Durian Crepe Subang Bestari/Kg Melayu Subang

Wednesday 5 February 2020

Malas sebenarnya nak taip entri ni sebab confirm teringat balik kebahagiaan makan durian crepe haritu. Dah lah order sikit je sebab nak rasa padahal sebelum ni makan durian crepe yang jual dekat pasar malam tu jadi kembang tekak. Nak habiskan satu pun tersiksa benar.


But this one boleh mengucap panjang wei. Dah lah penuh inti dekat dalam, isi durian pun terasa sebab tak kedekut langsung. Kulit luar pun tak tebal bila makan so bila makan tu kulit, cream dengan isi durian semua meriah je dalam mulut. Sambil buat kerja sambil makan tup tup dah habis. Durian crepe ni paling best makan bila sejuk but I guess everyone knows this rule kan?

Selain durian crepe, ada juga jual mild crepe tapi yang ni kalau makan kena workout 3 jam tak henti lepas makan. Tapi 3 jam pun sanggup uolls kalau sedap macamni.

Harga untuk durian crepe ni RM15 tak termasuk delivery charge, untuk mild crepe pulak RM30 tak termasuk delivery charge jugak. So far, durian crepe dengan mild crepe ni cuma buat delivery atau self pickup dekat area Subang Bestari dengan Kampung Melayu Subang je la sebab my friend yang buat ni duduk area sini. 

Awalnya dia jual untuk kawan-kawan je sebab kitorang paksa dia buat but everytime ada lebih, dia akan jual dekat IG account and yes of course lah berapa minit letak terus sold out. Kalau ada yang nak merasa durian crepe dengan mild crepe ni boleh la contact dia dekat IG. But I cannot promise stock akan ada ataupun tak sebab durian kan ikut musim. Ada rezeki nak merasa, ada lah. Kalau tak ada, book la awal haa gittew. No worries, IG account dia public. Anytime can DM.

Good Newz Promotion Fashion Files : Kareena Kapoor Khan

Tuesday 4 February 2020

Sejak Bebo bekerjasama dengan Rhea, I can see a beautiful outfit from wardrobe and style. She's really improving a lot and give chance to other designer in completing her looks. 

Di penghujung tahun 2019, movie komedi Good Newz ditayangkan pada 27th December 2019 so promotion event dah start around November lepas trailer launch so jom twngok wardrobe Bebo sepanjang promo event movie ni. 

1. Trailer Launch


First impression is everything so for trailer launch, Bebo mengenakan cut-out dress dari Dion Lee berwarna kuning susu which compliment her skin tone dan juga potongan badan. Style dress ni agak rare tapi Bebo make it looks pretty.

Melengkapkan gaya dengan aksesori dari koleksi Gehna dan juga sandal heels berwarna perang dari Fenty. With fresh cut hair paras bahu dan sedikit curl dengan minimal makeup, juga brown shade gaya casual Bebo nampak fashionable and trendy.

2. Don The Black


Rhea dan obsession dia dengan Elie Saab memang tak boleh disangkal lagi dah. Sama macam Sonam, Rhea akan pilih outfit dari koleksi Elie Saab untuk majlis formal. Kali ni Rhea pilih one off shoulder top dengan lebihan kain di bahagian kanan, dipadankan dengan seluar palazzo hitam dan juga scarf hitam yang diikat di leher.


Melengkapkan gaya dengan memilih aksesori diamond bracelet dari Kasmia Fine Jewellery dan Diamond Mesh Earrings dari koleksi Renu Oberoi Luxury Jewellery. Hairstyle bun dan makeup minimal dengan sentuhan gabungan warna pink dan brown. Perfect for casual and formal event!

3. In Suit


Dibantu oleh Rhea Kapoor, Bebo memilih untuk mengenakan suit grey dari koleksi Peter Do. Suit ni ada banyak potongan dan belahan antaranya di bahagian belakang dan kaki which for me agak misplaced. Bebo pakai black top di bahagian dalam yang dipadankan dengan pump heels berwarna hitam. Makeup dan hairstyle masih lagi sama dengan trailer launch look.

4. In Printed Organza


What a dreamy look! This one is my ultra fav so far! Bukan setakat warna je cantik, tapi printed floral sari berwarna mint ni ada nama Bebo dalam tulisan berwarna pink di bahagian dada. Sari bermaterial organza dalam koleksi Picchika ni direka oleh Urvashi Sethi. Earrings berwana emas dari koleksi Sunita Kapoor.

Makeup looks subtle and dewy fresh. Hairstyle minimal dengan loose braid dan juntaian helaian rambut di bahagian hadapan. Thanks to Rhea Kapoor sebab menghidupkan fashion vibe ‘Mein apni favourite hoon’! 

5. In Prabal Gurung


Maxi dress berwarna royal blue dan fuschia pink dengan belahan di bahagian pinggang dari koleksi Prabal Gurung ni agak biasa untuk Bebo. Nothing much to impressed tambah pula bila bahagian bawah tenggelamkan Bebo. Ni la yang jadi bila Rhea pergi bercuti hshshs jk.

