Gegar Vaganza 4 : Tahniah Lan Solo!

Monday 18 December 2017

Image result for gegar vaganza 4

Finally its reaching the end!!! I must say performance malam semalam semuanya bagus, semua all out proving their best on stage. Jihan and Nabil looks great last night. Bersyukur sangat semalam tak ada drama dari mana-mana pihak terutamanya Vida. Mood dia okay je semalam cuma kena hadap performance Ayam Mee yang meleret sikit. But its okay lah. The judges pun awesome, Dato' Rosyam Nor sebagai juri undangan & ibu Khatijah Ibrahim. I miss her and her 'orang sana sini kirim salam'. Masa GV3 every week dia kumpul salam orang and yes Bonda Hetty Koes Endang & Tok Ram looks ravishing at Pinewood Studio, Iskandar Puteri, Johor.

Untuk first round, Lan je yang dapat komen negatif dari Tok Ram sebab sebutan English dia tak jelas but still entertaining to watch tapi untuk second round dia menonjol dalam lagu rap Amboi battle dengan Hazami while Hazami failed to impress the judges maybe sebab rap kena laju and genre Hazami jenis slow meleret so dia tak mampu nak control sangat. Boleh nampak lah kenapa Hazami dapat tempat ke4 semalam. Agak terkejut jugak dengan result semalam sebab dah memang predict Hazami akan dapat Top 3 but he's not! 

Ni senarai markah untuk performance malam tadi. Markah Lan dengan Hazami beza cuma 0.4% je : 

1.Aishah - 81%
2.Liza Hanim - 79%
3.Lan Solo - 70.4%
4.Hazami - 70%
5.Firman Siagian - 69%
6.Tia Jinbara - 66%


Kak Aishah dengan Kak Liza Hanim memang dah agak dah dekat port tu sebab diorang memang power even Kak Liza Hanim jatuh no 5 masa separuh akhir tu tapi semalam dia naik balik shoot pergi atas. Cantik performance dia semalam nak pulak part rap dalam lagu Supergirls tu macam air je dia rap English. Kudos to her. 

Masa semi final ramai yang pertikai kenapa Firman dapat masuk final tapi bukan Syura tapi masa Final I love his performance memang cantik sangat. Part battle pun dia nyanyi bagus lagu Tepi Sikit, nak pulak Tia memang tak pernah rap so Firman memang menyerlah on stage sampai tutup kelemahan Tia. 

Untuk performance Final GV4, Haida & Aqasha perform lagu Dua Insan. They both are great on stage, chemistry pun cantik. Harap lepasni ada duet single diorang berdua sebab both of them nyanyi lagu memang cantik sangat walaupun dah muak dengan lagu tu since ramai sangat yang perform lagu ni. Kak Engku and Syura perform lagu Memori. 

Last performance dari Ezad dengan Mamat, Masih Terserlah Ayumu, Rahsia Pohon Cemara & Langkah Seiringan. Terkejut tengok muka Mamat dah berbeza sangat sekarang. Suara pun dah tak cun sangat macam dulu. I wonder if Mamat will rejoin Exist sebab minggu lepas masa Carta Era 40, Ezad ada cakap dia dengan Exist akan keluarkan album. Maybe ada Mamat sekali since diorang perform together on stage. Maybe its a hint. But it just a wild guess tapi lagi best kalau Mamat ada sekali sebab dia pun pernah naikkan nama Exist. Kan?


All in all last night is the greatest night for GV4, emosi jugak tengok flashback sebab dah habis dah. Lepasni dah takde dah GV. Anyway, I just wanna say congrats to Lan sebab dapat no 3. Sangat terkejut semalam sebab tak sangka dari nothing to something. Top 3 pulak tu. Kalah Hazami yang orang memang dah jangka jadi juara sebab performance tak pernah jatuh tiap minggu. Bak kata Tok Ram, antara ramai peserta dalam GV4, Lan paling bagus sebab setiap minggu dia improve nyanyian dia walaupun berbeza genre tiap minggu tapi dia mampu buat walaupun dibuang dari Kristal, walaupun sakit teruk sampai tak mampu berdiri tapi dia tetap bagi yang terbaik so he deserves that trophy. Harap lepasni dia menyinar dalam industri sebab ramai yang dah nampak dia penyanyi yang mampu bawa semua genre. Wishing him all the best for his career. Greatest congrats for you Lan!

Image result for gv4 final

Yang belum tengok konsert Final GV4, boleh tengok dekat sini :)

6 comments

  1. Alahai, hanya 0.4% peratus jea markah.. Akak ingat Hazami jadi top 3.. Apapun tahniah pada semua peserta GV.. Anda semua memang hebat..

    ReplyDelete
  2. x sempat tgok sampai habis sbb ngantuk sgt. tp dah muatturun di astro gempak. anytime buleh tengok.

    ReplyDelete
  3. e'in ingatkan liza hanim yg akan juara.. huhu

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat pemenang.. Dah habis dah ye..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.