Drama Review : NUR

Thursday 14 June 2018

Related image

Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Pelakon : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Riena Diana, Laila Nasir, Noorkhiriah, Azhan Rani, Jalaludin Hassan,
Fatimah Abu Bakar, Raja Atiq, Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin, Elmy Moin, Mathni Razak, Kuna Muzani, Julie Zainal
Genre : Drama/Islamik
Durasi Tayangan : 19 Episod
Tarikh Tayangan : 14 Mei 2018
Syarikat Penerbit : Radius One Sdn Bhd
Trailer :

Drama Nur yang mengisahkan tentang kisah percintaan Ustaz Adam (Syafiq Kyle) terhadap Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur di lorong gelap. Just by this sentence pun dah menarik minat untuk tengok drama Nur sebab berbeza sangat jalan cerita dengan drama cinta yang ada dekat TV sekarang ni. I mean, wow drama Melayu dah menginjak ke satu tahap yang baru. At first macam takut jugak drama ni akan jadi cliché but nahhh it just good. Cuma melodrama dia penat jugak nak layan. Tambah pulak dengan iklan Deeja yang menyakitkan hati tu ugghhh. Kalau tengok dekat lappy boleh guna speed 1.5, skip iklan tapi tak best lah sebab orang lain dah emo update dekat socmed.

Related image

Lakonan masing-masing semuanya bagus tambah pulak ada Nur Khiriah sebagai kakak Adam yang bossy, tamak dan pentingkan status semata. Of course scene sup bunjut dia semua orang akan ingat bila bersembang tentang Nur. Lakonan Azhan Rani pun sama naik walaupun diorang cuma pelakon pembantu tapi dua watak ni yang menguatkan jalan cerita Nur lebih dari watak utama drama ni and to be honest menyampah sebenarnya tengok heroin lembik macam Nur tapi macam tu lah pun cerita Islamik, melodrama dan watak lembik dah sebati dah. Thanks for Nurkhiriah & Azhan for making the journey feels alive.

Kalau ramai yang teruja dengan Nur, my fav character is Deeja. Dari awal lagi tertarik sangat dengan kelembutan Deeja. Sudah lah sopan, lemah lembut je walaupun terluka dengan keputusan Adam. Bukan salah Deeja pun dia terlebih berangan tapi salah Adam yang tak reti bertegas dan luahkan isi hati dia. Lagi best bila Deeja dah move on dan terima yang Adam bukan milik dia tapi milik Nur. Deeja sedarkan Adam yang tempat Adam sepatutnya di sisi Nur bukannya datang cari dia lepas buang Nur. Kudos Riena Diana for her acting, I’m a fan now.

Related image

Not to mention, Aunty Mona pun selalu buat empangan pecah nak pulak part dia meluah dekat Jojo  (Julie Zainal) masa Nur hilang and cakap ‘Kalau taknak jaga Nur, bagi la balik dekat Cik Mona.’ Dia faham orang takkan boleh terima golongan macam dia masuk dalam kehidupan diorang. Susah untuk salahkan Cik Mona ada dalam kehidupan lorong tu sebab itu je yang dia mampu buat sejak dari kecil. Sekeliling dah ajar dia macam tu tambah dengan dugaan hidup dia lagi. Things went lucky for Nur but not Aunty Mona.

The plot is great, the dialogue pun suntik kesedaran tentang sikap masyarakat yang suka menghina dan menghukum golongan yang jahil agama. Scene Jojo dengan Cik Mona datang rumah untuk cari Nur dan marah Kak Aisyah sebab bongkak dengan nikmat yang dia ada dan pandang hina golongan yang tak bernasib baik. Suka bila director tunjuk kelemahan manusia dan serahkan pada Allah bila manusia jahil hadap sesuatu perkara macam pakcik cleaner masjid tu.

