Cannes 2019 Fashion File : Hina Khan

Friday 24 May 2019

Previous post dah sembang tentang Festival Filem Cannes dan kenapa ramai actress Bollywood pergi Cannes setiap tahun. Kali ni nak sembang santai dan tengok koleksi wardrobe semua actress. Tahun lepas dah buat my fav looks for Cannes 2018 tapi tahun ni nak tambah sikit entri sebab ada banyak masa nak update. 

So first fashion file for Cannes 2019 is Hina Khan sebab dia yang pertama sampai ke Cannes untuk promote movie pendek dia bertajuk Lines. So jom tengok wardrobe Hina Khan untuk tahun ni. 

1. Interview pertama di Cannes

Hari pertama di Cannes, untuk first appearance pun Hina dah tampil cantik dengan blouse berwana pink pucat dipadankan dengan seluar berwarna pink dan juga blazer dari koleksi Shail Kochar dihiasi set aksesori dari Sapna Mehta Jewellery dan juga sepasang kasut berwarna kuning air. 


Untuk makeup, Hina going for a subtle look dan memilih gaya rambut ikal berombak. Looking great for a summer and vintage look!

2. Red Carpet Film Screening - Bacurau

Untuk penampilan pertama kali di karpet merah Cannes, Hina memilih untuk menggayakan gaun 'Orion' berwarna kelabu cerah yang dihiasi dengan manik dari koleksi Spring Summer 2019 Ziad Nakad. 


Kecantikan gaun Orion ni bila lengan dibelah di bahagian siku dan dibiarkan labuh berjuntai sehingga ke lantai sarat dengan manik hiasan berkilauan. Gaya Hina dilengkapkan dengan gaya rambut sanggul dan sepasang anting-anting berlian Azotiique yang direka khas oleh Varun Raheja. 

3. Photoshoot


Hari ketiga di Cannes, Hina memilih dress berkolar warna ungu lavender dengan corak geometri dari koleksi 'Deep Harmony' oleh butik Armine Ohanyan Paris . Dipadankan bersama strap heels dari Truffle Collection. Gaya Hina dihiasi dengan subtle makeup dan anting-anting berbentuk geometri dari koleksi Aquamarine Jewellery. Bersanggul kemas dan makeup look yang minimal buat gaya Hina nampak ringkas dan elegan.

4. Interview bersama Anupama Chopra

Fesyen hari keempat pula Hina mengenakan kemeja berkolar bersaiz besar bercorak potongan berwarna biru langit cerah dipadankan bersama palazo high waist dengan corak garisan hitam dan corak berpotong. Dilengkapi heels bertutup berwarna silver metallic dari Christian Louboutin dan juga sepasang anting-anting biru. 


Gaya rambut ikal diikat rendah dan juga makeup nude nampak selesa untuk dipakai pada waktu petang sambil menikmati bayu di pantai Riviera. I personally love this look!

5. Majlis Pelancaran Poster Filem Pendek 'Lines'

Berpakaian ringkas dan selesa dengan dress bergaya labuh tanpa lengan berwarna hijau rekaan Rami Al ali Midi untuk majlis pelancaran poster filem pendek lakonannya di India Pavillion Cannes. 


Dipadankan bersama gaya rambut ikal dibiarkan lepas bebas dan juga sepasang kasut tumit tinggi bertutup berwarna hitam yang dihiasi dengan manik berwarna perak.

6. Red Carpet Short Film Screening Lines

Sama dengan kemunculan di karpet merah kali pertama, Hina tampil catik dengan strapless gown berwarna perak gelap metalik rekaan Allin Le'Kal dengan belahan di paras peha dan . Masih lagi mengekalkan gaya makeup yang ringkas dan dilengkapi bersama sepasang subang berlian dari Azotiique. 

Menyerlahkan lagi penampilan Hina Khan di karpet merah, sepasang heels bertutup dari koleksi Dech Barrouci dan juga gaya rambut ikat lepas hasil dandanan Sayed Saba. 

7. Chopard Party

Penampilan terakhir Hina Khan di Cannes diserikan dengan pant suit berwarna hitam dengan jalur emas di bahagian tepi rekaan Alin Le Kal. 