6. Chic Diva


Just a basic Gun N Roses black tee and ripped denim jeans can make she looks gorgeous. Tak payah penat nak fikir outfit apa nak pakai. Go basic yet trendy macam ni pun dah boleh buat orang wow. White sneakers, new hair style, huge earrings and minimal makeup. Fashionista!

7. In Nisse Denim Suit


I do love that denim pantsuit from Nisse but without the black inner. Looks tacky to me.


Rasanya Rhea nak flaunt necklace halus dari Tasheen Diamond Art tapi rasanya tanpa inner hitam mungkin nampak cantik je dekat leher Bebo. Dalam studio mungkin nampak cantik tapi bukan dekat luar bila Bebo nampak besar dengan haistyle bun. It just look off.

8. Looking Royal, Feeling Royal


Pilihan warna antara faktor style nampak menawan. Dengan tona warna kulit Bebo, memang senang nak padankan mana-mana outfit. Pilihan Rhea untuk menggayakan pant suit dari koleksi Raghavendra Rathore ni adalah pilihan yang tepat. Looks confident and stylish. Earrings ringkas dari Amrapali Jewels, brooches dari koleksi Ghana Jewellery, pump heels berwarna biru dari Manolo Blahnik, hairstyle dari Pompi.

9. Breezy Feels


Mengenakan flowy maxi dress material dan belahan di bahagian bahu dan leher berbentuk V berwarna kuning lembut rekaan Peter Dundas. Pilihan yang bijak untuk tak mengenakan sebarang aksesori since dress ni pun dah cukup sarat. 

Bebo padankan dress Dundas ni bersama sepasang strap heels dari Mango dengan warna yang sama dan haistyle beach wavy darYianni Tsapatori dengan makeup nude. She looks fresh!

Done for her wardrobe untuk Good Newz! Tak banyak sangat macam yang lain sebab Bebo busy dengan schedule yang lain plus movie ni ada Akshay Kumar so sure shot meletup dekat box office so tak perlu promote gigih sangat. All in all, she did her best when collaborate with Rhea. 

Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Amalina & Seri Dewi
Pelakon : Janna Nick, Yuna Rahim, Wafariena, Rita Nadira, Sharul Kamal
Genre : Seram
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan : 28 Disember 2019
Syarikat Produksi : FI Pictures Sdn Bhd
Pengedar : Astro Citra
Trailer :


Telemovie genre seram ni gaya cerita lebih kurang sama dengan jalan cerita novel Asrama tapi cerita asrama semua lebih kurang sama je. Baik dari segi seramnya atau hantunya. Cuma asrama dalam telemovie ni berlatarbelakangkan asrama di kolej. 

Anissa (Yuna Rahim) selalu dibuli di asrama lama sampai kemurungan dan ambil keputusan untuk berpindah ke asrama baru. Di situ dia berkawan dengan Cempaka (Rita Nadira) dan Orkid (Wafariena) yang dia kenal sejak hari pertama. Dia kurang bercakap dengan kawan yang lain disebabkan pandangan serong dan judgement terhadap dia. 


Cempaka dan Orkid nasihatkan Anissa supaya abaikan sebab diorang berdua boleh temankan Anissa. Malam tu Anissa ponteng kelas prep atas saranan kawan barunya dan mengikut mereka berdua ke bilik kosong dan berjumpa dengan kakak senior, Maya (Janna Nick) yang berpakaian serba merah. 

Pertemuan malam tu untuk mereka berempat bercerita tentang kisah-kisah seram yang berlaku di hostel antaranya makcik hantu jual karipap, pocong, hantu di tandas dan lain-lain. Tanpa Anissa sedar yang kisah-kisah seram tu semua betul-betul terjadi dan bukan rekaan semata.


Like I said earlier, tak ada apa yang unik ataupun fresh dari jalan cerita kisah seram asrama ni pun sebab semua yang pernah kita dengar dan alami sendiri di hostel. Untuk yang tak pernah tinggal di asrama mungkin nampak baru lah tapi untuk yang stay di asrama, boleh kata lame lah. 

Even lakonan Janna Nick pun tak berjaya menghidupkan elemen seram tu walaupun dia watak utama dalam telemovie ni. Ditambah pula dengan plot yang tak logik dek akal. Kalau Maya mati terkurung dalam loker tu, kenapa parents dia tak datang cari? Sedangkan dia dah bagitau nak balik rumah esok pagi tu. Pelik sebab tak ada langsung kawan dia yang cari? Warden tak check? Rita Nadira did better in this telemovie.


Overall it's a miss. Kalau bosan boleh la kot tengok tapi better tengok benda lain lah. Btw, kesian Anissa sebab dekat asrama lama kena buli dengan kawan, dekat asrama baru kena buli dengan hantu.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.5/10