Movie Review : Mere Brother Ki Dulhan

Friday 1 May 2020

Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Ali Abbas Zafar
Cast : Katrina Kaif, Imran Khan, Ali Zafar, Tara D'Souza
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 145 minutes
Release Date : 9 September 2011
Trailer :


Lepas bergaduh dan putuskan hubungan dengan Piyali (Tara D'Souza), Luv (Ali Zafar) minta tolong adik dia, Kush (Imraan Khan) sanggup untuk carikan pengantin untuk dia. Disebabkan taste diorang sama Luv tahu Kush boleh tunaikan impian dia untuk kahwin masa Hari Krismas nanti di India. Sayang dengan abang punya pasal, Kush buat pelbagai cara untuk cari jodoh dengan bantuan kawan-kawan baik dia, Shobbit (Mohammed Zeeshan Ayyub) dan Rohit (Tariq Vasudeva). 

'We both loved Madhuri Dixit as kids. You know my choice.' - Luv

Lepas iklankan di akhbar, Kush dapat call dari Menteri Kedutaan supaya datang ke rumah dia untuk discuss sama ada sesuai atau tak Luv dijodohkan dengan anak perempuan dia, Dimple Dixit (Katrina Kaif). Bila Kush pertama kali nampak Dimple, dia terkejut sangat sebab tak sangka Dimple yang dia kenal masa zaman kolej dulu setuju dengan idea arranged marriage. 


Bila dua belah keluarga dah tetapkan tarikh perkahwinan, Kush dengan Dimple makin rapat sebab selalu keluar sama-sama untuk uruskan hal wedding ceremony nanti. Tanpa sedar Kush dan Dimple sama-sama jatuh cinta. Dimple ajak Kush kahwin lari tapi Kush taknak kehilangan keluarga especially Luv so dia buat plan supaya Luv batalkan perkahwinan ni. Berjaya ke tak, kena tengok lah movie rom-com ni.


Mere Brother Ki Dulhan antara one of my fav rom-com sebab jalan cerita kelakar, watak Katrina Kaif digarap cantik dan music album best! Dari tahun 2011 dengar music album dia sampai lah sekarang wajib ada dalam playlist especially lagu Choomantar dengan Do Dhari Talwaar.


Director Ali Abbas Zafar debut sebagai director dengan movie ni lepas beberapa tahun jadi Assistant Director di YRF. Antara 3 skrip yang dia hantar, skrip Mere Brother Ki Dulhan yang diterima oleh Aditya Chopra. Tuah pada Imran Khan dengan Ali Zafar masa tu dapat berlakon dengan Katrina Kaif sebab movie Dostana 2 postpone. Both dah request nak berlakon dengan Katrina. I guess sebab both selesa dan happy dekat set masa shooting movie ni, the movie turns out fun and quirky tale sebab ada scene yang natural.


Walaupun shooting scene kebanyakannya di kawasan dalam rumah sebab most of the time semua watak busy dengan wedding preparation tapi ada sesetengah location yang cantik sebab berlatarbelakangkan Taj Mahal, Agra.




Wardrobe team Katrina did their best untuk potray watak Dimple Dixit yang trendy dan bohemian chic. Imran Khan dengan Ali Zafar pun nampak muda dari umur yang sebenar untuk portray watak muda dan energetic.


Dari persembahan lakonan, dialog, menyanyi, menari semua Katrina buat dalam movie ni dari awal sampai habis so boleh kata ni movie Katrina and for fans Katrina, memang happy sangat kalau tengok movie ni. Be it with Imran or Ali Zafar, chemistry diorang bertiga sama-sama cantik onscreen. Shooting movie ni tak ambil masa yang lama pun around 3 bulan je sebab Katrina busy dengan dua lagi movie lain.


Walaupun jalan cerita quite typical dan ending scene quite draggy tapi overall movie ni memang menghiburkan. Layan banyak kali pun tetap best. Mungkin lagi menarik kalau Ali Zafar dapat scene lebih sikit dari yang dalam movie tu sebab watak dia pun fun jugak dengan perangai kasanova dan childish dia. Though sekejap je Ali Zafar muncul tapi still menyerlah, tambah pula bila dia senyum. Melting leting! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

Sagu Gula Melaka

Thursday 30 April 2020

Dah lama craving Sagu Gula Melaka ni sejak nampak video dekat Twitter Syedewa. Uniknya resipi dia bila dia guna susu Farm Fresh gantikan santan. I tak berapa suka santan sebab perut senang kembung so bila dia guna susu and jadikan drinks nampak nyummmm sangat! 


Pastu nampak Khairul Aming buat resipi mudah untuk sagu gula melaka so I ikut resipi dia dan ubah ikut Syedewa punya version sebab taknak manis sangat. Resipi ni untuk 2-4 orang sekali minum. 

Bahan-bahan : 

- Sagu 1/2 cawan
- Gula Melaka 2 keping
- Sirap 2 sudu [brand Amina sebab warna dia cantik]
- Daun pandan 2 helai diikat/disimpul
- Susu Farm Fresh [brand lain pun boleh]
- Air 
- Ais batu
- Cincau [optional]


Cara penyediaan : 

1. Didihkan 5 cawan air dalam periuk atau kuali kemudian masukkan sagu dengan sirap. Kacau sampai sagu masak. Nak tahu sagu masak bila hilang warna putih dan jadi warna jernih. 


2. Tapis sagu kemudian basuh dengan air. 


3. Didihkan air 2 cawan bersama daun pandan kemudian masukkan gula melaka sampai cair. 


4. Dah siap masak sagu dan cairkan gula melaka dah boleh la combine semua bahan. Masukkan ais batu, sagu, cincau, air gula melaka dengan susu. 

5. Kacau sampai sebati then it's done!


Ada orang suka sagu banyak so masak la sagu banyak. Ada yang suka buat sagu warna-warni, haa yang ni kena rajin la masak setiap warna yang disukai. Anyway, my craving satisfied! Lepas ni boleh buat lagi sebab senang je. 
Image

Baru semalam terkejut dengan berita kematian Irrfan Khan, pagi ni dapat berita kehilangan lagi seorang permata dalam industry Bollywood bila Rishi Kapoor disahkan meninggal jam 8.45 pagi waktu India di hospital di Mumbai akibat kanser. 

Kapoor Khandaan berkumpul di kediaman Rishi Kapoor untuk final rite. Abhishek Bachchan pun ada untuk bantu Ranbir Kapoor since Amitabh Bachchan rapat dengan Rishi. Plus they were related bila anak perempuan Amitabh kahwin dengan saudara Rishi. Alia Bhatt pun ada dekat rumah Ranbir since lockdown. 

Image

Image

Image

2 tahun ulang-alik ke London untuk buat rawatan kanser kemudian balik ke India bila dah makin sembuh. Dah sign contract untuk shoot upcoming movie dengan Deepika tapi terpaksa delay shoot bila dia tiba-tiba sakit teruk. For years Ranbir kurangkan berlakon untuk jaga ayah dia even jual production company and football club. He did his best for Rishi. 

Image

Just hoping Big B will stay strong with these news sebab dia pun tak berapa sihat sangat sekarang. Yang fans pun sedih dengan berita kehilangan Irrfan Khan dan Rishi Kapoor, apatah lagi Big B yang memang rapat. 

Condolences to Neetu, Ranbir, Riddhima dan semua keluarga Kapoor. Rest in peace Chintu ji.....