Dandanan rambut ikat rendah, sepasang subang berlian dan dipadankan bersama heels hitam emas buat Hina nampak bergaya dan glam. 

For me, Cannes look Hina agak ringkas dan santai sesuai dengan musim panas dekat sana. Overall Hina nampak cantik dan berjaya buat fans dia happy dan curi tumpuan dengan summer chic look di kota Paris.

Filem Festival Cannes

Wednesday 22 May 2019


Bulan Mei officially bulan di mana Festival Filem Cannes diadakan di Riviera, France. Since minggu lepas dah aktif share artis Bollywood yang join Cannes dekat Twitter so ramai la yang tanya tentang Cannes ni. Yes, entri ni untuk terangkan serba sedikit tentang Cannes dan kenapa penting untuk Bollywood join Cannes. 

Apa itu Cannes?


Festival Filem Cannes yang wujud sejak 1946 merupakan majlis untuk meraikan filem yang terpilih dari seluruh dunia yang hantar untuk tayangan perdana di Cannes. Cannes antara top 3 festival filem dalam industri perfileman selain Venice Film Festival dan Berlin International Film Festival. 

Berapa lama Cannes diadakan?

Selalunya festival ni akan berlangsung selama 2 minggu dan selebriti Bollywood yang pergi sebagai duta brand akan berada di Cannes selama 2 hari. Kalau movie terpilih untuk tayangan perdana pula, sehari sahaja kebiasaanya. 

Siapa yang pergi Cannes?

Cannes asalnya cuma terhad kepada yang terlibat dengan filem-filem terpilih tapi disebabkan pengaruh dan status yang makin meluas, Cannes mula terbuka kepada duta jenama yang sponsor Cannes. 

L'oreal - Aishwarya, Sonam Kapoor, Deepika Padukone, Katrina Kaif pernah datang sebagai duta
Grey Goose - Kangana Ranaut, Diana Penty dan Huma Qureshi
Chopard - Priyanka Chopra


Ada artis yang datang untuk sebarkan kempen NGO seperti Mallika Sherawat untuk Free Girl in India. 

Ada juga pelakon Bollywood yang dijemput menjadi juri filem seperti Vidya Balan tahun 2017. 

Untuk pelakon Malaysia tak pasti tapi tahun ni, Bront Palarae dijemput menghadiri tayangan perdana Once Upon A Time In Hollywood. 


Disebabkan makin banyak jenama yang mendaftar sebagai sponsor Cannes seperti Magnum dan Jimmy Choo, tiket untuk orang awam dijual sebanyak US5000 sekeping. Untuk orang awam boleh juga join tengok movie yang ditayangkan di pantai setiap malam sepanjang festival berlangsung. 

Pemilihan movie di Cannes

Setiap tahun ada beribu filem yang akan dihantar dari seluruh negara untuk dapat tayangan perdana dan menang anugerah mengikut kategori. Cuma 50 filem dan 30 filem pendek yang akan dipilih oleh jawatankuasa pemilihan yang dilantik. 

Aktiviti di Cannes

Festival Filem Cannes akan buat tayangan perdana semua filem yang terpilih mengikut kategori seperti :  

In Competition - Semua filem yang dihantar akan aim anugerah Palme D'Or - Anugerah utama di Cannes


UN Certain Regard - Filem yang mempunyai keunikan budaya setempat
Out Of Competition - Filem yang dipilih oleh jawatankuasa untuk ditayangkan tapi tak tergolong dalam mana-mana kategori
Cinefondation - Filem yang dihasilkan oleh pelajar akademi filem tapi durasi tak melebihi 1 jam
Short Film - Semua filem pendek akan aim anugerah Short Film Palme d'Or
Cannes Classics - Tayangan perdana untuk filem tribut

Ada juga Tayangan Khas, Tayangan Tengah Malam, dan banyak lagi tayangan perdana sepanjang festival berlangsung. 


Selain dari tayangan perdana untuk pilih pemenang, ada juga aktiviti untuk producer ataupun pengarah filem buat ujibakat, ada forum bincang tentang industri filem. Bagi brands pula acara red carpet untuk tayangan perdana, interview, outdoor photoshoot dan juga parti VIP. NGO pula bebas untuk beraktiviti sepanjang festival. 

