Movie Review | Petaka - Syurga ini Milikmu

Tuesday, 16 February 2021

Pengarah :  Azhari Zain

Penulis Skrip :  Azhari Zain

Pelakon :  Azman Ahmad, Wan Maimunah Aziz, Jaja Iliyes, Nabila Huda, Azman (PU Man), Danish Danieal @ Coki, Zali Shuhaili, Villa Hafiz, Salwani Shaari, Abu Bakar Ahmad

Syarikat Produksi :  Arie Zaharie Production Sdn Bhd, AA Success Pictures

Pengedar :  Astro First

Genre :  Drama / Jenayah / Aksi

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 4 Februari 2021

Trailer :

Filem Petaka mengisahkan Sham (Azman Ahmad), jejaka kampung berkorban menjaga ibunya, Kak Mah (Wan Maimunah Aziz) yang sakit disebabkan kencing manis dengan mengambil upah kerja kampung. Sementara Sham bekerja, adiknya Ekin (Jaja Iliyes) menjaga ibu mereka di rumah usang kepunyaan Pak Ya Dagu (Abu Bakar Ahmad). Kerana hidup melarat, Ekin tak mampu sambung pelajaran. 

Dalam masa yang sama, pemilik kedai perabot, Haziq (PU Man) pula serabut mencari ganti pemandunya yang hilang untuk mengambil dari sempadan. Barang ini perlu diserahkan kepada (Zamri Zali Shuhaili), konco Datuk Jamil (Villa Hafiz) di sebuah gudang. 

Dek kerana pujukan dan nasihat Kak Jah (Salwani Shaari) dan anaknya, Coki (Danish Danieal) yang kasihan dan prihatin dengan nasib Sham sekeluarga, dia setuju untuk bekerja dengan Haziq sebagai pemandu untuk mengubah kedaifan hidup ibu dan adiknya. Sham bertekad untuk menebus rumah peninggalan arwah ayahnya memandangkan tiada siapa yang berminat untuk beli. 

Kerja Sham mudah, cuma perlu ambil barang di sempadan Thailand kemudiannya bawa ke alamat yang diberikan melalui aplikasi Waze. 

‘Dengar arahan saya. Jangan banyak tanya, jangan periksa barang, jangan bagitahu keluarga awak tentang kerja ni. Ambil barang terus hantar. Jangan melencong ke mana-mana dan tepati masa.’ – Haziq

Setiap kali Sham berjaya hantar barang kepada Zamri, dia akan dibayar dengan jumlah yang tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Ada kalanya dia akan diberikan bonus. Malangnya bila sudah selesa, Sham lupa dengan pesanan Haziq hingga menggadaikan nyawa ibu dan adiknya. 

Filem yang bertemakan keldai dadah menggunakan elemen heavy drama dengan konflik kekeluargaan dan kesempitan hidup. Filem terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd dan AA Success Pictures ini disokong oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersempena dengan sambutan hari Kempen Antidadah Kebangsaan ke-38 pada 19hb Februari 2021. Platform yang tepat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai dadah. Sebelum ni AADK pernah berkolaborasi dengan duta mereka, Floor 88 dengan lagu Chikadun. 

Kejutan untuk filem ni bila PU Azman berlakon watak antagonis untuk pertama kali! Terkejut jugak lah bila tengok dia sebagai watak Haziq even dia pernah cakap dia tak selesa tapi most of the time lakonan dia menjadi. Mungkin disebabkan berganding dengan pelakon yang bagus seperti Nabila Huda sebagai pembantu dia di kedai perabot tu buatkan dia rasa yakin untuk deliver watak macam tu. 

Berlatarbelakangkan kehidupan dan suasana masyarakat di Kedah, visual dari lensa Hafiz Rashid nampak cantik dengan panorama sawah bendang dan kawasan jeti. Kalau movie genre drama ni memang kebanyakan scene dalam close up view untuk menghidupkan mood emosi tambah pula bila Wan Maimunah lontarkan dialog syahdu dan soundtrack Salahku dari Yonniboy. Seram tengok kaki dia yang dah buruk hasil kerja Hafizah sebagai tatarias. 

