermenantukan pegawai askar. Seema larikan diri dan tinggal dengan pakcik dan nenek dia (Bharati Achrekar) di Goa.

Dekat bandar Goa, Seema berjumpa dengan tiga sekawan, Siddharth Kashyap (Ali Zafar), Jai "Jomo" Lakhanpal (Siddharth Narayan) dan Omkar "Omi" Sharma (Divyenndu). Awalnya Jai dan Omi cuba untuk mengorat Seema tapi gagal. Bila plan diorang fail, masing-masing tak nak kalah brag dan menipu yang diorang berdua dah berjaya tackle Seema. Sid pula tak ambik port sebab dia lebih fokus dengan study tambah pula dia di tahun akhir.


Tapi Sid terserempak dengan Seema di restoran bila dia tersalah anggap yang Seema adalah anak kawan kepada ibu dia. Rupanya anak kawan ibu dia terlewat datang dan taknak pun berjumpa dengan Sid. Dari situ Sid dan Seema selesa berkawan dan bercinta. Tapi Sid mula buruk sangka bila Jai dan Omi bagitahu perkara buruk pasal Seema sebab cemburu tak dapat tackle dan sakit hati ‘cinta’ mereka ditolak.


Since genre movie ni slapstick comedy so jalan cerita Chashme Baddoor pun tak lah menarik sangat pun. Saja tengok sebab dah lama cari movie ni sebab Ali Zafar yang berlakon. Tambah pula lagu Dhichkyaaon Doom Doom tu lagu fav dari tahun 2013 dulu. Movie Chashme Baddoor ni movie remake dari movie lama, Chashme Buddoor tahun 1981 tapi sebab tak tengok movie original so tak boleh nak compare.

Chashme Buddoor / old - India Town Gifts

Watak Sid, Jai dan Omi dalam movie ni memang loser habis except Sid okay sikit sebab bijak dalam study dan tak kacau perempuan. Tapi most of the time memang melepak saja kerjanya padahal duduk rumah sewa. Tak faham jugak lah kenapa perlu buat 3 watak ni duduk menumpang dekat rumah  Miss Josephine (Lilette Dubey) tapi tak nak bayar sewa sampai setahun. Lepastu melepak dekat café Joseph Furtado (Rishi Kapoor) tapi tak bayar langsung. Kalau tak ada duit dan masih pelajar kolej, kenapa tak stay dekat hostel je? Bila tengok movie ni zaman 2020 rasa macam toxic sangat jalan cerita dan karakter 3 pelakon utama ni.


Dialog dalam movie ni memang kerap mention nama pelakon untuk gambarkan situasi dalam babak tu. Kalau yang tak berapa layan movie Bollywood memang tak faham apa kaitannya tapi non-Bollywood fans mana yang akan layan movie ni entah. 

Rasanya ni movie kedua tengok lakonan Taapsee Pannu dalam genre comedy and I boleh buat kesimpulan yang Taapsee tak pandai berlakon movie komedi. Even worst, dia nampak kaku dan terlindung bila kongsi satu screen dengan Ali Zafar, Divyendu Sharma dan Siddharth Narayan ataupun Anupam Kher. Dia cuma jadi pasu bunga je. Wardrobe dia pun tak cantik. Some of them looks tacky. Walaupun ni movie debut dia tapi dari tahun 2011 lagi Taapsee dah aktif dalam industry movie Tamil dan antara pelakon wanita terbaik.


Nothing much for visual tapi music album dari duo Sajid-Wajid dengan barisan penyanyi hebat seperti Sonu Nigam, Ali Zafar, Shreya Ghoshal, Mika Singh dan Wajid memang syok nak layan sampai sekarang especially Dhichkyaaon Doom Doom dan Early Morning.


Movie Chashme Baddoor mungkin hit pada tahun 2013 dan antara movie yang Blockbuster sebab genre comedy but maybe it’s not my cup of tea. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.4 /10