Blogger Challenge : Best advice I’ve ever got.

Sunday 4 August 2019

This one is kinda hard actually sebab I tak pernah berpegang dengan mana-mana advice pun dalam life because I tend to forgot things. I have a very short-term memory on things. Semalam makan apa pun dah boleh lupa, seriously. 

Maybe this one boleh kot cuma advice ni bukan datang dari surrounding tapi dari Leonardo De'Caprio. I scroll Tumblr for the whole day sampai la terjumpa quote dari movie 



With everything that happened in my life, quote ni agak memberi makna jugak lah. Kalau dulu bila buat baik my mom or teachers akan cakap buat baik nanti orang akan balas baik pada kita but nahhh benda tu tak jadi pun dalam hidup. To narrate a story, yes but in reality its the other way around. 

So everytime I did something nice it is because I just want to do something nice bukan sebab nak orang balas balik. Of course kadang nak orang balas balik but then teringat balik quote ni then I feel calm and redho je lah dengan nasib kehidupan. This pain shall pass just like the others. 

Movie Review : Cold Pursuit


Director : Hans Petter Moland
Writer : Frank Baldwin
Cast : Liam Neeson, Tom Bateman, Tom Jackson, Emmy Rossum, Domenick Lombardozzi, Julia Jones, John Doman, Laura Dern, Michael Eklund, Micheál Richardson
Production Company : StudioCanal, Summit Entertainment
Distributor : Summit Entertainment
Genre : Crime/Action/Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date : February 8, 2019 (United States)
Trailer :


Jarang la tak tengok movie Liam Neeson walaupun movie dia sama pattern je dari dulu – manusia middleman balas dendam dengan orang yang kacau family dia. Thanks to him I know even common man got that power. Di mana ada highway pasti ada jalan. 


Movie remake Norway tahun 2014, "In Order of Disappearance" hasil arahan pengarah yang sama berkisarkan tentang Nels Coxman (Liam Neeson) yang bekerja sebagai snowplow di Kehoe. Anak dia, Kyle (Micheál Richardson) pulak bekerja di airport, tukang unload luggage dari flight bawa ke terminal. Bad luck, disebabkan kawan dia, Dantes (Wesley MacInnes) yang seludup dadah, Kyle kena tangkap sekali dengan Speedo (Michael Eklund) dan geng dia. 


Since dadah heroin Speedo hilang, dia syak Dantes curi dan kaut untung sendiri walhal Kyle tak tahu menahu langsung pasal kerja haram Dante. Sudahnya Kyle kena bunuh while Dante berjaya lepaskan diri dan sembunyi di bengkel Nels sampai habis majlis pengebumian Kyle. 


Polis di Kehoe agak lemah dan malas nak masuk campur so Nels tak harapkan bantuan polis langsung nak pula bila Kyle diklasifikasikan mati disebabkan overdose heroin walhal Kyle bukan penagih. Kim Dash (Emmy Rossum) je yang beria nak selesaikan misteri pembunuhan itupun watak dia cuma untuk bagitahu audience kronologi kes pembunuhan dan betapa besarnya lubuk dadah di Kehoe ni.


Nels dapat tahu tentang Kyle dari Dante dan buru Speedo kemudian Limbo (Bradley Stryker) dan Santa (Michael Adamthwaite). 3 orang bawahan dan 10kg heroin hilang dah cukup untuk hantar mesej kepada Viking (Tom Bateman), ada something yang tak kena. 


Viking dan orang kanan dia syak puak Red Indians yang buat kacau so dia arahkan Bone (Gus Halper) dan Sly (David O'Hara) untuk bunuh anak tunggal White Bull (Tom Jackson) si Baby Hawk (Kyle Nobess) dan gantung di sign board Denver sebagai tanda perang dan pulangkan balik rantai berdamai. 


Of course White Bull mengamuk dan arah anak buah dia bunuh anak buah Viking. Yang untungnya Nels Coxman sebab dia yang mula serang dulu. Tapi Nels yang berjaya culik anak Viking, Ryan (Nicholas Holmes) untuk balas dendam kematian anak dia. 


Jalan cerita movie Cold Pursuit ni agak slow sebab Nels tak banyak pun membunuh macam movie sebelumnya. Bila orang miskin nak lawan orang kaya ni dia kena ada banyak duit sebab bukan senang nak jatuhkan orang kaya. Connection dia pun ramai but lucky for Nels, Viking tersalah sasar ke White Bull dan mudahkan kerja dia.


I’m not impressed much pun dengan jalan cerita sebab tak ada apa yang menarik pun, even strategi dia serang pun biasa je. Cuma dapat input baru la bila dia wrap mayat Speedo, Limbo dengan Santa guna haywire pastu campak dalam sungai bagi ikan makan. Memang tak jumpa lah bukti  sebab tak ada yang nak pergi berendam dalam sungai sejuk beku tu. 


