Movie Review : Jagga Jasoos

Saturday 28 October 2017

Related image

Director : Anurag Basu
Cast : Ranbir Kapoor, Katrina Kaif, Saswata Chatterjee
IMDB Rating : 6.5/10
Trailer : 


I can say this movie is a musical movie just like Barfi! since director pun orang yang sama, Anurag Basu & pelakon pun sama, Ranbir Kapoor. & just like Barfi!, hero ada kecacatan tapi benda tu jadi highlight dalam movie. Macam Barfi! hero pekak & bisu but cute & funny. Dalam JJ pulak hero gagap so he use songs to interact with others. That's why movie ni jadi musical. & yes, the only one actor yang terbukti mampu bawak watak ni haruslah Ranbir since dia dapat award pelakon terbaik dalam Barfi!. 

But is Jagga Jasoos deliver same great storyline as Barfi? 

Nope. 

& that's what disappoint me the most. 

I just watch this movie without involving my brain. Layan je lah dari awal sampai habis. Syukurlah Anurag letak lagu best2 so movie ni boleh letak dalam kategori - entertaining. On average. Thanks Arijit Singh for your beautiful voice. Haruslah lagu Ullu Ka Patta & Galti Hai Mistake tu best. Wajib ada dalam playlist. 

Image result for jagga jasoos

First half memang cantik dengan kisah kehidupan Jagga waktu kanak-kanak macam mana dia boleh berjumpa dengan ayah angkat dia, Tutifuti Badal Bagchi yang sebenarnya seorang ejen perisik India but then bila masuk second half bila Shruti (Katrina Kaif) tolong Jagga cari ayah dia, dah mula dah berkerut sebab logik memang tak wujud dalam movie ni. 

Loopholes memang banyak, I just tutup mata & imagine I tengok movie keluaran production Disney so this movie untuk tontonan umum especially kanak-kanak. Takpelah I just enjoy the breathtaking view of Cape Town, Afrika & India je lah. Tapi ada part VFX tu gagal jugak tapi just ignore lah even SLB pun gagal lagi part ni. Oh, scene Tutifuti tinggalkan Jagga dekat rumah anak yatim tu I cried okay, sebab tempat yang sama dengan Barfi & kesedihan yang sama jugak. Oh yes, team JJ ni shooting dekat kampung yang sama jugak dengan Barfi! that's why I said Anurag Basu nak ulang balik kejayaan Barfi! dulu tapi tu lah, dia gagal. 

Ada lagi scene yang lebih kurang sama di tempat yang sama dalam movie Barfi!

Image result for jagga jasoos barfi

Image result for jagga jasoos barfi

Image result for jagga jasoos barfi

Image result for jagga jasoos barfi

Another thing yang I love in this movie is RanKat's chemistry, even dah breakup pun boleh nampak cantik je onscreen macam dalam Ajab Prem Ki Ghazab Kahani. Oh yeah, movie ni ada jugak elemen komikal macam dalam movie tu. But that's okay, I'm okay. Cuma tak okay sangat bila screentime sampai 2 jam 42 minit sebab movie ni boleh lagi pendek dari tu & some of unnecessary scenes yang buat mengah. 

Image result for jagga jasoos

Lagi menyampah bila tengok ending. No wonder lah movie ni flop dekat box office. Ranbir just waste his talent like always. Pathetic to watch his career progress turns out to be dull and dusty. Takpe lah, harap Dutt biopic nanti dia menyerlah balik. Still letak harapan sebab dia crush Iolls hihu.

1. Team Production +0.5, 2. Visual, +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6.5/10

Kisah Legenda Mitos Padmavati

Friday 27 October 2017

Bollywood fans especially fans Deepika Padukone mesti tengah tak sabar nak tunggu bulan Disember ni sebab kemunculan movie Padmavati dibawah arahan Sanjay Leela Bhansali yang pernah menghasilkan movie saga Bajirao Mastani, Hum Dil De Chuke Sanam, Black & Devdas. Dalam movie Padmavati ni turut dibintangi Shahid Kapoor & Ranveer Singh.

