Resipi Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Tuesday 26 February 2019

Bulan lepas tengah beli barang dapur ternampak ikan siakap murah dekat NSK tapi memang sentiasa murah pun harga seekor around RM7-RM9, rasa macam nak try masak 3 rasa sebab makan dekat kedai mahal boleh cecah RM50 so try buat sendiri.

Bulan ni baru nak buat, itupun hujung bulan. Perangai sangat kan suka peram dalam fridge. Sebab dah nekad nak masak minggu ni, kaut semua bahan nak beli untuk buat resipi ni. Senang je pun bila usha. Rasanya murah lagi kalau buat sendiri. Ni untuk makan berdua atau bertiga sebab ikannya saiz sederhana besar.

Bahan-bahan :

Bahan A
-Ikan siakap (1 ekor) : RM8
- Minyak untuk goreng
- Kunyit serbuk
- Serbuk cili
- Tepung jagung 2 sudu

Bahan B
- Sos cili 2 sudu
- Sos tiram 1 sudu
- Sos tomato 2 sudu
- Sos 3 rasa 4 sudu (RM3)
- Sos makanan laut 2 sudu
- Sos Extra pedas ABC 2 sudu (ni optional je sebab sili padi dah habis stok)

IMG_20190224_154745.jpg

Bahan C
- Bawang putih 4 ulas
- Bawang besar 1 biji
- Serai 2 batang (RM1)
- Cili padi (ikut suka) (RM1)

Bahan D
- Nenas 1 pek (RM1)
- Lada benggala 1 biji (RM2)
- Sayur tambahan (ikut suka carrot/kobis bunga) (RM2)

*I forgot to buy daun limau purut, so if you guys nak wangi, tambah daun limau purut dalam list*

Cara-cara penyediaan:

1. Perap Bahan A lepastu goreng. Garing ke tak ikut suka.

IMG_20190224_154735.jpg

2. Dah siap goreng Bahan A, ambil minyak goreng ikan tadi masuk dalam kuali lain then tumis Bahan D sampai naik bau lepastu campak Bahan B. Gaul sebati sampai meletup kecil.

IMG_20190224_154728.jpg

3. Masukkan Bahan D then gaulkan dengan campuran sos. Kalau nak kuah cair, tambah la air. Kalau nak pekat tak payah tambah sebab nenas tu dah keluar air banyak. Quite enough untuk gaul dengan ikan.

IMG_20190224_155116.jpg

4. Tuang je kuah atas ikan yang dah siap goreng awal tadi. And we're done!

IMG_20190224_160459.jpg

Lada benggala dengan nenas sepatutnya potong dadu tapi malas so kita potong je ikut suka. Potong gedabak sebab bila makan rasa crunchy.

Bahan-bahan dia agak banyak tapi puas hati sebab masak sendiri. Since semua sos dah ada tinggal nak beli sos 3 rasa je so total duit keluar just around RM20 je compared makan dekat luar RM50 itupun tak puas sebab makan ramai-ramai. 

Sekarang ni dah tahu cara nak buat, memang happy la nak buat lagi sebab nak masak resipi ni sonang yo! Good luck yang mana try masak guna resipi ni okay. Have fun!

Movie Review : 12 Feet Deep

Sunday 24 February 2019


Director : Matt Eskandari
Writer : Matt Eskandari, Michael Hultquist
Cast : Alexandra Park, Nora-Jane Noone, Tobin Bell, Diane Farr
Distributor : Mar Vista Entertainment
Genre :  Thriller
Running Time : 85 minutes
Release Date : 20th June 2017
Trailer :



Dulu pernah tengok satu movie thriller jugak, kes yang sama terperangkap dalam swimming pool tapi end up mati lemas and that scene just took like 5 minutes but a whole movie with same case which trapped in a swimming pool for 85 minutes? That’s a lot! Movie ni inspired by a true events bila ada student perempuan mati dalam swimming pool.

Bree (Nora-Jane Noone) decide nak spend time dengan adik dia, Jonna (Alexandra Park) di kolam renang awam Ketea Aquatic Center sebab diorang selalu lepak masa kecil dulu. Jonna ambil masa yang lama nak masuk walhal dah lama sampai tapi ragu-ragu nak jumpa Bree ataupun tak sebab insiden family dia dulu. Disebabkan insiden tu Jonna masuk pusat pemulihan not sure whether for depression ataupun drugs sebab dalam dashboard kereta dia ada banyak picagari filled with med liquid?