'Kau sombong eh, kau sombong dengan nikmat kesenangan yang Allah bagi kepada kau.' - Jojo

Image result for drama nur

Cuma tak faham for certain scenes macam Ustaz Yassin yang tak bergaji tu mampu tolong sara anak yatim Darul Mukhsin dan macam mana dia boleh bertahan sampai 5 bulan dekat situ sedangkan tak dapat sesen pun. Duit simpanan Amirul (Raja Atiq) is quite huge for a young boy like him, I bet he’s in F4 sebab dia tak study pun for SPM? And its quite weird lah Nur selalu biarkan pintu bilik dia terbuka sedangkan dia dalam bahaya bila Madi datang rumah. Plus masa Jojo dengan Aunty Mona datang, dia boleh je lompat dari tingkap. Tak tinggi mana pun lah. Kau jerit dekat pintu memang lah tak dengar, cuba jerit kat tingkap confirm sampai dekat telinga orang luar.

Walaupun happy ending tapi tak suka dengan suntikan cliché sup bunjut kuning tu. I mean, boleh je buat watak Adam berubah memang sebab dia kecewa bila harapan dan kegembiraan dia hancur, bukan sebab buatan orang. Macam director nak karakter Ustaz Adam tu sentiasa suci walhal dia manusia, dia boleh je tersasar. Macam Ayah Haji (Jalaludin Hassan) buat silap dalam memaksa isteri dia terima Nur dalam keluarga. Its okay, its fine, we are human tend to make mistakes.

'Jangan kerana Allah permudahkan Abang untuk terima Nur, Abang sombong kepada saya. Saya juga sedang mencuba.' - Musalmah

Related image

But anyway, I have fun watching NUR due to its content and character. The theme song is great, shooting place pun cantik, visual cantik, dialogue bermakna  surely its recommended untuk yang belum tengok lagi. Semoga pengajaran dalam drama NUR jadi iktibar dan panduan untuk semua dan bukan hiburan semata.

'Adil itu Redha' - Nur, 2018
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Wordless Wednesday : Mood Raya

Wednesday 13 June 2018


Rezeki Ramadhan

Tuesday 12 June 2018

Minggu lepas dapat 2 hadiah dari rakan blogger so this is appreciation token for them since bersusah payah pilih sebagai pemenang dan pos hadiah sebelum pejabat pos tutup office.


1. Giveaway Sampul Raya Anak Denosor

Jarang menyinggah ke blog Anak Denosor yang comel ni tapi bila pergi memang bom kotak komen dia. Masa dia buat GA ni dekat insta, tak silap Kak Sha yang tag supaya join. Kebetulan syarat pun senang je, memang terus join lah. Tak sangka pulak boleh menang. Malam tu jugak terus hantar details dan pilih design sampul raya yang mana idaman hati. Sebenarnya malam tu kusut jugak nak pilih yang mana sebab banyak design yang lawa. Tapi saja ambik yang kurang berkenan di hati supaya tak berat hati nak hulur duit raya dekat orang nanti :P

2. Top Commentator Blog Kak Aida

Hah yang ni memang dah aim nak jadi Top Commentator sebab tengok Kak Sha menang hadiah Tupperware 3 beradik, so memang goal tercapai lah. Lepas ni nak bom kotak komen orang lain pulak. Tunggu je lah siapa yang kena. Terima kasih Kak Aida bagi hadiah ni. Tak sempat nak whatsapp so kita post sini je lah ea. Panjang lebar nota Kak Aida bagi, senyum je baca sebab dalam kekalutan dan kesibukan tu sempat juga curi masa pos hadiah untuk kita. 

3. Jam Raya


Hah yang ni special sikit sebab pakwe yang bagi so kitorang dah ada jam matching hihu gedik sikit. Dah lama dia pakai untuk track daily steps plus buat alarm sebab vibrate teruk masa tidur. Nak compare dulu kena call berpuluh kali baru bangun, sekarang ni dia guna wrist band ni je sebagai alarm. Nanti lah buat review sebab wrist band Xiaomi ni tengah in trend sekarang. Dekat India dah jadi produk no 1 paling ramai yang guna dah. Not sure dekat Malaysia macam mana. Anyway, yeayyyy! 