Sepanjang penggambaran filem Padmavati ni, dah banyak serangan yang berlaku kepada team Padmavati sebabnya penduduk Rajashtan benci dengan jalan cerita movie ni di mana Padmavati bercinta dengan Alauddin Khilji sedangkan dalam mitos sejarah Rajashtan, India, Sultan Alauddin Khilji (Ranveer Singh) datang tawan Chittor sebab terpesona dengan kecantikan Padmavati (Deepika Padukone) & berhasrat untuk dijadikan isteri.


Padmavati pula menolak lamaran Khilji kerana Padmavati merupakan isteri kepada Rawal Ratan Singh (Shahid Kapoor). Disebabkan lamaran ditolak, Khilji datang secara paksa tapi askar Ratan Singh kalah dan demi menyelamatkan maruah diri, Padmavati & dayang-dayang dia korbankan diri di dalam api marak. Disebabkan pengorbanan tu, Padmavati diangkat menjadi hero untuk penduduk Rajashtan terutamanya kaum wanita.

Image result for padmavati
Rawal Ratan Singh

Image result for padmavati
Rani Padmini

Tapi sayangnya, pakar sejarah di India menolak kewujudan Ratu Padmavati ataupun nama sebenarnya Padmini sebab tak ada langsung bukti kewujudan ataupun tinggalan sejarah. Cerita ni berlaku pada tahun 1303 pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji, salah seorang pemerintah Islam di India. Kewujudan Padmavati diragui sama jugak dengan kewujudan Ratan Sen. Ada yang kata Ratan Singh tu cuma manusia biasa, budak suruhan yang diangkat menjadi pemerintah, ada yang kata bukan pemerintah sebaliknya adik kepada pemerintah Chittor waktu tu.


Di bangunan tinggalan sejarah ni lah kononnya SAK dikatakan ternampak biasan wajah Padmavati tapi ramai pakar sejarah menolak cerita tu sebabnya senibina bangunan ni dikatakan agak moden kalau nak dibandingkan dengan senibina era 1303.

Dan yang paling hangat diperdebat ialah kewujudan Padmavati dalam kehidupan Khilji. Kalau ikutkan catatan sejarah Delhi masa tu, Alauddin Khilji datang tawan Chittor bukan sebab terpesona dengan Padmavati tapi untuk luaskan empayar pemerintahan di India.

Sultan Alauddin Khilji ni pemerintah yang power dalam pentadbiran, ekonomi & perang. Askar dia memang kuat tapi masa dia tawan Chittor, dia terpaksa berdepan dengan askar Mongolia menyebabkan ramai askar dia yang mati. Because of that, dia & askar lari berlindung di Siri Fort. Kalau diikutkan cerita perang Khilji ni, memang tak sempat sangat dia nak fokus dengan kecantikan Padmavati sebab busy berperang.

Image result for alauddin khilji

Walaupun dalam mitos sejarah India, Sultan Alauddin Khilji ni digambarkan sebagai raja yang zalim, kejam, gila seks tapi zaman pemerintahan SAK la yang paling bagus dalam era Dinasti Khalji. Cukai tanah, cukai pendapatan, cukai rumah, harga lantai & harga siling, rationing system diperkenalkan oleh dia. Semua ni dilakukan untuk membantu rakyat dia yang miskin dan menambah dana untuk angkatan tentera dia.

Alaudin Khilji coins

Pada zaman ni, korupsi & rasuah berleluasa sehinggakan diorang rasa masalah ni tak dapat nak dibendung lagi dah tapi SAK mampu hapuskan dengan wujudkan unit khas membanteras rasuah. Yang terlibat dengan rasuah akan dipancung kepala oleh SAK sendiri. SAK dikatakan menghabiskan masanya 16 sehingga 18 jam sehari dengan bekerja demi negara dan rakyatnya. Penampilan SAK yang digambarkan dalam movie Padmaavat pula nampak grand tapi hakikatnya cuaca di India pada masa tu sangat panas tambahan pula di Rajashtan yang majoritinya kawasan padang pasir.

