Movie Review : ABCD - Any Body Can Dance 2 (2015)
Saturday 19 December 2020
Director : Remo D'Souza
Writer : Mayur Puri, Remo D'Souza, Tushar Hiranandani
Cast : Prabhu Deva, Varun Dhawan, Shraddha Kapoor, Lauren Gottlieb, Sushant Pujari, Raghav Juyal, Punit Pathak, Dharmesh Yelande, Murli Sharma, Ganesh Acharya, Kapil Sharma, Terence Lewis, Seema Pandey
Production Company : Walt Disney Pictures
Distributor : UTV Motion Pictures
Genre : Dance / Drama
Running Time : 154 minutes
Release Date : 19 June 2015
Trailer :
Dek kerana kejayaan movie ABCD (2013), sequel kepada movie bertemakan tarian ni diterbitkan di bawah production house Walt Disney Pictures. Kalau sebelum ni Mayur Puri cuma menulis lirik untuk music album, kali ni dia dapat peluang untuk menulis skrip yang diinspirasikan dari kisah perjalanan dance team Kings United India mewakili negara ke World Hip Hop Dance Championship.
Dalam movie ABCD 2 ada watak Vishnu (Prabhu Deva) sebagai dance guru tapi watak yang ni tak ada kaitan langsung dengan watak Vishnu dalam ABCD. Sama juga dengan watak D (Dharmesh Yelande), Olive (Lauren Gottlieb) dan Punit Pathak yang berlakon sebagai OKU – pekak dan bisu. Dalam ABCD 1 dia penagih dadah, dalam sequel dia cacat pulak. Tak cukup dengan tu, sakit kronik lagi haaa tragis benor! Nasib baik dia dapat solo dance tapi tak jauh beza pun dance dia dengan solo dance dalam ABCD 1.
Sama seperti sebelumnya, sequel ABCD masih lagi menggunakan khidmat koreografi dari trio koreografer terkenal Bollywood - Remo D’Souza, Prabhudeva dan Ganesh Acharya. Special untuk ABCD 2, penari dari dance academy famous, Shiamak Davar pun dibawa masuk sekali. Choreographer Terence Lewis yang bagi idea kepada Remo D’Souza untuk tajuk franchise ni pun ada buat cameo sebagai juri dance competition masa Hum Kisi Se Kum Nahin bersama Seema Pandey. Even Kapil Sharma Show pun masuk sekali. Meriah!
Dari awal movie lagi dah dihidangkan dengan montaj tarian dan persembahan yang mantap dari team Mumbai Stunners tapi malangnya semua step dan koreografi ditiru sebiji seperti tarian persembahan Philippine All Stars lantas para juri ambil keputusan untuk singkirkan Mumbai Stunners dari pertandingan. Tak cukup dengan tu, mereka semua dituduh penipu dan memalukan negara. Akibat tak tahan diperli dan dimalukan oleh customers, ramai yang ambil keputusan untuk keluar dari team.
Suru (Varun Dhawan) come up dengan idea untuk join World Hip Hop Dance Championship di Las Vegas. Kebetulan dia terjumpa Vishnu di bar tempat dia bekerja dan merayu supaya train team dia sampai dapat pergi ke Vegas. Crocxz's (Raghav Juyal) dah risau sebab tempoh 3 bulan tu singkat sangat untuk mereka semua cari dana, team baru dan koreografi original. Tapi Vinnie (Shraddha Kapoor) yakin dengan idea Suru. Bukan senang nak pujuk Vishnu tapi bila dia setuju, masalah yang lain pun nampak mudah je untuk Suru dan Vernon (Sushant Pujari) selesaikan.
Berbeza dengan previous installment, skrip ABCD 2 lebih kemas, kelakar dan emosi lebih mendalam dengan konflik-konflik yang timbul dari awal. Selain pengajaran untuk lebih berdisiplin, komunikasi juga penting bila hidup berkumpulan. Macam scene Vinnie terseliuh sebab over practice walhal Vishnu dah larang dia buat macam tu. Sama juga dengan kes Vinod.
Visual dari Vijay Kumar Arora up satu level bila di bawah Disney bila sinematografi, vfx, transition disunting dengan bagus. Tapi geram bila dia suka ulang pan shot kapal bersejarah INS Vikrant sampai tersimpang dari cerita. Macam scene Vinnie tenangkan Suru dekat jeti sebelum ke Bangalore. Scene tu patutnya close up dekat watak utama supaya nampak bibit emosi dan motivasi tapi shoot jauh di sebalik kapal, cuma nampak bayang Vinnie dan Suru.
Kudos to art and props team sebab wujudkan shooting location yang kreatif macam bar Shetty Anna (Murli Sharma) dipenuhi dengan susunan botol alcohol berwarna hijau dan coklat sebagai siling. Susunan botol ni rasanya datang dari idea kreatif Prabhudeva sendiri sebab dia buat props yang sama dalam movie R..Rajkumar (2013). Dance studio Mumbai Stunners pun cantik terletak di tepi laut dengan konsep open space dan diperbuat dari kontena.
Nama Varun sebelum ni tak pernah ada dalam list sebagai pelakon dengan tarian yang mantap pun di Bollywood tapi tak sangka dia mampu deliver watak Suru dengan pelbagai range of emotions especially dalam lagu Chunar. Sama juga seperti Shraddha yang menyerlah dengan solo dance dalam lagu Sun Sathiya. Sebelum ni komposer duo Sachin-Jigar cuma bagi teaser tapi kali ni dapat full version dengan bait lirik yang puitis. One of my fav song and choreography! Chemistry Shraddha dengan Varun pun matchy sebab energy diorang sama tinggi – baik dalam tarian ataupun karakter watak mereka berdua.
Lagu Bezubaan dalam ABCD diberi nafas baru dan lirik masih lagi sama cuma kali ni lirik tu terasa bermakna dan relate dengan jalan cerita bila mereka dihina tapi tak punya ruang untuk kemaafan gara-gara kesalahan lepas. Ada juga versi Bezubaan Reprise nyanyian Shraddha Kapoor khas untuk promo events. Overall semua lagu dalam movie ABCD 2 best dan tarian untuk persembahan pun menarik dan more to hip hop genre.
Serious talk, berbaloi sangat 154 minit layan movie ABCD 2 ni dengan kekuatan lakonan Varun, Shraddha dan pelakon lain. Sarat juga dengan mesej tersurat dan tersirat yang disampaikan dengan cantik dan pace yang laju. Since I already buat review untuk installment ketiga – Street Dancer, I rasa macam sedih lah movie tu mengecewakan. Hopefully yang keempat nanti dibikin dengan skrip yang bagus supaya franchise ni tak terus tenggelam kemudian shelved. I mean, Katrina Kaif, Shahid Kapoor, Hrithik Roshan dengan Tiger Shroff belum berlakon lagi dalam franchise ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10