Gone Too Soon, Sushant Singh Rajput

Monday 15 June 2020

Petang tadi dapat berita kematian Sushant bila beberapa acc Twitter sahkan suicide news lepas video dan gambar ambulans keluar di socmed. Bollywood lost another gem this year tapi lagi sedih bila disebabkan depression be it caused from professional and personal.

'Suicide doesn't kills people, sadness kill them'

Image

Hit me hard actually sebab dari Sushant debut sampai sekarang memang suka dengan acting talent Sushant. To name a few - Kai Po Che, MS Dhoni, Sonchiriya, Chichchore, Kedarnath. Kalaupun movie dia flop, lakonan dia tak pernah gagal untuk tinggalkan impak. Tapi sayangnya nasib sebagai outsider yang mula karier dia dengan pelakon drama TV dan masuk ke Bollywood, Sushant tak dapat layanan yang baik. 

Kalau dulu ramai yang diam dengan layanan teruk kepada outsiders tapi sejak 2017, Kangana dah mulakan perang dengan movie mafia - Karan Johar. Sadly, Sushant antara mangsa buli geng Karan Johar. 

Bermula dengan pergaduhan dengan Aditya Chopra, owner Yash Raj Films yang hold Sushant untuk project movie Paani tapi sudahnya shelved lepas 2 tahun. 12 movie Sushant tolak sebab Aditya advised supaya fokus dengan production movie Paani tapi geram dengan rumours movie akan diberi kepada orang lain, Sushant keluar dari YRF. 

Image

Bila bergaduh dengan Aditya Chopra, automatik akan bermusuhan dengan sepupu dia, Karan Johar. Dari situ banyak smear campaign untuk jatuhkan Sushant melalui fake blind items yang gambarkan Sushant sebagai banyak songeh, pervert dan sombong. 

Kalaupun movie Sushant berjaya di box office, tak banyak media yang bercakap atau puji dia tapi bila movie dia flop, meriah kutukan dan hinaan kepada Sushant dari trolls dan fake accounts. Yang kuat semangat pun boleh jadi lemah bila dilayan macamni. 

Lagi bertambah hilang semangat bila ex-manager bunuh diri beberapa hari sebelumnya dan putus cinta. Sushant dah berjumpa dengan pakar untuk masalah kemurungan dia bila polis jumpa beberapa documents yang sahkan dia depressed dan beberapa ubat anti-depressants. 

Image

It just shattered and shocking news to accept. Lagi sedih bila tengok Btown yang buli dia mula ucap takziah dekat account masing-masing. Media dengan perangai biadap pergi ke rumah ayah Sushant tanya perasaan dia hilang anak. How stupid can you guys be? Expect dia nak jawab dia bahagia ke? Fans Sushant pula bodoh share gambar mayat Sushant terbaring atas katil untuk raih RT dan likes. 

Bukan setakat sedih kehilangan Sushant, jadi bertambah sedih tengok kebodohan masing-masing. After all this, I just glad Sushant did his best for his dreams. Dia bagus dalam fizik dan minat dengan astronomi tapi dia pilih untuk masuk dalam Bollywood. Mungkin dia akan selamat kalau stay dalam bidang yang dia minat tapi kalau dia tak masuk Bollywood, tak mungkin dapat tengok acting talent yang solid dari Sushant. 

Rest in peace hero.....

Movie Review : Bhangra Paa Le

Sunday 14 June 2020


Director : Sneha Taurani
Writer : Dheeraj Rattan
Cast : Sunny Kaushal, Rukhsar Dhillon, Shriya Pilgaonkar, Samir Soni, Sheeba Chaddha, Parmeet Sethi, Jayati Bhatia
Production Company : RSVP Movies
Distributor : RSVP Movies
Genre : Musical / Drama / Comedy
Running Time : 130 minutes
Release Date : 3 January 2020
Trailer :


‘Wrestling, Kabaddi and Bhangra, they all require energy.’
Berlatarbelakangkan kehidupan Jaggi Singh (Sunny Kaushal) dan Simi Geet (Rukhsar Dhillon) yang hebat dalam tarian Bhangra yang popular di kalangan kaum Punjabi, cuba untuk menang dalam pertandingan antara kolej. Ganjaran sangat lumayan bila team yang menang akan ditaja untuk pertandingan antarabangsa yang bakal diadakan di London. Di sana pula, juara akan dapat hadiah wang tunai sebanyak 500,000 pounds.

