River View Seafood

Saturday 21 October 2017

Tengah belek gallery ternampak pulak gambar makanan dekat salah satu restoran seafood terbaik di Kuala Selangor. Alkisahnya saja bawak satu family makan seafood sebab diorang tak pernah merasa lagi makan seafood dekat kedai. Plus, nak celebrate dengan family sebab baru naik pangkat. Gigih la Google kedai seafood yang sedap dekat Kuala Selangor. Nak pergi belah Perak sana macam jauh sangat lagipun jalan sunyi sikit compared ke KS. 

Image result for river view seafood restaurant kuala selangor, selangor, malaysia























Dah Google, jumpa la dengan Restoran River View Seafood ni. Baca rating & reviews pun semua bagus belaka. Petang tu gerak pergi ke Pasir Penambang, Kuala Selangor. Agak confusing actually nak cari restoran ni sebab dia terletak di kawasan perumahan and yes, parking tersangatlah limited. So kena park jauh sikit lah dari restoran tu.

Dah sampai sini, memang full ramai orang nak pulak pergi masa weekend, sampai kena open table baru. Dah dapat meja, dah siap order, lama jugak la kena tunggu. Nasib lah pergi masa perut tak lapar sangat. Dalam sejam jugak lah tunggu. Sementara tunggu tu kitorang jalan-jalan dekat area jeti.

Tapi dah nak senja masa ni so nak bergambar pun gelap je lah. Tapi masa sunset tu ramai betul yang ambil gambar sebab lawa. Kita tangan tak berseni, ambik ala kadar je lah hihu. Dekat jeti ni bot ke sebelah sana memang aktif tapi tak tahu pulak harga sekali trip berapa. Sebelah sana tu diorang pergi nak tengok kelip-kelip tapi katanya dah tak banyak sangat. Kalau dulu makan dekat restoran ni pun dah nampak kelip-kelip datang terbang. Tapi sekarang seekor pun yillek. Dah nak pupus kan. :(




Menu dekat sini tak ada set so kitorang order yang biasa makan je. Malas nak order ketam sebab takut lama kena tunggu sebab semua table pun order ketam. Order yang biasa ni pun menangis tunggu. 

Lagi satu hal, dalam menu tak ada harga so kitorang main petik je. Disebabkan ni throwback post & resit dia pun dia main kira tangan je, so jangan tanya each menu berapa harganya. Yang penting total semua 200 hengget je lah. 


Yam Cake
Kalau datang sini wajib ambil yam cake dia sebab sedap sangat. Berebut makan sampai habis. Every yam cake in seafood restaurant berbeza diorang punya inti dekat dalam. Macam yang ni salad buah so manis, masam buah tu memang kena sangat. Masuk dalam mulut bagi kebahagiaan baq hanggg. 

Siakap 3 Rasa

Deep Fried Prawn































Sayur tu tak ingat lah sawi ke baby kailan & lagi satu menu, egg salted squid. Actually deep fried prawn tu tak best sangat. Rasanya sedap lagi butter prawn sebab ramai yang puji sedap. Next time nak datang sini lagi nak try ketam dengan menu lain pulak. 

Restoran ni even the best and banyak review bagus2 tapi harga dia affordable lah. Tak mahal sangat & berbaloi dengan menu dia yang sedap. Fresh pun fresh sebab tepi laut, memang terus angkat masuk kuali punya. 

Makan atas air pulak, memang best kena angin laut sambil tengok sunset. Nak bergegas solat lepas makan pun tak jadi masalah sebab area situ bersepah surau & masjid. Tapi kalau taknak tunggu lama, better pre order dulu, call 03-32692238. Nanti sampai boleh terus makan je. Payment method dekat sini cash & credit card je. For credit card dari RM150 ke atas je tau. Kalau buntu nak makan seafood dekat mana, boleh try sini :)

Cuti-Cuti Malaysia Di Kuala Lumpur

Friday 20 October 2017

Tak sangka 2017 dah nak sampai ke penghujung dalam masa beberapa bulan je lagi. Hujung tahun macam ni selalunya ramai yang akan cari destinasi pelancongan tak kurang juga dengan destinasi percutian romantik untuk pasangan pengantin baru since hujung tahun sinonim dengan kenduri kahwin, musim nasi minyak. 

