Syarikat Pelelong Berlesen & Hartanah Lelong

Saturday 23 March 2019

Minggu ni banyak dapat call dari pembida cerita pasal pengalaman berurusan dgn ejen yang lebihkan duit dari kerja. Ramai juga yang tak tahu kewujudan syarikat pelelong untuk urusan jual-beli hartanah lelong. So this entri untuk sembang tentang hartanah lelong secara basic.

Hartanah lelong ialah hartanah yang dijual melalui proses lelongan awam & selalunya lagi rendah dari harga pasaran. That’s why you guys boleh jimat banyak walaupun hartanah terletak di kawasan yang strategik.

Hartanah lelong ada dua kategori :

1.Lelongan under Mahkamah/Pejabat Tanah (Non-LACA)
2.Lelongan under Bank Loan Agreement Cum Assignment (LACA)


Lelongan under Mahkamah/PT ni hartanah yang ada hakmilik persendirian dan dah didaftarkan di Pejabat Tanah mengikut Kanun Tanah Negara 1965. Bila owner gagal bayar pinjaman kepada bank so bank akan lantik Valuer untuk nilai Market Value property tu.


Kemudian appoint lawyer untuk berurusan di Mahkamah/PT, mohon tarikh sesuai untuk lelong hartanah tersebut. Lepas dapat tarikh, mahkamah akan lantik pelelong berlesen untuk prepare semua dokumen berkaitan dan juga urusan pemasaran supaya public tahu tentang upcoming lelong





Berbeza dengan LACA bila urusan lelongan tu tak perlu tunggu tarikh dari mahkamah tapi ditetapkan sendiri oleh syarikat pelelong yang dilantik oleh bank. Pembida tak perlu tunggu lama macam kes non-LACA.

Syarikat pelelong yang dilantik oleh mahkamah dan bank tak kenakan sebarang caj tambahan sebab kami akan dapat bayaran dari 2 pihak ni lepas lelongan selesai dijalankan. Tiada caj komisyen, servis, wakil ataupun professional yang perlu pembida keluarkan.


Tempat Lelongan :

Lelongan non-LACA - di perkarangan mahkamah ataupun pejabat tanah. 
Lelongan LACA – di bilik lelong syarikat pelelong ataupun di kawasan yang ditetapkan oleh syarikat pelelong.




Harga Rizab Hartanah : -

Ni peranan Valuer untuk nilai market price hartanah berkenaan dan kebiasaannya market value lelong 20% ataupun 30% lagi rendah dari market value semasa. Kalau ramai pembida untuk satu hartanah akan ada kenaikan harga semasa lelong awam dijalankan: 

LACA – ditetapkan oleh pelelong
Non-LACA – ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah/Pentadbir Tanah

Pernah je jadi kes mahkamah set harga kenaikan tinggi sangat sampai tak ada yang nak beli. Once dah naik, takkan patah balik semata untuk jual. They’ll carry forward to next auction.

Lelongan pertama ikut harga market value, lelongan kedua & seterusnya akan drop 10% ataupun kekal sama depends on mahkamah atau bank. Ada kes, harga rizab lelongan seterusnya akan naik dari harga lelongan pertama sebab tempoh masa penilaian hartanah cuma valid untuk 2 tahun je

Kalau ada rasa nak beli rumah, rajin-rajin check dekat Master Listing di website Arena Auctioneers untuk cari rumah yang berkenan di hati. Yang ni untuk LACA je lah. Kalau nak tengok yang non-LACA ada dekat ruangan iklan akhbar atau papan notis Mahkamah/Pejabat Tanah.

Dah jumpa calon rumah, boleh contact syarikat pelelong untuk tahu details & syarat-syarat jualan (COS) & notis Perisytiharan Jualan (POS).




Selalunya syarikat pelelong akan tampal POS ni di bahagian depan hartanah, papan notis mahkamah/PT, bank atau tempat-tempat awam dan iklankan dalam akhbar untuk notify public sebaik saja dapat approval dari mahkamah atau lawyer.





Dah dapat POS & COS, buat site visit dekat hartanah tu untuk tengok condition and surrounding. Check kawasan tu neighbourhood macam mana, pengangkutan awam okay ke tak, facilities lengkap ataupun tak.

Bab rumah memang tak boleh masuk dalam. Kalau ada penghuni, its better actually sebab terjamin lah keadaan dekat dalam terjaga. Kalau tak ada penghuni tu, keadaan hartanah agak creepy sikit.


Dah sitevisit, buat carian rasmi dan semak tunggakan hartanah. Setiap tunggakan berbeza mengikut bank. Ada bank yang cover separuh tunggakan, ada bank yang cover tunggakan maintenance, ada yang tak cover langsung. So sebelum beli, check dulu. 

Untuk kes non-LACA ada owner hartanah yang letak kaveat untuk elak dari dijual. Selalunya terjadi bila hartanah ada penama lebih dari seorang. Kebiasaannya hartanah pusaka ataupun yang berhutang dengan AhLong. Penting untuk pembida check kaveat ni sebelum join lelong.


Step seterusnya, check CCRIS dan kelayakan loan lepas tak untuk hartanah yang diidamkan tu. Then prepare 10% deposit dari harga rizab rumah lelong dalam bentuk bank deraf.