Related image

Untuk memudahkan urusan bekerja dan tugas harian, SAK cuma mengenakan tarbus dan kaftan kapas. Mukanya bersih, tak seperti yang digambarkan oleh SLB, berparut dan berjambang. Muka SAK tak bengis macam lanun. Pakar sejarah mengatakan attitude SAK mempunyai pesona seorang pemerintah dan mempunyai gaya kelas atasan dan tidak suka berhibur. Sebarang bentuk hiburan diharamkan pada era pemerintahannya jauh berbeza seperti yang digambarkan dalam movie. Menari sambil mabuk untuk meraikan kemenangan.

Jim Sarbh sebagai Malik Kafur

SAK mangkat disebabkan sakit tapi tak pasti pula sakit apa. Pemerintahan dia diserahkan kepada pembantu dia yang paling dipercayai iaitu Malik Kafur tapi tak lama lepastu Malik dibunuh & tampuk pemerintahan diserahkan kepada anak sulung SAK, Mubarak Khan. 

Image result for alauddin khilji
Makam Sultan Alauddin Khilji

Related image

Buat masa ni, cerita tentang Alauddin Khilji je la yang paling kukuh pun. Tak pasti dari mana datangnya Padmavati. Tapi kalau diikutkan kehebatan Alauddin Khilji, kaum India memang berdendam dengan SAK disebabkan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Pengikut ajaran Syiah pun sama tinggi dendamnya sebab ramai yang dipancung oleh SAK since SAK berpegang teguh dengan ajaran ASWJ.


Disebabkan hal ni, Syiah menyebarkan fitnah yang Khilji ni gay dan merogol keluarga sendiri. Besar kemungkinan cerita Padmavati tu ditulis untuk memburukkan imej Khilji sebab pakar sejarah pun tak jumpa bukti kewujudan Padmavati. Sepatutnya negara India bersyukur dengan Sultan Alauddin Khilj yang bagus dalam strategi peperangan dan berani menentang askar Mongolia pada zaman tu. Tanpa dia, tak wujud lah Delhi dan sebahagian dari India. 

Anyway, movie SLB ni terkenal dengan keindahan set dia walaupun storyline macam mintak penampar. Yang belum tengok trailer movie Padmavati, boleh tengok dekat sini, mana tahu impressed dengan VFX movie ni :)


Update : Malaysia ban movie Padmaavat disebabkan gambaran buruk sikap Sultan Alauddin Khilji yang melampau oleh SLB. 

Movie Review | Tombiruo : Penunggu Rimba

Thursday 26 October 2017


Pengarah : Seth Larney & Nasir Jani
Penulis Skrip : Ramlee Awang Murshid
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dynas, M. Nasir, Marlia Musa, Faye Kusairi
Novel Adaptasi : Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Layar Sunan Karangkraf, Ideate Media, AMC Studio, IDW Entertainment.
Genre : Sains Fiksyen / Aksi / Thriller
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017 (Malaysia, Singapore & Brunei)
Durasi Tayangan : 115 minit
Trailer :




First of all, Zul Arifin.


Okay saja je ikut trend pffttt. Okay, here goes my review.

I'm not sure dari bila muncul hype on Tombiruo movie. Masa tu pun ternampak je PC untuk movie Tombiruo ni dekat youtube, team production kenalkan semua cast & of course I'm shocked tengok julripin dah kurus sangat. Masa tu mood tak sampai lagi, tengah in doubt lagi mampu ke diorang ni buat movie based on novel sebab mostly ramai yang gagal. Nak pulak movie fiksyen macamni. Tapi lepas tengok trailer terus berkobar rasa nak tengok dekat cinema. Why cinema? Sebab audio system diorang power lah hihu.

I'm not familiar with Seth Larney tapi dia pemenang award untuk Best Direction tahun 2015 so tu antara faktornya kenapa korang wajib tengok movie ni. Seth pernah join team production X-Men untuk bahagian visual effects so yeah kalau korang fascinating dengan sinematografi & VFX Tombiruo, this is the answer. Seth's magic everyone! 