Siapa je pernah terfikir nak bercuti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ataupun lebih dikenali dengan KL, salah satu bandar metro yang pesat membangun di Malaysia dan juga Asia Tenggara kerana kepadatan penduduknya dan juga ekonominya. Bukan saja Kuala Lumpur dikenali dengan bandaraya ibu kota yang pesat tapi keunikan sejarahnya juga sarat di sini. KL terkenal dengan pusat kewangan dan ekonomi Malaysia, tak dilupakan juga merupakan pusat budaya dan juga tapak keagamaan di negara ni. 

KL pun dari dulu lagi memang salah satu pusat pelancongan terkenal Malaysia. Kuala Lumpur adalah bandar paling pesat keenam di dunia, dengan bilangan 8.9 juta pelancong setiap tahun. Walaupun dah 2017, jangan terkejut kalau team Bollywood ataupun produksi dari negara lain masih pilih Kuala Lumpur sebagai salah satu tempat menarik untuk lokasi penggambaran. Dekat mana? KLCC, Dataran Merdeka, Pavillion etc. 

Image result for pavilion malaysia

Walaupun ramai yang reject Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian domestik sebab kos yang mahal tapi banyak jugak tempat percuma yang korang boleh lawat dekat sini. Antaranya Taman Eco Rimba KL, Taman Orkid, Taman Botani Negara, Muzium Diraja Polis, Muzium Tekstil Negara, Muzium Bank Negara, Dataran Merdeka dan banyak lagi. Nampak macam hambar ataupun cliche tapi semua tempat ni bila masuk boleh tahan lama jugak nak lepak kat dalam sana. Well, I did. 

Nak pulak sekarang ni ramai yang kaki Instagram, untuk dapatkan landskap cantik & menarik, Kuala Lumpur bukan satu pilihan yang asing. Belum sembang bila masuk festive season, decoration dekat KL memang menjadi tarikan. Di shopping mall ataupun di jalanraya, you guys boleh bergambar di mana tempat yang korang suka.  


Image result for eco rimba kl

Yang bestnya bila bercuti di Kuala Lumpur, you guys tak perlu risau pasal public transport sebab korang boleh pilih je nak naik kenderaan apa. Sekarang pula dah ada perkhidmatan Uber & Grabcar yang memudahkan penduduk kotaraya & juga kepada pelancong. Tak sampai 5 minit pun untuk tempahan melalui applikasi. Taknak stuck di jalanraya, korang boleh try naik pengangkutan awam yang baru je siap dibina tahun ni iaitu MRT kalau dah bosan dengan KTM, LRT ataupun monorel. Lagi cepat, lagi selesa. Yang terbaru, perkhidmatan basikal sewa dari oBike macam dekat Jepun sana antara inisiatif untuk mengurangkan pencemaran di KL. Sambil bercuti, sambil bersukan sambil tunjuk rasa sayang kepada alam sekitar.. 

Image result for obike kl

Nak makan pun tak susah sebab banyak kafe dan restoran tak kurang juga dengan kemunculan foodtruck yang semakin banyak menggantikan warung tepi jalan di ibu kota ni. Bab makanan halal, perlu lagi ke nak runsing? Restoran 24jam pun banyak dekat KL ni, belum sembang pasal uptown yang terkenal dengan suasana meriah ibu kota. :)

Sembang pasal hotel tempat penginapan, dekat KL semestinya penuh dengan hotel penginapan dan motel bajet tapi kenapa pilih tempat penginapan ala kadar bila korang boleh pilih yang terbaik? You guys boleh usha Corus Hotel, KL yang terletak di Segitiga Emas gabungan Jalan P.Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan juga Jalan Ampang. Lokasinya di tengah ibu kota memang cun habis sebab korang dah tak payah sakit kepala untuk rancang perjalanan dari hotel ke tempat lain! 


