PEMENANG BERTUAH MEMBAWA PULANG HADIAH UTAMA KERETA IDAMAN PROTON X50 FLAGSHIP MELALUI KEMPEN CABUTAN BERTUAH DI ALAMANDA YANG DISERTAI OLEH LEBIH 4000 PESERTA | Kempen “Golden Ticket” kini kembali dengan baucar membeli-belah bernilai RM144,000 untuk dimenangi
"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”. Berikutan pepatah melayu yang sinonim dengan tuah pemenang hadiah utama kempen cabutan bertuah “The Big Win” yang berlangsung di Pusat Beli-Belah Alamanda. Majlis penyerahan hadiah utama yang merupakan sebuah “Proton X50 Flagship” kepada pemenang Rabiatul Afiqah Mohd Rahim itu disaksikan oleh para media serta para pengunjung lain yang menyambut kemenangan beliau dengan ucapan tahniah.
“Saya sangat terkejut dan tidak percaya saya menang cabutan bertuah ini semasa menerima panggilan dari pihak Alamanda. Agak kerap juga saya menyertai pertandingan cabutan bertuah sebelum ini tetapi “tuah” saya belum kunjung tiba sehingga saat ini,” ujar surirumah berusia 30 tahun tersebut.
Rabiatul Afiqah yang menetap di Seremban turut berkata beliau seringkali mengunjungi Alamanda memandangkan ibu dan abang beliau tinggal berdekatan. “Lokasi Alamanda yang sangat strategik ini amat memudahkan perjalanan dan pengalaman membeli-belah saya dan keluarga yang mana kami boleh mendapatkan hampir apa sahaja yang kami cari, pastinya ada di Alamanda.”
Kempen membeli-belah “The Big Win” tamat pada 26 Jun 2022 lalu. Dengan setiap pembelian bernilai RM300 dimana-mana kedai terpilih berserta maksimum dua resit pembelian, para pembeli layak menerima sekeping baucar beli-belah bernilai RM30 dan satu penamaan untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah. Setiap pembeli yang layak dibenarkan membuat tiga penamaan maksimum untuk satu hari.
Hadiah utama Proton X50 yang ditawarkan adalah varian “Flagship” yang dilengkapi dengan kepelbagaian ciri dan spesifikasi premium dan menarik. Harga atas jalan bagi Proton X50 Flagship adalah RM103,300 (tidak termasuk insuran) yang mana ianya adalah satu-satunya varian yang dilengkapi dengan bumbung panoramik, 1.5L TGDi Enjin 3-Silinder turbo suntikan terus dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0.
Kejayaan kempen ini adalah hasil usaha kolaborasi bersama pihak Alamanda dan pengedar sah Proton Malaysia, The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd yang berlokasi di Bandar Baru Bangi. Pusat perkhidmatan servis ini adalah antara pusat servis ternama Proton 4S yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan servis kereta, penjualan alat ganti dan pengedaran kereta proton sah malah perkhidmatan cat kereta juga turut disertakan bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan kepelbagaian perkhidmatan dibawah satu bumbung.
Kempen “The Golden Ticket” Keriangan di Alamanda diteruskan dengan pelancaran kempen ganjaran harian. Kempen yang akan berlangsung pada hari ini sehingga 21 Ogos 2022 mengundang para pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah segera apabila pembelian minimum yang bernilai RM300 melalui dua bukti resit daripada mana-mana kedai terpilih di Alamanda layak menyertai cabutan bertuah segera ini.
101 kotak mini yang mengandungi baucar beli-belah Alamanda akan dibuka setiap hari, yang mana salah satu daripadanya mengandungi sekeping “Golden Ticket” bernilai RM1000 dan sekeping baucar “White Ticket” yang bernilai RM50 bagi 100 kotak yang lain.
Pihak pengurusan Alamanda ingin memastikan tiada pembeli yang akan pulang tanpa sebarang habuan! Bagi meningkatkan tahap keterujaan, setiap lebihan hadiah akan digabungkan dengan 101 hadiah untuk hari berikutnya.Para pembeli dikehendaki untuk membawa bukti resit ke kaunter pertanyaan pada hari pembelian. Had penyertaan adalah satu hadiah untuk setiap pembeli untuk setiap hari selagi stok masih ada.