Baik watak utama atau watak sampingan dan juga extra semuanya nampak bagus dalam watak masing-masing terutamanya Kak Jah, Coki dan Ekin. Dalam screentime yang pendek pun berjaya menyerlah dan mencuri tumpuan. Dekat bahagian credit scene ada tunjuk gambar Azman dengan ibu kandung dia yang sakit kencing manis so no wonder lah dia mampu bawa watak Sham sebab dah ada pengalaman dari kisah hidup sendiri. 

Walaupun pace filem ni agak perlahan dan ada beberapa scene yang boleh dikembangkan lagi, tapi mesej sosial yang dibawakan sangat sesuai untuk tontonan keluarga. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.5/10

Goodbye Tesco & NTV7!

Belek Twitter semalam nampak Tesco dah bertukar nama kepada Lotus's Store Malaysia dan berubah warna dari biru gelap kepada teal. Tesco Malaysia antara pasaraya favorite jugak lah dari zaman sekolah sampai sekarang. Bila Tesco nak pergi ni rasa sedih la jugak. 


Makanan berjenama Tesco antara yang sedap macam nugget, spicy chicken, susu, sardin ataupun barang-barang groceries takkan berubah sebab supplier masih lagi sama cuma berubah nama sahaja. Tapi semua merchandise Tesco akan berhenti dijual pada bulan ni macam bag plastik Tesco. Bab harga tu tak pasti lah macam mana sebab kalau ikutkan logistik dan kos pembuatan macam lagi murah je tapi tak tahu lah, kita tengok je lah nanti. 


Kenapa Tesco bertukar wajah? 

Sebab Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd dah jual perniagaan dia yang ada di negara Malaysia dan Thailand kepada Thailand’s CP Group. Malaysia Trade Competition Commission (MTCC) meluluskan pemilikan Charoen Pokphand’s (CP) pada bulan November 2020. Kalau tak kenal barangan produk CP, ini adalah salah satunya. Selalu nampak dekat 7E.



Pagi ni pulak dapat tahu yang NTV7 akan ditamatkan siaran di bawah Media Prima dan akan digantikan dengan DidikTV dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai channel pendidikan dan pembelajaran secara penuh bermula 17 Februari 2021.


Masa kecik dulu kalau nak tengok kartun Doraemon dengan Shin Chan memang ntv7 lah port dia lepas solat Maghrib. Ultraman, Kamen Rider, Ninja Boys, Slamdunk, Pokemon. Zaman kecik dulu nak langgan Astro memang tak mampu la sebab tu ntv7 antara channel yang syok sebab ada banyak English series best macam Malcolm In The Middle dengan Charmed. Ada Spanar Jaya, Who Wants To Be A Millionaire dengan Istana Takeshi jugak fuhhhh so many memories there!

Zaman ni internet pun kena main ting ting dulu baru dapat connect itupun lembab. Sekarang ni suscribe data dah boleh upload video Tik Tok. Back then tengok tv is my reward lepas weekdays penat pergi ke sekolah dan belajar. Huge reward for me after doing all house chores on weekend. 



Tapi sekarang ni kalau bukak ntv7 dah penuh dengan CJ Wow Shop dari siang membawa ke malam sebab tu dah jarang buka channel ni. Agak sedih actually bila siaran yang pernah ada banyak rancangan best tapi jadi platform untuk jual barang. 

Sepatutnya ada interview dengan news anchor ntv7 untuk siaran weekend tapi tengok2 dekat news dah kena ganti. A bit shocked sebab plan tak menjadi dan tak diberitahu apa-apa. Rupanya semua staff ntv7 pun tahu dari berita macam orang lain jugak. Kesian sangat dekat diorang. Hope they're strong enough to go through this. 

This post is to bid adieu to Tesco & ntv7, thanks for all the good memories and your services. You will be missed dearly :')

Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 5 : Orang Minyak

Monday, 15 February 2021

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Awal pagi lagi MA Mok (Nizam Mokram) dah sembang pasal pengalaman dia dekat universiti sebagai mahasiswa yang aktif dan prihatin. Habis melayan Mok, datang pula Cik Nab (Avaa Vanja) bagi support dekat anaknya, Cik Chun (Nazeera Sardi) yang baru sahaja mula berniaga food truck. Yang buat hati Pak Jabit (Aziz M. Osman) membara bila truck tu park sebelah kedai dia. Sudah la ada anak dara dengan janda memang confirm ramai melepak dekat situ punya. 

