Movie Review : Suzanna : Bernapas Dalam Kubur

Sunday 30 June 2019


Pengarah : Rocky Soraya, Anggy Umbara
Penulis Skrip : Bene Dion
Pelakon : Luna Maya, Herjunot Ali, Clift Sangra, Teuku Rifnu Wikana, Alex Abbad, Verdi Solaiman, Kiki Narendra, Asri Pramawati, Opie Kumis, Ence Bagus
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 120 minit
Tarikh Tayangan : 15 November 2018
Syarikat Produksi : Soraya Intercine Films
Pengedar : Netflix
Trailer :

Tahun lepas ramai yang suggest layan movie ni sebab best but little did I know movie ni merupakan tribute kepada Ratu Horror Indonesia, Suzanna yang meninggal pada tahun 2008. In case you guys didn’t know who, Suzanna ni famous dengan movie Sundel Bolong. 


Movie Suzanna Bernapas Dalam Kubur ni sama macam siri sundel bolong yang lain, mati ketika mengandung. Kejamnya kisah pembunuhan Suzanna (Luna Maya) ni bila sekumpulan pekerja kilang Satria (Herjunot Ali) – Umar (Teuku Rifnu Wikana), Jonal (Verdi Solaiman), Gino (Kiki Narendra) dan Dudun (Alex Abbad) datang untuk mencuri barang perhiasan dan kereta Satria bila geram gaji tak dinaikkan walhal baru naik 3 bulan lepas.


Plan yang dirancang rapi tu gagal bila Dudun bersungguh nak curi piano besar dan secara kebetulan Suzanna balik ke rumah seorang diri lepas mual tengok scene perut berulat. Jonal yang berdendam dengan keluarga Satria nak serang Suzanna. 

Tapi dihalang oleh Umar yang obsess dengan kecantikan Suzanna. Selepas beberapa kali bergelut, Dudun secara tak sengaja tertikam perut Suzanna dengan buluh. Umar ajak yang lain gali lubang untuk tanam Suzanna. Tak mungkin lah nak hantar ke hospital walaupun Suzanna masih hidup lagi. 


Sakit hati dengan 4 watak ni sebab Satria dan Suzanna tak kacau hidup diorang pun. Ye betul Satria taknak naikkan gaji tapi muka yang sama je minta naik gaji padahal kerja malas. Suzanna pun tak nampak muka diorang masa ceroboh masuk tu. Boleh je kalau dorang lari. 


Masa tengok movie ni teringat dengan movie Sundel Bolong tahun 90-an dulu sebab watak sundel bolong pun dibunuh dengan kejam tapi tak mampu nak berpisah dengan suami tercinta lepas dendam dia habis. Thank God movie ni happy ending. Thanks team Suzanna!

Movie SBDK masih lagi mengekalkan konsep sundel bolong terjadi bila ada dendam yang belum terlunas di dunia bila dia dan anak yang dalam kandungan dibunuh. Cuma bezanya, pengarah nak sundel bolong baru ni fokus dengan dendam dia je dan tak ganggu manusia lain which is good. 


Pengarah memang sengaja letak scene kelakar dalam movie and yes it was such a delight entertainment. Watak Suzanna tak seram mana, lebih kurang Hantu Kak Limah je. Ada masa dia seram, dia seram lah. Ada part yang kelakar memang kelakar cuma kalau lemah semangat jangan tengok la movie ni sebab cara dia bunuh tu agak kejam. Dah serupa Final Destination/Saw dah.


Though its gory tapi I puas hati diorang kena bunuh kejam macam tu. Memang itu la yang selayaknya kan? Darah dibalas dengan darah. 

Lakonan Luna Maya dalam movie ni agak awkward bila dia berlakon sebagai Suzanna sebab makeup protestik banyak sangat. Dia nak gerakkan mulut pun susah so banyak scene you guys akan tergelak tengok dia je. But like I said earlier, you guys akan teringat dekat arwah Suzanna sebab fizikal, intonasi, dan body language memang sama. Luna practice lama untuk hidupkan watak Suzanna. Terbaik!


Yang banyak menghiburkan pula datang dari tiga watak pembantu rumah Suzanna dan Satria - (Asri Welas), Tohir (Ence Bagus), dan Rojali (Opie Kumis). Paling ngakak bila tiga watak ni cuba merungkai betul ke Suzanna dah jadi sundel bolong. 


Just like Pengabdi Setan, team wardrobe dan setup untuk team tahun 80-an menjadi ya dengan gaya rambut, wardrobe of course, peralatan, susun atur dan deco semuanya nampak real onscreen. Visual pun cantik cuma scene Suzanna nak bunuh Jonal tu terlampau gelap. Walaupun movie ni movie hantu tapi congrats to the team tak bergantung dengan scene gelap yang cliché untuk hadirkan rasa seram cuma scene Jonal tu dan beberapa scene je. 


