Minggu 6 TMSM4 : Semua Juri Teka Dengan Tepat Kecuali Angah, Abang Jagung ialah Azan Ruffedge!

Tuesday 23 January 2024

Minggu keenam The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Abang Jagung tersingkir. Dengan jumlah markah 61.06%, Abang Jagung telah tersingkir dengan nyanyian lagu Harus Terpisah oleh Cakra Khan, merungkai identiti disebalik maskot iaitu Azan Ruffedge. Barisan juri tetap yang ada semuanya meneka dengan tepat kecuali Angah, yang meneka bahawa Abang Jagung merupakan Jatt Ali. 

Minggu ini turut melihat Bunga Matahari kekal di kedudukan pertama dengan 78.53%, diikuti oleh Biskut Aiskrim dan Roti John. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN

INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.








• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Movie Review | Galaksi (2023)

Sunday 21 January 2024


Pengarah:  Kuntz Agus
Penulis Skrip: Bagus Bramanti, Hanan Novianti
Pelakon:  Bryan Domani, Mawar de Jongh, Fadly Faisal, Donny Alamsyah, Yesaya Abraham, Zoul Pandjoul, Pangeran Lantang
Syarikat Produksi: Rapi Films, Screenplay Films
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2023 (Indonesia) 
Trailer:


Diadaptasikan dari sebuah novel berjudul Galaksi karya nukilan Poppi Pertiwi yang idterbitkan pada tahun 2017 mengisahkan tentang pemuda bernama Galaksi Aldebaran (Bryan Domani). Dia merupakan ketua geng motor Ravispa di SMA Ganesha. Ravispa sentiasa menjadi buah mulut di sekolah kerana tingkah laku mereka. Jika pelajar lain yang menganggu pelajar SMA Ganesha, geng Ravispa akan bertindak tapi sekirangnya mereka membuli pelajar SMA Ganesha, pelajar lain cuma tutup mata sahaja. 

Kerana perkara tersebut, Kejora Ayodhya (Mawar de Jongh) mengelak dari mempunyai kaitan dengan geng Ravispa dan fokus dengan aktiviti paskibra (Pasukan Pengibar Bendera Pusaka). Namun pertemuan demi pertemuan secara tak sengaja membuatkan Kejora dan Galaksi semakin rapat dan mula jatuh suka. 

Galaksi cuba untuk berubah menjadi pelajar yang baik dan fokus kepada pengajian kerana pengaruh baik Kejora namun perubahan tersebut tak disukai oleh Ravispa kerana Galaksi adalah ketua geng mereka. Geng Avegar dari sekolah musuh pula semakin berani mengganggu ketenteraman pelajar SMA Ganesha sehinggakan Nyong (Zoul Pandjoul), kawan baik Galaksi dimasukkan ke hospital akibat cedera dibelasah Avegar. 

Naskhah romantik drama dari pengarah Kuntz Agus membawakan kisah cinta cliché di mana watak lelaki merupakan watak ketua geng motor jatuh hati dengan gadis yang baik. Tapi tak hairan lah sebab kisah asal disiarkan di Wattpad di mana selera pembacanya memang begitu kerana kebanyakannya adalah pelajar SMA yang menternak fantasi yang sama. 

Tak ada masalah pun untuk kisah fantasi seperti ini cuma yang bermasalah bila skrip belum cukup kuat untuk wujudkan suasana romantis yang kuat antara hero dan heroinnya. Chemistry Bryan dan Mawar dah cukup cemerlang setiap kali muncul babak bersama tapi sayang lah terbatas dek skrip yang lemah. Watak Kejora tak dikembangkan dengan baik sedangkan dia adalah watak penggerak untuk Galaksi. 

‘Laks, gue tahu lo yang selalu maju ke depan kalau ada apa-apa yang terjadi sama anak-anak Ganesha. Ya, meskipun gue nggak setuju dengan cara yang lo pilih. Tapi gue tahu mereka semua percaya pada lo dan sekarang lo nggak percaya sama gue. Dan lo lebih milih buat nyembunyiin loka lo. Biar ku obatin ya, Laks?’ - Kejora

Patutnya penuls masukkan lah unsur-unsur yang berkaitan dengan astronomi sebab Kejora wujud di Galaksi jadi dari nama mereka berdua pun dah nampak takdir dah tertulis untuk jadi pasangan cinta. Bintang Kejora yang paling cantik dan banyak digunakan dalam puisi dan lagu tapi filem ni tak ada keunikan langsung dari sudut tu. Dah la tu, banyak pula babak yang tonjolkan tentang Ravispa dan Avegar. 