Deposit 10% boleh dibuat melalui :

1. Bank yang sediakan service Bank Draft seperti Maybank, RHB, Bank Islam dll kemudian serah kepada syarikat pelelong melalui kurier atau hantar by hand

2. Transfer ke akaun syarikat pelelong. Syarikat pelelong Arena Auctioneer ada service ni but not sure the rest.


Pendaftaran lelongan awam :

LACA – daftar pada hari lelong

Non-LACA – daftar pada hari lelong selalunya 1/2 jam sebelum waktu lelong. Do take note setiap waktu tertakluk pada mahkamah/PT. Extra note, Pejabat Tanah KL kena register online paling lewat sehari sebelum hari lelong.

Kalau menang bidaan, boleh selesaikan balance harga beli tu dalam tempoh 90 atau 120 hari. Untuk lelongan under mahkamah/PT tempoh masa ditetapkan selama 120 hari. Then boleh lantik lawyer untuk urusan pindahmilik.


Risiko beli hartanah lelong ni bila hartanah tu masih berpenghuni. Syarikat pelelong, mahkamah atau bank dah tak terlibat ye dalam urusan ni. Owner baru kena settlekan sama ada bincang cara baik ataupun biar lawyer settlekan je.


Lagi satu hal bila hartanah yang diidamkan tu call off/dibatalkan lelongan oleh pihak bank bilamana owner rumah dah berjaya selesaikan tunggakan bayaran kepada pihak bank. Part ni selalu jadi kalau hartanah tu hot property atau harga rizab rendah. 


I think that's all for basic info berkenaan rumah lelong. Pertanyaan lanjut boleh tanya direct dengan Arena Auctioneer or call staff in charge dalam details bawah ni. Nak minta advice or consult tentang lelongan dan property pun boleh, just call & inform any staff in charge



In case you guys curious macam mana lelong dijalankan, tak dapat nak letak video sebab jarang record video but you guys boleh datang pada hari lelong awam dijalankan di Arena Auctioneer 😊

Majlis Birthday Boss

Friday 22 March 2019

Semalam birthday boss so bebudak office dah plan nak celebrate birthday tapi cuak kalau jadi macam last year sebabnya boss puasa. Thanks to this crazy heat weather, our boss tak daya nak puasa so our plan works well.


Days before dah kutip dah RM10 seorang tapi lepas tolak bajet beli kek, tak cukup pulak nak makan untuk breakfast and lunch. Menggaru kepala jugak sebab taknak tambah duit dah, sebelum ni extra fund mintak dengan boss. But now, buntu wei. 

Sudahnya kitorang buat potluck untuk breakfast then beli Nasi Ayam RM5 untuk lunch. Kebetulan dekat Secret Recipe ada diskaun 25% untuk whole cake. Fuhhhh problem solved. Bihun goreng actually menu utama tapi memasing korek peti ais pastu makin bertambah lah menu dari plan asal. Nampak je sikit tapi bila makan memasing kenyang sampai ke tengahari. Lagi satu hal muak sebab kek Macademia tu terlebih susu habis semua rasa muak. 





Bab kek settle, bab makanan settle, bab nak panggil boss sebab nak buat surprise tu memasing blur sudahnya bagitau je ada makan-makan pastu buat surprise nyanyi lagu birthday. I'm not sure my colleagues ingat ke tak bab decoration Happy Birthday dengan hadiah sebab berat juga discussion ni kalah bab makanan. 


Our boss kata kenapa tak bagitahu pasal majlis ni sebab dia pakai simple je but she's already cantik so pakai apa pun cantik maaaa. Dah habis nyanyi lagu, dah habis potong kek, baca doa untuk makan lahhh apa lagi. 


Everything went well yesterday, tak ada isu tak cukup makan sebab makanan tahan sampai ke petang sampai memasing dah tak daya nak makan dah. Lunch tu makan Nasi Selangor lagi, masa makan tengahari je memasing slow down sikit riuhnya sebab mulut pijar dek sambal pedas. 

Wishing my boss to stay healthy and slow sikit stress pasal company and work stuff. Happy birthday yang ke ........ :)

Nasi Selangor, Taman Medan

'Korang nak kirim Nasi Kerabu tak?'

'On!'

'Cancel sebab kedai tutup. Nak try Nasi Selangor tak?'

'Nasi Selangor?!!'

Satu office pelik dengan kewujudan Nasi Selangor ni sebab ni pertama kali dengar orang sebut pasal Nasi Selangor. Ever!

Sebab curious nak tahu macam mana Nasi Selangor ni, terus order ramai-ramai. Lagi curious nak tengok nasi dia warna merah kuning macam bendera negeri Selangor ke?

Not sure kalau you guys tahu jugak kewujudan nasi ni but here it is



Dia lebih kurang nasi kukus je tapi kuah dia berbeza, rasa kuah dia macam kuah percik campur kuah satay and its nyummy! Sambal belacan dia pun pedas kaw! But a bit off sebab banyak bawang. Orang Selangor suka makan bawang ke? I didn't know bout Selangor's culture that much. 

Nasi Selangor ni ada jual dekat Taman Medan and the price is RM5 sebungkus. Actually disertakan dengan air free tapi tukang membeli lupa ambik air sekali. 

Kalau Taman Medan tu dekat, boleh dah makan selalu tapi disebabkan jauh maka kita redho je lah. Anyway, you guys should try this menu if you guys haven't ya!