Dekat hujung movie ada lagu Satria-Suzanna bertajuk Selamat Malam tapi sayangnya director tak letak dari awal cerita setiap kali scene diorang berdua keluar. Untuk movie ni Luna Maya yang nyanyikan kembali soundtrack famous Vina Panduwinata, release tahun 1987 yang juga dibikin khas untuk franchise Sundel Bolong. 


Chemistry Luna Maya dengan Herjunot Ali pun cantik onscreen cuma tu lah, bila close up dia bikin ngakak. Dalam movie ni suami Suzanna ada buat cameo sebagai bos Satria. Bos dia la yang hantar Satria pergi Jepun. Kalau dia bawak sekali, kita tak perlu sedih tengok scene Suzanna dengan Satria terpaksa berpisah di dunia nyata. 


All in all, I have fun watching this movie especially scene Suzanna panggil Dudunnnn....

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.7 = 8.3/10

H2G Hair Treatment, Da Men Mall


Minggu lepas dapat voucher hair treatment dari pihak managament Da Men Mall. Ni memang first time tahu kewujudan H2G Hair Treatment, yang biasa kita dengar Yun Nam Hair Care. 


Hair treatment ni untuk hilangkan oil seed dekat rambut. Sebelum buat treatment ada sesi consultation dulu sebab nak tengok keadaan scalp macam mana. 

Sesi consultation dia akan ambil gambar scalp sebab nak tengok keadaan scalp berminyak atau kering, ketebalan baby hair dengan nak tengok jarak rambut. My condition dah start nak botak dekat tengah sebab liang pori rambut tersumbat dengan oil seed. 


Disebabkan oil seed terlebih aktif sampai growth cell tak dapat nutrien yang cukup, sebab tu rambut selalu gugur. Even pakai hair serum pun tak bertahan lama sebab nutrien tak masuk sangat bila liang pori tersumbat. 

Sepatutnya kena buat scalp treatment tapi lari budget lah since datang fikir nak redeem voucher je. Untuk hair scalp treatment ni pun dah cecah RM298. Hujung bulan ni kau rasa?

Dah siap consult dan sembang macam mana nak jaga rambut supaya kurang gugur dan dandruff, kita bergerak ke belakang untuk treatment session. 


Sebelum start treatment, dia bagi secawan herbal tea sebab treatment session ni agak lama. Dalam sejam lebih. Herbal tea ni rasa dia macam minum air mata kucing. Dah tak ingat apa nama ekstrak herba yang dia letak. 


Ni mesin yang dia guna, dia akan vacuum oil seed dengan dandruff dekat scalp guna benda macam pen dekat tepi tu. Balang air yang pertama tu akan bertukar ke balang kedua. My condition is not bad lah sebab dandruff tak banyak, oil seed pun sikit je sebab air tak nampak kuning sangat. 


Lepas dah vacuum, dia cuci rambut guna shampoo H2G which is minty and wangi. I tak perasan nama staff tu siapa but she's really good. Pernah je jumpa yang cuci rambut serupa nak pergi berperang. 

Dah siap cuci, dia letak scalp essence lepastu stim untuk 5 minit. 



Lepas habis stim, dia sapu herbal essence pula dekat scalp. Tak tahu lah sebab condition scalp yang dah bersih ataupun essence dia memang rasa berangin. Herbal essence dia tak lah berbau sangat macam dekat Yun Nam Haircare. 

Dah settle apply, blow hair and we are donnnnneeee! Produk H2G ni wangi tau, even dah masuk dua hari pun masih kuat lagi bau dia. 


Lepas ni kalau nak buat hair treatment boleh pergi ke H2G sebab service dia bagus, layanan staff pun bagus. Lepas buat treatment ni hilang rasa gatal, kepala pun rasa segar je. So worth it!

Chizu Molasses Fresh Milk With Cheese Pudding, One Utama

Saturday 29 June 2019


Sekarang ni tengah trend milk tea kan, so kita pun cuba lah join sekali apa yang syok sangat tu. Sebelum ni pernah try Tealive tapi hambar so this time try Chizu pulak. 

Kalau nampak dekat Twitter, Chizu antara bubble drink yang sedap, mostly yang rate mesti 10/10. I don't even know what are the criteria involved but yeah that's the rating. 

Satu drink ni RM12.70 so kalau tak suka atau tekak tak mampu terima jangan bazirkan duit. 


Dekat outlet One Utama agak sesak so sebelum order fikir lah cepat apa yang you guys nak order. So I got mine. Lama jugak lah shake supaya semua bahan sebati. 

Drinks dia sedap, bubble dia liat sikit tapi manis just nice but one thing yang turn off, cheese pudding dia. I'm sorry to say this but ermm rasa dia macam telan kahak & ada jugak terbaca komen yang sama. Kalau suka cheese boleh lah ambil yang ni. 

Kalau tak suka, better ambil without cheese pudding. Sampai sekarang tekak melugai lepas habis minum. For me tak berbaloi lah nak spend money and time for this one. First and last walaupun not bad rasa dia.