River View Seafood

Saturday 21 October 2017

Tengah belek gallery ternampak pulak gambar makanan dekat salah satu restoran seafood terbaik di Kuala Selangor. Alkisahnya saja bawak satu family makan seafood sebab diorang tak pernah merasa lagi makan seafood dekat kedai. Plus, nak celebrate dengan family sebab baru naik pangkat. Gigih la Google kedai seafood yang sedap dekat Kuala Selangor. Nak pergi belah Perak sana macam jauh sangat lagipun jalan sunyi sikit compared ke KS. 

Image result for river view seafood restaurant kuala selangor, selangor, malaysia























Dah Google, jumpa la dengan Restoran River View Seafood ni. Baca rating & reviews pun semua bagus belaka. Petang tu gerak pergi ke Pasir Penambang, Kuala Selangor. Agak confusing actually nak cari restoran ni sebab dia terletak di kawasan perumahan and yes, parking tersangatlah limited. So kena park jauh sikit lah dari restoran tu.

Dah sampai sini, memang full ramai orang nak pulak pergi masa weekend, sampai kena open table baru. Dah dapat meja, dah siap order, lama jugak la kena tunggu. Nasib lah pergi masa perut tak lapar sangat. Dalam sejam jugak lah tunggu. Sementara tunggu tu kitorang jalan-jalan dekat area jeti.

Tapi dah nak senja masa ni so nak bergambar pun gelap je lah. Tapi masa sunset tu ramai betul yang ambil gambar sebab lawa. Kita tangan tak berseni, ambik ala kadar je lah hihu. Dekat jeti ni bot ke sebelah sana memang aktif tapi tak tahu pulak harga sekali trip berapa. Sebelah sana tu diorang pergi nak tengok kelip-kelip tapi katanya dah tak banyak sangat. Kalau dulu makan dekat restoran ni pun dah nampak kelip-kelip datang terbang. Tapi sekarang seekor pun yillek. Dah nak pupus kan. :(




Menu dekat sini tak ada set so kitorang order yang biasa makan je. Malas nak order ketam sebab takut lama kena tunggu sebab semua table pun order ketam. Order yang biasa ni pun menangis tunggu. 

Lagi satu hal, dalam menu tak ada harga so kitorang main petik je. Disebabkan ni throwback post & resit dia pun dia main kira tangan je, so jangan tanya each menu berapa harganya. Yang penting total semua 200 hengget je lah. 


Yam Cake
Kalau datang sini wajib ambil yam cake dia sebab sedap sangat. Berebut makan sampai habis. Every yam cake in seafood restaurant berbeza diorang punya inti dekat dalam. Macam yang ni salad buah so manis, masam buah tu memang kena sangat. Masuk dalam mulut bagi kebahagiaan baq hanggg. 

Siakap 3 Rasa

Deep Fried Prawn































Sayur tu tak ingat lah sawi ke baby kailan & lagi satu menu, egg salted squid. Actually deep fried prawn tu tak best sangat. Rasanya sedap lagi butter prawn sebab ramai yang puji sedap. Next time nak datang sini lagi nak try ketam dengan menu lain pulak. 

Restoran ni even the best and banyak review bagus2 tapi harga dia affordable lah. Tak mahal sangat & berbaloi dengan menu dia yang sedap. Fresh pun fresh sebab tepi laut, memang terus angkat masuk kuali punya. 

Makan atas air pulak, memang best kena angin laut sambil tengok sunset. Nak bergegas solat lepas makan pun tak jadi masalah sebab area situ bersepah surau & masjid. Tapi kalau taknak tunggu lama, better pre order dulu, call 03-32692238. Nanti sampai boleh terus makan je. Payment method dekat sini cash & credit card je. For credit card dari RM150 ke atas je tau. Kalau buntu nak makan seafood dekat mana, boleh try sini :)

Cuti-Cuti Malaysia Di Kuala Lumpur

Friday 20 October 2017

Tak sangka 2017 dah nak sampai ke penghujung dalam masa beberapa bulan je lagi. Hujung tahun macam ni selalunya ramai yang akan cari destinasi pelancongan tak kurang juga dengan destinasi percutian romantik untuk pasangan pengantin baru since hujung tahun sinonim dengan kenduri kahwin, musim nasi minyak. 