Ada beberapa babak juga mengelirukan terutamanya kisah keluarga Galaksi di mana ayahnya, Ginanjar (Donny Alamsyah) adalah punca Galaksi berubah menjadi agresif dan mencari kekuatan pada Ravispa setelah kematian ibunya. Tak diceritakan kenapa Nova lebih rapat dengan Ginanjar walaupun Galaksi selalu dipukul. Banyak sub-plot untuk mendukung watak Galaksi tapi tak dikembangkan dan fokus pada hal yang tidak perlu. 

Sinematografi hasil kerja Arfian antara good point dari filem Galaksi yang mengangkat latar masyarakat Indonesia baik suasana kekeluargaan, institusi sekolah mahupun masyarakat sekitar. Tone grading yang digunakan juga buatkan setiap babak terlihat cantik dan hangat. Wardrobe dan art team juga bagus dalam menghasilkan set dan kostum yang sesuai dengan karakter kesemua watak. 
Kalau nak layan sebab Bryan dan Mawar, tak ada masalah tapi jangan expect banyak lah dari jalan cerita. One time watch. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.5/10

Book Review | Carnival of Phobia (2022)

Penulis:  Sharaf

Penerbit: Dear Novels

Helaian: 258 mukasurat / 37 bab, 2 epilog

Genre: Psikologi / Thriller  

Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama - 2022

Harga: RM 23.00 (Semenanjung Malaysia), RM 26.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Demi membantu mangsa yang berada di bawah lembayung fobia, Doktor Mustaqim dan Doktor Khalil menggagaskan sebuah karnival psikologi untuk membantu mereka.

Carnival of Phobia.

"Kami menjadi tikus makmal doktor?" - Fayyadh

"We just want you to face your fear and fight it. That is what Carnival of Phobia is all about." - Doktor Mustaqim

Akhirnya, dengan persetujuan tujuh orang klien terawal, mereka dijemput untuk menjadi sebahagian daripada ahli Carnival of Phobia. Mereka pergi dengan harapan bahawa mereka akan sembuh daripada ketakutan masing-masing.

Tujuh insan, tujuh fobia - Fayyadh, Insyirah, Elaina, Profesor Ibrahim, Aaron, Taufiq dan Yara.

Namun, semua yang dirancang, tidak sama sekali seperti yang difikirkan. Ada yang mengambil kesempatan di sebalik tujuan murni projek yang dijalankan, demi melangsungkan agenda hitamnya.

Dia yang disamakan dengan Azazil.

"Welcome to Carnival of Phobia, ladies and gentlemen..."

Review: 

Naskhah Carnival of Phobia menggunakan tema psikologi dengan membawakan berbagai jenis fobia yang dialami oleh 7 orang pesakit Dr. Khalil dan juga Dr. Hud. Carnival of Phobia merupakan cara perubatan yang akan digunakan oleh dua orang doktor psikiatri muda untuk membantu pesakit mereka sembuh dari fobia yang dialami. 

"Sebab Doktor Hud aje yang saya rasa waswas sikit. Tapi, lepas Doktor Khalil yakinkan saya, saya macam nak pergi sebab fobia bodoh saya ni. Kalau tak, memang tak ada maknanya saya nak ke sana." - Aaron

Awalnya projek Carnival of Phobia berjalan lancar sehinggalah Dr. Hud, Dr. Khalil dan Dr. Mustaqim diserang oleh identiti misteri kemudiannya mengambil alih projek karnival tersebut. Ketujuh-tujuh mangsa terjerat dalam karnival tersebut hingga ada nyawa yang terkorban gara-gara gagal melawan fobia yang dihadapi.

Kebanyakan fobia yang digunakan adalah fobia yang biasa kita jumpa macam Aquaphobia (fobia terhadap air), Pyrophobia (fobia terhadap api) dan Entomophobia (fobia terhadap serangga). Penulis masukkan juga pengetahuan baru untuk Eisoptrophobia (fobia terhadap cermin) atau fobia terhadap diri sendiri. 

Cara doktor psikatri bekerja juga diceritakan dengan baik sama ada rutin harian di Garden of Minds, hubungan bersama pesakit, risiko dalam kerjaya tersebut dan juga kisah peribadi watak-watak utama yang terlibat. 