Pertemuan tanpa sengaja antara Jaggi dan Simi dalam sebuah wedding buatkan mereka terpaut tapi malangnya bila masing-masing cerita impian mereka berdua, masa tu baru tahu yang Jaggi team Khalsa College dan Simi pula GDNU College. Masing-masing ada unique steps untuk digunakan dalam competition nanti. 

Simi dengan impian dia untuk pergi ke London supaya dapat buktikan kepada ayah dia yang tinggalkan dia masa kecil yang dia mampu berjaya tanpa ayah. Jaggi pula dengan impian untuk bawa cerita hidup datuk dia, Kaptaan yang terpaksa lupakan hasrat menjadi penari lepas kaki dia kudung gara-gara ditembak musuh di medan perang.


Jaggi kecewa dan sakit hati bila team Simi yang menang pertandingan Bhangra dan ditaja untuk pergi ke London. Disebabkan ramai yang tak puas hati dengan keputusan juri, pelajar kolej yang lain buat rusuhan dan serang pelajar kolej GDNU. 

Jaggi cuba leraikan pergaduhan tapi dia pula yang dipukul dan cederakan kaki dia. Team member dia yang lain dah give up untuk teruskan ke London sebab kos yang mahal dan nak fokus dengan study. Sudahnya Jaggi ambil keputusan untuk balik ke Amritsar dan minta bantuan ayah dia (Parmeet Sethi) untuk pergi ke London.


Jalan cerita dari pengarah baru Sneha Taurani menggabungkan dua plot masa yang berbeza bila cerita Kaptaan dengan Nimmo (Shriya Pilgaonkar) pada era Perang Dunia Kedua dan cerita Jaggi dan Simi di era sekarang tapi berkisarkan cinta kepada tarian Bhangra yang mendalam. 

Untuk movie yang bergenre musical, Jitan Harmeet Singh delivered yang terbaik dengan close up shot dan beberapa shot dari sudut yang cantik untuk menambahkan lagi drama dan kecantikan dalam tarian Bhangra. Sinematografi pun cantik tonjolkan keindahan Amritsar yang terkenal dengan ladang bunga kuning dan culture kaum Punjabi. Kudos to wardrobe team dengan costume pakaian kaum Punjabi.


Ditambah pula dengan susunan lagu-lagu yang best dan berentak catchy sebab tarian Bhangra yang rancak. My favorite, lagu Ranjhaan nyanyian Neeti Mohan danTushar Joshi.


Sayangnya movie ni lemah pada penceritaan terutamanya kisah cinta Jaggi dan Simi tambah pula lakonan Simi tampak biasa. Kemunculan Shriya sebagai Nimmo dalam beberapa scenes lebih padu nak dibandingkan dengan heroin filem dengan emosi yang digambarkan dari riak wajah dan bahasa tubuh. Chemistry dengan Sunny Kaushal lebih meyakinkan berbanding Rukhsar Dhillon.


Tak faham dengan scene Simi ajak Jaggi celebrate kejayaan dia lepas menang dalam competition sedangkan dia sendiri tahu betapa kecewanya Jaggi bila kalah. Instead of comforting him, she’s being insensitive and pushy. Jaggi dah kalah, kaki injured, kena masuk lokap lepastu kena marah dengan team  dia sebab berkawan dengan Simi. It’s a lot to take man.


First half mungkin menarik sebab nak tahu apa yang jadi dengan Kaptaan tapi second half nampak meleweh sikit especially bila ayah Simi datang jumpa dia. Tak tahu macam mana ayah dia cam sebab tak pernah contact pun sejak dia tinggal keluarga dia dulu. Simi pula tak bagi ayah dia (Samir Soni) jelaskan kenapa so kita tak boleh nak rasa connected dengan mana-mana watak sebab tak ada cerita. 

