Movie Review : Rise : Ini Kalilah
Wednesday 28 November 2018
Pengarah : Saw Teong
Hin, Nik Amir Mustapha, MS Prem Nath
Pelakon : Remy Ishak,
Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan, Jenn Chia
Genre : Politik/Drama
Durasi Tayangan : 100
minit
Tarikh Tayangan : 13
September 2018
Syarikat Produksi : WebTV
Asia
Trailer :
Movie politik bersejarah yang
berkisarkan tentang PRU14 ditayangkan pada bulan September yang lepas dengan
barisan pelakon yang bagus. Tapi sambutan tak sama macam yang dijangka sebab
kutipan cuma 50 ribu lebih je sedangkan bajet mencecah 2 juta ringgit. Rating untuk movie ni pun agak teruk. The trailer great enough but not for the whole movie.
Koperal Azman (Remy Ishak) seorang polis yang sentiasa
mengalami masalah kewangan ditambah pula dengan masalah kesihatan mak dia di
kampung mendorong dia untuk mengambil rasuah. Watak Fiza (Mira Filzah) pula
dalam dilema untuk balik ke Malaysia ataupun tak since dia dah dapat kerja di
negara tapi desakan housemate dia Sasha (Sweet Qismina) dan beberapa lagi
kenalan lain yang perlukan bantuan Fiza untuk hantar balik undi mereka ke
Malaysia disebabkan kelewatan JPR menghantar borang undi pos.
Watak Leong agak kabur dalam
movie ni bila dia digambarkan sebagai manusia yang hilang jiwanya bila
berjauhan dengan keluarga dan merantau ke negara lain untuk mencari rezeki.
Watak Leong berkait dengan watak Shanti, cikgu sekolah yang menjadi sukarelawan
PACA tapi selalu bertengkar dengan ayah dia disebabkan perbezaan politik.
Watak Selva pula seorang bakal
ayah yang bekerja sebagai ejen pekerja warga asing tapi terpaksa buat kerja
kotor semasa PRU disebabkan ugutan dari VIP parti lama. Aktiviti kotor dia
dihidu oleh wartawan June (Jenn Chia) dan Marcus (Mark O'Dea) walaupun diorang
berdua ni wartawan hiburan?
Terlampau banyak kisah dalam satu
movie tapi tak semua berjaya tinggalkan impak sedikit ataupun banyak lepas
menonton movie ‘bersejarah’ ni. Sayang seribu kali sayang bila drama kekecohan
sebenar pada PRU14 tak didokumentasikan dengan baik dalam movie RIK karya 3
pengarah. Mungkin disebabkan tempoh masa yang agak singkat, cuma 3 bulan sahaja
sebelum ditayangkan di pawagam.
Semua watak akan berjumpa di
pusat mengundi Ayer Hitam pada jam lebih 4.58 petang. Scene ni walaupun
pengarah cuba untuk nampak dramatik dan saspen, tapi gagal secara total. Fizah
yang beria lari ke pintu hadapan sedangkan pintu belakang terbuka luas walhal
dia dah kesuntukan masa mengakibatkan dia gagal hantar borang undi pengundi
luar negara yang lain disebabkan Koperal Azman dah tutup pagar.
Selva yang
hantar kotak undi palsu pun tak diambil sebarang tindakan pun oleh dua orang
polis di pusat mengundi tu sedangkan boleh dikenakan tindakan. Jangankan Selva,
VIP yang mengugut dia pun terlepas sekali. Movie ni cuma ketengahkan kerjasama dari
setiap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa je bukan kuasa undang-undang.
Ada jugak scene yang menyakitkan hati macam scene FBlive
Sasha katanya respon gempak padahal syok sendiri. Ingatkan pengarah nak letak video
ucapan yang menyentak hati Fizah supaya timbul rasa nak membantu. Masa Fizah
nak volunteer hantar kertas undi ke Ayer Hitam tu pun facepalm bila dia
semangat nak bantu tapi dia tak ada kereta. I was like huh? Nasib ada aunty
tiba-tiba muncul untuk tolong drive ke sana.
Kalau beberapa bulan sebelum PRU14 dah kecoh dengan tarikh
mengundi pada hari bekerja tapi dalam movie ni kekecohan tu tak digambarkan
sangat. Sama juga dengan kekecohan di pusat-pusat mengundi sampaikan rakyat
Malaysia terpaksa berjaga sehingga 5 pagi menunggu PM dan Kerajaan Baru.
Dokumentasi hari bersejarah tapi hambar, sedangkan hari tu antara hari yang
bermakna buat pengundi muda terutamanya yang bersatu dalam pelbagai cara untuk
tumbangkan kerajaan lama.
Scene yang best pun masa Tun M berucap buat kali terakhir
sebagai ketua pembangkang dan credit scene bila pengarah letak koleksi gambar
dari himpunan Bersih yang diadakan sebelum PRU14.
Walaupun jalan cerita berterabur dan movie ni agak slow pace
tapi penggunaan kamera agak bagus tambah pula certain scene ada syot yang
cantik. But that’s not enough to be a great and memorable movie just like
PRU14. Harap lepas ni ada director lain yang cuba garap dengan lebih baik
peristiwa bersejarah ni.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4.
Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing
+0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought 0 = 4.8/10