Naskhah Carnival of Phobia mempunyai tiga bab di mana bab pertama menceritakan tentang objektif projek karnival tersebut diadakan kemudiannya penulis rungkai bab kedua yang berkisar tentang tujuh orang pesakit Garden of Minds yang setuju untuk turut serta dalam karnival tersebut. Manakala bab ketiga di mana kebenaran tentang misteri pembunuh psiko dibongkar dan bagaimana hijack berlaku. Tak ambil masa yang lama pun untuk tahu siapa sebenarnya identiti misteri yang hijack Carnival of Phobia tapi tetap nak tahu juga kenapa. 

Kalau pernah layan genre slasher macam francais SAW, A Nightmare on Elm Street, Escape Room ataupun filem lain, jalan cerita Carnival of Phobia mempunyai vibe dan plot yang lebih kurang sama. Bezanya, rasa takut atau panik tu tak ada. Pace cerita bergerak laju sehinggakan ada watak atau babak yang tak dikembangkan dengan baik. Mungkin sebab konsep slasher, jadi modus operandi lebih diberi fokus berbanding perkembangan watak. Kelemahan mangsa jadi highlight untuk tutup kelompongan cerita. 

Ambil masa sebulan lebih untuk habiskan novel Carnival of Phobia sebab ada perkataan yang seolah-olah dipaksa untuk fit in supaya hajat penulis sampai. Rasa terganggu dengan gaya penulisan dan bahasa penulis yang cuba masukkan kosa kata yang jarang digunakan. Mungkin requirement dari publisher atau editor sebab tengok sinopsis novel lain dari publisher Dear Novels pun lebih kurang sama. Sayang lah juga karya nukilan Sharaf ni terjejas sebab kalau diterbitkan di FIXI, mungkin cerita lebih menarik. 

Apa pun naskhah Carnival of Phobia masih lagi menarik untuk dibaca. Buktinya, I baca sampai habis. Kalau ada yang suka dengan gaya penulisan Sharaf, sekejap saja sudah habis. So, no worries. Kalau suka dengan sinopsis dan genre ni boleh lah pinjam dekat library, e-book atau beli dekat mana-mana platform. 

1. Author +1, 2. Plot +0.5, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 3.6/5


Sentuhan vintaj mewarnai perayaan Tahun Baru Cina Suria KLCC | Dekorasi ‘Old Shanghai’ bakal membawa pengunjung terokai masa lampau dengan penuh gaya

Terkenal sebagai Destinasi Beli-Belah Ikonik di Malaysia, Suria KLCC menghembuskan nafas segar melalui sambutan Tahun Baru Cina yang interaktif buat para pengunjung. Sambutan yang dilengkapi dengan pameran zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ bakal berlangsung mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024. Sambutan megah kali ini membawakan reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”.





Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC akan mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional. Antara pengalaman yang menarik, pengunjung dapat mengimbau pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan. Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai prop mengambil gambar selain daripada projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik yang menggamit jiwa juga turut dipamerkan.

Ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 60 kaki. Simbolik dengan kehadiran Tahun Naga, replika yang dinamakan sebagai ‘Dragon of Prosperity’ ini menjanjikan pemandangan yang memukau dan mengagumkan.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5 petang di Esplanade KLCC, dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2 petang sepanjang tempoh kempen.

Suria KLCC menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna. Para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah eksklusif Suria KLCC.

Kemeriahan tidak terhenti disitu apabila para pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100. Tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.

Rakam detik indah sambutan yang bertemakan ‘Old China’ ini di ‘Festive Photobooth’ dimana para pengunjung boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik. Peluang mengabadikan detik indah sambutan juga disediakan di ruang masuk ‘Centre Court’, Esplanade KLCC, dan Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall yang dihiasi dengan dekorasi ‘Instagram-worthy’ yang membawa kegemilangan sambutan perayaan ini.

Para pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah. Pada hujung minggu, para pelanggan juga akan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.

“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk memperkasa adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’. Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan yang kaya dengan warisan,” ujar Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

“Disaat kita menginjak ke Tahun Naga, Suria KLCC dengan berbesar hati menjemput para pengunjung dan pelanggan untuk bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan tuah dan kejayaan ini.”


Pusat Beli-Belah Alamanda



Kemegahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina bakal mewarnai Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024. Ruang ‘Centre Court’ menampilkan dekorasi yang dilengkapi dengan binaan panggung wayang vintaj, kedai pakaian yang memperlihatkan seni Cheongsam, dan sebuah restoran yang menyajikan replika hidangan makan malam tradisional, dimana ia dilihat sebagai ruangan ‘Instagram-worthy’.