Datang pula si Bakobar (Bell Ngasri) bawa parang bagitahu ada makhluk serba hitam menghendap anak dara dia si Cempaka dekat bilik air. Bila dengar description Cempaka, Cik Nab bagitahu makhluk hitam tu orang minyak. Terbeliak mata semua orang dekat Warung Pak Jabit. Risau Cik Purnama (Dewa Sapri) kalau orang minyak menyerang Kampong Pisang sebab dia baru je lega dah selesai kes Wolfen tapi Pak Din Pest Control (Kazar Sairi) tenang je sebab masalah ni cuma akan terjadi pada anak dara 4 orang je – Cempaka, Cik Chun, Yah Kuchai dengan anak Pak Jabit. 

Orang minyak (Shuk Sahar) dalam Kampong Pisang ni advance sikit sebab dia boleh cair macam minyak lepastu boleh menyerupai orang lain. Terkejut Bakobar bila tengok dia ada kembar dok menghendap anak perempuan dia. Kalau ikutkan cerita si MA Madi (Adi Afendi), orang minyak ni perlu tidur dengan 7 orang anak dara supaya dia dapat menguasai ilmu yang lebih tinggi.

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia ataupun busy dengan schedule lain. 

Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat macam scene Pak Jabit berkelahi dengan Cik Nab pasal berniaga benda yang sama dalam jarak yang dekat. 

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Dalam episod Orang Minyak ni banyak kali juga penggunaan VFX dari Lil Studio Sdn Bhd macam scene Cempaka jumpa tikus. Kalau buat wide shot lagi okay kot daripada close up sebab nampak sangat tak real. Kalau movie dulu pelakon orang minyak memang kena lumur satu badan tapi yang ni guna visual effects je. Tak lah seram sangat tapi geli tambah pula sebab pelakonnya Shuk. Dialog dia pun menggelikan, sesuai lah dengan karakter orang minyak yang pervert.

 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. 

Ending macam rush nak habis sedangkan dekat pertengahan cerita agak mendatar dengan cerita Cik Purnama dan Pak Jabit. Tak faham macam mana orang minyak boleh terbakar sebab tak jelas sangat apa Pak Karim (Mat London) cakap atau baca. By the way, comel je Yah Kuchai menyanyi dekat hujung tu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.6/10

Movie Review | The Last Color

Sunday, 14 February 2021

Director : Vikas Khanna

Writer : Vikas Khanna, Vibhav Srivastava

Cast : Neena Gupta, Aqsa Siddiqui, Princy Sudhakaran

Production Company : House of Omkar

Distributor : Zee5

Genre : Drama

Running Time : 90 minutes

Release Date : 4 January 2019 (Palm Springs International Film Festival), 11 December 2020 (India)

Trailer :

Berlatarbelakangkan kehidupan di Banaras, India di mana balu merupakan golongan yang tertindas oleh masyarakat di sana kerana dipercayai akan membawa nasib malang. Semua balu ditempatkan di ashram yang usang. Makanan untuk si balu pula cuma dibenarkan untuk makan nasi kosong dan air masak. Pakaian mereka pula dibenarkan warna putih sahaja tanpa sebarang corak atau perhiasan. 

Kerana penindasan sejak berkurun lamanya di India, peguam Noor Saxena (Princy Sudhakaran) berjaya fight dekat mahkamah supaya penindasan ni dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia. Kerana penindasan ni juga yang menghalang Noor (Neena Gupta) untuk hidup dengan warna kegemaran dia, merah jambu pekat ataupun bermain Holi. 

Flashback 24 tahun lepas bila Noor berjumpa dengan Chhoti (Aqsa Siddiqui) yang mencari duit dengan berjalan di atas tali. Dia nak kumpulkan Rs300 supaya dia dapat masuk ke sekolah tapi disebabkan Chintu (Rajeswar Khanna) ketagih dengan judi, habis semua duit bila dia kalah. Apa lagi yang boleh Chhoti buat selain dari lepak dengan Anarkali (Rudrani Chettri) dan cuba berkawan dengan Noor. 

