Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Bunga Matahari Juara The Masked Singer Malaysia Musim ke-4

Thursday 22 February 2024

Setelah mendominasi The Masked Singer Malaysia musim ke-4, maskot Bunga Matahari dinobatkan sebagai juara dengan markah keseluruhan sebanyak 80.91%, merungkai identitinya yang telah lama diteka oleh semua barisan juri dan para penonton iaitu Stacy. ­

Kedudukan naib juara dimenangi oleh Mat Helang (75.77%), diikuti oleh Sang Kancil (72.66%), Biskut Aiskrim (72.05%) dan Teratai (68.08%) di tempat ketiga, keempat dan kelima yang turut merungkai identiti di sebalik maskot iaitu Namiey, Danial Zaini, Adinda Tasya dan Nabila Razali. Strim episod-episod The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.


SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN


INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

‘THE EXPERTS’, ‘PROJEK : KAHAR’ DAN ‘SYERIF’ ANTARA FILEM DARI ASTRO SHAW TAHUN INI

Tuesday 13 February 2024

‘THE EXPERTS’, ‘PROJEK : KAHAR’ DAN ‘SYERIF’ ANTARA FILEM DARI ASTRO SHAW TAHUN INI | 'Aksi Rompakan Adik-Beradik, Prekuel Francais Projek: High Council, Filem Aksi Terbaru Daripada Syafiq Yusof’ 

Astro Shaw kini bersedia untuk satu lagi tahun yang mengujakan! Untuk 2024, Shaw membariskan filem-filem hebat berbeza genre seperti aksi blockbuster, seram, muzikal komedi dan drama. Malah, kami juga sedang dalam perancangan untuk menerbitkan prekuel daripada sebuah francais popular. Filem yang menanti penonton di pawagam tahun ini adalah  Syerif, The Experts, Baik Punya Ah Long, Gold, Khawarij dan Projek: Kahar. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, tahun lalu filem-filem terbitan kami menerima sambutan positif dan antaranya adalah  kejayaan Polis Evo 3 yang meraih RM54 juta. Justeru ia menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah. Tahun ini bakal menjadi satu lagi tahun yang agresif buat Astro Shaw dengan mempersembahkan variasi filem menarik yang dibarisi para pelakon hebat tanah air serta membabitkan pengarah terkemuka.” 

“Memahami cita rasa penonton adalah berbeza, kami meletakkan fokus kepada enam filem yang mampu mensasarkan peningkatan pengalaman luar biasa dengan idea cerita yang segar, sekali gus memacu ke arah objektif kami untuk memperhebatkan filem tempatan setanding karya luar negara.”

“Selaras dengan usaha tersebut, Astro Shaw mengukuhkan kerjasama strategik bersama penerbit dan produksi seperti Skop Productions, Act 2 Pictures, Pasal Productions, BlackFlag dan rakan kerjasama baru seperti President Productions dan Petra Vision Works. Kolaborasi ini mewujudkan gabungan idea kreatif dalam penghasilan karya berkualiti.”

Syerif



Filem pertama dari Astro Shaw yang akan menemui penonton tahun ini adalah filem aksi arahan pengarah pecah panggung, Syafiq Yusof yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Dato’ Aaron Aziz dan Elizabeth Tan iaitu ‘Syerif’. Bekerjasama dengan Skop Productions, filem kepolisian ini akan membawa penonton untuk membongkar sisi gelap pasukan beruniform. Pengarah Syafiq Yusof yang terkenal dengan gelaran ‘King of Plot Twist’ pasti tidak akan mengecewakan dengan babak-babak yang mampu menaikkan adrenalin penonton.

The Experts

Pada Mei nanti pula, sebuah filem aksi bertemakan rompakan (heist) iaitu ‘The Experts’, hasil arahan pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nizam Shah bakal ditayangkan. Membariskan Dato’ Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dap Dap, mereka muncul sebagai lima adik-beradik yang mempunyai skil dan kepakaran berbeza dalam merancang sebuah rompakan terbesar. 

Baik Punya Ah Long

Suku ketiga tahun 2024 pula memperlihatkan duo popular Jozan iaitu Zizan Razak dan Johan kembali menerusi ‘Baik Punya Ah Long’. Filem muzikal komedi arahan Datuk Afdlin Shauki ini mengisahkan dua Ah Long yang bersikap pemurah, berdepan dengan situasi hura-hara oleh kerana sikap mereka. 