Bila Joanna have courage nak join Bree, manager swimming pool tu bagitahu dia dah nak tutup swimming pool tu sebab nak balik awal tambah pula bila festive season mesti kena hadap traffic jam. Bree dengan Jonna nak keluar tapi cincin Bree jatuh dalam kolam and stuck dekat penutub lubang besi kolam tu. Rupanya bukan jatuh pun sebab Bree dah tanggalkan sebelum Jonna sampai tapi Jonn ambil lepastu campak dalam kolam sebab dia sakit hati Bree boleh hidup bahagia.

End up manager kolam tutup kolam bila dia tengok pool area tu kosong. Bree dengan Jonna terperangkap dekat dalam sambil cari jalan nak buka penutup pool. Agak susah bila diorang tak ada benda tajam dan penutup tu pulak jenis fiberglass. Bree suggest nak tarik penutup lubang besi tapi nak tarik pun susah tambah dengan tenaga yang tak banyak sangat.


Lagi parah bila cleaner pool, Clara (Diane Farr) datang tapi mencuri semua barang Bree lepastu ugut akan buka penutup lepas Bree bagi password akaun bank. Bree bagi tapi dalam akaun dia ada 80 dolar je which is sangat tak berbaloi untuk mencuri. Tajam mata dia bila nampak cincin tunang Bree tapi Jonna larang sebab Clara ni menipu je dari awal. Bree pulak terpaksa sebab dia nak keluar dari pool tu untuk dapatkan injection insulin or else dia akan koma. Dah curi cash, credit card, hp, pin bank account pun tak puas lagi sudahnya Clara blah macam tu je. Terpaksa lah Bree dengan Jonna survive sendiri tambah dengan kesejukan air waktu malam memang Bree dah tak mampu dah.

Bree dengan Jonna bukan setakat nak kena hadap air yang sejuk, nak kena berperang dengan perasaan masing-masing lepastu jumpa pulak psiko macam cleaner tu. Movie ni boleh habis kalau cleaner tu bukak je penutup pool tapi dia nak jugak sembang banyak.


Dalam movie ni walaupun ada scene Bree dengan Jonna sembang pasal kisah silam tapi tak ada pun flashback scene, memang sepenuhnya audience akan tengok apa diorang buat dekat dalam tu sampai kita yang tengok rasa sesak nafas and tak sabar nak tunggu diorang keluar dari situ. Ada satu scene je bila Bree mimpi bomba dengan tunang dia datang selamatkan dia tapi sekejap je lah.

Jalan cerita dia simple je tapi disebabkan konflik emosi dari dua beradik ni yang buat diorang susah nak keluar dari situ but it just great to watch them solved their issues and love each other regardless their mistakes in the past. Movie ni slow-paced & I've watch it with 1.7x speed. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.1/10

Drama Review : The Last Empress


Director : Joo Dong-min
Writer : Kim Soon-ok
Cast :  Jang Na-ra, Choi Jin-hyuk, Shin Sung-rok, Lee Elijah, Shin Eun-kyung, Oh Seung-yoon, Yoon So-yi, Oh Ah-rin, Park Won-sook, Shin Go-eun  
Genre : Mystery/Thriller/Action/Romance/Comedy
Running Episodes : 52 episodes
Release Date : November 21, 2018 – February 21, 2019
Production Company : SM Life Design Group
 Distributor : SBS

Drama tertinggi rating pada tahun 2018, The Last Empress dipanjangkan lagi episod dari 48 episod kepada 52 episod disebabkan jalan cerita yang sentiasa berubah dan susah dijangka.

Nasib Oh Sunny (Jang Nara) seorang pelakon teater hambar berubah disebabkan insiden letupan di Istana, dia dapat berjumpa dengan crush dari zaman sekolah menengah, Putera Raja Lee Hyuk (Shin Sung-rok). Lee Hyuk pula gunakan Oh Sunny sebagai alibi pembunuhan di kampung Min Yu-ra (Lee Elijah) bila Hyuk tak sengaja langgar mak Na Wang-shik (Choi Jin-hyuk) lepas kena hentak dengan batu.