Siapa je pernah terfikir nak bercuti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ataupun lebih dikenali dengan KL, salah satu bandar metro yang pesat membangun di Malaysia dan juga Asia Tenggara kerana kepadatan penduduknya dan juga ekonominya. Bukan saja Kuala Lumpur dikenali dengan bandaraya ibu kota yang pesat tapi keunikan sejarahnya juga sarat di sini. KL terkenal dengan pusat kewangan dan ekonomi Malaysia, tak dilupakan juga merupakan pusat budaya dan juga tapak keagamaan di negara ni. 

KL pun dari dulu lagi memang salah satu pusat pelancongan terkenal Malaysia. Kuala Lumpur adalah bandar paling pesat keenam di dunia, dengan bilangan 8.9 juta pelancong setiap tahun. Walaupun dah 2017, jangan terkejut kalau team Bollywood ataupun produksi dari negara lain masih pilih Kuala Lumpur sebagai salah satu tempat menarik untuk lokasi penggambaran. Dekat mana? KLCC, Dataran Merdeka, Pavillion etc. 

Image result for pavilion malaysia

Walaupun ramai yang reject Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian domestik sebab kos yang mahal tapi banyak jugak tempat percuma yang korang boleh lawat dekat sini. Antaranya Taman Eco Rimba KL, Taman Orkid, Taman Botani Negara, Muzium Diraja Polis, Muzium Tekstil Negara, Muzium Bank Negara, Dataran Merdeka dan banyak lagi. Nampak macam hambar ataupun cliche tapi semua tempat ni bila masuk boleh tahan lama jugak nak lepak kat dalam sana. Well, I did. 

Nak pulak sekarang ni ramai yang kaki Instagram, untuk dapatkan landskap cantik & menarik, Kuala Lumpur bukan satu pilihan yang asing. Belum sembang bila masuk festive season, decoration dekat KL memang menjadi tarikan. Di shopping mall ataupun di jalanraya, you guys boleh bergambar di mana tempat yang korang suka.  


Image result for eco rimba kl

Yang bestnya bila bercuti di Kuala Lumpur, you guys tak perlu risau pasal public transport sebab korang boleh pilih je nak naik kenderaan apa. Sekarang pula dah ada perkhidmatan Uber & Grabcar yang memudahkan penduduk kotaraya & juga kepada pelancong. Tak sampai 5 minit pun untuk tempahan melalui applikasi. Taknak stuck di jalanraya, korang boleh try naik pengangkutan awam yang baru je siap dibina tahun ni iaitu MRT kalau dah bosan dengan KTM, LRT ataupun monorel. Lagi cepat, lagi selesa. Yang terbaru, perkhidmatan basikal sewa dari oBike macam dekat Jepun sana antara inisiatif untuk mengurangkan pencemaran di KL. Sambil bercuti, sambil bersukan sambil tunjuk rasa sayang kepada alam sekitar.. 

Image result for obike kl

Nak makan pun tak susah sebab banyak kafe dan restoran tak kurang juga dengan kemunculan foodtruck yang semakin banyak menggantikan warung tepi jalan di ibu kota ni. Bab makanan halal, perlu lagi ke nak runsing? Restoran 24jam pun banyak dekat KL ni, belum sembang pasal uptown yang terkenal dengan suasana meriah ibu kota. :)

Sembang pasal hotel tempat penginapan, dekat KL semestinya penuh dengan hotel penginapan dan motel bajet tapi kenapa pilih tempat penginapan ala kadar bila korang boleh pilih yang terbaik? You guys boleh usha Corus Hotel, KL yang terletak di Segitiga Emas gabungan Jalan P.Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan juga Jalan Ampang. Lokasinya di tengah ibu kota memang cun habis sebab korang dah tak payah sakit kepala untuk rancang perjalanan dari hotel ke tempat lain! 


Related image

Walaupun berada di tengah kota yang pesat, Corus Hotel memang mengutamakan keselamatan para pelanggan so you guys tak perlu risau dengan safety dekat sini. Bila check in dekat sini, automatic boleh bertukar kepada mode bercuti & serahkan semua kerisauan tu dekat staf Corus Hotel je. Not to mention, makanan dekat hotel ni pun sedap & murah. Yang mana dah bosan dengan masakan Melayu, boleh try makanan Jepun ataupun Western dan juga aneka makanan yang lain. 