Turut bakal menjadi tumpuan ialah filem seram, ‘Khawarij’ arahan pengarah hebat Syamsul Yusof. Terdahulu Syamsul Yusof pernah menghasilkan filem bergenre Islamik seram seperti Khurafat, Munafik dan Munafik 2. 

Gold

Turut tersenarai ialah filem biopik adaptasi daripada kisah sebenar atlet tempatan, jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou berjudul ‘Gold’. Naskhah ini merupakan sentuhan pengarah Malbatt : Misi Bakara, iaitu Adrian Teh dan membariskan para pelakon dari pelbagai latar seperti Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja, Yasmin Hani dan ramai lagi. 

Projek : Kahar

Seterusnya, prekuel daripada francais premium popular, Projek : High Council iaitu ‘Projek: Kahar’,  turut dijadualkan menemui penonton di pawagam tahun ini. Filem Projek: Kahar ditulis oleh penulis francais Projek: Anchor SPM dan Projek: High Council, Anwari Ashraf dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Mempertaruhkan pelakon asal watak Kahar iaitu Amir Ahnaf, filem ini membawa penonton menyaksikan transisi Kahar daripada seorang pelajar biasa berubah menjadi Kapla High Council.  

Ikuti perkembangan terbaharu filem-filem terbitan Astro Shaw dan info lanjut di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

‘I.D’ TAMPILKAN SISI GELAP MEDIA SOSIAL & KECURIAN DATA

Thursday 8 February 2024

ASTRO ORIGINALS ‘I.D’ TAMPILKAN SISI GELAP MEDIA SOSIAL & KECURIAN DATA LAKONAN NAIM DANIEL, AMELIA HENDERSON, AEDY ASHRAF | Sebuah karya arahan & idea asal oleh Pengarah Projek: Anchor SPM, Razaisyam Rashid

Drama siri premium terbaharu daripada Astro Originals, ‘I.D’ mendedahkan tentang insiden serta isu-isu yang berlaku di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan data dan jenayah siber akibat salah laku penggunaan data peribadi.

‘I.D’ merupakan siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Siri drama premium penuh debaran I.D, diarahkan oleh Razaisyam Rashid, seorang pengarah, penerbit dan penyunting filem berpengalaman, manakala skrip pula ditulis oleh Ashraf Modee Zain. Drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap Penerbit Eksekutif I.D, berkata, “I.D sebuah naskhah segar yang membawakan isu terkini iaitu media sosial serta jenayah siber yang wujud dalam masyarakat kita dan dipersembahkan dalam bentuk hiburan dengan gabungan aksi, romantik dan persahabatan. Tambah menarik, I.D digarap oleh pengarah kreatif iaitu Razaisyam Rashid yang amat terkenal dengan sentuhan visual tersendiri, di samping membariskan para pelakon hebat tanah air dalam menjayakan watak. Kami mengharapkan subjek yang diketengahkan menerusi I.D dapat menarik perhatian ramai, seterusnya menjadi topik yang boleh dibincangkan di luar sana.”

Pengarah dan Idea Asal I.D, Razaisyam Rashid, berkata, “Idea I.D tercetus apabila melihat persekitaran saya, di mana orang muda sekarang kebanyakkannya hidup dalam dunia digital. Jadi saya cuba salurkan suara orang muda dan cabaran zaman sekarang menerusi sebuah karya, maka terhasillah I.D. Cabaran terbesar menghasilkan I.D adalah ketika sesi penggambaran, di mana beberapa pelakon utama ketika itu mengalami kecederaan jadi dari sudut kamera dan visual, saya harus memastikan mereka dapat menyampaikan babak dengan baik tanpa menjejaskan keadaan mereka. Saya mengharapkan masyarakat dapat menerima I.D. Walaupun ia membawa suara golongan orang muda, tetapi saya juga mengharapkan naskhah ini dekat dengan semua lapisan penonton kerana cerita ini memfokuskan apa yang sedang berlaku di luar sana dan mampu memberi kesadaran kepada penonton kita.”

I.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah. Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Siri premium I.D memberi pendedahan kepada masyakat tentang penceritaan sebenar di media sosial dan natijah daripada ketirisan maklumat akibat aktiviti tidak bermoral daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan sendiri.

