Film Distribution Short Course di Future Learn

Wednesday 21 August 2019

Hari ni berjaya jugak habiskan short course dengan Future Learn untuk bidang Film Distribution. I pernah mention pasal ni sebelum ni tapi masa tu malas nak cerita panjang lebar sebab selalunya akan jadi tahi ayam.

Image

Banyak benda dapat belajar walaupun kebanyakannya dah tahu cuma bila ada tutor ni, untuk sahkan teori plus ada data dan latihan disediakan supaya kita lebih faham dan nak tengok sejauh mana kita serap ilmu yang dia bagi tu. 

Tapi latihan dia tak susah mana pun, cuma buat analisa tentang poster, trailer, genre movie, target audience etc. I paling suka part buat trailer sendiri dengan video yang dia bagi supaya nampak menarik dan mampu tarik audience. Macam mana dalam masa 20 saat tu nak buat orang curious dengan movie sampai dia nak tengok dekat cinema. 


Dekat Future Learn ni, data yang I dapat memang dari UK lah even video pun dari UK tapi tak ada masalah pun lah sebab movie yang jadi case study tu familiar lah jugak. Article yang dia bagi semua senang nak faham or maybe I yang minat sangat kot nak belajar. Idk, for me info dia bagi memang ringkas dan padat. Super love! 

Lepas ni kalau ada masa nak belajar pasal writing pulak ataupun anything yang melibatkan movie. Banyak lagi tau course yang you guys boleh ambil secara percuma je dekat Future Learn ni tapi tempoh masa tu I tak pasti sebab mesti setiap course tu berbeza kan? Sebab yang tweet introduce website ni pun ambil short course sampai 6 bulan. 


Bila dah habis belajar, semua dah complete macam gambar atas tu, dia ada certificate sebenarnya tapi kena bayar lah. Untuk bayar tu memang malas lah. so kita biar je mereput dekat sana dan share dekat sini je. Mana yang nak try tu klik lah dekat link dekat atas, dari bosan tak tahu buat apa, boleh tambah ilmu dekat sini. 

Reload T&G Di Mesin PayDirect T&G

Tuesday 20 August 2019

Raya Haji haritu balik kampung ternampak mesin PayDirect di Hentian R&R Elmina. Excited jugak la nak guna sebab inisiatif baru dari T&G untuk memudahkan pengguna topup T&G sebab tak semua tempat ada tawarkan service topup T&G ni. 


Masa tu baki tinggal berapa ringgit je, memang cadang nak tambah nilai dekat tol booth je sebab malas nak menyinggah ke 7E. Selalu kena tunggu lama kalau berhenti dekat 7E. 

Bila tengok yang guna mesin tu macam sekejap je, lagi rasa nak try topup dekat mesin tu. Bila sampai turn tak payah ambil masa yang lama pun untuk faham steps dia. 

Dekat mesin tu dah letak siap-siap numbering untuk 4 step mudah buat pengguna T&G. 

1 - Letak kad T&G di lubang yang disediakan. 


2 - Pilih service di skrin mesin ni. Sorry I tak ingat ada service apa lagi selain topup kad T&G. 



3 - Masukkan wang kertas ikut nilai yang dipilih. Wang kertas yang diterima not RM10, RM20, RM50 dengan RM100 je tau. RM1 dengan RM5 boleh simpan elok-elok dalam purse/wallet. 


4 - Dah settle buat payment, ambil la resit. 


Tak sampai 5 minit pun tau nak topup. Kalau ramai orang nak guna pun memang takkan beratur panjang melainkan yang nak guna mesin tu kena fikir lama service apa dia nak buat dengan berapa nilai dia nak tambah. Elok suruh dia fikir dulu sebelum berbaris. 

Hopefully T&G tambah mesin ni supaya senang pengguna nak topup T&G in case kad T&G tertinggal ataupun lupa check balance sebelum guna. Thanks T&G!

CANTEEN, Subang Bestari

Sunday 18 August 2019

Jumaat lepas I have a very bad experience bila order nasi putih, ikan bakar dengan sayur goreng di kedai makan. Sejam tunggu tapi makanan tak sampai without even say sorry and rude customer service. 