Penting ke Cannes ni?

Tak semua filem yang dihantar ke Cannes ni akan dapat pengiktirafan seluruh dunia ataupun disebut-sebut dalam sejarah perfileman tapi banyak juga filem dapat pendedahan global terutama pelakon yang datang. Producer, director ataupun pelakon yang datang dapat berjumpa dengan orang industri dari negara lain, dapat ilham atau mungkin dapat pelakon baru untuk movie akan datang. 


Secara tak langsung industri fesyen, fotografi, makanan atau teknologi pun akan naik disebabkan acara red carpet dan pelbagai aktiviti lain yang dihadiri oleh selebriti terkenal. Ellie Saab, Gucci, Jimmy Choo, Valentino, Louis Vuitton, Dior, De Grisgono, Casadei, Sabyasachi, HP, Swarovski, Chopard, AshiStudio, House Of Pixel, The Frozen Studio dan lain-lain. 

Bila banyak jenama besar yang join Cannes, makin senang untuk produser dan pengarah cari dana untuk bikin filem bila budget pembikinan selalunya makan berjuta. 

I guess that's it for now. Thanks for reading. 

Movie Review : 2.0


Director : Shankar
Writer : Shankar, B. Jeyamohan, Madhan Karky (Dialogues)
Cast : Rajinikanth, Akshay Kumar, Amy Jackson, Sudhanshu Pandey
Production Company : Lyca Productions
Distributor : Lyca Productions, Dharma Productions, AA Films
Genre : Sci-fi, Action
Running Time : 147 minutes
Release Date : 29 November 2018
Trailer :


Movie 2.0 ni sequel kepada movie Enthiran tahun 2010 yang mengisahkan tentang Vaseegaran (Rajinikanth), seorang saintis dan mencipta robot manusia, Chitti (Rajinikanth). Kali ni dalam 2.0 disebabkan Chitti disimpan dalam pejabat kerajaan disebabkan kerosakan dan bahaya yang mengancam negara, Dr. Vasee cipta Nila (Amy Jackson) untuk bantu dia di makmal dengan teknologi yang sama dengan Chitti cuma RAM Nila banyak drama dengan movie Hindustan lah. Suka tengok Nila quote dialog movie sebab comel sangat. 


Masalah timbul bila semua smartphone di bandar Chennai terbang dan hilang dari radar. Semua smartphone dimatikan so tak ada siapa pun dapat trace. Kecoh semua orang sebab nak berniaga tak boleh, students tak boleh study, tak boleh contact orang lain, data dekat dalam tu pun takut ada yang bocorkan, yang simpan harta attach dengan smartphone pun mula gelabah.


Semua smartphone yang hilang tu berkumpul dekat satu tempat dan bergerak ke rumah owner kedai smartphone, Jayanth untuk bunuh dia. Smartphone masuk dalam bilik dia dan mula masuk dalam badan dan keluar secara paksa sampai satu badan hancur. Pihak polis call Dr. Vasee untuk bantu siasatan dalam kes ni.

Bila siasat rupanya semua ni angkara roh Pakshi Rajan (Akshay Kumar) yang mati sebab bunuh diri di menara pencawang. Radiasi dari pencawang tu hasilkan gelombang aura tenaga negatif dan hidupkan kembali Pakshi. Sebab tu semua smartphone boleh bergerak sendiri ikut kuasa Pakshi.


Dalam movie ni Pakshi jatuh sayang dengan burung sejak dia lahir lagi bila burung selamatkan dia bila jantung dia berhenti. Pakshi belajar untuk kenal burung dengan lebih mendalam dan jadi seorang ornithologist dan mempunyai rumah yang dipenuhi dengan burung pelbagai spesies. Tapi disebabkan menara pencawang makin banyak, burung mula mati disebabkan radiasi yang terhasil dari pencawang.