Bila Wang-shik dapat tahu mak dia mati kena bunuh, dia cuba nak balas dendam tapi kena tembak dekat kepala oleh bodyguards Lee Hyuk. Kelakarnya dia boleh hidup lagi walaupun ada peluru terbenam dekat otak. Tak cukup dengan tu, dia boleh transform pula jadi manusia gagah dan handsome dengan bantuan Byun Baek-ho (Kim Myung-soo), ayah kepada Empress Seo-hyun(Shin Go-eun) yang mati dibunuh Lee Hyuk disebabkan cemburu. Transformation Wang-shik jauh beza sangat tapi nasib baik lah drama fiksyen so layan je lah apa yang dia merapu tu.


Bila dah transform, Wang-shik masuk ujian kelayakan untuk jadi pengawal Istana and of course lah dia dapat tapi dia ubah identity kepada Choi Wu-bin. Dia cuba cari Min Yu-ra sebab tu awek dia yang kerja dalam Istana sebagai PA Lee Hyuk dan dalam masa yang sama ada affair dengan Lee Hyuk sampai Grand Empress Kang (Shin Eun-kyung) mengamuk bila Lee Hyuk dah tak dengar kata. Sayangnya Wang-shik dapat tahu yang Yu-ra pun bersubahat dengan Lee Hyuk dan sembunyikan mayat mak dia.



Sudahnya Wang-shik plan untuk rapat dengan Lee Hyuk sampai ke tahap percaya sepenuhnya supaya senang dia attack secara dekat dan seksa hidup Lee Hyuk. Tapi bukan Wang-shik sorang je yang ada nawaitu nak balas dendam, rupanya masing-masing ada agenda masing-masing dekat dalam Istana tu sampai keadaan jadi tak terkawal. 

Seo Kang-hee (Yoon So-yi), kawan baik Empress Seo-hyun pulak pernah tidur dengan Lee Hyuk sampai mengandungkan Ari (Oh Ah-rin) tapi dia tak rasa bersalah pun sebab dia nak Ari jadi Empress dekat Istana tu. Dia menyamar sebagai nanny dan monitor semua pergerakan Ari tapi plan dia hampir gagal bila Sunny cuba selamatkan Ari dari jadi macam Lee Hyuk dan Grand Empress Kang.

Image result for the last empress

Setiap episod ada saja plot twist dia, pulak tu banyak tekaan meleset bila dah yakin director nak shift ke arah ini ataupun itu. Dan setiap minggu akan wujud karakter baru sampai dah tak ingat dah siapa watak yang diorang sebut tu. Kalau nak tengok better marathon so tak lah lupa semua watak.

Disebabkan movie ni fiksyen, so jalan cerita banyak je yang merapu tapi boleh layan lah sebab survival strategy masing-masing tu yang best nak layan. Ada je akal memasing. Tapi yang tak bestnya bila hujung drama director compress semua sampai jadi rushing. It would be nice kalau director wujudkan season 2 dan setiap karakter utama dapat ending yang lagi baik terutamanya Woo Bin.


Plot masa drama ni bukan zaman lama tapi zaman sekarang walaupun hakikatnya monarki dah lama dihapuskan di Korea lepas berperang dengan Jepun tahun 1910. Kisah pengakhiran zaman monarki di Korea ada dalam movie The Last Princess bila puteri terpaksa berkahwin dengan orang Jepun untuk selamatkan keturunan dia dari mati dibunuh tapi jadi gila sebab rindukan Korea dan tak mampu nak adapt dengan suasana dan budaya Jepun.


Walaupun Jang Nara heroin drama ni tapi lakonan dia tenggelam dengan lakonan karakter lain macam  Shin Sung-rok sebagai Lee Hyuk, Elijah Lee sebagai Min Yu-ra dan Shin Eun-kyung sebagai Empress Dowager Kang. Apparently Sung-rok memang ada ramai fans walaupun selalu berlakon watak jahat dan fans dia antara punca rating drama ni naik. He nailed The Emperor perfectly as multi-complex personality. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 8.5 /10