“Kepelbagaian tawaran menarik yang diadakan oleh pihak Alamanda adalah satu daya usaha untuk kami terus menghargai para pengunjung setia. Dengan kadar pemulihan ekonomi yang kian meningkat, pihak kami berharap agar inisiatif ini akan mendorong momentum positif yang berterusan untuk kita menginjak ke fasa hujung tahun yang lebih kukuh,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd.
Turut hadir di sidang penyerahan hadiah tersebut adalah Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong juga Ketua Pegawai Eksekutif The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang.
Untuk sebarang maklumat mengenai Kempen “Golden Ticket” sila berhubung dengan pegawai pertanyaan di kaunter pertanyaan dan sila layari www.alamanda.com.my
Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda
Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang.
Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli- belah’, yang terletak di pusat Putrajaya. Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.
Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, pusat boling, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.
Movie Review | Footfairy (2020)
Thursday 28 July 2022
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Naza Manas
Pelakon : Mimi Lana, Farid Kamil, Halim Radzi, Dayang Areeda, Aishah Ilias, Aleza Shadan, Fahmy Reza
Syarikat Produksi : Nuansa Sdn. Bhd
Penyiaran : Neverstar Films Sdn Bhd, TV3 (Slot Akasia), WeTV
Genre : Drama / Cinta / Konflik / Keluarga
Jumlah Episod : 16 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 2 Jun 2021 – 23 Jun 2021
Teaser :
Masa sekolah dulu pernah baca novel Masih Ada Rindu karya penulisan Mimie Afinie sebab novel bertemakan cinta ni diterbitkan pada tahun 2004. Bila ada drama Masih Ada Rindu tergerak hati jugak lah nak tengok sebab novel tu best. Adik-beradik kembar yang suka dengan perempuan yang sama.
Ika (Mimi Lana) berkahwin dengan Luqman Hakim (Farid Kamil) walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha (Aleza Shadan). Tentangan tu lebih pada disebabkan tak suka anak dia berkahwin masa belajar. Lagipun Zaleha suka kalau Ika berkahwin dengan Imran (Halim Radzi) yang memang berkawan dengan anaknya sejak zaman sekolah walaupun Imran pernah cekik dia disebabkan perangai baran.
Tak lama pun usia perkahwinan Ika dengan Hakim bila ajal menjemput semasa mereka berbulan madu. Bila Luqman Hadi (Farid Kamil) balik ke Malaysia dan jaga Ika dengan Adam, hati Ika terbuka sekali lagi untuk berkahwin. Zaleha sengaja cipta konflik antara anak dan menantu supaya Ika berkahwin dengan Imran.
Makin kusut rumahtangga mereka bila Nasha (Dayang Areeda) juga mula mengganggu Hadi supaya Imran cemburu. Ika pula keliru dengan hati sendiri sama ada dia rindukan Hakim ataupun betul-betul sayang dengan Hadi.
Lama juga ambil masa untuk habis tengok drama Masih Ada Rindu sebab tak gemar sangat dengan olahan Osman Ali. Watak Hadi dan Hakim pula digalas oleh Farid Kamil. Nak kata pengarah suruh dia ikut skrip sepenuhnya, tak juga sebab pelakon lain semuanya boleh get into character especially Aleza Shadan.
Mungkin sebab dia terlampau kaku untuk genre drama romantik kot. Kalau dia berlakon genre action elok je dia deliver. Nasib baik lah Mimi Lana memang pandai berlakon, tak lah rasa mendatar je scene diorang. Ayat romantik ni memang lah cringe nak sebut tapi tengok drama Korea, Hindustan, Hollywood elok je hero hembus sebab diorang in character. Kita pun jadi terbuai sama bila tengok. Babak Imran sembang pasal perasaan dia terhadap Nasha pun elok je Halim Radzi deliver tapi Farid nampak keras.
Nasib baik lah sub plot Nasha dengan Imran agak kuat dalam drama ni. Sebelum ni dah pernah tengok lakonan Dayang Areeda dalam drama Mr. Bibik (2021) jadi tak hairan lah kalau dia boleh lakonkan watak Nasha yang posesif dan pendendam. Cara dia hasut Hadi menjadi betul nak pula kalau cakap Hadi bodoh sebab percayakan Ika.