Para pelanggan Astro boleh menyaksikan episod-episod baharu I.D pada 9 malam, setiap Jumaat di Astro Premier (Saluran 410) menerusi On Demand dan Astro GO. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan hashtag #IDTIPU, #IDTHESERIES dan #ASTROORIGINALS.

********************************


Mengenai Astro Shaw

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 95 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo 3, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 3, Paskal, Dukun, The Garden of Evening Mists.

Dari Minggu Pertama Menarik Perhatian Juri, Musang ialah Datuk Yusry Abdul Halim!

Tuesday 6 February 2024

Minggu suku akhir The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 menyaksikan maskot Musang tersingkir dengan persembahan lagu Warisan Wanita Terakhir nyanyian asal Teacher’s Pet. Dengan jumlah markah sebanyak 59.10%, Musang disingkirkan sekaligus merungkai identitinya iaitu penyanyi, pelakon dan pengarah filem Malaysia – Datuk Yusry Abdul Halim. 

Manakala, maskot Bunga Matahari masih kekal di tempat pertama dengan jumlah markah tertinggi 77.34%, diikuti dengan Sang Kancil dan Biskut Aiskrim. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN


INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.







• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

GAMBAR RASMI PERTAMA DARI FILEM ‘THE EXPERTS’

Tuesday 30 January 2024


GAMBAR RASMI PERTAMA DARI FILEM ‘THE EXPERTS’ GANDINGAN HEBAT DATO AARON AZIZ, REMY ISHAK, SYAFIQ KYLE, MIMI LANA DAN RAY | Bersedia Untuk Rompakan Terbesar Abad Ini!

Secara eksklusif, Astro Shaw dengan bangganya berkongsi gambar pertama dari filem tempatan yang dinanti-nantikan, ‘The Experts’. Menjadi salah satu naskhah heist level baru untuk 2024, filem bertemakan aksi rompakan ini dibarisi pelakon hebat seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray

Filem ini diarahkan oleh sutradara filem pecah panggung Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah. Manakala skrip ditulis Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh. The Experts mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem berkonsepkan heist seperti ‘The Experts’ jarang dihasilkan di negara kita. Kami yakin naskhah sebegini mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Selaku perintis, Astro Shaw amat menitik beratkan  kualiti dan penceritaan yang menghiburkan. Bagi menyuntik keterujaan penonton, kami kongsikan gambar eksklusif pertama daripada babak filem ini, sekali gus mengumumkan secara rasmi barisan pelakon utama. Banyak lagi yang akan kami kongsikan tentang The Experts dari masa ke semasa.”

Nantikan kemunculan filem aksi ‘The Experts’ yang dijangka akan menemui penonton tahun ini di pawagam seluruh tanah air. Ikuti perkembangan filem ini di media sosial Instagram, X, TikTok, dan Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak. 


Maskot Bawang Putih menjadi maskot ketujuh yang tersingkir pada episod The Masked Singer Malaysia kali ini. Menjadi tekaan para juri dari awal, identiti disebalik maskot merupakan penyanyi dan pelakon Noki K-Clique. Seperti minggu sebelumnya, barisan juri tetap yang ada semuanya meneka dengan tepat kecuali Angah, yang memberi tekaan berbeza iaitu Safee Sali. 

Minggu ketujuh ini turut menyaksikan maskot Bunga Matahari, sekali lagi mengekalkan posisinya di tempat pertama dengan jumlah markah sebanyak 79.86%. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

 ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN

INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Minggu 6 TMSM4 : Semua Juri Teka Dengan Tepat Kecuali Angah, Abang Jagung ialah Azan Ruffedge!

Tuesday 23 January 2024

Minggu keenam The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Abang Jagung tersingkir. Dengan jumlah markah 61.06%, Abang Jagung telah tersingkir dengan nyanyian lagu Harus Terpisah oleh Cakra Khan, merungkai identiti disebalik maskot iaitu Azan Ruffedge. Barisan juri tetap yang ada semuanya meneka dengan tepat kecuali Angah, yang meneka bahawa Abang Jagung merupakan Jatt Ali. 

Minggu ini turut melihat Bunga Matahari kekal di kedudukan pertama dengan 78.53%, diikuti oleh Biskut Aiskrim dan Roti John. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN

INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.








• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Umum Calon Top 5

Friday 19 January 2024

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Umum Calon Top 5 | Membawakan tema Y2K, undian dibuka dari 17 Januari hingga 25 Februari 2024

Menjelang anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 yang akan diadakan pada 25 Februari, Astro Gempak dengan terujanya mengumumkan finalis Top 5 bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan pada majlis sidang medianya yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Acara kemuncak ini bertujuan mengiktiraf personaliti serta bakat-bakat pencipta kandungan digital terkemuka dari pelbagai latar belakang. Dengan tagline ‘Terpaling Trending!’, calon-calon Top 5 ini merupakan pilihan pengguna media sosial pada undian fasa pertama dari 30 November hingga 30 Disember 2023 menerusi laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com.

Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2023 termasuk Amir Ahnaf, pelakon popular yang telah menambat hati ramai peminat dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’, bersama-sama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Meerqeen dan Amir Masdi.

Runut bunyi filem pecah panggung, Polis Evo 3 yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri bertajuk Ayuh, turut tercalon dalam kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’, diikuti dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Pergilah Cinta (Danial Kifli), Test Drive (Firdaus Rahmat) dan audio Makcik Dodoi (@chemass_kaklong).

Pempengaruh resepi masakan kegemaran rakyat Malaysia, Che Nom turut bersaing dalam acara anugerah ini dalam kategori ‘Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak’ bersama Amin & Abid Othman, Auntie Purple, Nelysa Norazlan dan juga Ow To The Zie.

SENARAI KATEGORI GMWA 2023 & CALON TOP 5

KATEGORI 1: LAGU/AUDIO TERGEMPAK 2023

1. Ayuh - Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri

2. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

3. Makcik Dodoi - @chemass_kaklong

4. Pergilah Cinta - Danial Kifli

5. Test Drive - Firdaus Rahmat


KATEGORI 2: VIDEO TERGEMPAK 2023

1. Freestyle Anak-Anak Kudrat - @naimdanielx

2. Kena Marah Dengan Ayam - @jemblenggg

3. Kesian Girlfriend Lapar - @mikhailimaan

4. Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam - @davidvidz3

5. POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On - @aiztsaha


KATEGORI 3: VIDEO MUZIK TERGEMPAK 2023

1. Damelo – DOLLA

2. Kudrat – Sekumpulan Orang Gila x Naim Daniel

3. Look At This – DOLLA

4. Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali

5. Waktu – Hasif Upin & Ziana Zain


KATEGORI 4: DRAMA TERGEMPAK 2023

1. From Saga With Love Viu Original

2. Hijrah Jannah Astro Ria

3. Melur Untuk Firdaus 2 TV3 Malaysia

4. My Famous Ex-Boyfriend Astro Ria

5. Projek High Council Astro Originals


KATEGORI 5: SELEBRITI DIGITAL TERGEMPAK 2023

1. Amir Ahnaf

2. Amir Masdi

3. Anna Jobling

4. Dato’ Sri Siti Nurhaliza

5. Meerqeen


KATEGORI 6: GAMER TERGEMPAK 2023

1. Fluffiiee

2. Kambing Golek

3. Pok Ro Gaming

4. Tya Edros

5. Akif Iskandar


KATEGORI 7: DIGITAL CONTENT CREATOR (HIBURAN) TERGEMPAK 2023

1. Faisal Suhaimi - @faisal.suhaimii

2. Farihi Narnia - @farihinarnia

3. Foreppppp - @foreppppp

4. Linda Said - @wanitabermisai

5. Rahman Chea - @rahmanchea


KATEGORI 8: DIGITAL CONTENT CREATOR (LIFESTYLE) TERGEMPAK 2023

1. Amin & Abid Othman - @aminxabid

2. Auntie Purple - @auntiepurple248

3. Che Nom - @chenom_tiktok

4. Nelysa Norazlan - @nelysa_norazlan

5. Ozzie Manan - @ozziemanan


KATEGORI 9: DIGITAL CONTENT CREATOR (MOTIVATOR) TERGEMPAK 2023

1. Aminahtul Mardiah - @aminahtulmardiah

2. Dr. Say Shazril - @say_shazril

3, Dr. Syed Aliff Fauzan - @drsyedaliffauzan

4, Mashy - @n.mashyaircond

5. Muhammad Noor - @dodosentoso

Selain calon Top 5 GMWA 2023, majlis sidang media ini turut memperkenalkan barisan hos yang akan mengemudi malam anugerah. Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari. Pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2023 kelak.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’. Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok

Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial. Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva Nusantara.

Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah. Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.