Terima kasih untuk semua hadiah ni. Tak banyak tapi bermakna. Selamat berpuasa semua :)

Movie Review : The Kissing Booth

Related image

Director : Vince Marcello
Cast : Joey King, Joel Courtney, Jacob Elordi, Molly Ringwald, Carson White
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Comedy/Teen Romance
Running Time : 104 minutes
Release Date : 11 May 2018
Trailer :


Just like every other cheesy teen romance movies, The Kissing Booth is no exception at all. Movie terbitan Netflix, The Kissing Booth ni diadaptasi dari novel The Kissing Booth hasil penulisan Beth Reekles. Mengisahkan tentang kehidupan remaja Elle Evans (Joey King) dan Lee Flynn (Joel Courtney,) yang bersahabat baik dari baby lagi since their moms are bff. Boleh kata diorang ni kembar sepasang lah sebab tarikh lahir sama, ada minat yang sama dan serasi bersama.

The Kissing Booth: Netflix's Teen Romantic Comedy Sensation Is ...

Walaupun ada banyak persamaan tapi dalam persahabatan diorang tetap ada beberapa rules tapi yang paling utama ialah rules no 9 sampai terhasilnya movie ni – Relatives of your bff are totally off limits. But nahhh who cares with rules when Noah Flynn (Jacob Elordi) is here. Noah Flynn is super duper HOT! I mean, seriously he is. Tengok movie ni pun sebab dia je sebab movie ni cheesy teruk and mengarut.


Why mengarut? Sebab who the hell give permission for students set up some kissing booth to raise school funds? Are you kidding me? Its high school and kissing booth isn’t included in this phase. But who cares anyway, people love cheesy and dreamy stuff.

Tapi kalau nak kritik teruk sangat pun tak boleh jugak sebab novel TKB ni dihasilkan masa penulis umur 15 tahun je kot. So you guys are living in someone's romance fantasy except love chemistry between Noah-Elle is a real thing sebab diorang memang couple in real life pun for almost 2 years already. Another scene yang best layan bila Elle dengan Lee menari sebab cantik sangat and they practice 3 jam setiap hari before shooting untuk make sure dance scenes diorang nampak perfect onscreen and the result is voila!

Why the timeline of "The Kissing Booth" makes NO SENSE ...

Dalam movie ni adults macam tak wujud langsung, wujud tapi cuma jadi pasu bunga penghias movie je. Kiranya all decisions made by teens and we are supposed to take lessons from them because they are suddenly became mature. Americans I tell ya, kalau Asians parents memang murung dah bebudak ni. Tak jadi dah movie ni sebab takkan terfikir pun idea nak buat kissing booth, idea cari nahas nama dia.


So the movie starts with the beauty of Elle-Lee friendship and turns to Elle-Noah secret love relationship then Elle dengan Lee bergaduh sebab Elle langgar peraturan so bermula la episode Elle pujuk Lee guna pelbagai cara. Lee is quite selfish actually sebab dia boleh bahagia dengan kehidupan dia tapi Elle tak boleh dah lah Lee dengan Noah memasing acah parents kepada Elle. Rimas sebab Elle tak boleh buat keputusan sendiri. Anak-anak orang kaya kan, they think they own the world and other people’s life. Pffftt.

The Kissing Booth normalizes potentially abusive behaviour | The ...

Movie ni takde konflik teruk mana pun cuma memasing saja buat teruk. Lee dengan buat teruk dia, Elle dengan buat teruk dia. Noah je relaks and chill layan kehidupan. Kalau bosan pi tumbuk atau belasah siapa yang dia nak. Dalam movie ni korang takkan nampak student lain yang handsome kecuali Noah sebab ni movie dia so supporting cast yang lain semua tahap average ataupun nerd teruk. Dia takde in between or average. So sebab tu la Elle boleh terlanggar peraturan no 9. Kalau jadi Elle pun langgar je.


Nak chill layan kekacakan dan betapa sado badan Noah, boleh la layan The Kissing Booth. Apart than that, there’s nothing much to offer pun. Even shooting place is different with exact location mentioned in the movie. Supposed to be Los Angeles but to make LA hella great onscreen, they shoot at Cape Town, South Africa instead. 

Kalau yang dah tengok TKB tapi tak puas hati, chill sebab nanti ada sequel since Beth Reekles sendiri bagitau berita gembira ni. Awwww anything for my Noah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10

Movie Review : Hichki!