Related image

Walaupun berada di tengah kota yang pesat, Corus Hotel memang mengutamakan keselamatan para pelanggan so you guys tak perlu risau dengan safety dekat sini. Bila check in dekat sini, automatic boleh bertukar kepada mode bercuti & serahkan semua kerisauan tu dekat staf Corus Hotel je. Not to mention, makanan dekat hotel ni pun sedap & murah. Yang mana dah bosan dengan masakan Melayu, boleh try makanan Jepun ataupun Western dan juga aneka makanan yang lain. 


Image result for corus hotel kuala lumpur

Related image

Image result for corus hotel kuala lumpur

Lepas penat berjalan, boleh relakskan diri korang di Danai Spa ataupun beriadah di kolam renang yang disediakan. Bilik yang cantik dan selesa ditambah dengan pemandangan ibu kota terutamanya KLCC antara salah satu sebab kenapa Corus Hotel menjadi pilihan ramai. Tak kurang juga dengan service dari staf semuanya friendly & very much helpful. Bila bercuti di hotel terbaik, haruslah service pun terbaik.

Related image

Image result for danai spa corus hotel kuala lumpur

Nak merasa pengalaman di Corus Hotel ni korang tak perlu risau dan tunggu lama untuk menabung sebab sekarang Corus Hotel bergabung dengan Traveloka berusaha berikan yang terbaik untuk percutian korang semua. Caranya mudah, korang hanya perlu book Corus Hotel Kuala Lumpur Di Traveloka   untuk tawaran promosi yang hebat. Nak book macam mana? Sign up je dekat website ataupun apps Traveloka untuk promosi & tawaran terbaru dari team Traveloka. Mudah kan? Apa lagi? Jom bercuti dengan Traveloka! 

Rating Staf TM

Thursday 19 October 2017

Dari zaman belajar lagi jadi pengguna TM ni. Dari Streamyx membawa ke Unifi. Segala jenis problem pernah hadap. Tapi yang paling kerap haruslah line slow & line chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Bila kita call 100 haruslah jawapan dia, cuba restart modem tu. Jawapan yang tak perlu bagitahu pun kita dah tahu dah. Kadang tu sampai naik muak dah dengar.

Tu belum masuk part line slow sebab construction MRT kacau line TM. Tapi tiada tindakan dari TM pun. At least bagi rebate ke, bayar kurang sikit compared previous month ke. Yillek. 

Kadang rasa nak tukar pergi network lain tapi terikat dengan contract satu hal, malas nak labur duit beli device baru satu hal. So stay je lah dengan yang satu ni. 

Pernah sekali tu pindah rumah isi borang relocation semua, technician datang dah siap install tiba-tiba mintak relocation charge. Pelik jugak sebab pihak TM takde pulak sebut pasal charge ni. Katanya pindah lebih dari satu kali, kena charge. Masa tu buat muka blur campur kesian je sebab takde cash in hand. Ada pun RM20 je so dia accept lah. 

Isnin lepas pergi TMpoint sebab nak relocation lagi, tanya dia berapa exact amount untuk relocation charge? Terkejut dia dekat situ katanya tak pernah wujud pun relocation charge. Melainkan kena tambah wiring untuk installation dia memang akan charge lah. Tapi masa tu mana ada tambah wiring ke apa, technician tu terang-terang kabo relocation charge. Rupanya kena tipu. Nasib bagi RM20 je, kalau bagi ratus? Tak memasal je duit hangus. 

Selama meroyan dekat TM tak pernah lagi bagi rating 0 dekat staf dia tapi haritu geram sangat dengan service staf tu, kebetulan pulak ada kredit, laju je bagi 0. Ingatkan habis dekat situ je rupanya TM akan call tanya kenapa bagi rating rendah. Baru tahu kalau bagi 8 hingga 10 je TM berpuas hati. Lepasni boleh lah bagi rating 0 kalau rasa nak meroyan berganda. Ada kawan bagi rating 0 laju pulak diorang datang buat kerja. Tapi memang cenggitu lah pun selama ni. Dah kena marah bagai baru nak bergerak tangkas dan efisyen. 