Yang bestnya dalam movie Tombiruo ni ialah sinematografi dia, TOP-NOTCH! Susah tau nak jumpa movie local yang power bab ni. Geram tengok establish shot untuk rumah Ejim (Zul Ariffin)  & Pondolou (Faizal Hussein). Gunung Kinabalu looks so breathtaking up there! Tapi bila banyak kali keluar pun rasa ermmm dekat area tu ada jugak tempat lain yang cantik and where the hell is Bunga Rafflesia? Seketul pun tak nampak. Slo-mo pun cantik dalam movie ni & sampai sekarang ni still lagi teringat-ingat scene Wong tembak cylinder gas & peluru kena Tombiruo tu. Cantiknya ya tuhannnn, macam tengok movie Hollywood! Cuma slo-mo bila banyak sangat dia jadi mengah. Nak pulak slo-mo banyak dekat scene peluru. Maybe Seth nak ulang kejayaan movie The Matrix kot dalam Tombiruo. 


Storyline dia tak sarat mana pun, biasa je tapi yang buat kena gam dekat seat tu sebab visual dia cantik sangat. I’m in awe! I’m not sure lah kalau yang dah baca novel tu puas hati dengan movie Tombiruo ni ke tak sebab I belum baca lagi tapi tengok dekat socmed ramai yang puji movie ni memang tak lari jauh dengan novel. Lagipun penerbit movie ni R.A.M sendiri kot, takkan lah dia nak biar karya dia lari kan. Kena faham lah satu novel bila masuk jadi movie dia kena guna durasi masa tu betul-betul. Plot twist dia pun boleh tahan jugak lah tapi tak power macam dalam novel.

Starting movie ni pun dah buat meremang bulu roma bila tengok scene Monsirou selamatkan Tombiruo dari dibunuh dengan ayah dia. & scene Ejim bergaduh dengan Amiruddin tu bila Monsirou panggil semangat Tobugi tu wei creepy! Rasa macam real sangat. Farah Ahmad, you did justice for that role! You go girlllll!

Image result for tombiruo

Bab acting chops, need I elaborate more since they got a super fantastic casting. I’m a fan of Zul Ariffin & Farid Kamil for action genre movies. Semua I tengok & semua I suka sebab both of them memang work hard on their role & buat stunt sendiri. Action scene memang wowww. Ada la part yang amboi jauh betul melayang, sound effect dia pun amboi kau tapi I okay je.  Zul patut menang award untuk Tombiruo sebab tanpa dedahkan muka pun dia mampu guna bahasa badan untuk reflekskan perasaan dia. Pakai topeng pun dia mampu jadi sweet tau uollssss

Cumanya part Datin Marlia dengan Dato’ M.Nasir tu macam awkward sikit. Diorang segan sweet2 depan kamera ke macam mana? Sebab masuk scene Datin dengan Dynas cantik je dia berlakon but it’s a minor glitch lah lagipun tak effect walau sekuman pun gittew. Lagi satu, anak Amiruddin tu kenapa la tak ambik Che Mad je yang berlakon. Watak Atu Zero dalam ni suam kuku je, dia buat lawak pun biasa je. Tak payah ada pun takpe.


Masa first half movie ni ingatkan watak jahat tu Baizura (Dynas) sebab awal lagi dia dah bagi statement kejam dekat Wan Suraya (Nabila Huda) pasal company ayah dia dengan projek Anak Bumi. Tapi rupanya dia kambing hitam je. I'm not sure diorang guna shot apa masa Baizura balik rumah tu whether close-up ataupun medium shot sebab Dynas nampak besar sangat terkejut ittew tengok dia tapi masa dia sembang pasal plan dengan Wong tu okay je kurus macam biasa je. 

Big applause for every character yang mampu speaking dalam Bahasa Kadazandusun because sedap je didengar, tak rasa macam kaku or kekok pun cuma Pondolou lah I wonder sikit dia bangsa apa sebab loghat Sabah dia pun tak pekat tapi gaya bahasa dia baku kemain, nasib lah screentime dia kejap je.

Image result for tombiruo

For those yang belum tengok lagi, go watch it guys sebab movie macam ni memang wajib tonton. 10 tahun akan datang pun movie ni still lagi relevan. Jumlah kutipan sekarang ni baru cecah RM5 juta padahal modal untuk movie ni RM6 juta so please jangan tengok online, jangan tengok cetak rompak but go to the nearest cinema & feel the excitement okay? Harap sequel nanti sama power macam yang ni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 =  8.5/10

And lagi satu, movie LAKSMANA SUNAN dah CONFIRM!!!!