Ikut kajian, sebanyak 6.8 juta burung telah mati dan gagal untuk membiak disebabkan menara pencawang bila telur burung gagal membentuk dengan sempurna. Pakshi pergi berjumpa dengan Jayanth untuk tutup menara pencawang nak pula bila menara dia melebihi frekuensi yang ditetapkan kerajaan. Of course Jayanth bantah permintaan Pakshi sebab business dia akan rugi besar. Reaksi yang sama bila Pakshi pergi jumpa menteri dan lagi bertambah kecewa bila rayuan dia ditolak di mahkamah. Disebabkan kecewa tak dapat bela nasib burung-burung yang ada, Pakshi pun bunuh diri.


Terkesan juga bila tengok movie ni especially scene Pakshi ceritakan kisah hidup dia sebab teknologi kita dah mengancam spesies hidupan lain. Bila Google memang betul radiasi dari menara pencawang buat burung terancam. Bukan setakat burung je tapi lebah, serangga dan binatang lain pun terkesan jugak cuma sekuat mana kesan buruk tu saintis tak dapat jawapan lagi.

Mesej 2.0 ni lebih kepada teknologi dan alam sekitar which is great bila kita dah terlampau syok dengan teknologi sampai kita lupa ekosistem perlu dijaga, Bumi perlu dijaga sebab rantaian makanan kita berkait dengan rantaian haiwan juga.


Walaupun watak Pakshi tu mengancam manusia tapi dia sebenarnya nak jaga burung daripada pupus je. Betul apa dia kata, manusia terlampau gunakan handphone walhal untuk perkara sia-sia macam selfie ataupun bergosip. Bukan dia minta untuk hapuskan terus cuma kurangkan penggunaan je tapi manusia ni perangai dia selagi tak ancam nyawa dia, selagi tu lah dia tak serik.

Suka tengok VFX movie 2.0 ni especially scene Chitti 2.0 berlawan dengan Pakshi Rajan dekat stadium. VFX nampak cantik onscreen cuma ada certain part lah nampak kartun sikit, tak sia-sia lah labur sampai billion untuk hasilkan movie ni.


Action scene antara Chitti dengan Pakshan not bad lah sebab kreatif tapi pelik dekat scene stadium tu bila Chitti jadi bola berapi tembak Pakshi sambil rolling. Dalam stadium tu ada ramai orang tapi dia tembak rambang ikut suka dia je. Yang kena tembak tak mati pulak tu. Happy lari sana sini padahal peluru kemain besar.

Jalan cerita dah bagus, visual pun cantik, lakonan masing-masing pun bagus. Ada tengok BTS movie ni bila Akshay kena makeup untuk watak Pakshi ni sampai berjam tapi berbaloi lah sebab karakter dia hidup dan terkesan.


Dalam movie ni ada 3 lagu tapi jadi background song masa cerita berjalan except dekat credit scene. Paling best lagu Tu Hi Re sebab lirik kreatif sangat guna terms IT sebab percintaan robot Citti-Nila haha.


Overall this movie memang sequel terbaik untuk Enthiran dan movie wajib tengok bukan sebab Rajinikanth je tapi sebab jalan cerita dan mesej dia walaupun ada part fiksyen macam tenaga aura Pakshi but still worth it. Nanti mungkin ada 3.0 pulak. Can’t wait!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

11 Bangunan Dari Tengkorak Manusia

Monday 20 May 2019

Pernah tak terfikir bila tanah kubur dah tak mampu nak tampung mayat yang ada? Dulu pernah tengok CSI ada episod bila penggali kubur dijangkiti kuman sebab kerap pindahkan mayat supaya ada space untuk mayat akan datang.

Rupanya dari dulu dah ada yang fikir benda sama. Tengkorak dan tulang-tulang yang ada dijadikan bahan binaan sesebuah bangunan. Rasa seram mesti ada tapi disebabkan senibina yang kemas tersusun buatkan binaan tu nampak cantik.

1. The Eggenburg Charnel di Eggenburg, Austria



Bangunan ni ditubuhkan pada kurun ke-14 di Eggenburg, Astria yang menempatkan sebanyak 5,800 tengkorak manusia

2. The Capela dos Ossos (The Chapel of Bones) di Évora, Portugal


Bangunan ni dibina pada kurun ke-16 oleh sami Franciscan yang menggunakan 5,000 tengkorak sami di gereja kecil yang berkeluasan 61 kaki persegi ni.





