Movie Review : A Crooked Somebody

Wednesday 7 November 2018

Image result for a crooked somebody

Director : Trevor White
Writer : Andrew Zilch
Cast : Rich Sommer, Clifton Collins Jr., Joanne Froggatt, Ed Harris, Amy Madigan, Amanda Crew, Michael Mosley
Production Company : Star Thrower Entertainment, Storyboard Entertainment, Synergics Films, Victual Entertainment
Distributor : Vertical Entertainment, DirecTV Cinema
Genre : Drama/Thriller
Running Time : 102 minutes
Release Date : 21th June 2017 (Los Angeles), 5th October 2018 (United States)
Trailer :


Movie yang dutayangkan di Los Angeles Film Festival ni mengisahkan tentang Michael Vaughn (Rich Sommer) yang menipu orang ramai dengan kerjaya psikik dia. Petik mana-mana nama yang familiar lepastu cuba teka kemalangan yang biasa ataupun some random facts supaya dapat korek beberapa hint dari audience. Agak dah terkena dia mula mainkan emosi audience sampai diorang betul-betul percaya dengan dia. Its quite cliché actually.

Image result for a crooked somebody

Walaupun nampak macam audience percaya dengan anugerah yang dia ada tapi hasil jualan buku dia tetap merudum. Nak habiskan satu kotak pun tak lepas. Sudahnya dia kena gigih buat tour di US. Tapi belum sempat dia nak pergi jauh, Michael kena culik dengan salah seorang audience dekat dalam hall yang ditempah untuk program dia.

Nasib dia mampu tackle emosi orang tu sebelum nyawa dia melayang. Rupanya Nathan (Clifton Collins Jr.) ialah pembunuh kepada pekerja pam minyak, Jim Bishop yang mati 20 tahun lepas. Kes Jim Bishop ni agak famous di kawasan tu sebab anak perempuan dia, Stacy Bishop (Amanda Crew) baru je lepas kehilangan mak.


Rasa bersalah Nathan merupakan tiket kepada Michael untuk nama dan kerjaya dia popular. Lepas Nathan tunjuk dekat mana dia tanam mayat Jim, Michael curi peluang ni untuk jumpa dengan wartawan. Michael dapat apa yang dia nak, bersepah yang contact dia untuk interview dan tempahan buku pun meningkat.

Dalam rasa gembira tu, Chelsea (Joanne Froggatt) dah larang supaya jangan pergi jauh sangat dengan penipuan dia ni sebab banyak mata yang memerhati terutamanya mata detektif kes Jim Bishop ni. Kalau dia sangkut dalam masalah memang susah nak keluar tapi Michael pujuk Chelsea untuk join dia. Risiko besar boleh janjikan pulangan besar katanya tapi langit tak sentiasa cerah, angan-angan tak semestinya jadi kenyataan. Things go wrong and he’s stuck.


20 minit awal agak bosan sebab cliché tapi bila Nathan dah start culik Michael, dah nampak movie ni agak menarik untuk dilayan. Nak pulak dengan perangai berani tak bertempat Michael. Even dah kantoi pun dia tetap try hard untuk twist cerita. Plot twist movie ni agak predictable tapi tetap terhibur tengok watak-watak yang terlibat.

Lakonan Rich Sommer agak bagus sebagai manipulative person sebab dia otak dia memang gigih fikir cara untuk keluar atau ambil kesempatan. Sama jugak dengan lakonan Joanne nak pula scene dia pergi jumpa parents Michael untuk minta bantuan. Parents Michael memang tak suka dengan kerja Michael sebab menipu orang tapi ayat Chelsea tu buat I twisted jugak

'Maybe Michael helped many people than you do' 

For me this movie quite okay lah nak layan cuma menyampah sebab setting agak gelap so some scenes tak berapa nampak sangat apa yang diorang cuba lakukan. Berkerut jugak lah dahi ni tengok sefokus mungkin apa diorang buat dalam gelap. There’s no sexual scene so no worries.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6.6/10

7 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.