Movie Review : Extreme Job

Wednesday 31 July 2019


Director : Lee Byeong-heon
Writer : Bae Se-young
Cast : Ryu Seung-ryong, Lee Hanee, Jin Seon-kyu, Lee Dong-hwi, Gong Myung
Production Company : About Film, Haegrim Pictures
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Comedy/Action/Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date : 23 January, 2019
Trailer :


Ternampak dekat Twitter ada yang suggest layan movie ni sebab kelakar bila diorang undercover guna kedai jual ayam goreng tapi famous sangat sampai ramai yang datang non-stop.


Dalam team ni ada 5 orang detektif diketuai oleh Chief Go (Ryu Seung-ryong), Detective Jang (Lee Hanee), Detective Young-ho (Lee Dong-hwi), Detective Ma (Jin Seon-kyu) dan newbie Detective Jae-hoon (Gong Myung).


Team ni memang underperformed lah kalau bab nak tangkap penjenayah. Dekat awal movie pun dah nampak macam mana cara diorang nak tangkap penjenayah kecil tanpa rosakkan harta benda awam untuk minimize cost. Line ni sama macam dalam movie The Incredible.


Tapi malang nasib bila penjenayah tu kena langgar dengan bas sampai kereta lain brek mengejut sampai jadi accident besar bila 16 kereta terlibat. Memang kena hadap chief la cerita dia sebab dah jadi punca kemalangan besar macam tu.


At first bila tengok scene awal ni dah predict yang scene lawak dia recycle dan hambar tapi bila layan sampai habis, sakit tekak dengan perut sebab gelak banyak sangat. Tak boleh nak control dah dia punya level kelakar. Terbaik lah!

Paling best bila masing-masing dah excited kerja dekat kedai ayam goreng guna resipi keluarga turun-temurun Detektif Ma – “Suwon Rib Marinade Chicken”.


Tujuan asal diorang beli kedai ayam goreng ni sebab nak buat misi undercover je sebab bangunan kedai ayam ni berhadapan dengan tempat persembunyian geng Lee Mubae (Shin Ha-kyun), taikun dadah terbesar di Korea Selatan.


Tapi lain pulak yang jadi bila kedai ayam diorang famous sangat sampai tak cukup tangan nak handle semua customer dari pagi sampai ke malam. Diorang gigih buat resipi ayam goreng sendiri bila anak buah Mubae dah janji nak datang balik ke kedai tu untuk rasa ayam goreng diorang.


Dah cuba naikkan harga dan terhadkan jumlah jualan pun masih ramai lagi yang datang sampai naik taraf jadi makanan wajib cuba bila datang ke Korea. Disebabkan famous sangat, anak-anak buah Mubae pindah ke kawasan lain sebab taknak kantoi. Nak tahu macam mana diorang tangkap geng Mubae ni kena tengok sendiri lah. 


Kalau genre komedi berjaya hiburkan audience, wait for their action stunt! Kemas dan sharp dengan bantuan visual dan transition yang cantik especially second half bila misi undercover diorang dah terbongkar dengan anak buah Mubae.


Setakat ni movie Extreme Job dah jadi movie kedua tertinggi jumlah kutipan sepanjang masa di box office Korea dan rating kebanyakannya tinggi so do watch this movie kalau you guys nak power packed entertainment movie dari Korea. A must watch!

p/s : Tangung sendiri risiko terliur nak makan ayam goreng sebab movie ni ye.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Waroeng Penyet, Nu Sentral


Kalau ke Nu Sentral, selalu sangat teringin nak makan dekat Waroeng Penyet ni sebab nasi ayam penyet is my fav. Cukup pakai alasan tu je kalau nampak nasi ayam penyet mesti tergedik nak order. 

Sebelum ni pernah je pergi tapi jam 11 baru restoran ni start beroperasi. Nak pulak masa tu baru jam 10 tapi perut dah lapar terpaksa datang lain kali. 

Selalunya singgah sini kalau pergi buat rawatan gigi dekat Klinik Bangsar ataupun datang tengok wayang movie Hindustan sebab dekat GSC Nu Sentral je banyak showtimes. Tempat lain susah sikit, kadang tu baru hari ketiga dah removed dah sebab tak ramai orang beli tiket. 


Nama je suka makan nasi ayam penyet tapi kalau pergi ke kaunter order Lele Penyet. Sebab keli lagi crunchy dari ayam. Kadang tu diorang suka bagi bahagian isi. Bila goreng garing memang keras lah nak makan. Kalau keli, isi ikan keli rasa juicy. 

Sama jugak lah dekat Waroeng Penyet Nu Sentral ni, memang sedap nak pulak bila ada keriuk keriuk tu, memang layan makan panas-panas. 

Yang special dekat Waroeng Penyet Nu Sentral ni, ada section sos untuk customer pilih sendiri level pedas tahap mana. 


Haritu haruslah ambil yang explosive punya, dah datang jauh kena lah ambil yang boleh terkenang sampai bila-bila. Serious talk memang pedas tapi sedap. 

Nak makan dekat sini kena pergi selain peak hour sebab memang ramai. Terlajak sikit je kena beratur panjang lah jawabnya. Customer service bagus, kebersihan pun tip top, nak makan pun selesa. Next time for sure pergi sana lagi nak cuba menu lain pulak. 

Cool Blog Oreo Series


Dekat Cool Blog ni antara fav drinks mesti yang ada Oreo sebab crunchy bila minum. Kenyang pulak tu sebab ada biskut kan tambah pulak kalau tambah black pearl. 

Since ada Oreo series ni memang tergedik lah nak order satu. Selalunya ambil Mocha Oreo tapi kali ni tukar pulak ke Cappucino Oreo dengan topping balck pearl. 


Harga still murah lagi la sebab RM6.50 je lepas tambah topping, tak semahal milk tea lah. Tapi rasa dia manis sangat la pulak. Tak tahu apa yang menyebabkan manis sampai kena tambah air mineral sebab tekak dah kembang. 

Mungkin outlet Star Avenue yang tak pandai blend ataupun mungkin combination ni boleh buat orang potong kaki. Second time? Naaahhhhh