Resipi : Ayam Masak Asam Pedas

Monday 10 July 2017

Dulu kagum betul dengan member pandai masak asam pedas tapi tak pernah nak try buat sendiri sebab ingatkan asam pedas ni susah sangat nak masak tapi bila dah masak sendiri baru tahu step mudah sangat-sangat.

Tapi yang ni saja try masak ayam je dulu sebab ayam je yang bersepah dalam peti ais. Tapi try pun, kemain buat servings untuk 4-5 orang makan sebab bawak asam pedas ni hidang dekat tempat berbuka.

So bahan yang diperlukan agak banyak jugak lah :

- setengah ekor ayam dipotong kecil
- 1 batang serai
- daun kesum
- sekuntum bunga kantan
- air asam jawa
- air masak
- garam
- minyak
- bendi

*Bahan untuk dikisar
- 40 tangkai cili kering *adjust sendiri ikut tekak*
-7 ulas bawang merah
-5 ulas bawang putih
-1 inci kunyit
-1 inci halia
-Sebesar saiz ibu jari belacan

Dah settle prepare bahan, dah boleh dah start masak.

1) Kisar semua bahan *
2) Panaskan minyak dengan bahan yang dikisar tadi dengan batang serai. Goreng sampai garing.
3) Masukkan ayam, bunga kantan dengan daun kesum. Gaul semua dalam kuali tu sampai puas hati.


4) Dah settle gaul, masukkan air asam jawa, garam, gula dengan lada hitam sebagai perasa. Kalau lupa buat yang ni mereput la memasing makan hambar rasa. Gaul sampai kau puas hati. 
5) Tambah air sikit ikut taste memasing. 
6) Masukkan bendi lepastu tunggu ayam dengan bendi masak.



Andddd we're done! 
Dah settle masak dapat lah satu bekas besar makan ramai-ramai masa buka puasa. 


Lepastu tak habis, tapi takpe kita lek2 je reheat makan untuk sahur disamping tambah menu lain supaya lidah tak bosan.

Lepasni nak try buat guna ikan kembung dengan ikan pari pulak. Yeayyy dah boleh cross list resipi.

2 comments

  1. Dah beberapa kali CCL nampak resepi ayam masak asam pedas ni . Tapi belum jugak mencubanya

    ReplyDelete
  2. x prnh try masak ayam masak asam pedas 😂

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.