Image result for corus hotel kuala lumpur

Related image

Image result for corus hotel kuala lumpur

Lepas penat berjalan, boleh relakskan diri korang di Danai Spa ataupun beriadah di kolam renang yang disediakan. Bilik yang cantik dan selesa ditambah dengan pemandangan ibu kota terutamanya KLCC antara salah satu sebab kenapa Corus Hotel menjadi pilihan ramai. Tak kurang juga dengan service dari staf semuanya friendly & very much helpful. Bila bercuti di hotel terbaik, haruslah service pun terbaik.

Related image

Image result for danai spa corus hotel kuala lumpur

Nak merasa pengalaman di Corus Hotel ni korang tak perlu risau dan tunggu lama untuk menabung sebab sekarang Corus Hotel bergabung dengan Traveloka berusaha berikan yang terbaik untuk percutian korang semua. Caranya mudah, korang hanya perlu book Corus Hotel Kuala Lumpur Di Traveloka   untuk tawaran promosi yang hebat. Nak book macam mana? Sign up je dekat website ataupun apps Traveloka untuk promosi & tawaran terbaru dari team Traveloka. Mudah kan? Apa lagi? Jom bercuti dengan Traveloka! 

Rating Staf TM

Thursday 19 October 2017

Dari zaman belajar lagi jadi pengguna TM ni. Dari Streamyx membawa ke Unifi. Segala jenis problem pernah hadap. Tapi yang paling kerap haruslah line slow & line chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Bila kita call 100 haruslah jawapan dia, cuba restart modem tu. Jawapan yang tak perlu bagitahu pun kita dah tahu dah. Kadang tu sampai naik muak dah dengar.

Tu belum masuk part line slow sebab construction MRT kacau line TM. Tapi tiada tindakan dari TM pun. At least bagi rebate ke, bayar kurang sikit compared previous month ke. Yillek. 

Kadang rasa nak tukar pergi network lain tapi terikat dengan contract satu hal, malas nak labur duit beli device baru satu hal. So stay je lah dengan yang satu ni. 

Pernah sekali tu pindah rumah isi borang relocation semua, technician datang dah siap install tiba-tiba mintak relocation charge. Pelik jugak sebab pihak TM takde pulak sebut pasal charge ni. Katanya pindah lebih dari satu kali, kena charge. Masa tu buat muka blur campur kesian je sebab takde cash in hand. Ada pun RM20 je so dia accept lah. 

Isnin lepas pergi TMpoint sebab nak relocation lagi, tanya dia berapa exact amount untuk relocation charge? Terkejut dia dekat situ katanya tak pernah wujud pun relocation charge. Melainkan kena tambah wiring untuk installation dia memang akan charge lah. Tapi masa tu mana ada tambah wiring ke apa, technician tu terang-terang kabo relocation charge. Rupanya kena tipu. Nasib bagi RM20 je, kalau bagi ratus? Tak memasal je duit hangus. 

Selama meroyan dekat TM tak pernah lagi bagi rating 0 dekat staf dia tapi haritu geram sangat dengan service staf tu, kebetulan pulak ada kredit, laju je bagi 0. Ingatkan habis dekat situ je rupanya TM akan call tanya kenapa bagi rating rendah. Baru tahu kalau bagi 8 hingga 10 je TM berpuas hati. Lepasni boleh lah bagi rating 0 kalau rasa nak meroyan berganda. Ada kawan bagi rating 0 laju pulak diorang datang buat kerja. Tapi memang cenggitu lah pun selama ni. Dah kena marah bagai baru nak bergerak tangkas dan efisyen. 

Hari ni technician nak datang rumah install Unifi so lepas ni boleh lah blogwalking belah malam & aktif balik blogging. Tu je nak bagitau, seminggu dua ni tak dapat nak blogwalking sebab pindah rumah pastu tunggu TM survey area ni ada line Unifi ataupun tak. Lepas seminggu baru jumpa jawapan. Nasib jumpa, kalau tak dah kena ready duit nak terminate huhu.

I should put an end for my rant now. See you guys later!