Hari ni technician nak datang rumah install Unifi so lepas ni boleh lah blogwalking belah malam & aktif balik blogging. Tu je nak bagitau, seminggu dua ni tak dapat nak blogwalking sebab pindah rumah pastu tunggu TM survey area ni ada line Unifi ataupun tak. Lepas seminggu baru jumpa jawapan. Nasib jumpa, kalau tak dah kena ready duit nak terminate huhu.

I should put an end for my rant now. See you guys later! 


Nom Nom Nom : Grella Food Truck

Saturday 14 October 2017

Balik kerja semalam tak tahu nak pergi mana so singgah lah kejap dekat kedai makan ni sebab kalau makan area sini amboi bau dia kemain mengundang tau. Nak pulak bau kambing bakar dia. Minggu lepas nampak ramai sangat orang datang makan kedai ni tu yang saja menyinggah nak jugak tahu level sedap dia jauh mana pergi. Nak pulak dia punya tagline tu amboi sangat, 'You Try, You Know'.

 

Yang bestnya dekat Grella ni nak park kereta memang senang sebab lokasi dia dekat kawasan kilang so belah malam memang tak payah berebut tempat walaupun ramai. Tapi kalau pergi hari biasa tak ramai sangat pun. Weekend penuuh jugak lah. 





Restoran ni kecil je so kalau ramai tu faham sendiri lah sesak dia macam mana. Since pergi hari biasa, service tip top lah. Nak tunggu makanan sampai pun tak lama. Dalam 10-15 minit je lepas order.

Image result for grella food truck

Disebabkan ni first time datang & lepas berapa kali belek menu dia tapi still tak tahu nak makan apa, dalam menu Grella ni dah siap tulis dah [Kalau tak tahu nak makan apa, pilih lah O.M.G set!]

Orang dah tolong suggest tu, kita ambik lah kan? Malas nak buang masa lama sangat sebab perut pun dah berkeroncong teruk sangat.

             

O.M.G. set dia besar jugak lah. Semalam makan berdua dengan adik memang rasa macam ular sawa dia punya kenyang. Bukan takat kenyang lagi dah, tahap muak, sengkak, senak semua ada. Memang kenyang kalau ambik set ni. Harga satu set ni RM35, I can say berbaloi. 

Dalam set O.M.G. ni ada meatball, chicken grill, lamb grill, sosej bakar, fries, telur separuh masak dengan salad. Meatball dia buat sendiri tau. Terasa daging tu. Selalunya makan meatball terasa lah tepung lagi banyak dari daging but this one memang lebih daging. Telur separuh masak dia best. Exactly like what I love. Dia punya telur kuning half baked tapi tak cair meleleh. Semua dalam set ni sedap except fries dia. Gemuk tapi hambar. Maybe sebab dah lama sangat beku kot. Dia tak rangup sangat. 

                

Apart from O.M.G. set tu, kitorang order set mushroom soup dengan french bread. French bread dia sedap tapi mushroom soup dia terlebih herbs & spices so dia rasa strong sikit tapi kalau makan dengan makanan lain, sedap je. Kalau makan kosong strong sikit lah. Soup dia pun banyak, makan dengan O.M.G. set buat cicah memang sama banyak je. Berbaloi lah RM7.

For drinks kitorang order white coffee, RM3. Not bad lah rasa dia cuma cair sikit but still boleh minum. Even RM3 tapi dia sediakan dalam teapot kecil. Dua kali tuang dalam cawan dia. Nasib kongsi air kalau tak celah mana nak sumbat air dalam perut sebab perut dah penuh. 

Actually nak order lasagna  dengan tuna mornay tapi dah habis. Next time nak datang makan lagi dekat sini sebab nak try dia punya burger & pasta since menu yang kitorang order ni sedap & memuaskan hati. 

Nak lepak sini pun not bad jugak sebab ada reading section pastu kedai ni open concept bila kena angin tu sempoi je. Nampak tak ada tag JJCM tu? So dia punya best tu I approved. Service okay, cutlery dia pun bersih, kedai pun bersih even dapur bersih, so no worries. 