3. Santa Maria della Concezione dei Cappuccini, Rom, Itali

Di antara tahun 1626 hingga 1631, Antonio Casoni telah membina satu gereja yang menempatkan 3,700 tengkorak manusia yang mana kebanyakannya dari golongan paderi yang ingin ditanam di sini.


Untuk dijadikan hiasan di dinding bangunan, pihak gereja akan tunggu selama 30 tahun sebelum digali semula, dibersihkan dan ditampal dengan seni gubahan yang cantik. Dalam gereja ni ada satu plag yang bertulis :

"What you are now, we once were; what we are now, you shall be." 





Disebabkan keunikan dan kecantikan senibina bangunan gereja ni tarik perhatian ramai, dua lagi gereja di negara luar mencipta gereja menggunakan konsep yang sama.

4. St. James, Brno, Czech Republic



Terletak di St Jacob's Square, gereja St James tiga tingkat ni menempatkan 50,000 tengkorak dari kurun ke-17 dan 18, sesuai dengan konsep ala Gothic. Gereja ni dijumpai masa penilaian tanah pada tahun 2001 dan dibuka kepada umum untuk melawat keunikannya sejak Jun 2012. 



Gereja St. James ni merupakan yang kedua terbesar menempatkan semua tengkorak di benua Eropah dan salah satu tarikan utama pelancongan di negara Czech Republic. Ruang ni cuma boleh memuatkan 20 orang pengunjung pada satu masa disebabkan saiznya yang kecil.




5. Biara San Francisco in Lima, Peru


Biara cantik yang merupakan Warisan Dunia dalam senarai UNESCO sejak tahun 1991 ni menempatkan 70,000 tengkorak manusia di ruang pengebumian yang disucikan pada tahun 1673. 



Semua tengkorak ni disusun dengan kemas membentuk corak geometri dan sebahagian tulang yang lain ditempatkan di dalam kotak.  Ruang ni juga dibuka kepada pengunjung untuk melawat.

6. San Bernardino alle Ossa, Milan, Itali


Dibina pada tahun 1210 bila tanah perkuburan dah tak muat untuk menampung mayat, satu bilik dibina untuk menempatkan semua tengkorak. Tahun 1269, satu gereja dibina bersambung dengan bilik tersebut. 


Diubahsuai pada tahun 1679 oleh Giovanni Andrea Biffi tapi malangnya terbakar pada tahun 1712. Selepas kebakaran tu pihak gereja membina semula tapi diperbesarkan dan dihias dengan tengkorak dengan kemas dan cantik disebabkan populariti gereja tengkorak ni sebelum kebakaran. Siap pada tahun 1776 dan disucikan sebelum dibuka kepada orang ramai.


Senibina gereja ni mengikut bentuk oktagon dan hiasan gaya Baroque, dan dilengkapi dengan lukisan pada kurun ke-16 hingga kurun ke-18.Setiap sudut dan pintu dihias dengan tengkorak mengikut senibina gaya Rococo.



7. The Capela de Ossos, Evora, Portugal


The Capela de Ossos ataupun Chapel of Bones terletak di Evora, Portugal yang dibina oleh paderi Franciscan untuk mengingati paderi yang lain dan memberi peringatan kepada umum bahawa hidup hanya satu persinggahan. 



Di pintu ruang osuari ni tertulis peringatan kepada pengunjung 

"We, bones that are here, yours await".


Ruang kecil ni dibina sepanjang 18 meter dengan kelebaran 11 meter sahaja. Dianggarkan sebanyak 5,000 tengkorak digunakan untuk menghiasi dinding dan tiang ruang kecil dalam gereja ni. Ada yang diselaputi dengan emas, ada juga diukir tulisan grafiti.




8. The Hallstatt Bonehouse, Austria


Yang melawat ke Austria mesti pilih Bonehouse untuk tengok sendiri keunikan tengkorak yang dihiasi dengan tulisan dan lukisan tangan. Bonehouse terletak di ruang bawah tanah gereja Saint Michael yang dibina sejak kurun ke-12. Bonehouse dibina kerana tanah perkuburan agak kecil untuk tanam semua mayat.