Pengarah dan penulis Vikas Khanna olah persahabatan mereka berdua dengan meletakkan beberapa scene yang sweet dan comel. Both of them completes each other bila Noor dah lupa rasanya bila seseorang prihatin terhadap dia dan Chhoti yang rindukan pelukan emak.  

‘Chhoti understand one thing, you receive love as a right, never beg for it.’ - Anarkali

Vikas Khanna seorang chef yang mendapat Michelin stars kemudiannya debut sebagai pengarah selepas terbitkan cerita ni dalam novel dia. Mungkin dia dapat ilham masa buat kerja-kerja amal sebab cerita Noor dengan Chhoti terasa dekat, hangat dan realistik. Beberapa scene dalam The Last Color menggunakan makanan untuk mulakan persahabatan atau eratkan lagi hubungan antara watak macam scene Chintu makan sepinggan dengan Chhoti di majlis kahwin atau scene Noor ambil makanan suci untuk Chhoti. 

Watak polis Raja (Aslam Sheikh) yang mendera si isteri gara-gara tak dapat anak lelaki. Kesemua anak perempuannya dianggap beban dan dinafikan hak untuk belajar di sekolah sebaliknya perlu belajar kerja-kerja rumah. Di luar rumah, dia merogol Anarkali secara bergilir dengan rakan-rakan setugas. Seringkali dia ugut Anarkali supaya diamkan sahaja rahsia dia ataupun dia jual Chhoti di black market. Bukan Raja seorang yang toxic di kawasan tu tapi kebanyakannya pun begitu. Agak depressing lah bila tengok movie ni. Tergamak betul layan orang lain macam tu apatah lagi budak kecil. Menangis tengok Chhoti tunaikan janji dia pada Noor dengan ending scene. Beautifully written. 

Sinematografi dari lensa Subhranshu Das pun bermain dengan emosi jugak sebab di sebalik keindahan kawasan Banaras tu terdapat sisi gelap yang terlampau kejam. Air Sungai Gangga yang dikatakan suci pun tak dapat sucikan hati manusia yang memuja siang dan malam. Dan Banaras yang menjadi simbolik kota yang suci pun penuh dengan kekotoran yang diwaris turun-temurun. Background music dari Mahesh Bharti menambahkan impak pada penceritaan. 

Scene Noor menari sebagai Radha tu boleh nampak yang hidup dia dulu bahagia sebab watak dia pandai menari, menjahit dan memasak tapi semua tu dirampas dengan kejam bila suami dia mati. Tak adil untuk dia bila dipaksa berkahwin dengan orang tua dan jadi balu pada usia dia yang masih banyak lagi tersisa. Rasa kesian bila tengok dia berangan dalam bilik air dan mengenakan bhindi, kajal dan anting-anting. Masa dia bertafakur pun dia duduk dekat dengan sari cantik. 

The Last Color nampak je simple penceritaan dia tapi sesak dada bila tengok sampai habis sebab tak terbayang hidup macam tu. Dilarang makan selain nasi dan air, dipulaukan, dicemuh sebagai pembawa malang padahal kematian tu kan sesuatu yang pasti buat semua yang hidup? Lega sangat bila tengok credit scene yang kepercayaan dan tradisi kejam ni dihapuskan pada Ogos 2012. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.6/10

Movie Review | Udta Punjab (2016)

Director : Abhishek Chaubey

Writer : Sudip Sharma, Abhishek Chaubey

Cast : Shahid Kapoor, Kareena Kapoor, Alia Bhatt, Diljit Dosanjh, Satish Kaushik, Suhail Nayyar, Manav Vij, Prabhjyot Singh

Production Company : Balaji Motion Pictures, Phantom Films

Distributor : Balaji Motion Pictures, White Hill Studios

Genre : Black Comedy

Running Time : 147 minutes

Release Date : 17 June 2016

Trailer :

Diadaptasikan dari kes penggunaan dadah dalam kalangan remaja di Punjab, India yang dikenali dengan Narco Terror, movie Udta Punjab arahan Abhishek Chaubey ni diterbitkan di bawah syarikat produksi Balaji Motion Pictures dan Phantom Films. 

