Tayar Kereta Pancit

Wednesday, 19 June 2024

Bulan Jun ni memang mencabar keimanan dan menguji kesabaran sangat. Lepas raya haritu rumah tingkat atas buat renovation berskala besar sampai dia angkut roro bin letak dekat parking dia. Hari-hari bising satu hal, weekend apatah lagi, sisa buangan dalam roro bin dia pun merisaukan satu hal lagi. 

Kereta I dekat sebelah haruslah menjadi mangsa sebab dekat sangat dengan roro bin tu. Ada sekali tu comot dengan plaster sebab angin kuat terbang sampai kena kereta. Lepastu bila dia tukar roro bin kecil banyak pula sampah makanan dekat dalam roro bin tu. Busuk sebab lalat hinggap dekat situ. Paling tak seronok bila tayar kereta terkena skru panjang. Habis pancit tayar kereta. 


Bayangkan lah pagi-pagi masa nak pergi kerja, baru keluar dari parking kereta bergegar pastu dengar bunyi besi bergesel rupanya flat dah tayar kereta ni haaa. 


Walaupun tahu JMB tak ambik port dengan masalah kereta tapi try je lah pergi mintak tolong. Nak pergi bengkel pun kena tunggu pukul 10 baru nak bukak. I ada spanar dengan tayar spare tapi nak tukar tu lah tak mampu. Masa tu tak sure jek kereta ada ke tak sebab last tukar tayar manually masa 2016. 

Awal tu JMB gelakkan juga lah tapi nasib baik pekerja dia boleh tolong cuma jadi lambat sebab mencari jek gunting tu. Masa buka bonet baru perasan ada jek tapi melekat teruk dah so sama jugak lah kena guna jek lain. Nasib baik dia dah cari siap-siap. 



Part yang paling susah dan buat lama sampai sejam lebih tu sebab skru dekat tayar tu ketat sangat. Guna tukul tak bergerak sampai dia kena cari cangkul lengkung untuk support spanar empat hala tu. Sebelum tukar tayar ke tayar spare tu dia pam dulu sikit sebab angin dalam tayar spare pun dah kurang. Dah settle apa semua, I offer untuk bayar sebagai upah dia tolong tukarkan tapi dia tak nak. Dah lah susah nak tukar lepastu panas pulak pagi tu, rasa berat hati pulak bila dia tak nak. 



Dah settle tukar slow slow je lah drive pergi ke bengkel untuk tukar tayar. Bengkel tak jauh pun dari rumah tapi sebab tayar dah flat cenggitu memang kena tukar jugak lah kepada tayar simpanan. Nasib baik tak payah tukar tayar, tampal je. Tayar tu baru lagi sebenarnya sebab masa balik raya haritu dah tukar. 

Dekat kedai ni dalam 10 minit dah siap sebab dia pakai jek hidraulik dengan electric wrench tu. zup zap dah siap, jadi lama pun sebab nak tampal tayar. Settle satu masalah tapi masalah roro bin tu tak settle lagi. Bila balik mata melilau takut ada skru jatuh lagi. Ada sekali tu masa balik sampah dah jatuh ke kawasan parkir kereta. Terpaksa keluar kutip dulu lepastu baru park kereta. 


Jadi tuan rumah patutnya dia monitor lah sampah dia. Ini tidak, main lepas tangan macam tu je. Kereta I kena macam ni pun, dah masuk dalam group pun dia buat tak tahu je. Kita faham lah kekangan dia tapi kalau buat diam macam tu lagi bertambah geram jadinya. Sakit hati sakit jiwa dapat jiran macam ni T.T

Layari pengembaraan ‘fairy-tale’ di ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC

Tuesday, 18 June 2024

Layari pengembaraan ‘fairy-tale’ di ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC | Rasai pengembaraan magis melalui suasana piknik mewah, aktiviti interaktif dan simfoni musikal indah!

Destinasi Beli-belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kini kembali dengan aktiviti riadah yang mendapat sambutan hangat dikalangan para pengunjung pada tahun lalu. Selepas kejayaan luar biasa debutnya pada tahun 2023, “Picnic in the Park” 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mempesonakan untuk seisi keluarga serta para pengunjung pada tahun ini.

Bermula dari 7 sehingga 21 Jun, para pengunjung berpeluang untuk menebus slot untuk merasai pengalaman sambutan piknik eksklusif. Aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini dimulakan dengan acara media pada hari ini, dan setereusnya akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di antara 15 sehingga 23 Jun untuk para pengunjung yang telah mendapat slot mereka.





Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the park”. Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari. Pengalaman eksklusif dan unik ini juga turut membawakan persembahan yang bertakhtakan pemandangan matahari terbit yang berlatar belakangkan Petronas Twin Towers bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam.

“Kami amat teruja untuk membawa kembali pengalaman 'Picnic in the Park' Suria KLCC untuk tahun kedua," kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Aktiviti ini membolehkan kami mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan suasana yang mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif yang menarik, aktiviti 'Picnic in the Park' ini pastinya akan menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung.”






Para peserta akan disambut dalam suasana bertemakan 'Garden Fairies' yang penuh dengan hiasan magikal. Tidak kurang dari itu, aktiviti ini juga lengkap dengan hiasan landskap piknik yang menarik yang bakal menjadi tumpuan untuk sesi fotografi. Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik yang dihiasi dengan susunan bunga dan lampu yang memukau juga disasarkan bakal menjadi tumpuan para peserta. Setiap kumpulan akan menerima bakul piknik yang mengandungi pelbagai aksesori dan barangan keperluan khas, termasuk pelindung matahari Guardian, tisu basah, dan pelekat Buzzaway Patch; kipas mini tangan Remax; permainan gelembung bebas toksik dan buku aktiviti dari Toys “R” Us; bersama dengan air mineral dan banyak lagi.

Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka dan melazatkan. Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’, ‘matcha’, dan pastri yang enak. Selain itu, tetamu juga boleh mendapatkan gula-gula kapas dan ais-krim dari gerai yang disediakan.

Suasana indah dan magis tidak lengkap tanpa kehadiran si Pari-Pari. Penghibur yang akan mengenakan kostum pari-pari akan bermesra dan berinteraksi dengan pengujung untuk sesi bergambar selain daripada mengendalikan aktiviti seperti membuat mahkota bunga. 

Aktiviti menarik yang lain termasuk aktiviti mengukir belon bunga dan bergambar di ruang OOTD yang dihias dengan landskap unik di mana para pengunjung berpeluang menggayakan sayap pari- pari untuk gambar kenangan yang akan diedarkan secara percuma dalam bentuk cetakan instax juga turut tersedia.

Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang akan dikendalikan oleh The Body Shop, selain dari aktiviti solekan yang akan dijalankan di stesen Gucci Beauty.

Debaran aktiviti cabutan bertuah akan meningkatkan keterujaan setibanya waktu malam apabila pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung yang dibawakan khas oleh Burger & Lobster dan juga Hoka.

Buat sekian kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia akan memukau para tetamu dengan persembahan indah ‘string quintet’. Aktiviti piknik malam itu akan diakhiri dengan persembahan kemuncak menakjubkan dari Pertunjukan Pancuran Taman Tasik KLCC.

Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

Minggu ke-6 ‘The Hardest Singing Show’ paparkan keteguhan para peserta dalam berlatih dan menggunakan alat muzik dalam persembahan mereka. Minggu yang bertemakan Emosi Instrumentasi ini dijuarai oleh Aisha Retno yang mendapat markah keseluruhan tertinggi iaitu 81.00% dengan nyanyian lagu Kurniaan Dalam Samaran oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggunakan keyboard. 

Tempat kedua diraih oleh Aepul Roza dengan markah keseluruhan sebanyak 75.60% (alat muzik: Gitar Akustik), diikuti oleh Putera Muhammad dengan markah keseluruhan sebanyak 75.32% (alat muzik: Ukulele). Minggu ini juga menyaksikan Stacy sebagai pemenang Anugerah The Hardest Singing Show Alha Alfa buat kali kelima, mengejutkan kesemua para penonton. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi- penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.


Aepul Roza - Sumpah dan Cinta Matiku (Nidji)


Zizi Kirana - Qomarun (Mustofa Atef)


Stacy - Somewhere Only We Know (Keane)


Putera Muhammad - Assalamualaikum (Faizal Tahir)


Ayda Jebat - Laskar Cinta (Dewa 19)

Aisha Retno - Kurniaan Dalam Samaran (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)


• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.


Lepas selesai seminar dan sesi interview untuk iCEPS, kitorang belek apa yang ada dekat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Daerah Sabak Bernam. Tak pernah lagi jejak kaki ke sini walaupun dekat dengan rumah. Balik pun sebulan sekali, lepastu melepek je dekat rumah memang tak ada masa nak keluar. 

Perpustakaan Awam Sungai Besar ni lebih kurang sama dengan Perpustakaan Anggerik Mokara, Seksyen U5. Di bahagian kaunter peminjaman dan pemulangan ada hiasan barangan antik, set sofa untuk membaca dan pentas. Di bahagian kiri pula ada ruang untuk makan. 






Ada banyak pilihan untuk buku dari setiap genre tapi yang terpaling berlompong raknya mestilah bahagian fiksyen. Pergi mana-mana perpustakaan awam memang bahagian situ yang jadi pilihan. Sama jugak lah dengan kitorang yang datang. Asalnya tak nak meminjam pun sebab tak pasti bila nak pulangkan tapi bila tahu boleh pulangkan dekat Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam, laju tangan pilih buku. 

Sama dengan Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam, ataupun Perpustakaan Anggerik Mokara, boleh pinjam sebanyak 20 buah buku selama satu bulan. Kalau nak panjangkan tempoh meminjam boleh maklumkan pada pihak perpustakaan supaya tak kena penalti pemulangan lewat.





Selain ruangan membaca, Perpustakaan Awam Sungai Besar ni ada bilik mesyuarat, bilik seminar, bilik kanak-kanak dan bilik tayangan media. Kemudahan lengkap untuk pengguna yang datang. Kerusi, meja atau peralatan yang diletak di perpustakaan sini semuanya baru dan cantik. Tak macam perpustakaan awam zaman I sekolah dulu. Pakai kerusi kayu yang dah berbunyi, buku pun tak up to date, internet lambat, panas pula tu. Sekarang ni dah banyak improvement untuk orang awam guna kemudahan dari Kerajaan. 











Sama macam Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam, pustakawan dekat sini baik belaka dan ramah bila ajak menyembang. Sementara nak selesai daftar 20 buah buku dalam sistem, sempat juga la ambil tahu dari mana stok buku ni datang dan pasal Pesta Buku tempoh hari. Lepas ni ada juga plan nak datang lagi ke sini tapi bila tu jangan tanya lah.