  

I'm not sure lah kalau food truck dia macam mana sebab yang famousnya, food truck dia bukan kedai dia tapi kalau kedai pun dah best, food truck pun sama level je lah. Rasanya ada delivery service & catering service so you guys can contact them here.


Kalau nak datang lepak sini, waze je No. 15, Jalan Appolo, U5/191, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam. 

Movie Review : Talvar

Friday 13 October 2017

Image result for talvar movie

Director : Meghna Gulzar
Writer : Vishal Bhardwaj
Cast : Irrfan Khan, Neeraj Kabi, Konkona Sen Sharma, Tabu, Sohum Shah, Gajraj Rao
Genre : Mystery, Drama
Production Company : Junglee Pictures
Release Date: 2nd October, 2015
IMDB Rating : 8.3/10
Trailer :


Movie Talvar ni mengisahkan tentang kes pembunuhan gadis remaja berumur 14 tahun & pembantu rumah yang berlaku di India pada tahun 2008. What makes this movie interesting is this movie based on real life case yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kes ni agak famous sebab kejadian pembunuhan ni berlaku di dalam rumah tapi tak ada siapa yang tahu siapa pembunuh sebenar. So the parents yang dipenjarakan sebab diorang suspek terdekat berdasarkan teori. 

Talvar: Putting truth to the sword | Explained News,The Indian Express

15 Mac 2008, mayat Arushi dijumpai mati di dalam bilik di atas katil oleh parents dia & they put the blame on their home servant, Hemraj. Tapi lepas polis datang, polis jumpa mayat Hemraj dekat rooftop so parents Arushi ditahan reman untuk siasatan. Since polis tak mampu nak solve kes ni, pihak CBI yang diketuai oleh Irrfan Khan datang untuk mencari bukti & selesaikan kes. 

Talvar Movie Review {4.5/5}: Critic Review of Talvar by Times of India

Movie ni sikit pun tak lari dari cerita sebenar. Tak ada babak fiksyen yang direka dari team produksi pun. Semuanya memang berdasarkan apa yang terjadi sepanjang CBI & polis menyiasat kes ni. Throughout the movie, you guys will see the tension between CBI, police and the parents itself. Masing-masing ada teori masing-masing & masing-masing nak buktikan yang teori diorang tu betul. 

Movie review 'Talvar': This reel retelling is definitely worth your while

Storyline mantap & Vikash did his best as a scriptwriter. He did his research, Meghna did her part in putting the emotions although ramai yang ragu-ragu dengan Meghna since movie dia sebelum ni tak mampu pergi jauh but she did justice on this one! 

Film review: Talvar

Bila tengok movie ni you really cannot trust each character. The best part in this movie is, you guys memang tak mampu nak berpihak kepada sesiapa. Even movie ni tunjuk tentang parents Arushi tapi you guys will have the same doubt and questions for this and that. That's what happened when you cast a brilliant actor with great acting chop. 

Cuma tu lah part Tabu sebagai isteri Irrfan & discuss on their marriage problem is not that necessary. Maybe director nak bagi otak audience rehat kejap but okay lah this glitch you just can put it aside lah. 

Image result for talvar movie

But all in all this thriller drama movie ni memang berjaya buat audience in split and uncomfortable. It  is real and it happened to this family. There is no happy ending guarantee you can get, there's no cheerful joy because this movie is ongoing case & you know the parents yang masuk dalam lokap. As a sane minded person when watching this movie you guys mesti ada question, how come parents nak bunuh anak sendiri sedangkan tu anak kesayangan diorang? But the evidence proved it otherwise.

Talvar: An Inescapable Act Of Faith - India Independent Films

This movie is a must-watch movie. Put this movie in your list and trust me, you guys will not regret watching it. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10

Sebagai manusia bukan rakyat India of course lah tahu kes ni dari movie Talvar je but since then always follow up case ni & yesterday the parents finally dibebaskan dari hukuman bunuh oleh mahkamah. Of course Talvar team production happy and yes I'm also in the same boat. Tapi persoalan utama masih lagi belum terjawab, 

Siapa yang bunuh Arushi Talwar & Hemraj?