Dalam movie bergenre black comedy ni ada 2 kisah yang berlainan tapi saling berkait dan bertemu di hujung movie. Antara punca kenapa movie ni boleh mendapat perhatian ramai sebab Shahid Kapoor berlakon bersama dengan Kareena Kapoor lepas movie Milenge Milenge (2010) gara-gara putus cinta. 

Cerdik jugak lah pihak produser guna trick ni untuk marketing sebab movie ni ada masalah dengan lembaga penapisan sampai kena buang 89 scene yang dikatakan terlampau vulgar dan straightforward. Susah kalau buat movie based on true story ni tapi nasib baik mahkamah bagi kebenaran untuk teruskan dengan hanya satu scene sahaja yang dipotong. 

Movie bermula dengan konsert Tommy Singh a.k.a The Gabru (Shahid Kapoor) yang menjadi idola ramai remaja lelaki dan kerana pengaruh dia juga ramai yang ambil heroin. Salah seorangnya adalah Balli (Prabhjyot Singh), adik kepada pegawai polis Sartaj (Diljit Dosanjh) yang mengambil rasuah sekiranya lori dadah ditahan di jalan raya. 

‘We were in the eigth grade when your first song released. We are your fans since. We want to be like you, The Gabru! When the first time I injected myself I swear, all I could see was your face!’

Dan kerana rasuah dia, Balli overdose dan dirawat di klinik Dr. Preeti Sahni (Kareena Kapoor Khan) yang dah lama buat research dan bersuara lantang sebagai aktivis untuk banteras penggunaan dadah. Bauria (Alia Bhatt) pula terpaksa bekerja sebagai buruh kasar di ladang gandum dan kemudiannya terjumpa paket berisi 3 kilogram dadah heroin. Kalau dia jual boleh dapat Rs10 juta tapi dia buang dalam telaga. Mengamuk lah tokan dadah dan gunakan dia sebagai hamba seks sebagai ganti kerugian.

 

Tokan dadah cuma pengedar kecil dan setiap daerah ada tokan dadah untuk pastikan stok heroin sentiasa cukup. Selagi tak tumbangkan ketua besar, selagi tu lah Punjab akan hadap masalah yang sama. Boleh jadi Punjab akan menjadi seperti negara Mexico. Sampai sekarang banyak lagi kes heroin sama ada diseludup dari Pakistan ataupun dihasilkan sendiri dalam kilang seperti yang ditunjuk dalam Udta Punjab. 

Tone movie Udta Punjab ni disetkan kepada warna-warna gelap untuk menggambarkan betapa kelamnya negeri Punjab dengan masalah yang menimpa. Kebanyakan lelaki remaja akan jatuh ke dalam masalah yang sama. Watak Preeti seorang sahaja yang digambarkan dalam pakaian yang berwarna pastel dan terang kerana dia adalah punca Sartaj berubah dan bongkarkan konspirasi walaupun risiko dibunuh tu besar. Sartaj juga gambarkan Dr. Preeti sebagai seorang yang bersih di dalam tempat yang kotor. Ditambah dengan music score dari Amit Trivedi menambahkan lagi elemen dark and depressing.

 

Lakonan Shahid Kapoor sebagai Tommy antara kekuatan movie Udta Punjab dan watak dia boleh kata diambil dari penyanyi sebenar Yo Yo Honey Singh yang masuk ke pusat pemulihan akibat penggunaan dadah dan menjadi pengaruh kepada peminat dia. Scene Tommy dapat tahu fans dia bunuh mak sendiri sebab nak duit untuk beli dadah tu perfectly delivered dari expression Shahid. Scene dia bercakap dalam tandas, scene dia on stage, tembak manager dia semuanya tinggalkan kesan. It just horror to watch a talented person ends up being trash because of drugs. 

Performance Shahid dengan Alia diiktiraf sebagai best performance di Filmfare Awards selain mendapat pencalonan di award events lain. Walaupun second half dan ending nampak tergesa dan unrealistic tapi performance dan konsep penceritaan yang harus diberikan pujian. Kudos to team production for making this movie as a medium for social awareness. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10