Jalan cerita drama Masih Ada Rindu lebih kurang sama dengan drama tipikal yang lain. Pasangan suami isteri main tarik tali lepastu ada salah faham. Ada orang ketiga yang kacau sampai lead pairing bergaduh.
Ada juga penulis masukkan kepercayaan syirik dengan kesihatan mental terjejas untuk tambah pengajaran tapi tak suka babak keluarga Ika berbincang pasal masalah rumah tangga. Masa tu Wani (Aishah Ilias) kata perkahwinan dia takkan ada masalah bila ada anak padahal suami dia memang gatal dan baran.
Drama Masih Ada Rindu ni berlatarkan beberapa kawasan cantik di Terengganu sebab tu kebanyakan rumah cantik dengan senibina masyarakat setempat. Rumah Nasha dengan Ika pula dekat dengan kawasan perairan. Resort tempat Imran beekrja pun cantik sebab ada kawasan pantai berpasir yang cantik. Syok lah Ika dengan Hadi boleh stargazing tiap malam.
Soundtrack drama ni pun guna lagu Nukilanku - Aisha Retno dan Cinta - Marsha Milan yang sesuai dengan jalan cerita. Editing je lah kadang-kadang macam tak cantik sangat hasilnya. Dekat hujung macam rushing sangat nak tutup cerita Imran dengan Nasha ataupun Wani dengan Badrul. Kenapa Imran muncul tapi tengok dari jauh je pun tak faham padahal tak perlu datang pun tak apa.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing + 0.5 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.4/10
Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel. Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!
1. Sara Ali sebagai Ameera
Umur : Awal 30-an
Jantina : Perempuan
Bangsa : Melayu
Pekerjaan : Pengurus Hotel Cahaya Bulan
Falsafah Diri : “Percaya sampai berjaya”
Karakteristik : Seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Bercita-cita untuk menjadi seorang pekerja terbaik di hotel. Merupakan tunjang utama dalam mencari sumber pendapatan keluarga. Seorang yang berazam, sikap ambil tahu yang tinggi, kelakar dan suka membaca novel misteri.
Motif suspek : Orang yang paling rapat dengan Tuan Osman dan merupakan orang yang terakhir bersamanya sebelum dijumpai mati.
2. Wan Hanafi Su sebagai Osman Salleh / Tuan Osman
Umur : Pertengahan 70-an
Jantina : Lelaki
Bangsa : Melayu
Falsafah Diri : “Naluri itu anugerah Tuhan”
Karakteristik: Seorang novelis bergenre Misteri yang sangat popular. Seorang yang dingin dan mempunyai sisi gelap ketika muda. Menginap di Hotel Cahaya Bulan secara percuma untuk menulis novel terbaru.
Motif suspek : Kematiannya sendiri mungkin menjadi misteri terbaik yang pernah dia aturkan. Adakah dia seorang psikopat
ASTRO ORIGINALS TAMPILKAN ‘MURDER BY MOONLIGHT’, SEORANG DETEKTIF ‘WANNABE’ & 12 SUSPEK TERPERANGKAP DI SEBUAH PULAU | Drama Premium Bergenre Witty Murder Mystery “Whodunnit”
Astro menerusi jenama Astro Originals kekal komited mempersembahkan drama siri premium dengan produksi berkualiti filem serta nilai hiburan yang menyasarkan kepada semua latar penonton meliputi bangsa dan kategori urban mahupun sub-urban. Selepas tamatnya drama premium misteri seram Histeria The Series, terbaru Astro Originals bakal menampilkan Muder By Moonlight dengan menampilkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”. Penonton akan dipersembahkan dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan digerakkan oleh watak wanita.
Murder By Moonlight bakal temui penonton bermula 1 Ogos ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand. Drama premium 8 episod ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan Passion Pictures.
Menerusi Murder By Moonlight menyaksikan gandingan bakat hebat para pelakon daripada pelbagai latar seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.
Mewakili Astro, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Astro terus memperkukuhkan jenama Astro Originals sebagai jenama yang mempersembahkan drama premium yang boleh dinikmati oleh seluruh penonton Malaysia.