Dalam movie ni memang ramai sangat pelakon sampai masuk second half you guys akan terlupa yang Liam pelakon utama dan bukannya Viking ataupun White Bull sebab main plot dah berubah kepada cerita perang dua puak ni. 


Visual dalam movie ni cantik sebab Kehoe ni tempat perlancongan untuk main ski di kawasan Denver. Suka tengok design rumah dalam movie ni especially rumah Nels dengan Viking. Duduk dekat kawasan sejuk ni yang bestnya tak payah beli fridge, guna almari je dah beku dah makanan tu. Great job Philip Øgaard and his team on this. 







Great thing is although movie ni slow pace dan tak berapa strong sangat jalan cerita dia tapi scene kelakar dia memang kelakar and unexpected especially scene Nels dengan White Bull dekat hujung sekali. Dan setiap kali ada yang meninggal, akan keluar benda ni


Not recommended for all sebab movie ni agak gory part membunuh tu tapi kalau nak tengok Liam Neeson sebab rindu, boleh lah kot. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 7/10

Blog Performance Julai 2019

Thursday 1 August 2019

Kita mulakan bulan Ogos dengan entri Blog Performance bulan Julai. Happy dan agak semangat nak buat entri ni sebab ada beberapa benda yang berjaya dicapai. Hah jom tengok entri report card bulanan syok sendiri ni. 

1. PV


Graf bulan ni nampak cantik la sikit sama tinggi je berdiri dan tak jatuh menjunam. Banyak kali jugak cecah 1k per day. Syukur lah nak compare dari yang sebelum ni. Since bulan lepas tak mampu nak cecah 500k, bulan ni curi masa jugak update dan post dekat FB group dan join blogwalking group banyak kali sebab aim nak cecah 525k. Cecah!


Bila dah cecah ni semangat la nak letak target balik berapa PV nak aim sebulan. Kalau bulan lepas dah boleh cecah 525k, bulan Ogos nak aim cecah sampai 560k pulak. Aim biar realistik sikit lah kali ni. Nak letak 600k macam over. Nak letak 540k macam sikit sangat. Hshshs

2. Post


Sama macam bulan lepas entri 8 Cara Kurangkan Hutang Negara tu semedang bertempek di Popular Post setiap hari sampai masuk dalam All Time Popular Post. Entri MATHAF pun naik balik bulan lepas sebab 18 Julai sampai 29 Julai ada MATHAF dekat Star Avenue. Rasanya setiap kali MATHAF bertapak dekat SA, setiap kali tu lah post ni naik. 


Dah nampak perubahan dah All Time Popular Post ni sebab 2 entri baru masuk carta, 8 Cara Kurangkan Hutang Negara dengan Lirik Lagu Bukan Cinta Aku - Dinie & Khai

3. Keywords


Kalau dah sampai masuk All Time Popular Post, haruslah Lirik Lagu Bukan Cinta Aku paling atas sekali dalam carta keywords. Bab tampal gigi memang tak pernah surut setiap minggu bersepah je yang mencari. Sama lah dengan hutang negara tu. 


Tapi paling excited bila tengok ada yang cari pasal sekolah dalam movie Hichki. Small detail macam tu orang cari means tak sia-sia la beria update sinopsis detail kemain. Sebelum ni ada yang cari nama sekolah dalam drama Gantung. So you guys kalau nak buat movie review guna la sinopsis sendiri untuk naikkan carian. 

Image

Oh ya sekarang ni dah start musim orang mencari pasal Cameron Highland, ada entri pasal Cameron Highland dah masuk Weekly Popular Post dah. Rasa macam kena korek balik folder Cameron Highland yang tak berupdate lagi untuk tambah PV kekeke

4. Audience


Bulan lepas berharap audience dari Indonesia bertambah untuk bulan Julai and yesss bertambah! 

5. Bilangan Entri


Bulan lepas jadi ular sawa kan? Bulan ni kita pulunnnnnn! Gigih jugak lah update masa weekend semua movie review tertunggak dengan entri fashion Cannes untuk tempek dekat blogwalking berjemaah tu. 

Dari 40 entri sebulan kita up jadi 60! So bulan ni nak maintain 60 jugak tapi kalau terkurang tu maafkan diri sendiri je lah sebab busy dengan kerja. Bulan lepas tengah tanam anggur boleh la spend banyak masa dekat blog. 

Tengah aim nak pecah rekod cecah 500 entri tahun ni. Boleh ke tak boleh kita tungguuuuuu