Monday 11 June 2018

Image result for hichki

Director : Siddharth Malhotra
Cast : Rani Mukerji, Neeraj Kabi, Harsh Mayar, Ria Shukla, Shivkumar Subramaniam, Hussain Dalal, Sparsh Khanchandani, Sachin Pilgaonkar
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 116 minutes
Release Date : 23 March 2018
Trailer :


Kalau movie Taare Zameen Par mengisahkan tentang dyslexia yang dihidapi oleh seorang pelajar kemudian dibantu oleh gurunya untuk berjaya, Hichki pula yang diadaptasi dari buku autobiografi Brad Cohen bertajuk Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had yang menyelami kehidupan seorang guru yang mempunyai sindrom neurologi, Tourette dan membantu 14 orang pelajar kelas belakang untuk lulus dalam peperiksaan dan buktikan yang pelajar miskin mampu mencapai kejayaan sama seperti pelajar lain.

Dengan tema ‘Tak ada pelajar yang teruk tapi hanya guru yang teruk’, Hichki ketengahkan hasil perbezaan didikan guru yang baik dan hasil didikan guru yang mementingkan status semata which you guys can see clearly dalam karakter Mr. Wadia (Neeraj Kabi), guru kelas 9A. Selepas 18 kali permohonan untuk bekerja sebagai guru, Naina Mathur (Rani Mukherjee) diterima di sekolah berprestij, St. Notker's School untuk menjadi guru kelas 9F.

Image result for hichki

Walaupun movie Hichki agak cliché, mampu ubah pelajar kelas belakang yang degil dan nakal kepada pelajar yang mampu lulus dalam peperiksaan tapi Hichki mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. I really love the way Naina teach her students since all of them datang dari golongan berpendapatan rendah dan semua bekerja sambil belajar so Naina aplikasikan subjek mengajar dalam aktiviti harian pelajar-pelajarnya.

Macam topik Parabola menggunakan lontaran telur rebus, topik kinetic Fizik dengan bermain basketball, Another scene dimana Naina point out kelebihan students dia dalam aktiviti harian diorang macam Ravinder yang power dalam Maths sebab conduct illegal gambling setiap hari, Killam tahu tentang Fizik sebab berkerja di bengkel kereta, Tamannah tahu tentang Kimia sebab berniaga di gerai makan dan banyak lagi scene lain yang tonjolkan keseronokan dalam belajar.

Image result for hichki

Tapi dalam seronok belajar tu tetap ada masalah di sekolah baik dari pihak sekolah mahupun dari pelajar 9F tu sendiri sampai diorang terpaksa digantung sekolah sehingga hari peperiksaan. Even lepas peperiksaan pun masalah tak habis lagi since diorang kantoi meniru kertas peperiksaan yang dibocorkan oleh penjaga sekolah, Shyamlal (Asif Basra) dengan harapan pelajar 9F yang datang dari golongan pendapatan rendah ni akan dihapuskan selamanya supaya sekolah cuma layak untuk pelajar pandai dan pendapatan sederhana dan atasan kerana bagi diorang golongan kelas ketiga tak perlu belajar dan takkan minat untuk belajar lebih daripada keperluan untuk mencari sumber rezeki.

You guys will have fun watching Naina and her students but at the same time feel emotional since they’re stuck in their poverty life. Diorang nak berubah tapi keadaan sekeliling buat diorang terpaksa buang impian tu. Emosi jugak tengok masa diorang datang jumpa Naina dekat kedai untuk pujuk Naina jadi guru diorang balik.

Image result for hichki

Despite having tipical storyline but the dialogue is great plus Rani makes it convincing either. Sama macam lakonan dia sebagai pesakit Tourette yang sentiasa ada hiccup dan keluarkan bunyi wak-wak-wak or chak-chak-chak tambah bila dia stress or nervous bunyi ni akan keluar lebih kerap so Naina akan ketuk dagu dia untuk hentikan bunyi tu. Part dia menangis dia akan sumbat tisu dalam mulut supaya tak berbunyi so nobody will know she’s crying at place she’s hiding. I guess we already have a winner for Best Actress this year.

p/s : Siapa pelakon ni ya tuhannnn handsome teruk!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10