Seperti drama premium terdahulu, Murder By Moonlight turut tampilkan genre dan jalan cerita segar. Konsep drama penyiasatan dengan elemen humor jarang ditampilkan dalam drama tempatan dan kami percaya genre ini antara yang mempunyai kelompok peminat yang ramai. Jadi, Murder By Moonlight tampil kelainan dengan elemen komedi humor dan watak utama digerakkan oleh watak wanita dengan karakter detektif ‘wannabe’. Kami mengharapkan Murder By Moonlight dapat membuat penonton teruja untuk mengikuti perjalanan penyiasatan Ameera dan berteka-teki siapa dalang di sebalik cerita ini.”
Murder By Moonlight melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M. Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Setiap pengarah mempunyai sentuhan magis yang berbeza. Mien. Ly dan Khairil M. Bahar bertanggungjawab mengarahkan episod 1 & 2; Gavin Yap bagi episod 3 & 4, Tony Pietra Arjuna untuk episod 5 & 6; dan Khairil M. Bahar episod 7 & 8. Mien. Ly juga merupakan salah seorang Penerbit Eksekutif dan cerita asal Murder By Moonlight.
Menurut Mien. Ly, Penerbit Eksekutif, Pengarah, Cerita Asal berkata, “Idea Murder By Moonlight tercetus dua tahun lalu. Saya dan Bani Hamid merasakan setiap orang pasti mempunyai momen tersendiri sepanjang dua tahun lalu, jadi kami cuba tampilkan sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan perasaan kita semua, dengan menggabungkan konsep penyiasatan misteri yang ‘fun’. Jadi, kami cuba bawakan tema “Who Dunnit” dalam genre Murder Mustery di mana semua karakter boleh menjadi suspek sebagai pembunuh oleh penonton. Kami ingin mempersembahkan keluarga Malaysia yang muhibah dari segi skrip, dialog, barisan pelakon dan kombinasi latar kerjaya setiap watak seperti penulis, doktor, pempengaruh dan sebagainya.
Sementara itu, drama premium ini menggunakan khidmat empat orang pengarah dan cabarannya setiap pengarah perlu tahu memahami kesemua skrip untuk 8 episod walaupun setiap episod adalah daripada pengarah berbeza-beza agar visual dan konten yang cuba dipersembahkan dalam bentuk konsisten. Harapan saya penonton berpuas hati dengan kualiti Murder By Moonlight dan terima kasih buat penerbit Astro Shaw yang meletakkan kepercayaan kepada kami iaitu orang-orang baru dalam industri untuk mempersembahkan idea kami ke platform yang luas.”
Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel. Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!
Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.
Lokasi penggambaran Murder By Moonlight telah ditaja oleh Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Manakala, jumlah hari penggambaran adalah selama 44 hari.
Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (angkat kisah female con artist dan anti-heroes), ‘Kuasa’ (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’ (kesinambungan filem box office 2008, Histeria).
Ikuti drama siri premium, Murder By Moonlight yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, setiap hari Isnin, bermula 1 Ogos ini. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Gabungan Rock Kapak & Ratu Dangdut Menggegar Pentas Kelapan ‘Karaoke Superstar’!
Wednesday 27 July 2022
Program realiti pertandingan ala berkaraoke baharu Astro Ria, ‘Karaoke Superstar’ menghangatkan pentas minggu kelapannya dengan kemenangan yang direbut oleh penyanyi rock veteran Malaysia, Muss yang dikenali daripada kumpulan rock, May. Dengan jumlah kemenangan sebanyak tiga kali daripada lima segmennya, Muss berjaya mengalahkan penyanyi jolokan Ratu Dangdut, Amelina yang hanya memenangi dua segmen dalam minggu ini.
“Terutama sekali, si pemenang ingin mengucapkan terima kasih. Kita berikan juga tepukan kepada yang kalah”, kata Muss yang menghiburkan semua penonton.
Minggu kelapan yakni minggu yang bertemakan ‘Rock VS Dangdut’ menampilkan Ratu Karok dan juga juri tetap program, Mummy Mas Idayu serta Ratu Pop Asia, Ziana Zain sebagai juri jemputan yang akan mengadili kedua-dua artis mingguan dalam menentukan juara.