Pada hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian akrobatik singa, tarian naga, dan persembahan kebudayaan selain menerima edaran buah limau mandarin.

Ganjaran beli-belah di Alamanda Putrajaya akan membawa pengalaman yang lebih menarik buat para pelanggan yang berbelanja RM600 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Para pelanggan yang berbelanja akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang tinggi juga, mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai lebih besar, iaitu RM80.

Keriangan berterusan buat para pengunjung apabila ahli VIKids berpeluang unutuk menyertai dalam aktiviti kraftangan patung naga yang diperbuat daripada kertas selain daripada aktiviti mewarna bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Inisiatif ini dilihat menjadikan Alamanda Putrajaya sebagai sebuah destinasi beli-belah yang memeriahkan sambutan mesra untuk seisi keluarga.

Pusat Beli-Belah Mesra

Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu menjemput komuniti setempat untuk turut menyambut sambutan Tahun Baru Cina mulai 12 Januari sehingga 15 Februari 2024. Pusat Beli-Belah Mesra akan menampilkan dekorasi gah dan mempesonakan yang bertemakan ‘Old Shanghai’.

Antara tarikan utama kempen ini termasuklah persembahan tarian tradisional singa pada 3 Februari, dimana para penari akan mengedarkan limau mandarin kepada para pengunjung simbolik dengan kepercayaan membawa tuah. Ahli keluarga yang berkunjung ke Mesra Mall juga boleh menyertai bengkel membuat replika naga pada 9 dan 10 Februari.

The Shoppers Rewards Programme’ menawarkan sebuah ‘teapot’ yang direka khas dengan lakaran bunga yang menawan kepada 500 pembeli yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


********************************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur),

Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Umum Calon Top 5

Friday 19 January 2024

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Umum Calon Top 5 | Membawakan tema Y2K, undian dibuka dari 17 Januari hingga 25 Februari 2024

Menjelang anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 yang akan diadakan pada 25 Februari, Astro Gempak dengan terujanya mengumumkan finalis Top 5 bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan pada majlis sidang medianya yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Acara kemuncak ini bertujuan mengiktiraf personaliti serta bakat-bakat pencipta kandungan digital terkemuka dari pelbagai latar belakang. Dengan tagline ‘Terpaling Trending!’, calon-calon Top 5 ini merupakan pilihan pengguna media sosial pada undian fasa pertama dari 30 November hingga 30 Disember 2023 menerusi laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com.

Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2023 termasuk Amir Ahnaf, pelakon popular yang telah menambat hati ramai peminat dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’, bersama-sama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Meerqeen dan Amir Masdi.

Runut bunyi filem pecah panggung, Polis Evo 3 yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri bertajuk Ayuh, turut tercalon dalam kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’, diikuti dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Pergilah Cinta (Danial Kifli), Test Drive (Firdaus Rahmat) dan audio Makcik Dodoi (@chemass_kaklong).

Pempengaruh resepi masakan kegemaran rakyat Malaysia, Che Nom turut bersaing dalam acara anugerah ini dalam kategori ‘Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak’ bersama Amin & Abid Othman, Auntie Purple, Nelysa Norazlan dan juga Ow To The Zie.