Sudahnya cancel je order sebab dah sakit hati waiter buat acuh tak acuh je bila request nasi dengan sayur goreng since ikan bakar dah sampai. Not a wise decision to leave tapi terpaksa cari kedai lain sebab lapar sangat. 

Before this memang dah pernah singgah CANTEEN ni tapi masa tu diorang tak buka belah malam. Luckily masa tu tak ramai customer so my expectation, dia akan serve cepat since we're both already starving. 


Restoran ni tak banyak menu sangat and since dah pukul 8 lebih, perut dah masuk angin so tak rasa nak makan nasi. Order Mee Wantan Roasted Chicken, Mee Wantan BBQ Chicken dengan Dumpling Soup. For drinks pilih signature Ice Lemon Tea dengan Iced Coffee. Total semua RM25.70. 


For now ada promotion untuk drinks, semua harga RM2.50. Makanan pun ada certain yang dipotong beberapa puluh sen. 


Dekat CANTEEN ni you guys kena order dulu menu dekat kaunter. Lepas dah buat bayaran boleh duduk dekat mana-mana table. Table dia pun banyak jenis, ada yang terletak di bahagian luar, ada yang dekat tepi tingkap macam bar. Ada yang di tepi dinding dengan kerusi sofa come with plug untuk charge phone atau guna laptop. 


Dah pilih seat you guys have to wait for several minutes je, tak lama pun sebab kebanyakan menu yang jenis cepat dihidang. Tak sampai sejam lah yang pastinya. Tunggu je nombor dekat resit tu muncul dekat kaunter


Masa tunggu makanan sampai rasa bahagia la dengar nombor digital tu berbunyi tapi bila makanan dah sampai rasa annoying pulak tambah pulak bila makin ramai yang datang haha. Lepas ni boleh duduk dekat luar kot, tak bising sangat. 


Masa makanan dah siap, dalam hati macam sebal jugak sebab mee dia sikit tapi bila makan haaa ambik kau banyak rupanya. 


Kitorang rasa kitorang buat pilihan bijak malam tu bila pilih mee wantan sebab kicap dia sedap, rasa macam bumbu Indomie pun ye jugak. Bila lapar dapat makanan sedap, faham tak nikmat dia macam mana? 


Dah settle makan mee, pekena pulak sup dumpling ni. Bila dah kenyang makan mi wantan, sup dumpling ni agak kenyang lah kalau nak makan sorang. Since orang cina sendiri yang buat dumpling ni, dia punya rasa sedap tu memang tak boleh tolerate. Boleh jadi tambah lagi semangkuk.


I'm impressed lah dengan restoran ni sebab sudu garfu dia tebal macam dekat rumah or maybe lagi tebal. Nak makan isi ayam pun confident, tak macam dekat restoran lain yang guna sudu garfu nipis. Sekali guna pun dah bengkok. Pinggan mangkuk dia pun sejenis yang berat tau walaupun nampak macam pinggan MR.DIY.


Dekat sini lepas makan kena angkat sendiri tray bawa ke tempat yang disediakan berdekatan dengan sinki basuh tangan. Malam tu tak nampak la spesies tinggal pinggan mangkuk dekat meja. Semua letak dekat sini. 


Bukan setakat deco cantik, restorang bersih dan kemas even service pun sangat bagus. Owner dia ramah tau walaupun tak berapa sihat, tukang buat air, tukang masak semua friendly dekat sini. Even masa tu sistem diorang buat hal sampai tertinggal dumpling soup, tak rasa nak marah pun sebab masing-masing pandai jaga customer & cepat-cepat selesaikan masalah. Jauh beza dengan kedai yang I pergi sebelum tu. 


Lepasni dah tahu dah nak makan dekat mana bila craving mi wantan dengan dumpling soup. Nak try Nasi Ayam Hainan pulak lepas ni sebab orang cina sendiri yang buat. Cara diorang berbeza sikit dengan nasi ayam dekat food court orang melayu. Diorang ni cina Muslim tau so no worries bila makan dekat sini. Thanks for existing for making my tummy happy haaa gittew.

Update :


Avoid at all cost order Nasi Goreng sebab hambar dan agak kosong. Mee Tarik not bad sebab mee dia banyak, penuh satu mangkuk dengan ayam cincang yang cukup rencah.