Memasuki pusingan pertama pertandingan iaitu Superfans, wakil daripada kelab peminat Muss yang bernama Mohd Farid Yunus, 41 tahun, berjaya memukau semua penonton dengan persembahannya yang jelas menggambarkan seorang peminat tegar. Dengan nyanyian lagu ‘Cintamu Mekar Dihati’ oleh kumpulan May, Farid berjaya memenangi pusingan ini dengan mengalahkan wakil daripada kelab peminat Amelina yang bernama Amira Sazlina Ahmad Salehan, 29 tahun dengan nyanyian lagu ‘Semakin Rindu, Semakin Asyik’.
“Daripada awal persembahan, awak memang tidak tengok lirik langsung. Bagus!”, komen Mummy kepada Farid selepas persembahannya.
Pusingan seterusnya iaitu Karok Uji dimulakan dengan persembahan Muss dan peminatnya dengan lagu ‘Fatwa Pujangga’ nyayian asal Said Effendi yang dipilih oleh pihak lawan. Manakala Amelina dan peminatnya pula menyanyikan lagu ‘Siapa Tak Mahu’ oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Walaupun menunjukkan kebolehan yang dianggap sebagai all-rounder oleh Ziana Zain, Amelina masih dikalahkan oleh Muss yang mendapat standing ovation oleh Mummy.
Dalam pusingan ketiga yang dipanggil Kuiz Karok Star, kedua-dua artis mendapat markah yang seri. Lantas, soalan pemecah seri diberikan kepada mereka untuk menentukan pemenang. Dengan jawapan yang tepat oleh wakil peminatnya, Amelina meraih satu kemenangan dalam pusingan ini buat pertama kalinya dalam minggu kelapan.
Pertandingan diteruskan dengan Mikrofon Misteri di mana seorang penyanyi misteri akan diletakkan di sebalik tabir secara rahsia dan artis perlu meneka mereka berdasarkan suara mereka sahaja. Penyanyi di sebalik tabir kumpulan Muss merupakan seorang penyanyi yang dikenali dengan suara modern rocknya, Aweera manakala penyanyi misteri bagi kumpulan Amelina pula ialah penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir. Persembahan penyanyi misteri mereka menunjukkan sisi yang berbeza, namun kekal menambat hati para juri.
“Persembahan sebentar tadi penuh dengan tenaga, tetapi persembahan yang ini pula penuh dengan hiburan. Memang karbat!”, komen Mummy kepada persembahan Shiha Zikir dengan lagu ‘Zapin Tujuh Purnama’ oleh Amelina. Namun, tidak dapat mengalahkan kehebatan nada rock tinggi Aweera yang dipuji oleh kedua-dua juri, lantas kemenangan dalam pusingan ini diberikan kepada kumpulan Muss dan penyanyi misterinya.
Penilaian terakhir pertandingan nyanyian ala berkaraoke ini disambung ke segmen Messy Up Star, di mana kedua-dua artis akan bersaing secara persembahan mesh up dengan lagu milik pihak lawan. Persembahan Muss dan Amelina berjaya memukau semua penonton dengan kehebatan masing-masing walaupun berbeza dengan genre mereka. Dengan lagu ‘Dari Kaca Mata’, Amelina menunjukkan sisi-sisi rockers yang belum pernah dilihat oleh peminatnya. Gandingan mereka mendapat sambutan yang sangat meriah daripada para juri dan penonton.
“Karakter yang berbeza oleh mereka. Abang Muss menyanyikan lagu dangdut dengan sangat okay. Saya sangat suka. Amelina pula memang penuh dengan rock. Dua-dua memang karbat!”, kata Mummy yang terpegun melihat gandingan mereka berdua.
“Abang Mus kalau menyanyikan lagu dangdut memang kelihatan gementar, tetapi you can do it in your own style. Amelina pula, you have a hidden talent!” tambah Ziana Zain kepada mereka.
Pusingan terakhir ini menjadi milik Amelina kerana berjaya menunjukkan sisi baharunya kepada semua. Namun, juara minggu kelapan telah menjadi milik Muss kerana mengumpul jumlah kemenangan yang lebih. Minggu kelapan ini diakhiri dengan persembahan Muss dan mikrofon misterinya, Aweera.
Siapakah yang akan merebut gelaran sebagai juara pada minggu hadapan? Ikuti program pertandingan berkaraoke ‘Karaoke Superstar’ ini di saluran Astro Ria (Saluran 104) pada hari Sabtu, jam 10 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.