SENARAI KATEGORI GMWA 2023 & CALON TOP 5

KATEGORI 1: LAGU/AUDIO TERGEMPAK 2023

1. Ayuh - Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri

2. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

3. Makcik Dodoi - @chemass_kaklong

4. Pergilah Cinta - Danial Kifli

5. Test Drive - Firdaus Rahmat


KATEGORI 2: VIDEO TERGEMPAK 2023

1. Freestyle Anak-Anak Kudrat - @naimdanielx

2. Kena Marah Dengan Ayam - @jemblenggg

3. Kesian Girlfriend Lapar - @mikhailimaan

4. Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam - @davidvidz3

5. POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On - @aiztsaha


KATEGORI 3: VIDEO MUZIK TERGEMPAK 2023

1. Damelo – DOLLA

2. Kudrat – Sekumpulan Orang Gila x Naim Daniel

3. Look At This – DOLLA

4. Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali

5. Waktu – Hasif Upin & Ziana Zain


KATEGORI 4: DRAMA TERGEMPAK 2023

1. From Saga With Love Viu Original

2. Hijrah Jannah Astro Ria

3. Melur Untuk Firdaus 2 TV3 Malaysia

4. My Famous Ex-Boyfriend Astro Ria

5. Projek High Council Astro Originals


KATEGORI 5: SELEBRITI DIGITAL TERGEMPAK 2023

1. Amir Ahnaf

2. Amir Masdi

3. Anna Jobling

4. Dato’ Sri Siti Nurhaliza

5. Meerqeen


KATEGORI 6: GAMER TERGEMPAK 2023

1. Fluffiiee

2. Kambing Golek

3. Pok Ro Gaming

4. Tya Edros

5. Akif Iskandar


KATEGORI 7: DIGITAL CONTENT CREATOR (HIBURAN) TERGEMPAK 2023

1. Faisal Suhaimi - @faisal.suhaimii

2. Farihi Narnia - @farihinarnia

3. Foreppppp - @foreppppp

4. Linda Said - @wanitabermisai

5. Rahman Chea - @rahmanchea


KATEGORI 8: DIGITAL CONTENT CREATOR (LIFESTYLE) TERGEMPAK 2023

1. Amin & Abid Othman - @aminxabid

2. Auntie Purple - @auntiepurple248

3. Che Nom - @chenom_tiktok

4. Nelysa Norazlan - @nelysa_norazlan

5. Ozzie Manan - @ozziemanan


KATEGORI 9: DIGITAL CONTENT CREATOR (MOTIVATOR) TERGEMPAK 2023

1. Aminahtul Mardiah - @aminahtulmardiah

2. Dr. Say Shazril - @say_shazril

3, Dr. Syed Aliff Fauzan - @drsyedaliffauzan

4, Mashy - @n.mashyaircond

5. Muhammad Noor - @dodosentoso

Selain calon Top 5 GMWA 2023, majlis sidang media ini turut memperkenalkan barisan hos yang akan mengemudi malam anugerah. Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari. Pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2023 kelak.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’. Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok

Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial. Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva Nusantara.

Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah. Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.

Filem seram versi reboot, RAHSIA terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu. Bagi pasaran di sana, filem Rahsia menggunakan tajuk yang diterjemahkan dalam bahasa lokal iaitu  áž‘ាáž™ាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic). 

Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, sebuah lagi filem tempatan berjaya diangkat dan ditayangkan ke negara luar. Sebagai penerbit yang aktif di Malaysia, kami mengharapkan usaha ini dapat membuka peluang lebih banyak buat filem-filem kita untuk dibawa ke sana, sekali gus merapatkan jurang karya tempatan di peringkat serantau di samping mampu mengembangkan jenama Astro Shaw di peringkat antarabangsa. Rahsia mempunyai jalan cerita yang universal dan elemen-elemen Nusantara yang diselitkan amat dekat dengan penonton Asia, jadi kami yakin ia mampu menepati cita rasa penonton di sana.”

Tahun lalu, Rahsia telah berjaya mencatatkan kutipan pawagam RM6.2 juta. Rahsia merupakan arahan Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham, manakala skrip pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.

Rahsia membariskan pelakon Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang Ramlah pulang bercuti ke rumah bapanya Tan Sri Karim sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah  mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?

Ikuti info-info info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Giveaway Perfume SR

Wednesday 17 January 2024


 Syarat-syarat Giveaway Perfume Blog SR:

1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com)

2. Buat 1 post di blog tuan/puan bertajuk Giveaway Perfume SR

3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2).

4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini.

5. Boleh join dari semua blog yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).


Senang aje kan?

Jom jom hebahkan Giveaway Perfume SR!! Giveaway ini berlangsung dari 9 Januari sehingga 25 Januari 2024 (11.59 malam). Mari mari!

Minggu 5 TMSM4 : Pom Pom Kin Tersingkir, Amelina Disebalik Maskot

Tuesday 16 January 2024

Minggu kelima The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Pom Pom Kin tersingkir.Dengan jumlah markah sebanyak 59.54%, Pom Pom Kin telah tersingkir dengan nyanyian lagu Anta Permana oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, merungkai identiti disebalik maskot iaitu Amelina. Pada minggu kelima ini yang membawa tema Malam Tribute Dato’ Sri Siti Nurhaliza, hanya Angah dan Zizan Razak sahaja yang tidak dapat meneka dengan tepat. 

Minggu ini turut melihat Bunga Matahari sebagai peserta di kedudukan pertama dengan 76.77%, diikuti oleh Sang Kancil dan Biskut Aiskrim. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN

INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.










• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.