Ruang kecil ni hanya menempatkan 700 tengkorak manusia dan 500 telah pun dihiasi dengan lukisan dan tulisan tangan. Ada juga tengkorak yang mempunyai nama dan tarikh lahir ataupun tarikh meninggal.


Bahagian atas disusun kemas sema tengkorak yang siap dicorakkan manakala bahagian bawah disusun kemas segala tulang lain. Hiasan di tengkorak kepala ni dibuat sendiri oleh penggali kubur atau penjaga osuari ni dan hiasan ni ditempah khas oleh ahli keluarga si mati.


Kebiasaannya tengkorak si mati perempuan akan dilukis flower crown, kalau untuk lelaki pula daun atau ranting pokok oak atau ivy. Semua tengkorak ni dari penduduk kawasan Hallstat yang dah meninggal dunia. Tujuan pembinaan untuk mengingati si mati dengan cara yang unik. Tenkorak disusun sebelah menyebelah supaya mengingatkan kepada yang hidup bila mati tak ada status ataupun pangkat yang dibawa bersama. Semua manusia sama sahaja.


9. The Skull Chapel, Kudowa, Poland


Dibina pada tahun 1776 oleh paderi Václav Tomášek untuk menempatkan ribuan tengkorak si mati yang meninggal pada Perang 30 tahun (1618–1648) di Eropah, tiga siri Perang Silesian (1740–1763) dan juga yang mati disebabkan penyakit berjangkit seperti syphilis, wabak virus dan kebuluran.


Semua tengkorak ni digali, dibersihkan dan disusun di dinding, siling dan tiang bangunan sebagai memperingati si mati. Inspirasi untuk menempatkan ribuan tengkorak dan tulang ni dapat masa ayah Tomasek pergi ke Rom untuk beribadat di sana.


10. The Catacombs of Paris, France


Dibina pada tahun 1774 dan dibuka kepada pengunjung pada tahun 1874 yang mana menempatkan sebanyak 6 juta tengkorak penduduk Paris. Osuari ni berbentuk terowong dibina di bawah tanah kota Paris. Pembinaan terowong osuari ni bertujuan untuk mengelakkan masalah tanah kubur tidak muat.


Terowong ni dibina sepanjang 320km dan ruang kecil sepanjang 17km untuk menempatkan bahagian tulang yang lain. Osuari ni agak besar sampaikan ada kes remaja sesat selama 3 hari di dalam terowong ni. 




Selain jadi tarikan pelancong, ada beberapa movie yang dibikin di dalam osuari ni. Makin bertambah ramai lah pengunjung yang datang untuk tengok sendiri osuari ni. Untuk elakkan kesesakan dan tiket habis, pengunjung boleh book tiket secara online di website pihak muzium Paris.

11. Sedlec Ossuary, Czech Republic


Ruang kecil ni terletak di bahagian bawah Cemetery Church of All Saints yang dibina pada tahun 1870 apabila masalah tanah kubur tak muat untuk tampung mayat yang baru. Pihak gereja perintahkan untuk gali semula semua kubur secara besar-besaran, tengkorak dan tulang semuanya dibersihkan untuk diletakkan di dalam osuari ni.


Dibina mengikut gaya Baroque yang direka khas oleh Jan Santini Aichel. Osuari ni antara yang paling famous dan dianggarkan menarik pengunjung seramai 200,000 setiap tahun. Dalam osuari ni menempatkan sebanyak 70,000 tengkorak dan tulang yang dihiasi secara unik di bahagian dinding dan tiang. Paling unik sekali chandelier tulang yang diletakkan di bahagian tengah osuari ni dan beberapa rekaan lain yang menarik perhatian.





Ada lagi beberapa bangunan yang unik dihiasi dengan tengkorak dan tulang manusia, ada yang cantik, ada juga yang creepy. Setakat ni kebanyakannya di benua Eropah, benua Asia belum ada lagi mungkin juga sebab Buddha dan Hindu tak tanam tapi bakar mayat so space untuk tanam masih ada.