Overall this movie is watchable as a light entertainer. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10

Movie Review : Gulabo Sitabo


Director : Shoojit Sircar
Writer : Juhi Chaturvedi
Cast : Amitabh Bachchan, Ayushmann Khurrana, Farrukh Jafar, Brijendra Kala, Vijay Raaz, Shrishti Srivastava, Jogi Mallang
Production Company : Rising Sun Films, Kino Works
Distributor : Amazon Prime Video
Genre : Drama / Comedy
Running Time : 124 minutes
Release Date : 12 June 2020
Trailer :


Movie arahan Shoojit Sircar mengisahkan Baankey Rastogi (Ayushmann Khurrana) yang menyewa satu keluarga di rumah agam Fatima Mahal milik Begum Fatima (Farrukh Jafar) yang diuruskan oleh suaminya yang kedekut, Chunnan 'Mirza' Nawab (Amitabh Bachchan).


Jadi masalah bila penyewa-penyewa yang lain mampu bayar sewa yang makin lama makin dinaikkan oleh Mirza walaupun facilities tak bagus tapi Baankey masih lagi bayar harga sewa yang lama dengan alasan tak mampu bila gaji dia bekerja di kilang gandum cuma sedikit dan perbelanjaan keluarga pula makin meningkat bila adik-beradik dia makin membesar. Lagi pula dia selalu mengungkit 7 keturunan dia dah menyewa di situ.

Mirza yang sakit hati dengan Baankey mula cari jalan lain untuk singkirkan Baankey dan dalam masa yang sama cari peguam Christopher Clark (Brijendra Kala) untuk uruskan dokumen pemindahan harta sebab dia nak Fatima Mahal jadi kepunyaan dia bila isteri dia meninggal nanti.


Baankey pula kebetulan terjumpa ahli arkeologi, Gyanesh Shukla (Vijay Raaz) yang mencari aset untuk dijadikan harta kerajaan dan peroleh keuntungan dari nilai artistik dan sejarah rumah agam tersebut. Dia janjikan kediaman baru kepada penyewa-penyewa lain sebagai pampasan. Maka bermula lah perang antara Mirza dan Baankey untuk dapatkan rumah agam tersebut.


Gulabo Sitabo dipromosikan dan dikategorikan sebagai drama komedi tapi sayangnya plot cerita perebutan rumah agam ni dilihat agak draggy dan rencah komedinya kurang. Scene komedi cuma dalam beberapa scene sahaja itupun tak lah strong sangat. Ending menarik disebabkan plot twist dari Begum Fatima cuma pace terlampau perlahan buatkan movie ni panjang pada first half tanpa apa-apa scene yang meraih perhatian.


Sayangnya bila lakonan Amitabh Bachchan dan Ayushmann Khurrana bagus tapi watak yang tak digarap sebagus watak Christopher Clark dan Gyanesh Shukla bila lebih licik dan opportunis tampak meyakinkan dalam semua scene yang mereka muncul. Boleh kata Amitabh dengan Ayushmann dah terlampau selesa dengan repetitive roles dari movie-movie mereka berdua sebelum ni. So nothing remarkable to watch pun dalam movie ni. I don’t mind for Big B tapi untuk Ayushmann better pull off something better and out of his comfort zones sebelum audience jelak.


Mungkin juga antara faktor I tak boleh nak enjoy plot movie ni bila writer Juhi Chaturvedi masukkan elemen satira dengan traditional puppet show – Gulabo Sitabo yang famous di daerah Lucknow. Berbeza dengan karya gabungan Shoojit Sircar dan Juhi Chaturvedi  dalam movie Vicky Donor dan Piku yang bagus dengan humor dan masalah sosial. 

‘hum sarkaar hain, humein sab pata hai.’ - Gyanesh Shukla

One thing for sure I do enjoy watching visual editing in Gulabo Sitabo hasil kerja Avik Mukhopadhyay yang beri gambaran jelas kehidupan low class di tengah bandar yang sibuk. Clean and sharp transition dan beberapa shot diambil dari sudut yang menarik.


Soundtrack hasil gabungan 3 komposer - Shantanu Moitra, Abhishek Arora dan Anuj Garg mungkin tepat menggambarkan suasana dan relatable dengan beberapa scene tapi untuk ulang dengar dan tarik penonton untuk ulang tengok movie ni mungkin agak lemah atau reach yang kurang sebab tak ramai yang minat dengan rentak macam tu.


Despite team production’s flaws dalam Gulabo Sitabo, memang sesuai movie ni release dekat OTT platform instead of cinema sebab movie ni lebih kepada eksperimen dan audience dekat online platform tak kisah untuk spend masa dan hayati art sesebuah movie. Okayish for me but expecting more.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10